17.4.10

Cerpen 1:Lost In My Life

LOST IN MY LIFE
Sesat Dalam Kehidupanku
By:Dr Asy
‘’Penyesalan kebiasaannya akan hadir setelah sesuatu bencana menimpa kita. Persoalannya, perlukah penyesalan itu hadir pada detik itu?
Jawapan total di tangan kita’’

Kitab itu aku pandang Sayu. Telah lama aku tinggalkan ia tersusun di situ. Hampir empat tahun. Tidak pernah aku terasa ingin menyentuhnya, apatah lagi membacanya.

Hina sangatkah kitab itu padaku? tiada manfaatkah aku membacanya? Persoalan demi persoalan yang tidak ada jawapan negatifnya mengetuk pintu hatiku. Perlahan kakiku bergerak ke rak buatan kayu  jati yang menempatkan kitab itu.

Tanganku dihulurkan seraya memegang erat kitab itu. Kubelek depan belakang. Berhabuk. Lantas tanganku bertindak menyapu habuk yang setelah lama bermaharajalela di kulit kitab itu.
Kukucupnya.

Jantungku berdegup kencang, sambil air mataku mula bergenang. Kitab itu kubuka perlahan. Kulihat baris-baris perkataan yang tidak kufahami walaupun mampu membacanya. Tulisan yang suatu ketika dahulu pernah aku mempelajarinya kini sudah kutatap kembali.

Mataku yang sedari tadi menakung air kini melepaskannya jatuh persis air embun di hujung rumput gugur ke bumi.

Air mataku tepat jatuh ke permukaan helaian AL Quran yang menjadi bacaan dan rujukan seluruh umat Islam. Bahkan, Kitab ini diturunkan dengan penuh sejarah dan sistematik kepada Insan terpilih yang diberi nama Muhammad Bin Abdullah. Kekasih Allah.

Ingatanku berputar ligat mengenangkan kembali saat-saat pahit manis yang kulalui sebelum ini.

*********************

yes! lepasni aku dah tak perlu belajar bahasa yang buat aku gila ni.” Aku megah menyatakan sesuatu yang membuatku gembira kepada Syazwan.

rilexla bro, yang ko sampai jadi gila tu apasal? Aku rilexje walaupun setiap kali ujian atau exam, subjek wajib ni fail.” Syazwan membalas mewujudkan soalan.

“hei kawan, aku orang melayu ok. Setakat nak belajar English no problemla, but not this useless language .Result aku down because of it.  I hate It” agak ego jawapan yang kuberikan.

“oh my god, poyo siott ko cakap English. Aku tahu la English ko mantap beb,”

“well. You know me. Aku akan pastikan, I will fly to europe to continue my study.”

“ko boleh la, keluarga berada. Setakat nak fly europe, kenyit mata jela. Aku setakat fly sekolah bolehla ha..ha..ha.” Syazwan memujiku. Ketawanya mendatar.

Siapa tak kenal aku. Anak seorang dato’ ternama merangkap pengerusi PIBG Sekolah Menengah Kebangsaa Agama Slim River. Nama Dato’ Mustafa sudah tidak asing lagi sebagai penyumbang terbesar sekolahku ini.

Namun, kemewahan ini tidak digunakan oleh aku untuk membantu sahabat yang bermasalah, tetapi digunakan sebagai alatan untuk menunjuk-nunjuk. Sikap negatif ini muncul sewaktu aku berada di tingkatan lima iaitu Setelah aku mula digelar sebagai pelajar senior tertua di sekolah. Aku sudah mula pandai mengarah dan memulaukan program yang berunsur tarbiyah.

Sudah empat tahun aku terpaksa berada di bawah kongkongan abang-abang senior yang tak serik-serik mengarahku dan kawan-kawan yang lain melakukan itu ini. Aku benci, tak ikhlas. Walhal suruhan itu adalah untuk kebaikanku sendiri.

Masuk awal ke surau.

Solat sunat rawatib.

Dengar kuliah.

Berselawat dan wirid.

Baca Al Mathurat dan Al Quran.

Hafal surah-surah wajib seperti surah As Sajadah, Al Insan, Yasin dan Al Mulk.

Memberi salam kepada semua orang.

Aktiviti-aktiviti inilah yang menjadi rutin kehidupan harianku di sini. Bukan harus atau punya pilihan. Tetapi telah dicopkan sebagai perkara WAJIB. Aku yang tidak mahu didenda atau dipandang rendah oleh kawan-kawan yang lain, melakukan perkara-perkara ini tanpa ketulusan hati. Ancaman denda menjadi penyebab utama kulakukannya. Bukan aku tidak boleh memberitahu kepada ayah mengenai hukuman-hukuman yang diberikan, tetapi aku tidak mahu digelar sebagai anak manja dan sebagainya.

Program-program tarbiyah yang dijalankan oleh pelajar sebelum ini sedikit pun tidak memberi kesan kepadaku walau aku mengikutinya. Mungkin disebabkan aku masuk ke kawasan yang digelar sebagai bumi tarbiyah ini atas permintaan Ibu dan ayahku. Aku pada awalnya membentak dan berkeras untuk masuk ke sekolah biasa, namun dipujuk oleh kedua orang tuaku untuk masuk ke sekolah berstatus agama  dengan alasan supaya aku dapat mempelajari ilmu agama yang lebih mendalam.

Kedua orang tuaku beriya-iya menyuruh aku mempelajari agama kerana mereka tidak mampu mengajarku mengenai agama dengan lebih luas. Mereka hanya tahu agama itu berdasarkan lima perkara. Mengucap, solat, puasa, bayar zakat dan tunaikan haji bagi yang mampu. Aku pula, hanya tahu bersuka ria, melepak, tonton tv, main game dan sebagainya.Bukannya ibu dan ayahku tidak menegur dan menyuruhku solat, tetapi sudah penat melayan perangaiku yang tidak suka dipaksa. Sebab itulah mereka memujukku untuk berada di sekolah itu.

“sekarang aku bebas, tidak ada yang mengongkong aku untuk lakukan itu, ini. Sudah penat aku menurut perintah selama ini.’’ aku bermonolog sendirian. Puas rasanya sudah dapat keluar daripada kepompong peraturan. Peperiksaan SPM juga sudah selesai dikuburkan hanya tunggu keputusan.

Aku mula leka dengan dunia tanpa sempadan.Lap top Compaq v3000 menjadi teman setiaku.Lap top ini kuterima sebagai  syarat persetujuanku untuk bersekolah di SMKA Slim River. Melalui lap top ini,  aku sudah pandai melayari pelbagai laman web.Positif atau negatif sama sahaja bagiku.Tiada bezanya.Semuanya indah dinikmati seorang diri.

Jari-jemariku pantas menari-nari menekan sesuatu perkataan yang baru kuketahui.

FACEBOOK

Ya FACEBOOK.Kawanku iaitu Asyraf yang menyuruh aku mendaftar di FACEBOOK. Katanya boleh dapat ramai kawan dan mudah berkomunikasi. Aku mula mendaftar dan bergiat aktif dalam FB iaitu nama singkatan bagi FACEBOOK. Aku mula menaip di dinding FB ku dan memasukkan gambarku bersama kereta Mercedes Benz milik ayah.

-SIAPA YANG SUDI BERKENALAN DENGAN MUNZIR BIN DATO’MUSTAFA-begitulah ayat yang aku tulis.Berbaur riak.

Benar, baru beberapa hari sahaja aku mendaftar, telah ramai permintaan menjadi teman kuterima. Aku menerima kesemua permintaan itu. Komen yang kuterima mengenai perkataan yang kutulis kesemuanya dari gadis. Semuanya ingin berkenalan atas sebab kekayaan dan wajah pan asiaku. Hari demi hari, aku sudah pandai berkenalan dengan gadis-gadis di FB ini.Cantik-cantik dan seksi-seksi semuanya. Teringatku di SMKA,gadisnya semua bertudung labuh, Ustazah katakan. Itu bukan citarasa aku.

