Skip to main content

Posts

Showing posts from 2011

Ayuh Kembali Ke Kampus, Study Terus.

Sambil mendengar lagu yang sangat menusuk hati dan mengamit memori daripada UNIC berjudul "Sahabat Sejati" ( http://www.youtube.com/watch?v=5ERkBcehpY0 ), aku coretkan rasa gembira dan bersyukur di atas apa yang terjadi yang aku yakin dan percaya kesemuanya adalah suratan illahi. Tiada kata seindah bicara, Alhamdulillah kita tuturkan kerana di situ terletaknya seribu satu makna. Pujian hanya kepada-NYA. Sahabat dan kawan istilahnya sama tetapi berbeza pada sebutan dan kesannya. Seringkali kita dengar sirah-sirah menyebut perkataan "sahabat" Nabi tiada pula kita terdengar atau terbaca, "kawan" Nabi, pasti ada sebabnya di situ. Sahabat Nabi merupakan mereka yang pernah bersama nabi dan berjumpa dgn Nabi. Sahabat-sahabat Nabi yang utama sudah pasti sangat mengenali peribadi Nabi dan menterjemahkan sunnah Nabi dalam kehidupan mereka. Kasih sayang sahabat kepada Nabi sangat tinggi sehinggakan ada yang melebihi daripada segala-galanya. Itulah erti sebenar dan te

Selamat Hari Raya kepada Semua:)

Walaupun lewat nak ucap di Blog ni..Tetap rasa nak ucap:),,,Selamat Hari Raya diucapkan kepada semua terutamanya keluarga tercinta guru-guru sahabat handai dan semua yang mengenali Meor Farid Asyradi Bin Meor Zahidi. Maaf Zahir dan Batin. Kepada para pelajar baru yang masuk ke Universiti juga Selamat diucapkan untuk memasuki alam pendidikan yang baru :) Sekian  

Salam Ramadhan from me :)

 Tiada kata seindah rasa.. Alhamdulillah kerana diberi peluang merasai dan memasuki bulan Ramadhan kali ini..Moga ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya..Amiiin :) Ramadhan Oh Ramadhan......... New university ready for first intake.. Date: August 1, 2011 (God willing) University Name : University of Ramadhan Al-Mubarak Compulsory Course: FAST Course special: Terawih Additional Course: Read the Quran, zikr, prayers, alms n etc. Graduate: Bachelor of "Taqwa" Convocation: 1 Syawal * Extra .. Continue with the Master's degrees course: Fasting Six Days of Shawal after Ramadan COME AND REGISTER NOW! (^_____^) Wish All of You A Very Happy Ramadan Mubarak and Sorry for everything I've done, :) .............................. ​.............................. ​.............. Kemasukan baru ke universiti sudah bersedia.. Tarikh : 1 Ogos 2011 (InsyaAllah) Name U : Universiti Ramadhan Al-Mubarak Course wajib : Berpuasa Course special : Terawih Cours

Min vän: tack och förlåt för allt

Min vän :   tack och   förlåt   för allt (my friend: thanks and sorry for everything) Alhamdulillah..First of all, i would like to thank to Allah because give me Islam and Iman and time to life..i write this essay with full of love and from deep in my heart.  I’m really hope that this essay will make our “ukhwah”  stronger and forever J First time, when i’m waiting for your arrival in KLIA, i'm thinking about how you are, can i be friend with all of you?? and something else:),,  Yasir, Ummu and I still waiting in Arrival hall and lastly,, i can see your group. Your excited face and the spirit to survive in Malaysia. Honestly i’m feel so small that time, because you are great and so nice. One more thing is..i have to speak in english ..honestly, my english is very bad..But i'm try my best..ha3.. Assalamualaikum, what is your name?? My name is Ensar and this is Faid.  Two guys with “Jalabiah” introduce themselves happily. i’m Radi. You will be my roommate..:) The

MAS - SG

Negara Ke-4: Mata Farid kelihatan dikecilkan gara-gara sinaran cahaya matahari yang benderang. Dia terus merenung ke luar tingkap sambil memikirkan sesuatu. Bas First Coach bergerak pantas menuju ke negara yang terkenal dengan gelaran Kota Singa atau Lion City . Haulid sudah lena diulit mimpi diikuti hampir keseluruhan penumpang termasuk dua orang gadis Singapura yang mesra dipanggil Has dan Uney. Pemandu bas yang segak berpakaian baju korporat warna putih berbelang hijau kelihatan fokus pada pemanduannya. Berbaki 2 jam untuk melepasi imigresen yang memisahkan antara dua negara yang pernah bersama suatu ketika dahulu. Malaysia dan Singapura. Dan saat ini, negara kecil Singapura ini meliputi 63 buah pulau dan sebahagian tanah besar dengan keluasan hanya 704 kilometer per segi. Seiring dengan Hong Kong, Korea  Selatan dan Taiwan, Singapura juga telah diangkat sebagai ‘4 Asian Tigers’. Difahamkan, Singapura mempunyai pelabuhan yang tersibuk di dunia dan merupakan pusat tukaran mata

21 TAHUN ??? Alhamdulillah.

SubhanAllah wal Hamdulillah, segala puji bagi Allah yang memerintah sekalian alam. Kurniaan umur yang panjang seharusnya digunakan dengan sebaiknya. Setiap kali umur bertambah menandakan bahawa kita mendekati kematian. Selama 21 tahun hidup di dunia yang penuh dengan godaan dan rintangan, tidak kurang juga kemanisan dan keriangan sangat mematangkan kita dalam pemikiran. Siapa sangka kita mampu hidup sejauh ini, bayangkan sekiranya saat umur kita masih muda sudah ditimpa musibah yang tidak diduga dan barangkali kita sudah tiada di dunia ini. Ini sudah pasti kurniaan yang sangat besar dari Allah kepada kita, maka wajiblah kita sebagai hamba bersyukur atas nikmatnya selari dengan tindakan kita. Saya hanya mampu ucapkan jutaan terima kasih kepada teman-teman yang mendoakan kesejahteraan saya dan mengucapkan dengan ucapan selamat hari lahir samaada melalui Facebook, HP dan apa-apa cara sekalipun, setiap ucapan kalian amat memberi makna yang mendalam bagi diri yang sangat hina di sisi Al

Ada Apa Dengan Ibu???

Persoalan di atas bila sekali baca seakan-akan agak keterlaluan, tapi bersabarlah kerana ia cuma persoalan bagi mereka yang tidak tahu erti seorang Ibu. Jika kita baca Ada Apa dengan Cinta?? persoalan ini mengundang tanda tanya yang pastinya berbeza. Ada yang akan mengatakan cinta itu ibarat kurap, rasa sedap bila digarukan, ada juga yang menjawab cinta ibarat kentut, sakit ditahan dan lega bila dilepaskan dan pelbagai lagi. Namun jika persoalannya Ada apa dengan Ibu?? pastinya jawapan yang hampir sama. Mungkin ada yang menjawab: -"Kalau awak suruh saya memilih antara awak dan ibu saya, sudah pasti saya memilih ibu kerana ibu hanya       satu tidak boleh dicari ganti manakala gadis lebih dari satu dan boleh dicari lagi jika mahu". :) -Ibu adalah segala-galanya... -Aku cintakan ibu... -Ibu membuatku bahagia, Ibu yang membesarkanku dari Kecil -Ibu adalah ratu dalam hidupku. -Ibu adalah dahan bagi pokok yang merimbun. -Ibu ada rasa penat menjaga kita walaupun dia menye