27.12.09

UMKL(23-25/12/2009)

Kembara Nilam mengamit sebuah memori indah seorang budak kampung.Kali pertama menjejakkan kaki di kampus induk Universiti Malaya benar-benar membuatkanku teruja.Boleh dikatakan antara tempat yang kudambakan untuk berada.Tercapai sudah akhirnya.

Perjalanan yang memakan masa hampir 8 jam memang memenatkan,namun ia terhadam setelah melihat pintu gerbang Universiti malaya.Dapat bersembahyang subuh berjemaah di masjid Ar Rahman yang terletak berhampiran pintu masuk Um sangat mengasyikkan sebelum menetap di kolej lapan iaitu kediaman Kinabalu.
Sejurus itu,bersama dengan perwakilan(MPMUM)untuk mengadakan sesi dialog bersama mereka yang sudah pastinya antara orang yang sangat berpengaruh.kemudian melawat Akademi pengajian Islam UMKL iaitu tempat belajar yang bakal ku berjuang.pelbagai input yang ku terima melalui taklimat yang disampaikan oleh 2 orang pensyarah iaitu profesor Dr Ishak dan Dr Mustafa.Seusai itu kami bertolak ke Kolej untuk berehat sebelum mendengar sesi ceramah mengenai kempimpinan dan shaksiah mahasiswa yang disampaikan oleh K.Purnia Murti.

Hujan lebat yang mencurah tidak menghalang kami untuk berada di APIUMKL semula bertemu dengan Insan-insan terpilih.Kemudian kami menggalas tugas perut untuk majlis santapan(dinner)bersama Ayahanda Dr Azrae dan delegasi daripada China.





Keesokan harinya,kami bersiap-siap untuk pulang ke APIUM NILAM PURI.Tetapi sebelum itu kami melawat beberapa tempat yang menarik seperti pusat sains Negara,Muzium Kesenian Islam,masjid negara untuk solat Jumaat dan Low Yat/Times Square KL.Antara sifatku ialah pantang berjumpa dengan orang putih atau orang arab,keinginanku untuk menegur mereka sangat tinggi,antara sebabnya ialah menguji penguasaan bahasa yang kupelajari.Di Muzium kesenian Islam ini aku telah menegur seorang lelaki asing yang datang dari US bernama Sam bersama dengan Girlfriendnya bernama Mogan.Setelah teguran itu terjadilah dialog antara ku dan Sam yang agak lama,banyak juga topik yang dibincangkan terutamanya mengenai agama.Moga-moga mereka berdua mendapat hidayah dari Allah untuk menerima islam.Dikatakan Girlfriendnya iaitu saudari mogan tertarik dengan keindahan Seni Islam.

Akhirnya kami tiba di Kelantan dalam jam 12 mlm lebih.Syukran ke atas pihak yang telah menjayakan misi delegasi Apiumnp ini sekaligus menamatkan kempunanku selama ini untuk berada di umKl.Tahniah Semua.


26.12.09

Salam For All Excellent PMR Candidates



Sudah biasa dengan tarikhnya,acap kali Merry Christmast menjengah tiba,sijil keputusan PMR turut bertakhta di jiwa pelajar tingkatan tiga.Kalau dahulu aku turut merasa menerimanya dengan hati yang lara tatkala mendapat keputusan yang ala kadar.Kali ini adikku(anak keempat)pula yang menerima dengan kadar yang maksimum.8A menjadi genggamannya.Tahniah Meor Muhammad Faizwan Bin Meor Zahidi(insan disebelah Ibuku)iaitu pelajar cemerlang sekolah menengah sains teluk intan(SEMESTI) yang turut menerima hadiah PSP daripada papa dan mama(PAMA).Bangga berbaur dengki rasanya(",).

Info:*baru pulang dari UMKL.ceritanya bakal menyusul kelak.
*dalam perancangan melanjutkan pelajaran sementara di Timur tengah.
Doakan semoga berhasil ya semuanya
*31hb ini pakcu makcu akan pulang dari Makkah.

17.12.09

Selamat Tahun Baru Hijriah



Azam baru?????

Buang Yang keruh ambil Yang Jernih
banyak dosa yang perlu dikikis,
mendambakan pahala yang tertulis,
Di setiap titis air mata yang menitis

Oh Tuhan Yang maha penyayang,
aku serik dengan dosa yang terbayang,
yang juga menutup peluang,
mendapat janjimu yang luas terbentang.

Duhai Syurga,Aku dambakan bauanmu,
Ketenangan memasuki pintumu,
Kemegahan berada di dalam perutmu,
Keindahan kehidupan abadi bersamamu.

Sejauh mana serius aku dalam melontarkan bait-bait ini,
bakal teruji dengan azam baru hijriah ini.
Bukan mudah dan bukan sukar pada hakiki,
tetapi terhampar pada persepsi dan keikhlasan hati.

Info*:malaysia menang bola Sepak Sukan Sea loas.1-0.Vetnam cuba lagi ok..Tahniah pasukan Malaysia.Dapat juga medal emas setelah mengidam selama 20 tahun.Tapi time main tadi tu tak sesuaila.Dah maghrib dah nak isyak plak tu.aiseh..DUNIA-DUNIA.

16.12.09

Syukran Sinar Harian


Salam.Syukran ke atas pihak Sinar harian Info Sukan yang sudi mengabdikan kisah Futsal kami dalam ruangan Sukan anda.Walaupun banyak fakta yang salah namun kami menerima seadanya.Mungkin salah saya walaupun saya telah memberi maklumat yang benar lagi sohih melalui E mail(",).
(Ape-ape pun,saya telah memperbaiki tulisan anda).

Info*Gunung Berapi Mayon Filipina muntahkan laharnya.
*Saya,amirul dan Arif memasuki pertandingan Forum yang dianjurkan di Nilam Puri.Spontan aja,tajuk hebat sangat Pengembaraan Roh.adoiii.Tak tahulah ape keputusannya.Yang penting kita dapat menyampaikan Ilmu Allah yang luas walaupun sedikit.
*adakah Malaysia mampu menjadi juara bola sepak sukan sea Laos??.Kalahkan Vietnam ok.

14.12.09

SIBUK Sangat KE????





"weh Radi..malam ni ko free tak"tanya Fadhlan kepadaku.Persepsi wajahnya seakan mengharapkan sesuatu.Mengharap apa aku tidak tahu.

"aisey..maafla.aku BUSY la.Tahun depan baru aku free".Jawabku sambil buku jadual harian bulanan dan tahunan mayaku dibelek-belek.Fadhlan tertawa berdekah-dekah.Aku mengikuti tawaannya.

Perkataan busy padaku bagai sesuatu yang seronok ditutur.Sekiranya aku melihat sahabat-sahabatku yang sedang bergerak laju,menghadiri liqo',bercakap dengan menggunakan hp dengan gaya yang bersemangat,membawa buku yang banyak,bermain lap top dan sebagainya.Pasti aku akan mengatakan:

"ehem,busy nampak"aku bertanya sekadar bergurau.Aku juga sedar bahawa kehidupan sebagai seorang muslim ini sebenarnya tidak mempunyai banyak masa untuk bersenang-senang.Bahkan masa 24 jam sehari sebenarnya tidak cukup dengan tanggungjawab kita sebagai hambanya.

Kadang-kadang aku dan beberapa orang sahabatku suka mengajuk gaya seorang usahawan yang sibuk dengan perniagaanya.Gaya seorang bos yang perlu menghadiri pelbagai mesyuarat dan turut tidak lupa gaya sebagai seorang datuk yang berpengaruh besar.
..........................

"weh,maafla,kali ini aku betul-betul busy.Pas habis program ni baru aku free sikit"

Kata-kata jujur ini terkeluar dari mulutku.Ya,aku benar-benar dapat merasai berada dalam keadaan yang begitu busy.Busy dengan program yang bagiku sangat mencabar dan memerlukan kepada kepekaan yang mendalam.Mengaturkan program Anjuran JKP Sukan dan Reakreasi sangatlah mengajarku erti kebusyan  yang hakiki.Mana tidaknya.3 hari sebelum pertandingan bermula,aku dan KD2 yang lain perlu membuat pelbagai perkara serentak seperti menguruskan hadiah,orang kedai hadiah pon dah kenal denganku akibat kerap masuk ke kedainya,selain itu makanan dan minuman,pengangkutan,tempat pertandingan,pengurusan pembayaran.L.O/P.O.Invois,surat kebenaran penggunaan dewan,surat jemputan dan pelbagai lagi.Kesemua ini adakalanya membuat diriku bagai tidak cukup tangan,Aku bagai tidak senang duduk sekiranya membiarkan KD2 lain menguruskan tugasan mereka sendirian.Justeru,aku menyibukkan diri membantu mereka.Secara tuntasya,lap top dan katilku merinduiku.Aku bukannya seorang yang kuat tidur,tetapi ia hanya sekadar jadual harianku.('',)

Alhamdulillah.Allah permudahkan urusan penganjuran kami,Pertandingan Futsal Piala Timbalan Pengarah Kali pertama ini telah selamat dikebumikan.Dikebumikan dalam ingatan setiap pelajar yang mengikuti program ini.Pelbagai peristiwa yang terjadi ketika pertandingan ini dilangsungkan.Sama ada muslimat atau muslimin.Ana juga turut merasai saat kekejangan yang tersangat dasyat,menyirap darahku menahan tarikan urat  otot yang seakan-akan mahu terputus.Perlawanan yang berlangsung dari pagi hingga ke petang membuatku dan pelajar lain menghabiskan tenaga untuk menamatkan perlawanan.

Pada akhirnya,majmuahku yakni majmuah 8 lelaki(muslimat m8 tempat ke2)telah mendapat tempat ketiga dibawah majmuh 5 sem 4 yang mendapat tempat kedua dan majmuah satu sem 4 yamg mendapat tempat pertama.Kemungkinan mendapat johan sangat banyak,namun perbezaan satu gol antara majmuahku dengan mereka menyebabkan kami hanya berjaya mendapat pingat gangsa.Bersyukurlah apa yang ada.Selain itu,pihak DIGI bersetuju untuk menyediakan 450 keping sim card DIGI Campus free ketika pertandingan dilangsungkan.Muslimat pada hari Jumaat 11/12/2009 dan muslimin keesokan harinya.Namun hanya 300 lebih sim card sahaja yang diambil oleh para pelajar.Sim card Digi Campus ini mempunyai kelebihannya sendiri,Selain disediakan Rm 10 kredit free,sim card ini lebih menjimatkan sesorang sekiranya mahu berkomunikasi lama dengan pengguna digi yang lain.

Setelah selesai perlawanan bagi muslimat dan muslimin,majlis penutupan diadakan di dewan johor.Walaupun ramai yang tidak hadir akibat sakit dan membuka ruangan urut mengurut di bilik masing-masing.Majlis ini turut berjalan dengan lancar dengan dihadiri oleh Timbalan Pengarah APIUMNP dan para pensyarah termasuk Ustaz Mahyuddin yang melakukan sepak mula(penalti sewaktu kategori muslimin) sebagai simbol perasmian pertandingan ini.

