12.7.10

TERARAH ATAU TERSALAH..

Persepsi oh Persepsi yang membuka ruang diskusi.

Saya cuba membuat dua persepsi atau pandangan realiti seseorang individu yang punya pendirian tersendiri. Semuanya berkaitan dengan salah satu slot yang pasti dihadapi oleh sesiapa saja yang memasuki sesebuah Institusi pengajian di negara ini. ORIENTASI . Hatta ketika kita dalam kandungan ibu lagi, kita telah diorientasikan dalam tempoh yang ditetapkan. Semuanya untuk persediaan diri untuk memasuki alam baru. Seperti saya memasuki UNIVERSITI MALAYA melalui asasi Nilam Puri.

 Pertamanya saya melangitkan kesyukuran kehadrat Illahi kerana dapat menjejakkan kaki di kota metropolitan ini secara amnya dan di Universiti terhebat di negara ini khususnya. Pelbagai pendapat dan lontaran yang diberikan sepanjang Minggu Haluan Siswa ini berlansung. Pertamanya saya ingin ucapkan tahniah kepada semua freshies, PM(pembantu mahasiswa ) dan semua yang terlibat secara lansung atau tidak langsung dalam menjayakan program tahunan ini.

Baiklah, kita teruskan kepada pendirian-pendirian yang saya rasa perlu tintakan di sini. Apa saja komen anda terpulanglah kepada diri masing-masing. Bak kata rata-rata orang." Di KL ni paling penting diri sendiri, ikut niat sendiri nak jadi apa. Buatlah apa kamu suka. Itu diri kamu". mendalam kata-kata ni, risau lemas dalam kata-kata ini.

"weh, best kot MHS ni, paling best kolej aku r, PM semua baik-baik, tak garang-garang pon. Marah-marah sayang adela.  Kolej ko cammane??"

"ko best r dapat kolej tu, kolej aku mcm hampeh, garang giler PM, kene dendala, suruh lari la, itula inila, ko bayang aku dapat tidur 2 jam je. Sabar jela"

"pas habis ni aku nak balik rumah, tak boleh aku tingal sini, risau aku naik hangin je, aku bertahan bersabar je seminggu ni, Aku dah besar pon nak kene benda-benda camni. Huh"

"ala, kejapnya MHS, suka dengan kak itu kak ini, abang itu abang ini, pasti saya akan merindui detik-detik manis waktu MHS:( "

"KE SANA KE MARI PERGI SANA PERGI SINI, KITA SIAPA SISWA UM, KITA SIAPA SISWA UM. KE SANA KE MARI PERGI SANA PERGI SINI, KITA SIAPA SISWA UM, KITA SIAPA SISWA UM.....UM IS ONE!"

"WEH, kolej ko musuh aku, kolej tu aku sokong"

"best la talk prof-prof, LDK(latihan dalam kumpulan), dan semua yang berkaitan dengan ilmu"

"bestnya tarian seni walaupun tak hafal step dia"

"hai, nama awak siapa.?"

"abang, nak nama sebenar dan autograf.."

dan sebagainya............

Persoalannya di sini. Apa yang kita dapat melalui MHS ni??.

Sebenarnya MHS merupakan satu medan yang sangat diperlukan oleh para pelajar yang ingin memasuki sesuatu alam yang lain dan mengenali antara satu sama lain. MHS yang saya lalui ini juga sangat best dan sangat terbuka. Tidak terkongkong dengan peraturan dan PM PM secara jujur dan telusnya semua baik-baik. Semuanya sayang pada kami, ya, saya yakin mereka sayangkan kami(Freshies) sebab mereka sanggup bersusah payah dan mengorbankan waktu cuti bagi persediaan MHS kami. Sangat mengagumkan. Cheers-Cheers yang diajar semuanya adalah untuk semangat. Betul juga tu, semangat itu bisa wujud melalui kaedah ini, Cuba lihat pasukan Ragbi yang terkenal itu, All Black namanya. Sebelum masuk padang, mereka akan menggerunkan musuh lantas membakar semangat melalui Cheers mereka. Kami juga dapat maklumat-maklumat penting mengenai Universiti dan perkongsian-perkongsian ilmu dari insan-insan yang berpengaruh seperti Datuk Vice Chancelor Ghouth Jasmon, Timbalan menteri Pengajian tinggi  Datuk Saifuddin, Datuk Mukhriz anaknya Dr Mahathir, TNC HEP Datuk Azrae, Profesor-profesor dan para pensyarah yang hebat. PM juga menjaga kebajikan kami dengan baik sekali. Yang pastinya MHS ni memang best..Pasti kami akan ingatkan peristiwa ini dan yang akan datang iaitu Konvokesyen. Dua peristiwa ini dikatakan yang paling bersejarah sepanjang kehidupan kita di alam Universiti. Sekian


