Skip to main content

Mangapa Aku??

Manusia seringkali diuji dengan pelbagai ujian,,adakah kita mampu untuk menangani dan melalui ujian itu atau cuma mampu mengeluh apabila sesuatu ujian datang kepadamu.Begitu juga diri ana,entry ana sebelum ini ada menyatakan mengenai kepimpinan ana yang ana rasakan sangat lemah,dan pada jam 12.30pm(25.9.09) saudara Nasrul Alam iaitu Presiden JTK Apium Nilam Puri memberitahu ana untuk menggantikan posisi Saudara Hisyam(-entry sebelum ini-sahabat ana yang berpindah ke Mesir)dengan memegang taklifan sebagai JKP Sukan Dan Reakreasi.Saat itu,jiwa ana sangat tertekan,ana bimbang digelar gilakan kuasa atau sewaktu dengannya,,dan ana juga merasakan lebih ramai lagi insan yang layak untuk berada di posisi ini.Mengapa aku???mampukah aku???persoalan demi persoalan menerjah ke benak fikiranku.Ya Allah,bantulah hambamu yang hina ini untuk menjalankan tanggungjawab yang telah engkau berikan kepadaku.Amin.."boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu padahal ia baik bagimu,dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu.Allah Mengetahui,sedang kamu tidak mengetahuinya".-Al Baqarah.216-

Comments

salam..tahniah & takziah di atas taklifan yg diberikan..
"jgn kamu meminta2 jawatan..."
masyitah AR said…
sbb org pcya yg ko 2 bley pkul tgjwb 2..
bse la klu de mlt2 yg bkl duk ngata..
ngata lbey tp kje hmpeh xgna.
ko wt xtaw ye pak ustaz?
owg ykin la ko ley hdpinye..
ape2 hal blk pd Yang Satu..

Popular posts from this blog

10 BUKU TRAVELOG Yang Menarik Untuk Dibaca

Ramai yang bertanya, buku Travelog apa yang boleh dibaca. Semua buku Travelog boleh baca, tapi yang ada pada saya ini ada 10 tajuk dan saya akan kongsikan secara ringkas sinopsis berkaitan buku buku tersebut. Biasanya ada harga promo untuk pembelian 5 buku iaitu hanya RM 100 dan Free Postage. Ok boleh baca dulu sinopsis ringkas buku buku ini. 1- Travelog MR.Traveller by Meor Farid Asyradi (Buku ini adalah kisah kembara seorang mahasiswa mengelilingi Eropah dengan menaiki kereta api seorang diri. Memang kalau baca buku ni macam kita pula yang mengembara sekali. Buku ni juga terpilih sebagai salah sebuah buku Best Of 2015 MPH) 2-TRAVELOG MR TRAVELLER (UNTOLD STORIES) by Meor Farid Asyradi (ini merupakan buku kedua Meor Farid Asyradi setelah buku pertamanya terjual lebih 20 ribu naskah. Buku ini ada 50 kisah benar dan ada juga kisah yang tidak pernah diceritakan kepada sesiapapun. Misteri ) 3. TRAVELOG HJ MR.TRAVELLER. by Meor Farid Asyradi . (Buku ini adalah buku siri MR Travel

3 kali KENA SCAM di Luar Negara ?!!

Ketika Travel, kita pasti mahu mengelakkan kejadian seperti ditipu kerana ditipu hidup hidup ini adalah perkara yang amat menyakitkan hati. "Parut" kisah ditipu tidak akan dapat dilupakan selama-lamanya. Untuk itu, post kali ini ingin saya kongsikan kisah di mana saya ditipu di tiga negara berbeza iaitu di Vietnam, India dan Mesir. Selamat membaca dan jangan tertipu dengan kejadian yang saya alami ini ya ;) Kisah 1 – Kena Scam : Di Vietnam ( Julai 2014)  Aku bersama tiga orang teman, Zack, Zakirin dan Nukman bergerak menuju ke kota Ho Chi Minh Vietnam melalui jalan darat dari Phnom Penh, Kemboja. Kami menaiki bas dengan tiket berharga RM30 sehala. Hampir lapan jam masa diambil untuk tiba di Ho Chi Minh termasuk menaiki Feri menyeberangi sempadan Phnom Penh- Saigon dan urusan imigresen.   Perjalanan yang agak memenatkan dengan keadaan bas yang dibawa laju terhuyung hayang. Suatu kisah yang tidak dapat kami lupakan di Ho Chi Minh ini adalah ketika menaiki

Bersama Dj Dj IKIM

I.K.I.M salah satu siaran radio yang sangat ana minati,jika Sebelum ini hanya bisa mengenali Dj2 radio lewat corong radio tetapi pada hari ini sy dapat bersama dengan Dj Erwan(rancangan Nasyid),Dj Mona Jazman(rancangan Mari Belajar bahasa Arab)dan Dj maslina(rancangan bersama Tenku Asmadi MEPS).Perasaan gembira menyusup ke dalam hati kerana dapat mengenali sebahagian DJ2 IKIM dengan lebih dekat,hampir setengah jam ana dapat berbual dengan mereka,sikap peramah benar2 sesuai dengan kerjaya mereka sebagai DJ radio Kefahaman Islam Malaysia.Pihak IKIM hadir di APIUM Nilam Puri bertujuan memberi peluang kepada pelajar2 membuat rakaman ucapan hari raya kepada orang yang dikehendaki bertempat di bilik mesyuarat APIUM.Insyaallah,rakaman akan di ON AIRkan pada hari raya ke2 sekitar jam 2 hingga 4.Ana juga sempat membuat rakaman,kene cakap bahasa Arab pulak,aduhai banyaknya salah tatabahasa hu3..Xpe,yang penting kita cuba ok.. Info: Rupa-rupanya kak Mona yang baca berita bahasa Arab dalam IKIM tu