Segala kekurangan dan masalah sewaktu program ini diadakan saya hanya mampu mengucapkan jutaan kemaafan.Kita tidak mampu membuatkan seseuatu perkara itu dengan sangat sempurna.Pasti ada cacat celanya.Untuk program yang akan datang.Buatlah lebih baik.Bagi yang kurang berjaya,kalian juga turut hebat,cuma janganlah kita terlalu menyalahkan sesuatu pihak di atas kekalahan kita.Ia akan menimbulkan kemarahan dan dendam sahaja.Bersangka baiklah seperti sunnah nabi.Seperti saya katakan tadi,kami tidak mampu bagi semua orang berpuas hati..Segala kelemahan kami itu datangnya dari diri kami yang sememangnya lemah ini.Antara objektif program ini adalah mengeratkan Tali SilatullRahim antara kita.Justeru,abaikan perkara yang telah berlalu,jadikan ia sebagai iktibar dan pengajaran.




Akhirnya,Berbilion terima ksaih saya ucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung terutamanya Pengarah program Nik Farhan serta timbalan dan KD2nya.Tidak lupa juga kepada mereka yang terlibat secara tidak langsung dalam menjayakan
PERTANDINGA FUTSAL PIALA TIMBALAN PENGARAH 2009.sekian.

Info* Kategori Muslimat;

Johan:Majmuah 5 Semester 2
N.Hohan:Majumah 8 Semester 4
Ketiga:Majmuah 6 Semester 4

Kategori Muslimin


Johan:Majmuah 1 Semester 4
N.Hohan:Majumah 5 Semester 4
Ketiga:Majmuah 8 Semester 4
Saguhati:Majumuah 7 semester 4/majmuah 3 semester 2

Pasukan Jemputan:staff Um.

10.12.09

PerTandiNgan FutSal Piala TimBalan PenGaraH



Tarikh :(Muslimat)11 Dan (Muslimin)12 Disember 2009
Tempat:Pusat Futsal Real 7 Pasir Tumboh Kelantan

All The Best To APIUMIANS



Info*Pengukir Banner@iklan Pertandingan Futsal Piala Timbalan Pengarah:Muhammad Adam Bin Abdullah
*Hebat.Ajaib.malaysia tewaskan thailand.Malaysia layak ke separuh akhir dan akan menentang laos.G00d Luck malaysia.Take our gold medal there.
*terpaksa jadi hakim debat B.I..Sukar juga wat keputusan ni.berdepan dengan debater yang hebat2.i accept that Stpm is still the best way for go to IPTA.Hmm.Ok.

7.12.09

Selamat Hari Ulang Tahun Perkahwinan Yang Ke 24








Alhamdulillah..Sudah 24 tahun kedua orang tuaku melayari bahtera perkahwinan.Pelbagai ragam telah dilalui.Dikurniakn 5 orang jejaka tanpa jejaki(gadis).Masih belum mempunyai mertua dan cucu.InsyaAllah suatu hari nanti.Amin..('',).Sehubungan dengan itu.Pada 4 haribulan yang lalu,Saya mengikuti Keluarga saya ke Melaka dan Negeri Sembilan.Lawatan sambil menghadiri majlis pertunangan saudaraku.Abang Yus.Pelbagai pengalaman yang dirasai.Jika dijelajahi sesuatu tempat,pelbagai adat dan tempat kita akan rasai.Seperti di Melaka.Kami dapat merasai menaiki Eye On Malaysia dan
menara Taming Sari serta melawat kota yang tidak asing lagi iaitu Afamosa.Melaka juga turut diistiharkan sebagai kota bersejarah DUNIA.Manakala di Teluk Kemang N9.kami dapat merasai menaiki bot Banana di atas lautan.Kami pulang ke perak pada tengahari 5 haribulan kerana saya terpaksa pulang ke kelantan pada malamnya.Lawatan ini juga turut bersempena dengan majlis ulang tahun Perkahwinan Haji Meor Zahidi dan Hjh Mastura pada 7.12.209.Moga Allah memberkati Kalian.Aminn

KB MALL TAK RUNTUHLA




Salam.Apa cerita ni.Tiba-tiba je berita keruntuhan KB Mall tersebar.Hebat betul pembawa berita ni.Saya pada awalnya tak percaya langsung berita ni.Takkanla tiba-tiba je runtuh.Teringat pula kejadian sebuah Stadium di Terengganu.Selepas beberapa jam kejadian.Sewaktu makan,kawan-kawan saya berkerumun melihat paparan skrin sebuah telefon bimbit. Benar,ada kejadian ngeri berbaur pelik yang terjadi di KB Mall.Sebuah kereta Mazda kuning terjatuh dari tingkat atas KB Mall lalu terjunam ke tingkat bawah pasar raya yang pernah dinobatkan sebagai pasaraya terunggul di Malaysia satu ketika dahulu.Ada 2 kes kematian dicatatkan.Alhamdulillah saya tidak berada di tempat kejadian.Ajal datang menjemput adakalanya secara mengejut.Siapa sangka seorang pelajar perempuan Masterskill menemui ajalnya di situ.Cerita lebih lanjut.Siasatlah sendiri melalui media massa ok.Kajilah sendiri kesohihan sesuatu berita yang diterima.Nak juga tahu apa komen pihak kerajaan mengenai kejadian ni(",)


2.12.09

Cinta Munafik Part 4

Kesemua nama dan perwatakan pelajar lelaki kelasnya bertandang di fikiran.Sebelas orang kesemuanya.Ahmad dikenali sebagai seorang yang tegas.Setia berkhidmat sebagai ketua kelas Lima Ibnu Sina.Sangat bertanggungjawab.Sahabat rapatnya,Mujahid Bin Nazri,Seorang pelajar yang sangat peramah dan pemurah.Anak kepada Dato’ Nazli,Wakil parlimen Padang Rengas.Nasir yang berwajah Pan Asia pula seorang yang dikenali sebagai kaki perempuan.Kisah Nasir yang lebih dikenali sebagai playboy Muslim Terhangat ini sudah bertebaran di setiap sudut asrama perempuan.Pantang pulang ke rumah.Pasti keluar berdua-duaan dengan gadis yang dikenalinya.,Sukar dinasihatkan.Berlainan pula sikapnya dengan Muhammad yang dikenali sebagai Imam besar di sekolah.Perwatakannya yang seperti ustaz,membuatkannya disegani oleh pelajar lain.Fadullah pula adalah anak kepada seorang penjual nasi lemak.Berkat ketabahan ibubapanya membesarkan lapan orang anak membuatkan dia menjadi pelajar yang sangat bijak.Seringkali mendapat tempat pertama acap kali peperiksaan.Antara pelajar cemerlang harapan sekolah.Saiful pula kelihatan seperti seorang lelaki yang anti perempuan.Ini semua gara-gara sikap ibunya yang menuntut cerai pada ayah kerana mahu berkahwin dengan kekasih lamanya.Kisah drama sebenar kehidupannya ini sudah tidak asing lagi.Terutamanya dikalangan pelajar tingkatan lima.Ini membuatkan dia lebih suka bersendiri.Asyraf pula seorang yang sangat pendiam.Sama seperti Saiful.Sukar diajak berbicara.Anak kepada seorang nelayan dan baru sahaja kematian Ibu.Radzi dikenali sebagai seorang yang panas baran.Pernah satu ketika .Dia menumbuk seorang pelajar tingkatan tiga gara-gara mee kari pelajar itu tertumpah pada bajunya.Pihak sekolah mengenakan hukuman gantung sekolah selama seminggu dan dua kali sebatan rotan.Farhan,Akram dan Naim pula dikenali sebagai tiga serangkai.ke mana sahaja mereka pergi pasti bergerak bertiga umpama berita radio bergerak.Ada sahaja maklumat yang dibawa.Mereka juga peramah,dan rajin mengulangkaji pelajaran bersama.Tidak hairanlah mereka digelar Pasangan sehati Sejiwa.Perwatakan sama sahaja.Agak keperempuanan.

Fikiran Dawwin Najah makin kusut.Dia cuba mengagak namun tiada seorang pun di antara pelajar lelaki kelasnya yang dirasakan sebagai pengirim surat itu.Hatinya mula berbelah bahagi.

“haruskan aku membalas suratnya?”.Hati dan fikirannya mula berinteraksi.Persoalan yang amat sukar direalitikan.

Bunyi yang terhasil daripada putaran kipas bilik yang sepi itu bagai membelit fikirannya.Dia keseorangan.Nur Kinanah keluar bermain badminton bersama sahabat yang lain.Najah mula berdoa pada yang maha esa untuk membantunya keluar dari permasalahan ini.Matanya melirik ke arah meja belajar yang terletak di sebelah katil.Di situlah tempatnya menyiapkan kerja sekolah dan mengulangkaji pelajaran.

………………………………….
Malam Sabtu.Malam yang sangat bebas bagi para pelajar.Tiada sebarang kelas persediaan.Kebiasaannya pihak kepimpinan akan mengadakan program seperti tayangan perdana di dewan.Selain itu,para pelajar akan berkunjung dari bilik ke bilik membuka ruang perkongsian kisah suka dan duka.Penjual-penjual makanan dari kalangan pelajar juga sibuk menjalankan perniagaan mereka.Lumayan.Sesetengah warden asrama persis memberi kebebasan kepada pelajar saat ini.

Menariknya malam itu.Banggunan asrama hanya didiami oleh pelajar tingkatan lima. Bebas namun terikat oleh peperiksaan yang sedang merangkak membuka tirai Sijil Pelajaran Malaysia(SPM). Pelajar-pelajar lain sudah pulang ke rumah setelah selesai menghadapi peperiksaan akhir tahun atau lebih dikenali di sini sebagai Marhalah Robiah.

“Zaki,nanti balik rumah jaga diri ok.Doakan ana berjaya dalam SPM.Kirim salam pada mak ayah.”.Sempat Nasir mengungkapkan kata-kata penuh makna kepada Zaki yang sedang menjinjing beg.Sarat berisi barang.

“InSyAAllah akhi.Buat yang terbaik.”.Balas Zaki pendek.Akhi Nasir bukan orang pertama yang menasihatinya atau lebih tepat mengambil berat padaya.Sebentar tadi akhi Salleh,Akhi Fakhrul dan Akhi Nasrul turul mengungkapkan kata-kata yang hampir serupa.

“Zaki,biar abang bawa beg berat ini.Zaki bawa beg yang satu lagi tu.”.Quwais muncul dari belakang Nasir secara tiba-tiba.Beg besar di tangan Zaki diambil.Zaki tergamam memandang wajah pelajar yang disenangi oleh para pelajar lain itu.Merupakan antara senior yang sangat baik dan peramah.Bertugas sebagai Ketua Umum sekolah.Nasir geram.