“hye Zati,” aku menghantar mesej melalui FB.

“hye Hensem,” Zati menggoda.Aku terpesona. Bukan kali pertama mendapat jolokan itu. Tetapi ini agak berbeza kerana perkataan ini muncul daripada gadis yang paling cantik daripada 323 kawan wanita yang ku ada. Aku terleka dengan kecantikannya. Rambutnya yang lurus,mata yang ayu,dan mempunyai pakej lengkap sebagai seorang pramugari.

“Thanks.Awak pon cantik sangat,”

“yeke.Nak mengayatla tu,”

“tak la awak,serius awak cantik sangat.I suka,”

“yela.Thanks:P,”

“awak,saya nak kenal awak boleh,”

“buat apa kenal saya. Cukupla kenal dekat FB saya je,”

“tak nakla dekat FB je. Saya nak kenal awak lebih dekat.Please,”

“hmm.Boleh dengan syarat,”

“apa syaratnya awak,”

“awak tak boleh minta nombor saya ok,”

“ala, kenapa pula. Susahla saya nak hubungi awak,”

“I gurau jela awak.You nak no I tak,”

“mestila nak. Berapa no nye awak?,”

“awak bagi no awak dulu,”

“0139453769.awak pula?”

“surprise he..he..he,”

“awak ni. Tak adilla”

“ala awakni. Janganla merajuk. Hilang macho tu. Nanti saya bagila awak mesej ok”

“ok,janji,”

“ye I janji sayang”

Sayang. Perkataan yang membuatku hilang arah. Perkataan yang benar-benar memanah hatiku.
Hubunganku dengan Zati bertambah intim, hampir setiap hari aku menghubunginya,kadang-kadang aku menambahkan prepaidnya sebagai tanda kasihku.Banyak duitku dilaburkan dalam menjalani proses percintaanku ini.

Minggu depan. Aku sudah tetapkan waktu umtuk keluar bersama dengan Zati. Gadis itu memang pandai menggodaku. Suaranya yang manja menambahkan dos cinta yang kian mekar di jiwaku. Zati aku hanya kenal sekadar rupa parasnya yang sangat menawan. Itu sahaja. Latar belakang keluarga tidak ku hiraukan.
Hari demi hari berlalu. Kehidupanku makin parah. Parah dalam meriah. Meriah dek keseronokan yang menujah kearahku. Bagai dalam syurga rasanya. Syurga yang dibina oleh syaitan musuh nyata.

Kali pertama tanganku disentuh wanita yang bukan mahramku. Sejuk rasanya. Zati bagai tidak mahu lepaskan genggaman tangannya dari tanganku. Aku juga begitu,suka diperlakukan begitu. Taman bunga Bukit Kiara menjadi pilihan pertemuan kami. Zati yang mencadangkannya. Katanya,di situlah tempat terbaik untuk kami. Orang tidak ramai. Kalau ada pun,semua buat ‘kerja’masing-masing.

‘’Munzir sayangkan Zati?’’ tiba-tiba soalan yang tidak dijangka keluar dari bibir Zati.

“mestilah sayang, kalau tak, takkanlan I Sanggup datang jauh-jauh untuk bertemu dengan you,” aku menjawab penuh manja.

‘’I lagi sayangkan you tau,seluruh jiwa dah tubuhku,” Zati mencubit hidungku.Aku bagai terpaku.Seronok.Bahagia.Imanku yang semakin kecil seakan membentak.

Syaitan mula melaksanakan tugas hariannya. Bukan susah sangat kerja syaitan kali ini. Sudah berduaan dan bersentuhan. Hanya tunggu saat sahaja syaitan-syaitan berpangkat rendah ni ketawa berdekah-dekah dan berpesta meraikan kejaan.Setiap perbuatan aku berjaya aku tutupkan daripada pandangan keluarga.Bagi mereka aku adalah anak yang baik.

Bulan mac muncul lagi. Keputusan peperiksaan SPM juga sudah diumumkan. Terpaksa aku datang semula ke sekolah yang amat kubenci untuk menuai hasil usahaku dalam peperiksaan tempoh hari. Bagai tempat sampah sahaja sekolah itu dalam pemikiranku.

Tenang. Sedikit perkataan gementar pun tidak wujud dalam hatiku.

‘’Baik  atau tidak keputusannya. Aku tetap akan ke luar Negara,’’ monologku sendirian.

Seperti dijangka olehku. Keputusanku hanya Cukup-cukup makan sahaja.3 A dan subjek lain semuanya kredit kecuali bahasa Arab. Keputusan itu kuberitakan kepada ibu ayahku.

“hmm.Cukup-cukup makan sahaja. Tapi kelayakan untuk belajar di University Of  Stirling,Scotland sudah cukup.English pon A1.” Dato’Mustafa sudah bertanyakan perihal Universiti tersebut kepada rakannya yang menetap di sana. Walaupun yuran perbelanjaan agak tinggi dan kos sara hidup sangat lumayan, demi kebaikan dan janji ayah kepadaku,membuatnya rela dan akur dengan kehendakku.

“betul ni ayah?” aku meminta kepastian.

yes. Tapi Munzir kene jaga tingkah laku.Agama jangan lupa,” ayah mengiyakan.

ok.I’m promise,I love you pa,” aku bagai rasa ingin melompat ke arah ayahku kerana terlampau gembira. 

Hajatku untuk belajar di luar Negara akan tercapai. Tambahan Scotland adalah salah satu destinasi yang belum kulawati.Australia,Belanda,China,Canada dan Jepun adalah antara Negara-negara  yang pernah kulawati.Tidak lupa kota makkah,mengerjakan Haji dan umrah ketika habis darjah enam.


Kini aku akan ke Scotland yang merupakan sebahagian daripada United Kingdom dan meliputi bahagian utara Pulau Great Britain serta berkongsi sempadan darat di bahagian selatan dengan England. Selain itu, Scotland juga mengandungi lebih daripada 790 buah pulau yang termsuk Pulau ArranPulau OrkneyPulau Skye dan lain-lain.

Janji hanya tinggal kata-kata manis yang mudah sewaktu menuturkannya. Aku bagai hilang arah, kalau sebelum ini aku masih tunaikan sembahyang walaupun ada yang perlu diganti, puasa tidak pernah tinggal dan boleh dikategorikan sebagai insan yang masih bermoral.

Tapi kini sudah hilang semuanya. Semuanya bebas bagiku, jauh dari pandangan dan pertanyaan keluarga. Budaya barat sudah menjadi ikutanku. Pergaulan bebas,pengambilan arak dan segala perbuatan yang dilarang oleh agama bagai menjadi gula-gula getah yang bisa kukunyah sesuka hati.

Perpisahanku dengan Zati telah diganti oleh seorang gadis berambut perang bernama Jennifer. Bermata biru. Wajahnya sangat cantik.keturunannya rakyat Canada atau canadian. Dia merupakan rakan sekelasku. Bagai pasangan suami isteri sahaja lagak aku dan dia. Tiada yang ambil peduli.

honey,don’t forget to come to my house this night. I have a something special for you,” Jennifer mengingatkan aku supaya tidak lupa datang ke rumahnya malam itu dan dia mengatakan ada sesuatu yang istimewa buatku.

really,what that Jen?” aku penasaran.Ingin tahu mengenai kejutan itu.

no .I can’t tell you until this night ok,” Jennifer bertegas tidak ingin beritahu sehingga malam itu.

“ok Fine.I will be there,” aku mengalah.