“Akhi,tak pe,biar ana yang bawa”

“eh tak pe,biar ana je yang bawa.Kan banyak barang tu.Kereta dekat mana?”

“syukran akhi.Kereta dekat rumah bulat”

“ok Jom.”
Quwais dan Zaki menuruni susunan anak tangga.Empat tingkat kesemuanya.Menuju ke rumah bulat yang terletak di kawasan pintu masuk sekolah.Rumah bulat merupakan tempat para pelajar membayar yuran dan sebagai tempat membuat pengumuman bagi pelawat yang mahu bertemu dengan pelajar.Quwais sempat menjeling ke arah Nasir sambil tersenyum.Dia sengaja berbuat demikian.Sudah masak dengan perangai Nasir.Namun jauh disudut hatinya Cuma mahu bergurau dengan sahabatnya itu.Bukan mahu menimbulkan persengketaan.Nasir bersabar.Dendam.

‘’siap kau Quwais.Berani gagalkan rancangan aku ye”.hatinya mula berbisik.Mendapat bisikan dari alam ghaib.

….
Saiful memandang jauh ke langit.Indah dengan bintang-bintang yang bertebaran membentuk sesuatu simbol buat manusia.Saiful lebih senang berseorangan.Melayan fikirannya yang semakin kusut.Memikirkan perihal nasib dirinya.Sebentar tadi dia menelefon ayahnya menanyakan perihal ibu.Ternyata ibunya sudah berkahwin dengan pak cik Rahmat.Hatinya remuk.Tidak sanggup berhadapan dengan kenyataan Ibunya tegar meninggalkan ayah kerana tidak sanggup hidup susah bersama seorang penoreh getah.Benar.Sejak dua bulan yang lalu kehidupan keluarganya porak peranda.Umpama kais pagi makan pagi,kais petang makan petang.Hasil pendapatan sebagai penoreh getah tidak mencukupi buat keluarga.Tambahan pula ibunya sering meminta sesuatu di luar kemampuan ayah.

“abang kalau tak nak Kiah balik ke kekasih lama,belikan kiah rumah baru.Kiah dah tak sanggup tinggal di sini”Puan Rokiah mengugut suaminya.Dia sudah tidak sanggup tinggal di rumah usang itu.Papan rumah itu sudah mula dimamah anai-anai.Menunggu masa rebah ke bumi.

“Kiah.Abang tengah kumpul duit ni.kenapa Kiah tak sanggup hadapi ujian tuhan ni”

“sampai bila bang?dari dulu lagi abang kumpul duit.Tak kan tak cukup-cukup lagi”

“kiah boleh bersabar tak.Abang penat bekerja.Kiah Cuma tinggal di rumah.Abang tak pernah minta kiah kerja.Abang lebih sanggup tidak makan daripada melihat isteri yang abang sayang bekerja”

“sayang?..Apa maknanya sayang kalau hidup kita macam ni.Orang lain hidup senang lenang.Kita bagaikan pelarian tak cukup makan.Rahmat dah janji nak kahwin dengan Kiah selepas abang ceraikan kiah.Kiah dah tak sanggup bang.”

“astaghfirullah Kiah.Mengucap.Apa yang Kiah cakapkan ni”

“Ceraikan Kiah!!!”

Pertengkaran di antara ibu dah ayah saiful tergiang-ngiang di telinganya.Sanggup si isteri menggegarkan Arash Allah dengan meminta si suami menceraikannya.Sejak dari kejadian itu, Saiful lebih suka menyepi.Pernah suatu ketika dia meminta pada ayahnya untuk dia berhenti Sekolah kerana tidak sanggup melihat ayahnya yang dimamah usia berkerja keseorangan.Yuran makan sekolahnya sudah empat bulan tertonggak.Namun,permintaannya ditolak keras oleh ayah.Ayahnya tidak sanggup membiarkan Saiful menjadi sepertinya.Biar nyawanya digadai,namun jangan pelajaran anaknya tergadai.

“apa yang dimenungkan tu Saiful”.Tariq muncul menyapa Saiful yang sedang bersandar di dinding koridor asrama.Kelihatan sahabat-sahabat mereka yang lain sedang seronok bermain street soccer di tapak perhimpun bertar yang terletak di antara musolla Induk dan asrama lelaki.Permainan yang menjadikan bola takraw sebagai bola sepak merupakan permainan yang paling digemari oleh para pelajar.

“eh Tariq.Tak de apa-apa”.jawab Saiful ringkas.Seolah-olah tidak mahu diganggu.Dia sedar bahawa Tariq sahaja yang seringkali menanyakan mengenai dirinya.Sahabat yang sejati.Namun Saiful berasa iri hati padanya.Tariq punyai segalanya.Rupa,harta dan pangkat.

“betulke ni.Ana tengok dari tadi enta menyepi.ok,sekarang anggaplah ana cermin,cuba enta ceritakan pada cermin apa yang yang enta fikirkan”.Tariq cuba memancing hati Saiful.Menggunakan kaedah psikologi.Perasaan seseorang tidak boleh dipaksa.Tetapi boleh dipujuk.

“enta jadi cermin.takkanla Mr presiden nak jadi cermin kot”.Saiful terkejut dengan pendekatan yang di bawa oleh Tariq.Tariq benar-benar pandai bermain kata-kata.

“la.,Saidina Umar Al khattab pun sanggup menjadi rakyat untuk mengetahui penderitaan rakyatnya.Inikan pula ana.Bukan seorang Khalifah negara,bukan seorang yang berpengaruh.Ana sama macam enta.Pelajar biasa.Hamba Allah yang hina.Cuma dibebankan dengan tanggungjawab yang ana sendiri tak sanggup terima pada awalnya.”Tariq dapat merasakan bahawa Saiful memandangnya sebagai seorang yang berjawatan.Dia tahu mengenai kisah hidup Saiful yang sangat mencabar.Dia Cuma mahu menolong dan berkongsi kisah yang dialami oleh sahabatnya itu.

“Syukran Tariq si cermin ajaib.”Saiful mula tersenyum.Tariq gembira.

“Ok.Sekarang cerita dekat ana apa yang enta fikirkan,mana tau ana boleh tolong enta”

“panjang ceritanya.Cukuplah enta tahu ibu ana sudah berkahwin dengan boyfriend lamanya.Ana tak sanggup melihat ibu lagi.Kejam.Sanggup buat ayah macamni”

“Astaghfirullah.Kenapa cakap Ibu macam tu.tak baikla.Apa-apa pun dia tetap ibu enta.Mungkin dia buat begitu sebab….”

“sebab tak sanggup hidup susah.Mahu hidup mewah dengan kekayaan orang lain”

“sabar Tariq.Mungkin dia terpengaruh dengan dirinya sendiri.Enta doakanlah Ibu enta sentiasa dirahmati Allah”

“enta tak merasa apa yang ana rasa Tariq,kehidupan enta senang.Hidup bahagia.Ana ni…”

“saiful,Kenapa cakap macam tu.Setiap orang ada kelebihan dan ada kekurangannya.Enta telah mendapat ujian live dari Allah.Allah nak menguji hambanya yang beriman.Enta Berjaya mengharungi ujian ni.Ana masih belum diuji.Kalau ana ada di tempat enta,tak tahulah apa yang akan jadi pada ana.

“Berjaya ke ana ni?”

“Berjaya sebab enta tabah menghadapi ujian dan redha dengan apa yang berlaku.Sebab itu enta perlu doakan kebahagian Ibu.Dia tetap ibu enta.Ibu yang melahirkan The Champion ke dunia ini”

“hmmm.Thanks Tariq,entala satu-satunya sahabat yang ambil berat mengenai ana.InsYaAllah ana akan fikirkan kata-kata enta ni”

its ok Saiful.we are friend.Mestila kena ambil berat antara satu sama lain.Sabar ok.ingat Allah sentiasa bersama kita.Allah Yubarik Fik.

Perbualan yang singkat itu benar-benar membuatkan hati Saiful lebih tenteram.Ada benarnya kata-kata Tariq.

“Perlukah aku berdendam dengan ibu kandungku?”.Terbit persoalan dibenak fikirannya.Dia merasakan mungkin ibunya terpengaruh dengan lelaki yang tergila-gilakan Ibunya.Ibunya pernah memenangi pertandingan Ratu Cantik Kampung satu ketika dahulu iaitu sebelum ibunya berkahwin dengan ayah atas kehendak nenek.Ibu pada awalnya tidak mahu berkahwin dengan ayah kerana sudah mempunyai pilihannya sendiri.Tetapi setelah dipaksa oleh nenek dan datuk.Ibu akur dengan keputusan orang tuanya.
....

Tariq menghempaskan badannya di atas katil.Penat berhijrah ke setiap pelusuk kawasan asrama.Sengaja mahu melihat apa yang dilakukan oleh sahabatnya yang lain.Di kantin kawan-kawannya masih menonton televisyen.Ada juga yang sedang bersembang rancak.Seperti berusrah dalam bulatan.Kawan-kawannya yang sedang bermain street soccer sudah mula bersurai.Tariq sebenarnya tidak mempunyai sebarang aktiviti yang ingin dilakukan,yang pasti dia mahu menenangkan fikirannya.Tidak mahu terlalu stress menghadap buku saban hari.Biarlah malam itu penglihatannya bebas daripada tulisan-tulisan yang terpahat pada bukunya yang bertimbun.

“Assalamualaikum”.Ucapan salam daripada Quwais memecah kesunyian bilik Pengawas yang terletak di tingkat dua.Bilik ini didiami oleh majlis tertinggi Jamaatur Ruasa' dan Majlis Perwakilan Pelajar.Lapan orang kesemuanya.

“Waalaikumussalam.Ya Allah.Apa yang berlaku ni Quwais”.Mulut Tariq terlopong melihat darah yang mengalir deras pada siku Quwais.Quwais diam.Tidak menjawab pertanyaan Tariq.Dia hanya menahan darahnya dengan sapu tangan.Muhammad dan Nasir memimpinnya masuk ke bilik.Tariq pantas mengambil peti kecemasan yang terletak di dalam almari.Soalannya mungkin tidak tepat pada waktu.Siku Quwais dirawatinya.

“apa sebenarnya terjadi ni”.Tariq mengulangi soalannya sambil tangannya sibuk mencuci darah Quwais dengan kapas.

“tak de apa-apa.Ana terjatuh time main street soccer tadi”.jawab Quwais bersahaja.menyembunyikan sesuatu.

“takkan jatuh tiba-tiba kot?”Tariq tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan.Mana mungkin jatuh biasa boleh berdarah sebegini rupa.

“ana terlanggar dia tadi.maaf”Nasir mencelah perbualan mereka.Dia tidak menyangka dendamnya pagi tadi boleh sampai jadi begini.Terbit kekesalan dalam dirinya.Quwais sedikit pun tidak menyalahinya.Malah mampu tersenyum padanya.