Bukan kejutan yang aku terima malam itu,tetapi perbuatan yang boleh membuatkan aku menerima sebatan hudud menurut islam. Sebatan. Aku bagai tidak menjangka perkara sedemikian akan berlaku. Sebelum ini aku agak menjaga diri daripada melakukan perkara terkutuk itu. Aku hanya berpegangan tangan dan berkucupan sahaja. Tetapi malam itu, aku telah diberikan arak dan membuatku mabuk dan berada dalam separuh sedar dan………………………………

Hari demi hari berlalu. Jennifer telah ku tinggalkan. Dia seakan gembira dengan kehendak aku itu.Keputusan pelajaranku pula sangat teruk tetapi di pengetahuan kedua orang tuaku sangat baik. Aku terpaksa berbohong bagi menjaga hati mereka.

                                                                      *****

Suatu hari sewaktu aku berjalan untuk makan tengahari dengan Fahmi sahabat serumahku. Pandanganku samar.  keadaan sekeliling seakan berputar.Laju.

Mun.Are you ok bro?”Fahmi bertanya. Aku masih mendengar pertanyaannya dengan jelas.

yes..I’m o……,” aku menjawab perlahan dan pandanganku gelap.
                               
Badanku sangat lemah. Panas. Aku disuntik. Doktor mengambil sampel darah aku untuk pemeriksaan. Bimbang. Penyakit yang telah membunuh ribuan manusia iaitu H1N1 yang bermula di negara Mexico telah menggemparkan dunia. Langkah berhati-hati telah diambil oleh semua negara seperti sekatan dan pemeriksaan bagi pelancong yang baru tiba dari negara yang disyaki.

Aku juga mungkin disyaki. Suhu badanku melepasai paras 37 darjah.

Tetapi keputusan yang aku terima dari doktor lebih teruk daripada H1N1 atau segala penyakit di dunia ini. Fikiranku berputar ligat memikirkan dosa-dosa yang aku telah lakukan.

“Adakah ini balasannya?” aku bertanya pada diriku.

Aku menyuruh doktor merahsiakan apa yang berlaku ke atas diriku. Aku bagai mahu membunuh diri. Tidak ada gunanya aku terus hidup di dunia ini.Semuanya menjadi pahit.

“bunuh diri adalah dosa yang sangat besar. Kompem masuk neraka,” kata-kata ustaz Ramli sewaktu kuliah maghrib berkaitan dengan dosa-dosa besar seakan segar di pendengaran bagai megopak gegendang telingaku.

“selain itu, berzina!, minum arak yang sama taraf dengan air kencing!, berjudi..,” pendegaranku bagai ditusuk sembilu. Kata-kata ustaz Ramli makin kuat kedengaran.

Aku menutup telingaku sekuat-kuatnya. Badanku disengetkan ke kanan dan ke kiri. Bagai kurang siuman lagakku. Jururawat bergegas ke arahku.

what happening mr munzir?” Soalan jururawat itu tidak kujawab. Aku masih dalam keadaan yang sama.
Tanganku dipegang kuat dan aku menerima satu suntikan. Beberapa saat sahaja, pandanganku menjadi gelap.

Fahmi dan seorang lagi rakan serumahku,Anang pelajar Indonesia datang melawatku. Wajah mereka kulihat agak  resah.

are you ok guys?look so sad,” aku bertanyakan kepada Fahmi dan Anang mengapa mereka kelihatan sedih. Sepatutnya aku yang paling layak rasa sedih saat itu.Zalimnya aku.

no,we are fine actually but..”kata-kata Fahmi terputus.

but what M, .just tell me. What's up?”Munzir tidak berpuas hati.Dalam fikirannya pasti ada sesuatu yang berlaku.

ok.I really hope you can be patient deeply Mun.Actually…Its about your parent.”

hey,what happened with my parent ha?, korang jangan main-main,”Munzir kelihatan tidak tenang. Badannya yang lemah seakan dikuatkan.

“err..your parent had died In an accident.We just got a call from your friend Syazwan. I’m so sorry.” Fahmi gagahkan dirinya memberitahu berita yang berhak bagiku untuk mengetahui.Suaranya kelihatan amat berat untuk menuturkat bait perkataan itu.

what!.Ya Allah.Ujian apakah ini?” aku bagai tidak dapat menerima kenyataan. Aku cuba bangun dari katil pesakit dan hajatku ingin berlari keluar dari hospital dan terus ke airport untuk balik. Namun badanku yang lemah terlebih dahulu menjatuhkan aku. Kakiku tidak mampu menampung diriku. Aku dapat merasa badanku dinaikkan semula oleh sahabat-sahabatku.Mereka berdua cuba menenangkanku.Aku masih tidak percaya apa yang berlaku. Mataku mengalir.Gelap.

                                                         ***********************

Sudah seminggu peristiwa ini berlaku. Aku tidak sempat melihat wajah kedua orang tuaku buat kali terakhir kerana aku tiba di Malaysia dua hari lewat selepas hari pengebumian.Semuanya akibat masalah pembelian tiket.

Hanya gambar yang tidak bernyawa sahaja menjadi tempatku melepas rindu.Pelajaranku di Scotland turut tergendala.Kawan-kawanku sewaktu di SMKA Slim River tidak putus-putus menjengukku dan memberi kata-kata semangat buatku.

Saudara-maraku makin lama makin banyak meninggalkan aku. Mereka juga punya banyak urusan lain. Aku bagai keseorangan di dunia ini walaupun seluruh harta peninggalan kedua orang tuaku diserahkan kepada aku yang merupakan anak tunggal.Statusku kini adalah anak yatim piatu. Tidak aku sangka seawal ini.

“sabar Munzir. Ana tahu enta mampu hadapi ujian ini. Enta kuat orangnya. Kuatkan semangat. Ingat Allah sentiasa bersama kita. Allah maha penyayang.” Fadhlan yang merupakan bekas ketua umum  SMKA Slim River memberi kata-kata semangat kepada sahabatnya yang dahulu pernah menjadi penentang utamanya.

“terima kasih Fadh. Ana minta maaf sangat-sangat pada enta, ana banyak buat salah.” aku malu dengan peribadinya.

“sudahla. Yang berlalu biar berlalu. Kehidupan kita masih panjang Mun,” Fadhlan terus memberi motivasi.Menyuktik suntikan penguat semangat kepada aku.

“terima kasih Fadh. Ana beruntung pernah bersekolah bersama dengan sahabat-sahabat yang sangat baik.”

“Alhamdulillah,”

Masa berlalu begitu pantas. Nenek sahajalah tempat aku mendapat kasih sayang. Nenekku sudah tua, umurnya sekitar 70 an. Mukanya juga telah menunjukkan kedutan yang penuh dengan nostalgia silamnya sebagai seorang anak, isteri, ibu dan seorang nenek. Namun aku bersyukur, nenek masih mampu menjaga dan menemaniku di rumah yang besar ini.

Kenangan aku bersama kedua orang tuaku bagai bermain-main di setiap sudut rumah.Halusinasi semata-mata.Hatiku bertambah perit setelah mengetahui ibu bapaku mengalami kemalangan sewaktu ingin membeli hadiah di atas kecemerlangan keputusanku di universiti.

“bodoh,zalim dan bangangnya aku,” aku bagai menyumpah diriku. Apa yang ada pada fikiran kedua orang tuaku adalah palsu. Ya Allah. Ampunilah dosa hambamu yang bodoh ini. Zalim. Munafik. Inilah perkataan-perkataan yang kurasa layak untuk diriku.

Aku turut menulis ucapan-ucapan maaf dan perkataan-perkataan yang mencela perbuatanku di dinding FB profilku. Baru sehari aku tulis, pelbagai komen yang aku terima.

Selain daripada ucapan sabar dah takziah, aku sangat tertarik dengan ucapan..

“janganlah anta mendoakan sesuatu yang buruk kepada diri sendiri. Tetapi muhasabahlah kembali apa yang telah kita lakukan. Bersangka baiklah dengan yang maha mengetahui. Moga anta sihat selalu dengan rahmat dari-NYA. Takziah dari sahabatmu yang jauh”

Mesej dari profil Syazwan. Alhamdulillah. Sungguh tidak aku sangka Syazwan yang sekarang menuntut di Unversiti Al Bayt Jordon sudah menunjukkan perubahan yang sangat ketara. Sudah petah berbahasa arab yang dikatakan amat mudah sebenarnya. Bahasa arab,aku pernah menfitnah bahasa itu suatu ketika dahulu. Kejam dan zalimnya aku.

Aku bersyukur, Syazwan jugalah yang mengkhabarkan berita mengenai pemergian kedua orang tuaku.


                                                              *******************

Aku masih mencari identiti ku yang sebenar, biarlah aku habiskan sisa-sisa hidupku untuk menebus segala dosa-dosaku. Aku ingin bertaubat dan aku harapkan Allah menerima taubatku. Aku benar-benar berdosa. Rasa tidak layak menyentuh kitab suci ini. Rasa diri ini begitu jijik. Perlahan-lahan aku membaca ayat-ayat suci yang terpahat di helaian Al Quran. Aku menyelak sehelai demi sehelai. Agak tersekat-sekat bacaanku  barbanding suatu ketika dahulu.

Setelah usai menghabiskan satu juzu’, aku letakkan semula Kitab suci penenang hati di tempat yang asal semula. Aku terus susunkan langkah untuk menunaikan solat sunat taubat dan beberapa solat sunat yang lain. 
Dan berdoa dengan esakan yang menyesakkan dada.

Penuh dosa diri ini. Noda hitam yang bertatu di hati.

Hatiku kian tenang.Segar.

Aku mula sedar betapa beruntungnya aku pernah menimba ilmu agama dan medapat tarbiyah secara langsung dari sekolah lama. Walaupun aku tidak ikhlas menerimanya, namun Allah tetap  memberi kenikmatan pengetahuan mengenai agamanya.

“Ya Allah, hambamu ini bersujud kembali mengharapkan redhamu. Sudah jauh ku meninggalkanmu. Hidup bersama godaan syaitan iblis laknatullah. Baru kini kusedar, engkaulah tempat aku meminta pertolongon dan pengampunan. Dan kepada engkaulah aku akan kembali. Ya Allah, tuhan yang membolak balikkan hati manusia. Aku berlindung dengan zatmu yang maha agung dari segala bencana. Aku zalim padamu Ya Allah, Ya Allah, aku telah merosakkan diriku ya Allah. Imanku sangat lemah Ya Allah. Berikanlah hidayah kepadaku jauhkanlah azab nerakamu Ya Allah. Sesungguhya engkaulah yang mampu memberi hidayah kepada hamba-hambamu.

Ya Allah ya tuhanku, engkau tempatkanlah kedua orang tuaku di tempat kalangan orang-orang yang beruntung. Aku merindui mereka ya Allah dan aku menyesal di atas kelakuanku terhadap mereka. Ampuni dosaku ya ALLAH ya Ghoffar.

Ya Allah. Hanya engkau, aku dan pihak hospital sahaja yang mengetahui mengenai diriku ini. Jika kehidupanku selepas ini mampu membawaku ke arah kebaikan. Maka engkau panjangkanlah umurku dengan keagunganmu dan sekiranya kehidupanku selepas ini mampu membuat diriku lebih teruk maka engkau ambil dan terimalah aku sebagai orang-orang yang telah diterima taubatnya.

Hanya engkau yang maha mengetahui dan mengampuni hambamu yang menghidap penyakit H.I.V ini.” air mataku terus mengalir deras. Pandanganku samar. Air mataku terus mengalir meskipun kelopak mataku perlahan-lahan tertutup.

“YA Allah. Aku mendambakan maghfirah darimu”.Amin.

                  3.33 am/17-4-2010 Sat

15.4.10

Selamat hari Ulang tahun Pernikahan (14-4-1985/14-4-2010)

Selamat ulang tahun pernikahan buat kedua orang tuaku iaitu Hjh Mastura dan Haji Meor Zahidi yang ke 25..moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki di samping anak2 tercinta.Amin:)

14.4.10

Lirik Yang Mendalam


Di dalam kandungan ibuku tersayang
Amannya kurasakan
Degupan jantungmu, jantungku
Irama penuh syahdu

Kuingin rasai kehangatan pelukan
Belaian kasih sayang
Kujaga kau di hari tuamu
Andai panjang usiaku

Korus
Namun hanya harapan tanpa suara
Di dunia cuma seketika
Jasad kaku dibaluti kertas usang
Terbiar bagai sampah terbuang

Di manakah ibu, di manakah ayah
Bonekakah atau manusia
Anak tidak berdosa menjadi mangsa
Oleh hawa nafsu yang serakah

Ciptaan S.Atan dan lirik oleh Habsah Hassan





11.4.10

Cinta Munafik Part5

……..
Suasana Hospital Kuala Kangsar yang sedari tadi senyap sunyi kini kecoh dengan suara kerisauan dan pergaduhan mencari kesalahan antara satu sama lain.Baju Tariq berlumuran darah.Masih tidak mampu menerima hakikat.Sepatutnya dia yang dilanggar.Tapi kenapa bukan dia.


Mujahid And The Gang sepakat menyalahi Tariq sebagai punca kemalangan ke atas Saiful Muslim.Tariq orang pertama yang bersetuju untuk Saiful turut serta.Mereka sebenarnya tidak mahu dipersalahkan dalam kejadian ini.Walaupun jauh di sudut hati keimanan Mujahid merasakan dia adalah antara punca kejadian.Dia adalah ketua rombongan pada malam itu.Hujan renyai-renyai turun membasahi bumi.Mengamit suasana yang hiba ini.Air mata Tariq mula menitis.Terkilan dengan sikap Mujahid And The Gang dan tertelan dengan kemahuannya untuk keluar pada malam itu.

“Ya Allah,ujian apa yang menimpaku ini.Kenapa Saiful menjadi mangsa keadaan??”persoalan yang tiba-tiba wujud di fikirannya disimpan.Bagai tidak dapat menerima ketentuan dan takdir Illahi.Ustaz Faisal menghampirinya.Pakaian Ustaz Faisal turut berlumuran darah setelah mengangkat Saiful memasuki keretanya.Mujur Ustaz Faisal terdengar Jeritan Saiful dan dentuman yang terhasil daripada rempuhan ke atasnya.

“sabarlah Tariq,ini semua ujian Allah,”kita banyakkan berdoa semoga dia cepat sembuh,”Ustaz Faisal cuba menenangkan Tariq.Dia sebenarnya masih tidak dapat menerima keberadaan Tariq di tempat kejadian.Bagaimana seorang Presiden Sekolah boleh turut serta dalam rombongan pada malam itu.Persoalannya disimpan menunggu masa untuk ditanya.

“Ustaz.Ni semua salah ana.Ana yang bersetuju Saiful turut serta dalam kes ni.Kalau tak…”

“kalau tak apa?Kita ditegah untuk menggunakan persoalan kalau Tariq.Seolah-olah tidak dapat menerima ketentuan Ilahi.Ya mungkin kalau Saiful tidak menolak badan anta tadi.Anta yang akan dilanggar.Tapi ini semua telah ditakdirkan.”

Tariq diam seribu bahasa.Peristiwa sebentar tadi benar-benar menghantui dirinya.Masih terbayang dan terasa tubuhnya ditolak keras oleh Saiful.Menyebabkannya terhindar daripada rempuhan Kereta yang telah berjaya ditahan oleh pihak polis kerana memandu di bawah pengaruh alkohol.Seorang India.Antara orang yang dikehendaki oleh pihak polis bagi menyelesaikan kes kecurian.Ustaz Faisal turut diam membiarkan Tariq bersendiri.