“enta main kasar sangat kenapa?”Tariq seakan-akan tidak berpuas hati dengan Nasir.Nada suaranya ditinggikan.Dia tahu Nasir memang suka berkasar sewaktu bermain.Nasir kaku.

“sabarlah Tariq.Dia tak sengaja.Dont worry.Im okay”Quwais menenangkan Tariq.Kadangkala Tariq tidak mampu menahan emosinya sendiri.Mampu berubah secara tiba-tiba.Itulah akibatnya sekira emosi tidak dikawal baik dengan akal.

okay.Fine”.Balas Tariq ringkas.Dia tersedar api kemarahannya menyala.Cepat-cepat dipadamkan dengan Istighfar.Mengingati Allah.Nasir mengagumi persahabatan Quwais dan Tariq.Sangat indah.Saling ingat mengingati.Dia masih tidak mampu memaafkan dirinya.Quwais terlalu baik.

“ana minta maaf sekali lagi Quwais,Tariq”suara Nasir ikhlas memohon maaf.Quwais tersenyum sambil mengangguk menandakan ya.

okay,tapi jangan buat lagi ya.Nanti habis pula ubat ni nak rawat luka pelajar lain he…he.”nada suara Tariq berubah.Dia tersenyum.Sempat bergurau.Muhammad turut menguntum senyuman kealimannya.

okay I’m promise everyone”.Balas Nasir.Hatinya lega,terbit senyuman di bibirnya.Senyuman yang telah memikat puluhan gadis.

Tariq menyuruh Quwais untuk tidur awal.Jangan banyak bergerak.Rehat secukupnya.Berita mengenai kesabaran Quwais cepat tersebar.Memang kalau dilihat dari cara Nasir menjatuhkan Quwais boleh menimbulkan kemarahan dan pergaduhan di antara mereka.Sekiranya ada pengadil yang mengadili perlawanan Street soccer pada malam itu.sudah pasti Nasir dilayangkan kad merah akibat menjatuhkan Quwais dari arah belakang.


okay set.malam ni kita enjoy di cyber cafĂ© kuala okay”.Suara Mujahid dalam bulatan kecil manusia di kantin itu seakan-akan sangat berpengaruh.Keputusan untuk fly ke cyber cafe disambut oleh rakan-rakan yang lain.Sudah menjadi kebiasaan pelajar yang mahukan keseronokan berlebihan akan keluar tanpa kebenaran ke bandar kuala kangsar.Perjalanan tiga kilometer ke kuala kangsar itu bagaikan terlalu dekat bagi para pelajar yang nakal.Kepenatan akan terhapus tatkala berhadapan dengan dunia Internet dan computer game.


Dari jarak jauh,Tariq seakan dapat menghidu program mereka.Tariq sedari tadi bersengkang mata untuk mengetahui apa yang dilakukan oleh Mujahid And The Gang.Empat orang semuanya.Quwais sudah tenggelam dihanyutkan mimpi.Jam melompat ke arah angka dua pagi.Kelihatan Saiful masih belum melelapkan mata.Mundar mandir di kawasan tapak perhimpunan sekolah.Berfikir mahu menelefon ibunya.Namun amat berat mahu merealisasikan hajatnya.Dia yakin ibunya masih belum tidur waktu begini.kebiasaannya ibunya tidur lewat sekitar jam empat pagi kerana lebih banyak tidur sewaktu siang.Dia juga turut mempunyai misi lain.Misi yang diluar kemampuannya.

“Assalamualaikum.Korang nak pergi mana ni”sapaan Tariq benar-benar memeranjatkan Mujahid And The Gang yang berpakaian gelap.Mereka baru sahaja mahu bergerak menuju ke belakang banggunan Sains sekolah.

“Waalaikumussalam.Ok.aku tak nak berselindung dengan ko.Aku nak Fly ke c c”.Jawab Mujahid terus terang.Dia sedar yang dia berhadapan dengan orang kepercayaan sekolah.Bila-bila masa sahaja nama Mujahid,Syukor,Bukhairi dan Afifi akan naik ke pejabat.Mujahid pantas memikirkan sesuatu.

“o..antum nak fly ye.Boleh ke Fly ni.Sayap tak de?”persoalan bermadah berhelah ditimbulkan Tariq.Mujahid pantas menangkap maksud Tariq.Fly tanpa sayap bererti keluar tanpa kebenaran.

“ok,aku tahu kami tak de kebenaran.Please la Tariq jangan ganggu kami boleh.Kami just nak relax kejap.kejap je.Ok macamni.Kalau ko pergi sekali bagaimana.Ko boleh tengok-tengokkan kami.?”Mujahid cuba memerangkap Tariq.

“aik,bermain dengan api nampak.Ada hati nak ajak ana ye.Ini ugutan ke apa ni?”.Tariq masih berfikiran rasional.Dia sedar mereka mahu memerangkapnya.

“serius tak.kami Cuma rasa lebih tenang sikit kalau ko ade sekali.Ko pon tak pernah lagi kan rase pengalaman Fly.Best”Mujahid terus berusaha mengajak Tariq.Syukor,Bukhoiri dan Afifi turut memujuk Tariq.Hati Tariq mula tertaut.Pengalaman.

“betul juga,boleh juga aku tahu macammana diorang Fly.Apa laluan diorang ambil dan apa yang diorang lakukan.”hati Tariq mula berbisik.Perasaan ingin tahu mula membaluti perasaannya.

“lagipun kan tengah cuti ni.Tak de sapa pun.Warden pun tak de.Bebas la sikit.Jangan risaula.Kalau kantoi kami tak babitkan ko ok.Atau ko takut keluar malam-malam ni.Takut hantu ye”Bukhairi terus mencucuk perasaan Tariq.Dia juga tahu bahawa Tariq seorang yang penakut dengan perkara mistik.Dia menyedari perubahan riak wajah Tariq.

“eh takla.mane ade ana takut hantu.takut Allah je.hmmm.Ok.Tapi korang janji ok.Jangan babitkan ana.Ana keluar ni pon sebab nak tahu apa yang korang lakukan dan korang kena janji ni kali terakhir korang Fly.No more fly without wing after this.”.Tariq membela diri.Tidak suka dilabelkan sebagai penakut.Dia bersetuju untuk mengikuti mereka.Sebenarnya dia mahu mendekati Mujahid yang dirasakan sebagai kepala pelajar yang sering buat masalah.Biarlah dia melanggar peraturan kali ini asalkan mereka tidak mengulangi perbuatan yang boleh diberi hukuman dua kali sebatan sewaktu perhimpunan.Namun jauh di sudut hatinya terasa malam itu dia akan dihidangi oleh program yang tidak dirancang.Mampu juga mengisi kekosongan malamnya dengan satu pengalaman yang tidak mudah dicari.

“ok kami janji”.serentak Mujahid And The gang menjawab.menambahkan keyakinan Tariq untuk keluar bersama.Bagaikan Polis mencuri bersama si pencuri.Pasti tidak akan tertangkap.

ok I have your words”.jawab Tariq ringkas.
Langkah mereka berlima diatur rapi.Warden pada malam itu sudah nyenyak diulit mimpi.Pelajar-pelajar juga sudah mati kecil dalam tidur.Kesunyian menguasai Madrasah Idrisiah.Suara cengkerik sayup-sayup kedengaran.Malam itu kelihatan sepi bagai merelakan perjalanan mereka.

“Assalamualaikum”.hampir luruh jantung mereka berlima mendengar ucapan salam yang diberi.Suara yang jarang didengar.Tariq pasti tuan empunya suara itu.Perlahan-perlahan mereka menoleh ke arah suara yang datang dari belakang.Terkejut dalam kelegaan.Salam di jawab.

“”boleh ana ikut sekali?”.Saiful meminta untuk turut serta dalam projek mereka berlima.Dia tahu pergerakan mereka dan dia juga sudah terdengar perbualan Tariq dengan mereka.

“ko ni Saiful.Terkejut aku ko tau tak.”Mujahid geram.Api kemarahan hampir menyala namun sebenarnya dia terkejut dengan permintaan Saiful.Mujahid jarang berkomunikasi dengan Saiful.Dia juga tahu perwatakan Saiful.Kenapa tiba-tiba sahaja mahu turut serta.Pelik.

“sabarla Mujahid.Enta ni.Dia bagi salam je tadi”.Tariq membela Saiful.Dia juga turut terkejut dengan permintaan Saiful.

“Saiful,ana rasa enta lebih baik balik tidur.Tenangkan fikiran enta.Jangan tambahkan masalah enta”.Tariq tidak mahu Saiful menambahkan masalahnya dengan turut serta program mereka.

please Tariq.Ana tahu tujuan enta ikut mereka.Ana juga ada tujuan ana sendiri.Ana nak hilangkan tension ja.Biarlah masalah ana,ana selesaikan sendiri ok”.Saiful memohon.Dia juga turut ingin merasa pengalaman Fly.Tambahan pula Tariq turut serta.

“hmm.Ok la kalau macam tu.Mujahid,enta ok kan?”.Tariq mengerti maksud Saiful.Dia tidak mahu menghalang kehendak Saiful.

”Kalau perbuatan ni diketahui,mesti pihak sekolah takkan percaya sekiranya Saiful terlibat sama”. Hati Mujahid merasakan ada kelebihan sekiranya Saiful ikut sama.Terbit niat jahat di hatinya.

“ok lah.Cepat sikit.Nanti kantoi baru tau”.Mujahid memberi jawapan.Saiful tersenyum.
Pagar yang dibina di belakang bangunan sains dipanjat.Seorang demi seorang melepasi pagar besi itu.Lorong kecil yang terhampar di sebelah bangunan kelas dilalui.Tariq dan Saiful hanya mengikuti arahan Mujahid.Sebagai orang baru dalam kumpulan itu,mereka berasa sangat tertarik dengan pergerakan yang dilakukan.Seperti Spy sahaja lagaknya.Selang beberapa saat ,mereka sudah tiba di hujung lorong kecil itu.Dari jauh mereka dapat melihat pegawai keselamatan mundar mandir di kawasan pagar utama sekolah.Jantung Tariq berdegup kencang.Saiful turut merasainya.Mujahid And The Gang kelihatan tenang sahaja.Sudah biasa.

Jalan besar yang memisahkan masjid Ubudiah dengan Sekolah dilepasi oleh mereka.Sekarang mereka pelu melalui jalan belakang masjid yang berbukit-bukit.Mereka pantas melalui jalan tanah.Semak samun tumbuh melata di atasya.Embun pagi membasahi seluar mereka.Ada kalanya Tariq tergelincir sedikit sewaktu memanjat anak bukit.Licin.Pergerakan yang diatur Mujahid sangat teratur.Kini mereka sudah tiba di hadapan Galeri Sultan Azlan Shah.Galeri yang dahulunya bangunan lama.Berpenunggu.Namun kini kelihatan tersergam indah dengan seni binaan yang sangat unik.