“ustaz.Ana telah melakukan kesilapan besar malam ini,”Tariq tiba-tiba bersuara.Merasakan dirinya adalah orang yang sangat bersalah.Dia sedar perkara yang akan terjadi ke atas dirinya kelak.Cuba mengumpulkan segala kekuatan emosi untuk berhadapan dengan pelbagai pihak.Terutamanya Pelajar-prelajar lain.Quwais dan…..

“Tariq.Sebenarnya apa yang berlaku.Bagaimana anta boleh berada di tempat kejadian?”Ustaz Faisal mula bertanya.Merungkai persoalannya.Sabar menungu jawapan.Tariq menjawab persoalan yang dilontarkan padanya.Satu persatu diceritakan.Jujur.

“Tapi kenapa Mujahid menceritakan bahawa anta yang mahu turut serta.Diorang kata anta yang merayu nak ikut.Mahu menimba pengalaman?”Cerita yang didengari ustaz Faisal sangat bercanggah dengan kisah yang diberitahu oleh Mujahid And The Gang sebentar tadi.Namun Ustaz Faisal tidak menerima bulat-bulat apa yang diberitahu oleh Mujahid.Beliau lebih suka mendengar hujah daripada kedua-dua belah pihak.

“tak ustaz.Ana sedikit pun tak merayu pada diorang nak pergi.Cerita yang ana bagitau ustaz tadi betul.Terpulanglah pada ustaz mahu mempercayainya,”Tariq tidak dapat menerima fitnah yang dilemparkan.Janji yang diungkap sebelum perjalanan,Mujahid telah bocorkan.Tariq terus diam memikirkan nasibnya.

Pintu bilik kecemasan dikuak.Seorang doktor cina muncul.Berwajah muram.Kepalanya digeleng menandakan suatu berita yang menghancurkan harapan Tariq,Ustaz Faisal serta Mujahid And The Gang.

Ustaz Faisal gagahkan diri memberitahu encik Rahman mengenai kemalangan dan ketentuan yang berlaku ke atas anaknya.Pak Cik Rahman kaku.Digagahkan dirinya menerima ujian yang kunjung tiba.Bukan kali pertama ujian sebegini menimpa ke atas dirinya.Namun kehilangan anaknya kali ini sangat berat untuk diterima.Dahulu,anak perempuannya turut menerima jemputan maut ketika berumur tiga belas tahun.Kejadian kemalangan bas yang dinaiki anaknya yang terhumban jauh ke dalam gaung masih segar di kotak ingatan Pak Cik Rahman.

Motor usangnya terus dibonceng menembusi kegelapan malam.Laju.Bagai tidak sabar-sabar menatap wajah harapan anaknya buat kali terakhir.Bekas isterinya masih belum mengetahui kejadian ini.Perjalanan yang memakan masa hampir satu jam itu sangat mencabar.Hujan yang semakin lebat mencurah tidak dihiraukannya.Suasana jalan pada waktu itu agak lengang.Subuh merangkak tiba.Keadaaan jalan yang licin itu tidak diendahkan Pak Rahman.

Motornya masih bergerak laju sekitar Sembilan puluh kilometer sejam.Hanya tinggal dua kilometer lagi sebelum sampai ke Hospital Kuala Kangsar yang terletak berdekatan dengan stesen Kereta Api Tanah Melayu(KTM) Kuala Kangsar.Entah bagaimana di satu selekoh tajam.Pak Rahman tidak dapat mengawal motornya.Cuba diimbangi namun ternyata keadaan jalan yang licin itu lebih pantas menjatuhkannya.Pak Rahman terseret ke tengah jalan.Badannya cuba digerakkan untuk bangun berdiri.Namun tidak Berjaya.kakinya mengalami kecelakaan besar akibat seretan tadi.Hujan masih belum menunjukkan tanda mahu berhenti.Air hujan yang terkena pada luka Pak Rahman amat memeritkan.Pedih.Keadaan jalan yang agak gelap itu menyukarkan pandangan seseorang.Kelihatan Sebuah treler laju bergerak.Pemandunya tenang memandu di jalan yang lengang.Tidak sedar seseorang yang menjerit ke arahnya.Lalu…..

Satu musibah ditambah dengan musibah yang lain.Siren Ambulans berbunyi.Bising.Ustaz Faisal terkejut melihat wajah seseorang yang melintasinya.Seakan mengenalinya.Terkujur di atas kereta usung.Dadanya berombak lemah.Sebahagian tubuhnya parah.Sudah tidak menunjukkan tubuh sebagai seorang manusia.Seorang Melayu muda membantu menolak kereta usung itu.Pucat.Terkejut dengan perlanggaran yang terjadi.Tidak sedar dia sudah merempuh seseorang.Hanya menyedari setelah seratus meter menyeret tubuh Pak Rahman.Ngeri.

Berita kematian kedua pada subuh itu sangat memeritkan.Bagai halilintar menghentam jantung Tariq.Pandangannya gelap.

………..

Umpama cendawan tumbuh setelah hujan.Berita mengenai kematian Saiful Muslim dan ayahnya tersebar luas serata tempat.Pihak media turut memainkan peranan menyebarkan kisah ini melalui surat khabar seperti Berita harian,Sinar Harian dan Metro.Berita ini sangat mengejutkan pelbagai pihak.Heboh satu kuala kangsar mengenai berita tersebut,terutamanya di kedai-kedai kopi.Rata-rata masyarakat membincangkan isu ini.Hampir semuanya menuding jari ke arah pihak sekolah kerana tidak menjaga pelajar dengan baik.Andaian tanpa usul periksa.Pihak sekolah pula terpaksa menjawab pelbagai soalan yang diutarakan oleh para wartawan.Kes ini menjadi tarikan ramai kerana ia turut melibatkan salah seorang anak dato’yang terkenal.Dato’Nazli bersikap positif,beliau menyerahkan segala-galanya kepada pihak sekolah dan pihak polis bagi menyelesaikan kes ini.

Dawwin Najah antara insan yang mendapat tamparan hebat dalam kejadian ini.Dia tidak menyangka ugutan dalam surat itu menjadi kenyataan.Kehilangan salah seorang rakan sekelasnya benar-benar sukar diterima.

“adakah ia ada kaitan dengan aku,adakah aku yang bersalah dalam hal ni?sedangkan aku sudah balas surat itu,”hatinya mula berbisik.Bisikan alam ghaib turut memainkan peranan bagi merosakkan pemikiran manusia.

Kelihatan pihak polis masih lagi menjalankan siatan.Tariq,Mujahid and The Gang turut disoal siasat.Ibu bapa pelajar-pelajar ini turut hadir selepas dimaklumkan mengenai perkara yang telah terjadi.

“korang penyebab anak aku mati!!!!!!!!!!”Puan Rokiah bagai dirasuk.Tariq,Mujahid and The Gang terkejut dengan tindakan spontan ibu Saiful.Puan Rokiah tidak dapat menahan marah tatkala berhadapan dengan kawan-kawan anaknya yang terlibat pada malam kejadian.Pihak polis dan suami barunya cuba mengawal keadaan.

“Kiah,sabarlah.Ini ketentuan Ilahi.Jangan salahkan budak-budak ni.Diorang tak tahu apa-apa,”

“bang,Ibu mana yang boleh bersabar bila anaknya mati dalam keadaan begitu.Bukan anak saya je mati,tapi Rahman bang..”Rokiah hampir jatuh pitam,nyaris suaminya sempat menahannya dari jatuh.Pak Rahmat menenangkan isterinya.Ingatan Rokiah mula mengimbau kenagan yang lampau.