Suasana malam itu sangat sejuk.Namun kesejukan itu tidak dapat menghilangkan peluh dan keresahan pada diri mereka berenam.Debaran turut terasa.Bimbang sekiranya terserempak dengan kereta polis.Polis selalu melakukan rondaan di sekitar kawasan Istana Iskandariah,masjid Ubudiah,Galeri Sultan Azlan Shah dan kawasan perumahan Bukit Chandan.Kejadian kes mencuri kerap terjadi di kawasan ini.Pernah satu ketika.Mujahid di tahan oleh pihak polis sewaktu keluar malam bersama Afifi.Fly.Pelbagai soalan yang ditanyakan oleh pihak polis.Mujahid terpaksa berdusta dengan mengatakan beliau menumpang rumah Afifi yang terletak di Bukit Chandan.Cuti sekolah.Polis seakan-akan tidak percaya.Meminta Mujahid mengeluarkan kad pengenalan.Pihak polis sedikit terkejut mengetahui Mujahid merupakan anak kepada Dato’ Nazli.Orang padang Rengas.Polis mula mempercayainya.Mana mungkin anak seorang dato’ melakukan perkara yang tidak baik.Mujur pihak polis tidak memeriksa kad pengenalan Afifi kerana dia bukan menetap di Bukit Chandan tetapi di kuala Lumpur.kalau tidak,pelbagai dusta yang harus direka.

Pergerakan Mujahid And The Gang lebih pantas.Mereka seolah-olah meninggalkan Tariq dan Saiful di belakang.Sekarang mereka perlu bergerak di sebelah kiri bahu jalan.Tiada tempat bersembunyi kerana mereka terpaksa melalui jalan utama.Tiada jalan pintas untuk sampai ke bandar Kuala kangsar.Sekiranya ada terdengar bunyi kenderaan yang bergerak,mereka akan berselindung di sebalik pepohon yang tumbuh di bahu jalan.Mereka bergerak tertunduk tunduk bagaikan askar di medan peperangan.

“ok,sikit lagi sampai.Nampak jalan tu.Kita lintas.Cepat sikit.”mujahid bersuara agak perlahan memberi arahan.Di hadapan mereka kelihatan simpang tiga yang perlu mereka lepasi.Terdapat selekoh tajam di sana.Gelap.Mereka perlu pantas bergerak.

“ok..ok”.Jawab Tariq dan saiful serentak.Jantung mereka masih berdegup kencang.Saiful berasa selamat bersama Tariq.Sepanjang perjalanan itu mereka banyak berdiam diri.Hanya menumpukan perhatian kepada pergerakan yang diatur.

“Tariq,hati-hati ye.”Saiful mengingatkan Tariq.Senyuman dilemparkan ke arah Tariq.Penuh makna.

“ok..enta juga”.Balas Tariq ringkas seraya membalas senyuman yang diberikan.Mereka terus bergerak untuk sampai ke destinasi.

Jalan yang harus dilepasi kali ini agak lebar.Mujahid And The Gang sudah melepasi jalan tersebut.Hanya tinggal Tariq dan Saiful yang masih tinggal di seberang jalan.Sebuah kereta yang lalu di sebelah kanan mereka membuatkan mereka berdua terpaksa berselindung di sebalik pokok sambil berbaring.Selamat.Mujahid lega.Tariq mengecami kereta itu.Ustaz Faisal.Setelah kereta proton saga merah itu melepasi mereka.Mujahid menjerit memanggil mereka berdua untuk melintasi simpang tiga itu sekarang.Tariq mengorak langkah,Saiful mengekori dari belakang.Bunyi kenderaan sayup-sayup kedengaran.Tanpa disedari sebuah kereta muncul dari selekoh arah kiri mereka.Laju.Tariq kaku.

“Tariq!!!!!!!!”jeritan Saiful ke arah Tariq memecah kesunyian malam.Cuba menyelamatkan Tariq.Burung yang sedang bertenggek di atas dahan pokok turut terbang meninggalkan sarang.Mujahid And The Gang tergamam.

Satu dentuman kuat kedengaran.Sebuah kereta merempuh seorang manusia.Badan Tariq tercampak di bahu jalan.Hampir dengan tempat Mujahid menanti.Pemandu kereta yang separuh sedar itu terus memecut laju meninggalkan mereka berenam.Terkejut.Takut...

1.12.09

1 Disember menyusul


Oh masa..
begitu pantas kau berlalu,
meninggalkan manusia yang kian kaku,
dek otak yang beku,
dalam kerugian yang semakin menepu.

Oh masa..
kalau dulu kau bagai membelai hariku,
namun kini kau menghantui diriku,
Apa yang aku dok merapu,
Aku pon tak tahu.(",)
Asifu..

Salam sahabat seperjuangan.Sedar tak sedar dah masuk bulan 12 sekarang ni.Banyak kenduri kahwin yang diadaptasi.Sebulan lagi 2010 akan muncul.Apalah bakti aku selama tinggal di bumi pinjaman ni.Makin lama makin banyak dosa yang belum dihapuskan oleh kebaikan.Ya Allah,berilah aku peluang untuk menghirup udaramu seraya berbakti pada dunia yang dihiasi dengan pancaroba ini.Aku hambamu yang amat kerdil mendambakan cintamu.Cinta yang pasti.Indahnya tidak terperi.

Info:*kekerapan pengunjung blog ini sudah mencecah 1000.Alhamdulillah.Sepanjang 4 bulan aku berblogging,ada juga insan yang teringin lawat blog yang berhabuk ditambah dengan pakej sawang ni.Thanks all.(",)
*Sepanjang minggu ni dok makan daging lembu je..mana-mana kenduri pasti ade daging lembu.Sekarang ni orang kenduri suka bagi makanan seperti kerepek dalam paket yang bercorak cantik.Dulu bagi bunga telur je.Dah maju katakan.
*Ustaz Dzul Khairi(aku seorang penulis)dah selamat diijabkabulkan.Moga berbahagia ke atas ex presiden gamis dan isteri.


29.11.09

Cinta Munafik part 3

Kelas lima Ibnu Sina dihingari dengan suara para pelajar.Masing-masing sibuk dengan cerita sendiri.Ada yang sempat melelapkan mata untuk menggantikan tidur yang tidak mencukupi.Itulah rutin kebiasaan pelajar asrama.Lelaki terutamanya,pantang ada masa kosong,pasti diisikan dengan slot merehatkan mata.

Kelibat Dawwin Najah muncul bersama sahabat karibnya Nur Kinanah.Kedatangan mereka bagai dinanti-nantikan oleh pelajar lelaki.Najah dan kinanah melabuhkan punggung di kerusi yang terletak di barisan paling hadapan.Mata Najah tertumpu pada beberapa keping surat yang terselit di bawah mejanya.Sudah biasa dengan situasi ini.Kesemua yang tertulis pada helaian kertas tersebut adalah berkaitan perihal mahu berkenalan.Salah satu darinya diterima sejak tingkatan tiga.Sampul berwarna biru beserta sebiji gula-gula Cadbury.Pakej lengkap.Masih tidak jemu mengharap.Namun,tidak pernah Najah mahu membalas surat itu apatah lagi mahu mengenali pemberinya.

”kenapa mereka ni masih tidak faham tujuan datang ke sini”hati Najah membentak.Kurang senang dengan sikap pelajar lelaki yang tidak faham dengan objektif dan misi hadir di tapak perjuangan pena ini.Mereka lebih suka membazir waktu dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah.

“dapat surat layang lagi ke Najah.”kinanah menyedari perubahan riak wajah sahabatnya.Dia juga sedia maklum betapa ramai pelajar lelaki yang tertarik dengan peribadi sahabatnya.Ada yang meminta padanya untuk menjadi orang tengah.Tetapi ditolak.

“hmm..bilalah mereka ni nak sedar?

“sabar ye Najah.Nanti lama-lama mereka bosanla tu.”

“harap-harap begitulah.hmm.”.

Dari jauh Saiful Muslim memerhatikan Dawwin Najah.Mengharap nota kecilnya dibalas.Saiful merupakan pelajar yang pendiam.Tidak mudah bergaul dengan orang.Namun hati kecilnya tetap mahu mengenali lebih mendalam perihal gadis yang telah mencuri hatinya.Dia juga mahu menjadi salah seorang pelajar lelaki yang menaruh harapan pada si dia.

Derapan kasut guru matematik yang dikenali dengan kegarangannya memasuki kelas.Kelas yang tadi bagaikan pasar sudah berubah menjadi seakan-akan kawasan perkuburan.Senyap sepi.Cikgu Sulaiman memulakan pengajarannya.Tajuk pengamiran.Dia sebenarnya mahu para pelajar serius dalam menuntut ilmu.Bukan sekadar belajar untuk peperiksaan dan menganggap ilmu matematik tidak berguna dalam kehidupan.

.........................................................................................................

“Assalamualaikum Najah.”.Suhaila menghampiri Najah yang sedang berehat di pondok rehat yang terletak di bahagian kanan banggunan Kelas.kebiasaannya pelajar muslimat akan berkumpul di pondok ini untuk berkongsi cerita.

“Waalaikumussalam.O..Suhaila.marilah duduk sini’’.Najah mesra menjawab salam Suhaila.Badannya dianjak sedikit untuk menyediakan ruang duduk yang lebih selesa untuk Suhaila.Suhaila merupakan timbalan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar sekolah.Sangat petah berkata-kata.Buku teks sejarah di tangan Najah ditutup lembut.

‘’ana menganggu Najah ke ni?”

“eh tak la.Suhaila tak menganggu ana sikit pun,ada info terkini ke?”

‘’eh.macam tahu-tahu je ana ada info terkini.’’

“mestilah.Ana kan dah lama kenal Su.Dah boleh agak dari riak wajah Su je”

“amboi.Ada ilmu menilik orang Najah ni.Petang ni ada perjumpaan”

“perjumpaan apa?”

“perjumpaan dengan pihak pentadbiran jam 3.Tadi Tariq bagitahu.”

“o..InsYaAllah.di tempat biasa kan?’’

naam.Dekat bilik gerakan Jamaatur Ruasa’.Tolong beritahu sahabat-sahabat lain tau.”

“InsYaAllah Suhaila.Jangan risau,ana pasti jalankan tugas sebagai setiausaha bos”

“ada-ada je Najah ni.Pandai ambil hati ana ye.Syukran”

“he..he..Afwan”

Loceng berdering nyaring.Menandakan waktu rehat telah tamat.Najah dan Suhaila memasuki kelas masing-masing setelah bersalaman dan berpakat mahu berbuka Puasa sunat bersama-sama di dewan makan maghrib nanti.Berita mengenai perjumpaan pada petang ini meniti pengetahuan setiap kepimpinan pelajar.

…………………………………………………………………………………………………….