Wajah Saiful anak kesayangannya dan Rahman bekas suaminya yang telah banyak bekorban demi keluarga bermain di pandangan halusinasinya.Tambahan pula,suara saiful ketika menelefonnya pada malam kejadian masih segar di pendengarannya.

“Assalamualaikum mak.”Saiful memulakan panggilan dengan doa kesejahteraan buat ibunya.

“Waalaikumussalam..nak apa malam-malam buta ni,”

“mak,maafkan Saiful sebab….”

“sudahla,jangan nak sedih-sedih.Nak apa ni,mak sibuk sekarang ni,”

“mak.Saiful nak buat permintaan kat mak,mungkin ni permintaan terakhir dari Saiful mak,’’

“ye,cepatla.Kamu nak minta apa,”

“Saiful tahu perkara ni sukar buat mak,tapi Saiful nak sangat kita hidup seperti sediakala.Bersama dengan ayah,”

“kamu dah gila ke?kamu tahu kan mak dah kahwin dengan pak cik Rahmat.Kamu ingat aku ni ape,”

“mak,Saiful minta ampun kalau buat mak marah.”

“Sudahla,malas mak fikir,”
Talian telefon dimatikan.Saiful tergamam.Air matanya mula menitis.

“betulkah tindakan aku ini?”terbit persoalan di kotak fikirannya.Jauh di sudut hati seorang ibu merasakan anaknya benar-benar mahu dia kembali kepada si ayah.Ibu mana yang tidak sayangkan anak dan anak mana yang tidak sayang kepada orang tuanya.Namun,kehidupan Puan Rokiah yang lebih mewah dari sebelumya telah membutakan pandangan dan hatinya.

Kelihatan para pelajar lain berderetan bagai terpaku di sepanjang koridor kelas menyaksikan peristiwa tersebut.Hampir kesemuanya menganggap presiden mereka iaitu Tariq sebagai punca kejadian.Guru yang bertugas pada minggu itu mula mengarahkan para pelajar untuk masuk ke kelas masing-masing.Para pelajar mula beredar mengikut arahan.
…………………………………

Sudah dua minggu Tariq,Mujahid And The Gang menerima hukuman gantung persekolahan yang diberikan oleh pihak sekolah di atas kes yang mereka lakukan.Esok mereka akan kembali semula ke sekolah.Tariq akan kembali sebagai pelajar biasa kerana dia telah meletakkan jawatan sebagai Presiden Majlis Pelajar.Keputusannya untuk melepaskan jawatan yang disandang adalah kerana pelajar lain sudah hilang kepercayaan kepadanya.Dia tidak mahu mengeruhkan keadaan,biarlah orang yang lebih layak menggantinya.

Amat perit kehidupan Tariq sebelum dikenakan hukuman ini,dia bagaikan berada di tengah-tengah pulau yang dikelilingi oleh laut yang tidak bernyawa.Kawan-kawannya menyisihkannya dan ada mengatakannya sebagai pembunuh.Quwais yang merupakan kawan baiknya turut bertindak sedemikian rupa.Quwais benar-benar tidak dapat menerima keberadaan Tariq sewaktu kejadian.Sangat tidak disangka.Tariq mengambil kesemua tindakan sahabat-sahabatnya sebagai pengajaran.

“Mungkin mereka tak mahu menganggu kondisi aku sekarang ni,”Tariq bermonolog sendirian.Mendahulukan bersangka baik mengenai kawan-kawannya.Dia juga cuba berbaik dengan sahabatnya.Namun mereka masih seperti lautan yang tidak berombak.

Ingatan Tariq sekali lagi melawan arus masa.Ingatannya sewaktu majlis pengebumian sangat memilukan.Melihat di hadapan mata sendiri dua orang insan yang tidak bersalah dimasukkan ke liang lahad sebagai tempat pemisah di antara dunia dan akhirat.Esakan ibu Saiful masih nyaring kedengaran,seakan-akan orang yang hilang upaya.Ibu Saiful mula merasakan kehilangan orang yang sangat disayanginya,mula menyesal akan perbuatannya terhadap bekas suaminya sebelum ini.

“abang,maafkan Kiah sebab pernah menderhaka pada abang,”Puan Rokiah bermonolog sendirian dan memohon keampunan di atas dosa yang telah dia lakukan.Air matanya mula menitis,menitis kerana takutkan dosa.

“Assalamualaikum mak cik,saya ucapkan takziah dengan apa yang terjadi.Saya juga minta maaf di atas apa yang terjadi.Saya betul-betul tak sangka perkara sebegini boleh terjadi,”Tariq mula memberanikan dirinya untuk berhadapan dengan Puan Rokiah.Puan Rokiah mengesatkan matanya.

“waalaikumussalam.Sudahla nak,yang pergi biarkan pergi.Allah lebih menyayanginya.Mak cik tahu kamu tak bersalah dalam hal ini.Pihak Polis juga sudah terangkan kepada mak cik mengenai apa yang terjadi.Mak cik minta maaf atas kejadian tempoh hari,menengking kamu semua tanpa usul periksa.”Puan Rokiah membalas tenang.Dia sudah mula menerima ketentuan Ilahi.

“terima kasih mak cik.Saya juga turut bersedih dengan apa yang terjadi.Saiful sangat baik orangnya.Diam-diam ubi berisi.Saya tak kan lupakan dia sampai bila-bila.Kita doakan rohnya dan ayahnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beruntung.Amin,”

“ya,betul.Dia merupakan anak yang sangat baik,tidak pernah membantah kata-kata mak cik.Mak cik banyak bersalah padanya.Semoga doa kita dimakbulkan.Baiklah nak,mak cik nak pulang dulu,”

“baik mak cik.Moga Allah mencucuri rahmat ke atas keluarga mak cik,Assalamualaikum,”

“buat kamu juga.Waalaikumussalam,”

Perbualan ringkas di antara Tariq dan Ibu Saiful waktu itu sangat menyenangkan hatinya.Sekurang-kurangnya Ibu Saiful memahami situasinya.Cuma sahabat-sahabat di sekolah masih belum dapat menerimanya.

……………………………..

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) hanya berbaki seminggu.Cuti pergantungan dua minggu sebelum ini benar-benar digunakan oleh Tariq untuk mengulangkaji pelajarannya.Hampir kesemua bab-bab yang dipejarinya dalam kelas disentuh.Sungguh bermakna dua minggu tersebut buat Tariq.

Hubungan Tariq dan sahabat-sahabat yang lain kian pulih.Sahabat-sahabatnya mula menyedari tanggapan mereka buat Tariq adalah salah.Semuanya berpunca disebabkan oleh Mujahid.Dia yang menyebarkan cerita palsu ke atas Tariq.Semuanya dibongkar oleh gangnya sendiri.Itupun setelah disoal oleh Quwais mengenai apa yang berlaku sebenarnya.

“Tariq,ana minta maaf mengenai apa yang terjadi pada anta,”Quwais memohon maaf.

“eh.tak apalah.Biasalah tu,kalau ana kat tempat anta pun,ana akan lakukan perkara yang sama.Lagipun,anta juga yang memulihkan hubungan kita semua kan,”

“Alhamdulillah,teringat pula kisah Isteri Nabi iaitu Saiditina Aisyah yang difitnah.Nak tunggu ayat yang membersihkan ummul mukminun dari tuduhan tersebut lagi lama pada anta tau,”

“oo,,kisah khobar Ifk.Betul tu Quwais,sedih sangat bila mengenangkan peristiwa tersebut.Cuba bayangkan kalau ibu kita berada di tempat kejadian,pasti kita sedihkan.Ini ibu kepada semua orang beriman.Isteri kepada nabi yang sangat kita cintai.Kisah pemulauan ana ni sekejap je,,”

“tula,sekejap sangat,patut biar sampai SPM.he.. he..”