Bilik perjumpaan sederhana besar berhawa dingin itu dipenuhi dengan wajah-wajah pimpinan pelajar yang bertanggungjawab dalam membantu pihak pentadbiran.Mudir sekolah masih belum tiba.Jarum jam hampir menjunam ke angka tiga.Berbaki tiga minit.Hati Tariq berdegup kencang tatkala terpandang wajah si dia.Gadis itu juga tertentang mata dengan Tariq lalu tertunduk malu menjaga pandangan.Indah.

“Astaghfirullah,kenapa wajahnya menganggu perasaanku’”hati kecil Tariq cuba menahan nafsunya yang merayu mencuri pandang wajah gadis kesukaannya.Sukar dileraikan balutan cinta yang membaluti perasaannya.

” takkan begitu mudah aku jatuh cinta.oh tidak!!” Pintu bilik dikuak.Tariq terkesima lantas berdiri menghormati pihak atasan.Semua kepimpinan turut berdiri.Barisan pentadbiran sekolah memasuki bilik gerakan.Mudir madrasah,Ustaz kamaruddin memulakan perbincangan berkisar permasalahan pelajar dan cara-cara mengatasinya.Perbincangan hampir dua jam itu benar-benar membuat hati Tariq terseksa dalam bahagia.Terseksa dek tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya sewaktu perbincangan.Bahagia kerana melayani nafsunya.

”lemahnya imanku”dengus hati kecilnya.

..................................................................................................

“Tariq,kenapa enta tak banyak cakap time perbincangan tadi”Quwais memulakan perbualan sambil kaki melangkah ke padang bola yang terletak tiga kilometer jauhnya daripada sekolah.Setiap petang mereka berdua pasti beriadhah mengeluarkan peluh.Akal yang kuat berasal dari badan yang sihat.Tariq mula berkongsi rahsia bersama sahabat karibnya.

“entahla Quwais.Ana tak dapat tumpu perhatianla tadi”

“la,kenapa pula.Apa yang dok bermain kat fikiran enta ni?”

“hmm.cuba kalau orang yang enta minat ada depan mata.enta boleh tenang tak?”

“ni mesti kes cinta ni kan?’’

“hmm..lebih kurang begitula”

“Tariq,enta kan tahu yang cinta ni sangat bahaya.Kita masih belajar Tariq.Muda lagi.”

‘ana tak tahula kenapa.Ana dah cuba halang.Tapi makin halang makin datang”

“sejauh mana seriusnya enta halang nafsu tu,kalau setakat menghalang dengan hati mudah sahaja dipatahkan dengan nafsu.Tariq,cuba enta fikir dengan akal fikiran yang sihat.Ingat balik tujuan kita datang ke sini”

“ana sedar ana silap Quwais.Tapi tak tahula kenapa..”

“itu bukan persoalan sukar Tariq.Jawapannya sebab enta biarkan nafsu enta menjajah fikiran.Memang betul setiap lelaki ada kemahuan pada perempuan.Normalla kalau macamtu.Tapi kita kena pandai mengawalnya.Jangan biar ia lalaikan kita.Enta pemimpin Tariq.Kita mahu mentarbiyah adik-adik.Tapi kita sendiri bermasalah.”

“Ya Allah.Dugaan apa ini.Berdosanya aku.Syukran Quwais atas nasihatnya.Ana akan cuba buang perasaan ini.Doakan ana”

“Afwan Tariq.Ana yakin enta boleh.Ingat balik baiah kita.Hidup dalam tarbiyah islamiyah.Siapa perempuan yang enta minat tu?”

“Dawwin Najah”


...................................................................................................

Kehidupan di Madrasah Idrisiah berjalan seperti biasa.Tariq dan kepimpinan yang lain sibuk menjalankan program berunsur tarbiyah.Badan penggerak Musolla(BPM) banyak membantu bagi melestrasikan matlamat pihak kepimpinan bagi mewujudkan suasana biah solehah di bumi khazanah ilmu ini.Seperti biasa,dalam setiap gerak kerja dakwah pasti ada halangan.Seperti penentangan daripada para pelajar.Begitulah sunnah dalam dunia dakwah.Sekiranya tiada mehnah dan tribulasi,pasti ada cacat cela dalam dakwah yang dilakukan.

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia merangkak tiba.Kesemua pelajar tingkatan lima sibuk mengulangkaji pelajaran.Mengadakan kelas tambahan bersama guru mereka.Tidak kurang juga pelajar yang bersengkang mata sehingga jam empat pagi bagi memastikan setiap tajuk yang dipelajari disentuh.Inilah Dunia peperiksaan.

..........

Najah kelihatan memikirkan sesuatu.Nota kecil dalam sampul surat berwarna biru yang diterima pagi tadi benar-benar mengejutkan dirinya.

"kenapa sampai begini jadinya.Siapa sebenarnya dia?"nota kecil itu ditatap semula.

Salam,Dawwin Najah.Ana benar-benar mahu mengenali enti.Ana tak dapat menahan kehendak ana.Ana tahu ana pelajar biasa.Tiada rupa.Tiada harta.kenapa enti tak pernah balas surat yang ana bagi.Ana Cuma mahu berkenalan.ye.ana sudah jatuh cinta.Cinta yang benar-benar buat ana gila.Ana tak dapat tumpukan perhatian sepenuhnya pada pelajaran.Mungkin enti tak kenal ana sebab enti tak pernah mahu mengenali ana.Esok enti akan kenal siapa ana.Sekiranya tengahari ni,enti x balas surat ana di celah almari belakang kelas.Berita mengenai ana akan jadi bahan yang mengejutkan semua pihak.

Daripada:

Bakal Arwah sekelasmu.

“Apa semua ni???”hati Dawwin Najah seakan menjerit sakit.Matanya berkaca-kaca.

27.11.09

Nur Kasih Vs Ketika Cinta Bertasbih



Alhamdulillah.Sinetron atau drama Nur kasih yang menjadi bualan dan lagu temanya menjadi siulan telah selamat melabuhkan tirai penayangannya..Dijangkakan seramai 5 juta penonton menyaksikan episod terakhir drama ini.Satu jumlah yang sangat mengagumkan berbanding dengan drama-drama lain.Sedikit perkongsian pendapat dari saya.Saya melihat sejak kebelakangan ini,pihak produksi perfileman lebih gemar merakamkan sebuah skrip berbentuk islamik ke pentas perfileman.

Ini sesuatu yang baik dan mungkin boleh menjadi salah satu medium dakwah.Sebelum ini kita ditayangkan dengan filem Ayat-ayat Cinta,Syurga Cinta dan Ketika Cinta bertasbih.Skrip Nur Kasih juga berlandaskan dengan sepotong hadis secara mafhumnya"tatkala mati anak adam,terputus semua amalannya kecuali tiga.Antaranya doa anak yang soleh".melalui hadis ini mereka mengembangkan menjadi sebuah drama yang menceritakan dua orang beradik yang berlainan watak.Adam akhirnya menjadi seorang anak yang soleh dengan bantuan Abangnya Aidil dan pengalaman dugaan yang dihadapinya.Saya tertarik untuk mengikuti perkembangan cerita ini setelah menyedari ada kelainan dari segi plot penceritaan.kebiasaannya,cerita melayu lebih berkisar mengenai rampasan kuasa,percintaan,pergaduhan dan genre seram.Saya yakin dan percaya selepas ini pihak produksi perfileman akan lebih cenderung menghasilkan plot cerita sebegini rupa setelah memandangkan penerimaan masyarakat yang sangat memberangsangkan.

Saya juga menyokong sekiranya cerita yang bisa meruntun jiwa sang manusia menjadi positif(baik) dan mengingatkan diri pada sang pencipta diutamakan.NAMUN kita perlu melihat kepada aspek cara pelakon memainkan wataknya.Adakah matlamat menghalalkan cara?Adakah seorang pelakon yang memegang watak si suami boleh menyentuh dan berpelukan dengan isterinya yang tidak sah???.Merujuk tajuk saya di atas.Setelah saya menonton filem KCB yang diadaptasikan daripada novel Ketika cinta bertasbih episod 1 karya Habiburrahman el syirazy(kang Abid)..Saya melihat kepada cara seorang pelakon melakonkan wataknya.Seperti contoh,Azzam tidak menyentuh atau berpelukan dengan adiknya Nurul setelah kembalinya dia daripada mesir.Tiada suatu babak Azzam menyentuh mana-mana gadis.Sama juga seperti pelakon-pelakon lain.Anna contohnya.Tidak perlu membuka hijab untuk melakonkan wataknya.Bagaimana Filem ini bisa mendapat sambutan yang memberansangkan sedangkan kebanyakan pelakon adalah wajah-wajah baru.Azzam merupakan pelajar pondok.Sama juga pelakon-pelakon lain yang kebanyakan mendalami ilmu agama.Semua pelakon dipilih setelah sesi ujibakat.Cara pembawakan Filem ini jauh berbeda daripada Filem Ayat2 Cinta.Aisya yang pada awalnya berpurdah namun akhirnya ditanggalkan hijabnya.

Cuba kita fikirkan.Saya tidak mengatakan bahawa filem KCB ini baik seratus peratus juga ya.nanti dibilang fanatik pula('',).Secara tuntasnya,Tahniah kepada filem KCB,saya masih menunggu Filem KCB episod 2.Kepada Nur Kasih.Cerita anda memang mantop.Hopely gadis-gadis di luar sana dapat mencontohi watak Nur Amina di dalam cerita ini.Kepada para pelakon saya doakan semoga kalian bisa istiqomah seperti mana watak yang dibawa.Amin('',). Filem Nur Kasih ??

Info:*ini sekadar pendapat saya.Setiap orang berhak memberi pendapat dan sekiranya ada kesilapan mohon teguran dan tunjuk ajar ok.Maafin gue ya.
*Filem 2012 sudah ditonton.Hmm.Its great
*Hari raya Aidil Adha disambut meriah di tanah arab.kenapa di Malaysia tidak sedemikian rupa?.Aidilfitri satu kemenangan,Aidiladha satu pengorbanan.

26.11.09

Salam Aidil Adha


Assalamualaikum..Hari Arafah kunjung tiba.Hari Raya Aidil Adha bakal menyusul.Di kesempatan ini saya suka mengucapkan selamat hari raya Aidil Adha to all muslims especially bakal2 Haji dan Hajjah.Maaf Zahir Batin.Kepada bintang ternakan yang terpilih bersiap siagalah menghadapi detik penyembelihan.

Info:*penulis telah berada di rumah.
*SPM dah nak habis.
*Isu menantu tok guru????

22.11.09

Kursus Oh Kursus..











SELAMAT DATANG KE AGRO RESORT SETIU








Pada 20/21.11.2009.Segerombolan pelajar dan Penyelia(staf)APIUM Nilam Puri telah berada di Agro Resort Setiu untuk menghadiri kursus organisasi.Tujuan Kursus ini diadakan adalah untuk pemantapan pengurusun sesebuah organisasi.Alhamdulillah ana berpeluang untuk menghadiri program sebegini rupa.

Datuk Azrae(TNC Universiti Malaya)turut hadir dalam program ini untuk memberikan motivasi kepada kami.Selain itu beberapa Fasilitator yang hebat turut serta dalam Kursus ini.

Secara keseluruhannya.Program ini sangat menarik walaupun diselubungi oleh hujan yang tidak henti-henti menyuburkan tanaman ciptaan ALLAH dan menguji manusia yang terpilih dengan banjir.

Info:*suatu ketika dahulu dalam jam 2 pagi.Kami dikejutkan dengan latihan kebakaran.Seluruh warga Apium bergegas ke dewan.kalaulah kesemua pelajar APIUM dapat menghadiri Musolla dengan bilangan seperti latihan kebakaran ni....hmm

*Pihak pensyarah APIUM Nilam Puri bersemangat untuk mewujudkan BIAH LUGHATUL AROBIAH.Kesemua surat dan pertuturan dalam bahasa Arab.Alhamdulillah.Ini yang ana tunggukan selama ini.Harap-harap dapat mahir berbahasa Quran.

*Pada 14/15.11.2009 telah diadakan Seminar Kebangsaan Pengurusan Masjid Kali Ke2 di APIUM.Hebat..

18.11.09

Cinta MUnafik Part 1.


By:Meor Farid Asyradi Bin Meor Zahidi

tatkala cinta dihiasi dengan noda,
hasilnya hanyalah sekadar dosa.

piaapppppppp!!!!sepancar libasan rotan tepat mengenai permukaan tapak tangan mulus seorang pelajar tingkatan dua Madrasah Idrisiah.Sahabat-sahabatnya memandang sayu dan kasihan mendengar suara kesakitannya,mereka sedia maklum sekiranya lewat masuk ke musolla walaupun hanya sesaat,habuannya adalah sebatang hanger akan hinggap di tangan.

"Semua beratur di dinding sekarang,ana nak dengar bunyi kipas je!!"laungan Tariq kepada adik-adik tingkatan dua memecah kesepian Musolla yang terletak di tingkat empat asrama lelaki.
Suasana menjadi kelam kabut lantaran semua pelajar bergerak pantas mendengar arahan.

"siapa yang masbuq tadi keluar ke tengah sekarang,cepat!!''.suara tegas Tariq yang merupakan pelajar tingkatan lima dan bertugas sebagai penjaga adik-adik tingkatan dua benar-benar membuatkan jiwa dan raga adik-adiknya gentar sehinggakan ada yang mula mengeluarkan air mata dek ketakutan.

Kelihatan beberapa orang pelajar mula bergerak ke tengah musolla mengaku kesalahan mereka,kesemuanya pelajar yang sering melakukan kesalahan,tiada muka baru kecuali seorang iaitu Zaki.Zaki merupakan seorang pelajar yang cerdik dan comel,tidak hairanlah ramai abang-abang yang mahu menjadikannya adik angkat,tambahan pula kakaknya menjadi kegilaan pelajar lelaki dan menjadi bahan pujian setiap hari.

"enta kenapa masbuq?"tanya Tariq kepada Akram."akhi,ana sakit perut tadi,buang air besar."jawab akram pantas.

"enta?"hanger di tangan Tariq ditujukan kepada Rahafiz.

"ana pergi bilik tadi,locker lupa nak kunci".jawab Rahafiz tertunduk kerana tidak berani bertentang mata dengan insan yang dibencinya.

"hmm,macam-macam alasannya,enta kenapa Din?"soalan beralih kepada Izzudin yang merupakan pelajar yang bermasalah,seringkali menjadi sasaran senior untuk dijadikan laukyang dihidang di dalam bilik mereka di kala malam.Tubuh Izzudin yang seperti pelajar tingkatan lima ini serik dihinggapi oleh tumbukan,sepakan dan jentikan insan yang tidak berpuas hati dengannya,ada disebabkan mimik mukanya yang seakan-akan tidak berpuas hati dengan abang-abang,tidak memberi salam,terlanggar bahu,mengelak daripada mengambil air dan mengumpat senior.

"saya tercirit dan terkentut time solat tadi,pastu pergi tukar kain kat bilik,thats all my bro"jawab Izzudin tenang.Jawapannya membuat pelajar-pelajar lain ketawa girang.

"diam!!!siapa suruh antum ketawa,semua ketuk ketampi tiga puluh kali sekarang,sama-sama.kalau tak sama,ulang dari awal.Enta kira Din."nafsu amarah Muhammad Tariq membuak-buak,jawapan Izzudin sebentar tadi benar-benar menyemarakkan api kemarahannya seperti api yang disimbah petrol tetapi dikawal oleh perasaan sabar yang semakin menipis.

Setelah usai ketuk ketampi dilengkapkan,tiba giliran pertanyaan kepada pelajar yang dibenci sebahagian besar sahabat-sahabatnya disebabkan sikap pilih kasih yang diberikan kepadanya.Pernah suatu ketika,semua pelajar dikerah untuk jalan itik dari tingkat satu ke tingkat lima,tetapi dia diasingkan daripada melakukan kaedah denda tersebut dan digantikan dengan ketuk ketampi sepuluh kali,semuanya disebabkan alasan sakit kaki sedangkan ada pelajar lain yang lebih sakit daripadanya.Selain itu,sahabat-sahabatnya juga dengki dengan layanan yang diberikan oleh pelajar senior kepadanya seperti belanja makan,borak dalam bilik senior dan amaran kepada sesiapa sahaja yang menganggunya.

"enta kenapa Zaki?macammane boleh masbuq ni,enta tak pernah masbuq pun sebelum ni?"pertanyaan Tariq bermakna sekaligus membuatkan pelajar lain terasa dengan layanannya yang jauh berbeza.

"maafkan ana akhi,ana tak sengaja,ana pergi ambil dompet,tertinggal atas katil,risau hilang,,"jawab Zaki dengan nada sedih berbaur manja.Wajahnya saling tak tumpah dengan kakaknya.

Sebenarnya Tariq juga merupakan antara pelajar lelaki yang menyimpan perasaan terhadap gadis idaman ramai itu.Gadis itu juga merupakan pelajar seangkatan dengannya dalam organisasi Majlis Pelajar sekolah.Fikiran Tariq mengimbau sejenak saat pertama kali memandang raut wajah gadis yang bernama Dawwin Najah.wajahnya yang ayu dan perlakuannya yang sopan santun benar-benar membuat si jantan terpikat.Tambahan pula gadis ini diberi gelaran Najah Si gadis Tawadhuk dan bakal Isteri Solehah,jalannya tunduk,tudungnya labuh dan tidak berbicara dengan pelajar lelaki jika tiada urusan penting,kadang-kala hanya berurusan melalui surat sahaja ,benar-benar terhasil didikan tarbiyah Sekolah Islam.

Cinta Munafik Part 2

Pagi itu diselimuti oleh hujan.Lebat.Jarum jam memanah ke arah angka 2.Dawwin Najah masih lena diulit mimpi.Mukanya yang cantik seakan-akan mengekprestasi mimpi yang dialami.Serius dalam tenang.Rakan sebiliknya Nur Kinanah masih leka membaca novel berjudul Si Penggali Kubur yang dikarang oleh Dr Haulid Al Harar.Jarinya yang mulus menyelak helaian novel yang mendapat tempat pertama dalam Sayembara Remaja.Dari satu helai ke satu helai dan membentuk helaian yang tebal.Hanya tinggal beberapa muka surat lagi untuk dikhatamkan.

Suara cicak berkumandang.Tariq masih cuba melelapkan matanya.Malam itu sangat aneh.Keadaan asrama lelaki yang terletak di sebelah bukit yang dikenali sebagai bukit berpenunggu seolah-olah tiada penghuni.Suara cicak yang mengundang ketakutan dalam hati seseorang itu menganggu pemikirannya.

"kalau cicak berbunyi bermakna nampak hantu tau".Muhammad Tariq teringat fakta palsu keterangan kawan sekelasnya yang bernama Ahmad Quwais ketika mereka berada di sekolah rendah.

"betulke cicak nampak hantu,ish mengarutla,takkan zaman serba moden ni ade makhluk tu".Tariq menenangkan gelora ketakutan dalam dirinya.Dia memang dikenali sebagai seorang yang penakut.Di atas kelemahannya itu,kawan-kawan yang lain suka menakut-nakutkannya dengan pelbagai cerita rekaan.Fiksyen semata-mata.Padahal dia merupakan seorang pengawas yang sangat garang.Ingatannya mengimbas kembali wajah-wajah pelajar tingkatan dua yang dirotan olehnya.

"Betulke tindakan aku ni,adakah aku mampu mengubah mereka dengan sebatang rotan yang tidak bernyawa,adakah aku berlaku adil"dia bermonolog sendirian.Jauh dihatinya terbit sebuah kekesalan terhadap apa yang dilakukan kepada adik-adiknya tadi.kesemua yang bersalah dirotan kecuali Zaki.Setelah Tariq bermain dengan perasaannya.Matanya berjaya ditutup kemas.Dia mula melayari mimpi.Mimpi yang menakutkan.Kebiasaannya mimpi yang dilalui adalah berkaitan dengan perasaan seseorang.Sekiranya seseorang itu memikirkan perkara yang indah,maka dia akan menerokai mimpi yang indah dan sebaliknya.

.........................................................................

Dirimu pembakar semangat perwira
Rela berkorban demi agama
Kau jadi taruhan berjuta pemuda
Yang bakal dinobat sebagai syuhada'
Itulah janji pencipta yang Esa .

Lagu Ainul Mardhiah dari kumpulan UNIC yang disetkan sebagai bunyi loceng memecah kesunyian pagi itu.Najah terjaga dari lena.Begitulah kebiasaannya.Dia mendisiplinkan dirinya untuk bangun jam 3 pagi.Mendekatkan diri pada sang pencipta kerana Allah bermegah dengan hambanya yang bangun malam untuk beribadat padanya.Matanya digosok-gosok.Dia tersenyum melihat sahabat karibnya yang tertidur di atas meja.Novel masih dipegang erat seakan-akan tidak mahu melepaskannya.

"Nur,kenapa tidur kat sini,sakit tengkuk nanti.Jom qiamulail sama-sama".Najah mengejutkan sahabatnya itu.Suaranya yang halus itu membuatkan Nur terjaga lantas tersenyum manja.

"Najah,Nur terlelap.Tadi tengah baca novel ni".Jawab Nur Kinanah sambil mengangkat novel yang sederhana tebal..Ajakan Najah untuk qiamulail disahut.Namun,matanya masih belum terbuka luas.Seperti ada batu pada kelopak matanya itu.Berat.

"tula.Tidur lewat lagi.Kan susah nak bangun.Orang suruh tidur awal degil".Najah memulas lembut telinga sahabat kesayangannya itu.Kinanah mengaduh sambil tersenyum dan berasa bahagia diperlakukan begitu.