“amboi..Boleh gila ana dibuatnya he.he,”

Perbualan dua orang sahabat ni diakhiri dengan gurauan Quwais.Hubungan mereka berdua sudah pulih sepenuhnya sepersti sediakala.Tariq juga sudah mula berbaik dengan Mujahid dan mengharapkan sudah tidak ada persengketaan antara mereka.Apa yang penting sekarang ini ialah persediaan bagi menghadapi peperiksaan tidak lama lagi.Mujahid sangat terkesan dengan kesabaran Tariq,dia mula menyegani keperibadian Tariq.Jauh di lubuk hati Tariq masih mengenangkan Saiful dan Pak Rahman….

Di bilik belajar asrama perempuan.Dawwin Najah gembira mendengar berita mengenai Tariq yang sudah berbaik dengan sahabat-sahabatnya.Dia juga telah bersangka buruk ke atas Tariq mengenai kejadian yang berlaku.Bukan dia sahaja,bahkan hampir semua pelajar perempuan bersangka sedemikian rupa.Namun,kejadian yang berlaku lebih dirasakan olehnya.Saiful merupakan rakan sekelasnya dan dia yakin,Saifullah pengirim surat tersebut.

………………………………………………………..

Setelah hampir tiga minggu memerah otak dan mengopak ingatan.Peperikaan Sijil Pelajaran Malaysia sudah selesai dijalani.Pelbagai reaksi yang ditunjukkan oleh para pelajar.Ada yang seakan-akan tidak berpuas hati dengan jawapan,ada yang gembira kerana apa yang dibaca telah keluar di kertas soalan dan ada yang menyesal kerana apa yang diSpot tidak mengena.Bagi Tariq,dia telah buat dan berusaha sebaik mungkin bagi menjawab soalan yang ditanya.Sekarang adalah masa untuk bertawakal pada yang maha mengetahui.Begitu juga Quwais,dia turut selesa dengan jawapannya.

“macammana keseluruhan exam,rasa-rasanya boleh score tak Najah?”Nur bertanya kepada Najah.

“InsyaAllah Nur.Najah serahkan segala-galanya pada Allah.Najah dah buat sebaik mungkin.Nur macamana?”soalan yang sama dilemparkan semula kepada Nur.

“entahla Najah,rasa macam down je.Tak tahula apa resultnya nanti..hmm,”suara kekesalan terbit di dalam kata-kata Nur.Nur memang tidak dapat menjawab sebaik mungkin dalam peperiksaan tersebut.

“sabar Nur,itulah peperiksaan,mesti ada yang susah dan ada yang senang.Sudahlah,jangan fikirkan sangat,yang pasti exam kita sudah selesai.Now,just waiting for our best result je,”

I hope so,Amiin,”

...............................

9.4.10

hhmmmmmm

Blog Tergendala.Modem kene kilat..Haih..Ujian Illahi:)

Info*kedah kalah Negeri Sembilan megah.Final Piala FA menyaksikan Negeri 9 menang 5-4 menerusi sepakan penalti setelah terikat 1 sama sepanjang 120 minit perlawanan.Saya menyokong bagi pihak kedah kerana kawan-kawan ramai orang kedah.Tapi malang,kedah yang bermain cantik tidak dapat menjulang piala yang alahai besarnya:)

4.4.10

Coba liat kebesaran Illahi

Al-Qur'an ada menyebut:


أَمَّن جَعَلَ ٱلۡأَرۡضَ قَرَارً۬ا وَجَعَلَ خِلَـٰلَهَآ أَنۡهَـٰرً۬ا وَجَعَلَ لَهَا رَوَٲسِىَ وَجَعَلَ بَيۡنَ ٱلۡبَحۡرَيۡنِ حَاجِزًا‌ۗ أَءِلَـٰهٌ۬ مَّعَ ٱللَّهِ‌ۚ بَلۡ أَڪۡثَرُهُمۡ لَا يَعۡلَمُونَ

Atau siapakah yang telah menjadikan bumi sebagai tempat berdiam, dan yang menjadikan sungai-sungai di celah-celahnya, dan yang menjadikan gunung-gunung untuk (mengokohkan) nya dan menjadikan suatu pemisah antara dua laut? Apakah di samping Allah ada tuhan (yang lain)? Bahkan (sebenarnya) kebanyakan dari mereka tidak mengetahui. (QS. An-Naml [27] : 61)

وَهُوَ الَّذِي مَرَجَ الْبَحْرَيْنِ هَذَا عَذْبٌ فُرَاتٌ وَهَذَا مِلْحٌ أُجَاجٌ وَجَعَلَ بَيْنَهُمَا بَرْزَخًا وَحِجْرًا مَحْجُورًا
“Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.” (Q.S Al Furqan:53)

Fenomena Sungai di bawah Laut sebenarnya sudah lama dibincangkan dan ia menunjukkan lagi kebesaran illahi sehingga diberitakan dalam video berita indonesia penyelam atau penemu sungai ini Mr Jacques Yves Costeau memeluk islam setelah menemui profesor islam yang telah menceritakan perihal ayat Al Quran di atas.Namun begitu,berita mengenai keislaman beliau telah disangkalkan oleh kedutaan Paris dan ia menjadi tanda tanya akan kebenarannya kerana beliau sudah meninggal dunia pada 25 jun 1997 dan merupakan penemu Laut Atlantic dan Mediteranian, di teluk Aden di mana kedua lautan tersebut tidak bercampur kerana perbedaan suhu.Setelah disiasat,ternyata penyelam yang melakukan penyelaman serta penemuan sungai di bawah laut ini adalah orang rusia bernama Anatoly Beloshchin bukan Jacques Yves Costeau.Saya tidak mahu mengulas lebih lanjut mengenai si penemu sungai di bawah lautan ini dan apa yang pasti Sudah banyak bukti kebesaran Illahi yang bisa dicungkilkan yang amat menakjubkan.Namun begitu berita di Vivanews mengatakan sungai ini sangat kemungkinan merupakan fenomena alam dan masih dalam penilitian.Menurut berita ini lagi Suasana dalam laut itu mirip sungai lengkap dengan lapisan seperti air yang berwarna agak kecoklatan. Ada pohon lengkap dengan dedaunan jatuh berguguran.
Apa-apa pun cuba kita renung dengan mata hati kita dan coba klik di bawah ini untuk menyaksikan dengan mata sendiri apa yang coba saya ertikan melalui entri saya kali ini..

2.4.10

Sabah Land Below The Wind

 Subhanallah diucapkan kepada Allah Tuhan sekalian Alam.Segala tulus berkat dan kedamaian cinta kepada Nabi Muhammad, ahli keluarga, para sahabat dan seluruh muslim  yang  mengejar redha Illahi. 

Pengalaman demi pengalaman telah kulalui, saya berharap dengan pengalaman ini dapat membuat hatiku cair.Cair dek kebesaran Illahi dan mengalir seperti air terjun yang sentiasa cinta dengan titah tuhannya.Ya benar, semakin jauh perjalanan kita,semakin terasa diri ini sangat kerdil.Inilah hipotesis yang telah dianalisis. 


Merujuk pada tajuk, saya bersama warga PEARL10 telah menjalankan sebuah lawatan sambil berkhidmat sebagai fasilitator di SMKA Tun AhmadShah, Inanam, Kota Kinabalu Sabah.Apa  yang boleh saya katakan, ini adalah lawatan kali pertama saya yang melibatkan penggunaan kapal besi. So amazing, sebelum ini saya hanya mampu mendongak kepala untuk merenungkan kebesaran Allah melalui kemampuan manusia untuk membuat kenderaan yang boleh terbang tinggi di langit, melawan arus masa dan cuaca dan akhirnya saya dapat menyahut seruan "Now Everyone Can Fly ".Sekarang saya akan ceritakan secara rawak kronologi perjalanan kami. 