"Nur tak boleh tidurla selagi tak habis bace novel ni.Seronok sangat.Dr Haulid ni mesti hebat orangnya kan.Nak sangat jumpa dia.".Kinanah memberi alasan.Cuba mengubah topik kepada perihal Dr Haulid.

"sudah-sudah.Jangan fikir pasal tu.Jom basuh muka.Ambil wudhuk.kemudian kita jumpa Allah. ok sayang.Intan payung.".Najah cuba mengingatkan Kinanah supaya jangan terlalu fikirkan perihal penulis muda yang namanya sedang meningkat naik.Mendapat pangkat Doktor falsafah dalam usia yang begitu muda.Hebat.Kinanah mengerti maksud sahabatnya itu.Dia tahu Najah sukar diajak berbicara mengenai seorang lelaki.Mereka dua menapak ke tandas yang terletak dibahagian tengah tingkat bilik mereka.Kelihatan tandas dipenuhi oleh sahabat-sahabat mereka yang lain.Kesemuanya berwajah berseri-seri dengan manik-manik air wudhuk yang melekat di wajah mereka.Hanya satu tujuan.Untuk mencecah dahi ke sejadah.

......................................................

Tariq masih hanyut dalam mimpi.Wajahnya yang tampan mudah membuatkan ramai pelajar wanita terpikat dengannya.Tambahan pula Tariq merupakan Presiden majlis Pelajar sekolah.Terkenal.Jam terus berputar ligat seolah-olah membiarkan manusia berada dalam kerugian.Waktu menghampiri subuh.Asrama lelaki dihiasi dengan pelbagai bunyi jam loceng.Jam loceng yang ditugaskan sebagai penggerak manusia dikala pagi menjajah.Tariq lantas bangun dari tidur.

"bangun syeikh,subuh dah ni.jom kejut adik-adik."Rakan sebiliknya dikejutkan terlebih dahulu.kawan-kawannya sudah biasa dengan perkataan sahabat mereka itu.malah sudah menghafalnya.

"ok bos.Bangun syeikh.subuh dah ni.jom kejut adik-adik".Ahmad Quwais mengejut sahabat-sahabat yang lain dengan mengajuk kata-kata Tariq.Tariq tersenyum malu.Sudah faham gurauan sahabat karibnya sejak kecil itu.

Mukanya dibasahi dengan wudhuk.pakaiannya digantikan dengan pakaian solat.Sehelai jubah yang panjangnya melepasi sedikit paras lutut dan sehelai kain pelikat menjadi pilihannya saban hari.kain serban dililit kemas di kepalanya.Mengikuti Sunnah Nabi.Rotan yang terletak di atas almari dicapai.Skuad Kejut Subuh(SKS) yang diasaskan oleh Tariq sendiri sudah bersedia menggempur musuh yang menyebabkan Umat Muhammad terus lena dalam mimpi.Iaitu musuh dari kalangan syaitan yang menghasut manja dan nafsu malas yang membuak-buak.Tariq dan sahabat pimpinannya yang lain perlu memastikan kesemua pelajar berada di Musolla sebelum azan subuh berkumandang.Pintu-pintu bilik diketuk.Selimut kulit babi maya yang menyebabkan manusia leka dan terasa berat dengan waktu subuh dihapuskan.Pelajar yang agak sukar bangun dicurahkan dengan kuantiti air yang sedikit,ada juga yang dirotan dan dijatuhkan dari katil yang rendah.Nampak kejam.kesemua penghuni asrama itu sudah maklum tindakan yang akan dilakukan dan mereka faham tujuan baik Skuad ini.Muazzin Masjid Ubudiah mula melaungkan azan.Musolla Induk madrasah Idrisiah sudah dipenuhi oleh insan-insan tarbiyyah.Beberapa pelajar yang lewat dikenakan denda seumpama ketuk ketampi dan sebagainya.Begitulah kebiasaannya.

.......................................................................

"Petang ini pihak pentadbiran mahu mengadakan perjumpaan dengan semua Pimpinan Pelajar di bilik mesyuarat.Enta tolong maklumkan pada semua ok.Jangan lewat ye.".kata ustaz Faisal kepada Tariq.Perjumpaan antara pihak pentadbiran dengan pimpinan pelajar jarang diadakan.Kadang-kadang hanya tiga kali setahun.Berita ini mengembirakan Tariq.

"baik Ustaz.Nanti saya akan maklumkan pada semua.Pukul berapa perjumpaan tu?".Tariq seakan-akan tidak sabar menantikan jawapan.

"pukul tiga petang tepat''.Jawab Ustaz Faisal Ringkas.Muka Tariq seakan bercahaya.Seperti ada sinar yang memancar ke arahnya.Lantas gambaran wajah seseorang bermain di kotak fikirannya.

10.11.09

Menongkat Arus,Membidas Virus...




Semester baru tiba lagi.Akademi Pengajian Islam Manchester City kembali bersinar dek pelajarnya yang seakan-akan bintang begemerlapan di kaki langit kala malam menghitam.Insan yang akan menjadi cahaya penyuluh kepada insan lain yang memerlukan.Insan yang akan mendominasi dunia ini dengan ilmu kebenaran.

"Assalamualaikum syeikh,welcome back"Zulhuzaimi menyapa Aidil yang sedang khusyuk mengemas bilik.

"Waalaikumussalam ya akhi,how are you,you look so fat bro,,what going on with your last holiday"Aidil menjawab salam yang diberikan.Dia agak terkejut dengan perubahan saiz badan sahabatnya yang drastik.Zulhuzaimi merupakan antara pelajar yang berbadan agak montel.Kebiasaannya,seseorang yang berbadan besar,mudah menaikkan berat badannya akibat tiada kawalan pemakanan yang bijak.

"I'm fine.hey.why u said me like that man,it's ok what..look like Sazali right."Zulhuzaimi membidas kata-kata sahabat karibnya.Mereka berdua memang suka berdebat.Perdebatan yang sihat.

"ha3..u said about Sazali,he had won for the fifth time at the world miss universe..please look your face at the mirror first,u are same like pingu ok. ha3."Aidil mentertawakan rakan sekelasnya itu.

"hey enough,we stop about this issue ok,so what you want to do this last Sem"Zulhuzaimi tak dapat menahan dirinya setelah dikatakan seperti pingu binatang terkenal kartun TV3 itu.Namun jauh dihatinya mengerti bahawa ia sekadar gurauan manja sahabatnya itu.

"ok,im sorry bro,just kidding,i miss to see your tension face.he3,o,about my target this sem.hmm i want to conquer the arabic language and repeat what we had learned last sem.So how about you Zul".Berkobar-kobar Aidil menjawab pertanyaan Zul.Aidil merupakan antara pelajar yang sangat bijak.Dia juga terkenal dengan cara pembawakan belajarnya yang last minute.Walaupun dia agak malas untuk datang kuliah dan mengulangkaji pelajaran.Namun,pointer yang diperolehinya agak hebat.Sangat mengagumkan.

"wow,,excellent target.hmm,i dont know what i want to do actually.I just want to study,upgrade my pointer and happy.I dont want to study last minute like you.I got a bad pointer because of it."Zul meluahkan hajat dan kekesalannya.

Kelihatan pintu bilik dikuak.muncul Seorang insan yang berpakaian kemas dan terkenal dengan kewarakannya,kelazimannya dengan surau dan keakrabannya dengan semua orang.Perbualan Zulhuzaimi dan Aidil terhenti sepi.

"Assalamualaikum.can i join you all?."sapaan Remy Ishak disenangi mereka berdua,mereka menyalami antara satu sama lain.Remy juga antara sahabat yang rapat dengan Aidil dan Zul.Walaupun perwatakan Remy agak berlainan dengan Zul dan Aidill yang agak sukar melazimi Surau dan lebih terikut-ikut dengan budaya barat.Namun pembawakan dan perwatakan Remy mampu menarik dan mengunci hati sahat-sahabatnya itu.DiKunci dengan kata kunci LILLAHI TAALA.

"Remy,please have your seat first.we talk about our mission for this last sem.Im sure absolutely you have your new target,sharela dengan kami syeikh.lama tak dengar your voice and advice"Zul memulakan bicara,membuka gelanggang perkongsian.Aidil hanya tersenyum dan mengangguk tanda mengiakan.

"Subhanallah,you all make me jealous la,because i dont have any target yet.just nak persiapkan diri before the real University."Remy mula berbicara.Sebenarnya dia mempunyai banyak target dalam hidupnya.Semuanya dikongsikan kepada Zul dan Aidil.kebanyakannya berkaitan dengan proses tarbiyah.Antaranya Mengajak sahabat-sahabatnya terikat dengan Suruhan-suruhan Allah.Menjadikan Al-Quran dan Hadith sebagai pegangan yang kuat kedap.Menghapuskan dosa-dosa yang telah dilakukan.Mengislahkan diri dan mempejari ilmu islam dengan lebih mendalam .Bukan sekadar tertakluk kepada syarat dan terma universiti.

Kebanyakan pelajar di universiti hanya menumpukan kepada pelajaran silibus yang ditetapkan.Hanya mengikut jadual yang diberikan.Terlalu bebas melakukan apa sahaja.Tidak mahu terlibat dengan program yang diadakan.Semuanya tertakluk kepada kemahuan nafsu sendiri.Sedangkan nafsu manusia ni sering terarah kepada kemungkaran.Itulah antara virus yang perlu dibidas kemas.mereka bertiga terus berbual mesra.Pelbagai topik yang dibincangkan.Remy memainkan peranan untuk menyuntik sahabat-sahabatnya dengan suntikan tarbiyyatu nafs,tarbiyyatu fikr,Tarbiyyatu jasad dan tarbiyyatu feql.Remy juga memasukkan sedikit gurauan dan cerita isu semasa dalam kata-katanya.Remy juga banyak meminta pendapat daripada Zul dan Aidil.Zul dan Aidil ramah memberi pendapat dan persoalan yang berlegar di fikiran mereka.Ketiga-tiga mereka itu mula rancak berbincang.Barulah perbincangan mereka itu tidak seperti majlis ceramah.Pendekatan yang lebih santai,tidak perlu kepada tauliah.Aidil dan Zul amat menyenangi cara pembawakan dan kata-kata sahabat yang dihormati ramai itu.Banyak ilmu yang mereka perolehi dan terdetik ransangan di hati mereka untuk menerima kata-kata sahabatnya itu dan mempraktikkannya.Kekaguman terhadap sahabat mereka itu bertamu di hati..Mereka tahu bahawa sesuatu yang baik semuanya datang dari Allah.

Azan Zohor berkumandang.Mereka bertiga menapak ke Surau Al Qosri,melepasi bilik-bilik yang masih berkunci rapi.

Info*Sem 4 sudah bermula.Jadual juga boleh tahanla kelasnya.
*result dah keluar tadi.Alhamdulillah.semua lulus.('',)