Sebelum terbang ke Kota Kinabalu dengan pesawat Air Asia, saya telah diuji dengan kehilangan beg kecil saya yang mengandungi kad pengenalan, lesen dan kad bank sewaktu turun dari bas di puduraya.Alhamdulillah tiada wang di dalamnya.Pada malamnya, saya tinggal di rumah abang pengarah program Pearl10 iaitu rumah abang Tolhah di kajang dan hari berikutnya kami pergi ke Putrajaya untuk menyelesaikan masalah kad pengenalan saya.Alhamdulillah,dalam masa 4 jam saya telah mendapat kad pengenalan yang baru.Sempat juga saya membuat kad bank yang baru dan pergi ke PWTC untuk melawat pesta buku antarabangsa . Kemudian kami berangkat ke Klcct jam 11 malam dan kemudian terbang pada jam 8 pagi di keesokan harinya.Perjalanan yang memakan masa hampir 2 jam setengah tidak membuatkan saya bosan kerana dapat melihat keindahan bumi dari langit melalui  tingkap kecil yang terletak bersebelahan dengan saya..Setibanya di airport k.kinabalu.kami menaiki bas SMKA Inanam menuju ke hotel Api-Api untuk check in.Kemudian kami berjalan-jalan di sekitar Kota Kinabalu seperti kompleks one Borneo, Centre Point dan meninjau-ninjau di persisiran laut China Selatan.Malamnya kami membeli belah di bandar Kinabalu.

Keesokan harinya, kami bangun seawal 5 pagi untuk menunaikan solat subuh.waktu di sini satu jam lebih awal daripada semenanjung.Kemudian kami bersiap-sedia untuk berangkat ke SMKA Inanam.Pada awalnya saya ditugaskansebagai sekretariat Multimedia tetapi ditukarkan sebagai fasilitator dan berpasangan dengan  Aina Raihanah untuk menguruskan adik-adik kumpulan 4.Pelbagai acara,slot dan aktiviti dilakukan seperti  LDK  Cintakan Allah, kepimpinan,masalah-masalah dan dugaan dalam hidup, malam  muhasabah dan sebagainya .Sangat seronok bersama adik-adik di sana.:) antaranya ialah ahli kumpulan 4
(Jiha,Mila,Mahe',Lelen,Syai,Nasrul@Buyu,Salam 
dan Syuk)



Di antara slot paling mendapat refleksi  dan dirasa melalui hati pelajar ialah malam muhasabah dikenali sebagai KEMBARA KE ALAM BARZAKH.Saya dan beberapa teman diberi tanggung jawab untuk menjaga HELL BOOTH atau kaunter neraka.Saya  yang ingin mencari sesuatu yang lebih mencabar bercadang mengadakan unggun api sebagai simbolik api neraka.Alhamdulillah dengan bantuan abang jo yang merupakan jaga SMKA Inanam, 3 unggun api telah dihidupkan dan para pelajar terpaksa melalui lorong api sambil mata tertutup  dan mendengar teriakan kami yang  bertindak seakan dihukum dengan hukuman api neraka.Kasihan melihat adik-adik terbatuk-terbatuk dek asap yang berkepul-kepul dan ada yang terjatuh di antara unggun api.Bahang dan kepanasan  api yang dirasa hanya sedikit dan mungkin hanya cebisan api neraka.Jika difikirkan mengenai api neraka.Astaghfirullah.Tidak tertanggung diri ini.


Setelah 3 hari bersama adik-adik di SMKA Inanam, kami berangkat pulang ke rumah syukor dan tinggal di sana.Sempat juga kami mengadakan jamuan makan malam bbq  sempena hari jadi beberapa orang sahabat iaitu Ili Farahn dan Husna.Keesokannya kami berangkat ke Kundasang yang sejuknya persis cameron highland.Sebuah tempat yan sangat indah seperti national park dan pouring.Pada waktu itu kami tidak dapat melihat Gunung Kinabalu kerana hujan dan awan tebal meliputi pergunungan yang terkenal itu.Alhamdulillah, keesokan harinya teman-teman berteriak syukur kerana dapat melihat dengan jelas  gunung Kinabalu melalui resort kami yang terletak cukup tinggi di kawasan bukit.Seterusnya, kami kembali ke Kota Kinabalu bagi menghabiskan sisa-sisa masa kami di sana.Dalam perjalanan pulang,kami singgah di pekan Nabalu untuk kali kedua kerana kali pertama kami kunjungi sewaktu perjalanan ke Kundasang. Di pekan ini duitku banyak dilaburkan untuk membeli barang-barang dan souvenir untuk keluarga.Barangan yang paling diminati olehku ialah sumpit dan anak panah.

Kami teruskan lawatan kami ke Muzium Sabah terlebih dahulu sebelum tiba di hotel iaitu tempat penginapan kami yang pertama(hotel Api-Api),Kemudian kami terus bersiap-siap untuk berbelanja di pasar Philipine.Setelah itu,kami ke Tanjung Aru untuk melihat matahari terbenam,Sangat indah dan menakjubkan.Tapi malang,saya, Farhan dan Zulfikar ( kepala delegasi) telah diuji dengan ditinggalkan oleh teman-teman.Bas yang MEREKA naiki telah berlalu pergi meninggalkan kami bertiga.Satu jam kami menunggu untuk kembali ke hotel.Soalnya siapa yang salah dalam kes ini? jelas bukan salah kami. Siapa yang makan garam dia yang akan berasa masin.Tapi tidak mengapa, sebenarnya ini adalah suatu pengalaman yang sangat menarik  ('',).Pada malamnya kami berbelanja lagi dan makan di kawasan sekitar penginapan kami.Antara barangan yang terkenal di Sabah adalah mutiara dan kristalnya. Saya juga sangat terkesan dengan item dari dasar laut ini.


Hari berikutnya adalah hari terakhir kami di sini.Awal pagi lagi teman-teman saya yang akan berlepas awal ke KL sedang berkemas-kemas kerana penerbangan mereka lebih awal dari yang lain.Kami yang  lain ini sempat lagi membeli di pasar philipine.Banyak item yang saya beli pada waktu itu. Kemudian saya mempunyai kesempatan untuk keluar bersama  makcik Farhan yang tinggal di sini.Dapat juga saya melawat masjid bandar, Masjid Negara dan daerah sekitar bandar kota Kinabalu.Saya tinggalkan Kota ini jam 4 petang dan saya mendarat di Kuala Lumpur pada jam 6.30 pm.Pada 
malamnya saya tinggal di rumah Ajoy dan dapat juga berjalan-jalan di bandar metropolitan ini.


Keesokannya jam 4:45 pm saya menaiki bas untuk pulang ke Perak dan tiba di kediaman yang sebenar pada jam 8 malam.
Ini adalah kronologi saya secara rawak, apa yang pasti kenangan saya di sana sangat indah dan tidak dapat dijelaskan hanya melalui penulisan yang kaku ini.Selangit ucapan tahniah dan sekalung mutiara terima kasih saya terbangkan kepada teman-teman yang telah bekerja tanpa lelah untuk menjayakan program  PEARL10 ini.Semoga hati kita dijernihkan sejernih lautan China Selatan dan mendapat Redha llahi.Sekian ...


Info: * ayah Munzir iaitu ayah kepada teman saya yang sedang belajar di Universiti Al Azhar telah kembali ke Rahmatullah.

* Din Beramboi atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad yang merupakan seorang pelawak dan penyampai radio era sudah meninggal.
Innalillahhi wainna Ilaihi rojiuun.Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham encik Mokhtar, dan Allahyarham encik Mior Ahmad Fuad.Semoga keduanya tegolong dalam kalangan insan yang beruntung di sisi Illahi.Amin.