                                                                                             @   :



MHS memang menarik dari segi bahasanya, tapi mengapa pengisiannya seakan-akan tidak menjadi haluan siswa tetapi halangan siswa. Halangan dari pelbagai sudut seperti halangan keberanian, keterbukaan atau mungkin kezaliman. Mengapa ada yang berlaku pergaulan yang tiada halangan. Ia TERSALAH kerana bisa bersentuhan antara lelaki dan perempuan dan pergaulan yang terlalu bebas seolah-olah ianya perkara yang biasa beredaran. Oh, zalimnya apabila kita meletakkan sesuatu perkara tidak pada tempatnya. Seperti kita merasakan perkara yang kita lakukan itu adalah baik walhal ia sesuatu perkara yang aib. Aib pada diri dan agama sejati. Mengapa kita tidak pandai menjaga waktu solat sehingga terjadinya rasa kurang enak dari sesetengah insan. Cheers, apa itu.. kenapa perlu sehinga begitu, bagi kami lelaki tiada masalah buat cheers, semangat pon tidak mengapa, tetapi bagaimana perempuan,  Lebih baik kalau si perempuan bercheers hanya di hadapan suaminya..Kalau dihadapan lelaki lain,,ada juga kawan saya yang suka tengok diorang ni cheers..oh,,cute sangat bisa tergoda dan menggoda. Salahkah Cheers, bagi kami tak salah selagi mana tidak melanggar syariat..Yang bimbangnya adala AIB, FITNAH dan TERARAH kepada kemungkaran. Kemungakaran yang nyata atau hampir nyata. Justeru perlu ada penjagaan yang rapi di situ.

Ini adalah antara pendapat yang pasti wujud dalam benak fikiran seseorang, banyak lagi yang dapat kita ketahui sekiranya bertanya. Bagi saya, bertindaklah seperti orang yang berfikir.:)

I'm KUAZIANS, bermaksud saya rakyat Kolej Ungku Aziz( Sebelas), sangat menarik kolej ni seolah-olah apartment yang baru dibina pada luarannya, dalamannya Alhamdulillah, bisa hidup.:). Apa yang menarik di kolej ini padaku adalah suasananya, maksud saya kolej ini ditempatkan pelajar-pelajar dari negara luar seperti Iran, China, Singapore, Indonesia, Nigeria, India, Somalia, Saudi Arabia dan sebagainya. Oleh hal yang demikian, kami dapat bergaul dengan mereka lantas mempelajari bahasa baru. Dalam MHS KUAZ juga seolah-olah hampir semua bertutur dalam Bahasa Antarabangsa:)..

Akhirnya, semoga Allah berkati kehidupan kita dan sama-samalah kita islahkan diri dan memikirkan dosa-dosa yang telah kita lakukan antara sedar tidak sedar. Janganlah diri kita tergolong dalam kalangan orang yang rugi hendaknya. AMIIN..

2.7.10

Gedebak Gedebuk..

Salam..Have a nice reading.. Pertamanya kiita kondominiumkan kesyukuran ke hadrat illahi dengan kurniaan yang kita terima saban hari, moga-moga dengan kurniaan yang diterima akan dihiasi dengan sesuatu yang berguna bak pohon meredupkan parameswara, kesannya Melaka terbina dan SUKMA sudah lama menutup tirainya.

Sesetengah orang merasakan jika kita menceritakan mengenai diri kita, orang itu menceritakan kejahilannya. Saya tidak tahu mengapa fakta sedemikian dikeluarkan, mungkin mereka merasakan sekiranya seseorang gedebak gedebuk menceritakan perihal peribadi atau pengalaman masing-masing, ia seolah menceritakan mengenai kejahilan diri sendiri kerana bagi mereka lebih baik menceritakan perkara di luar kepompong hidup penulis. Fakta ini kadangkala memberi jentikan di telinga yang memerahkan terutamanya kepada para blogger yang suka menceritakan mengenai diri sendiri. Pada saya, apa salahnya sekiranya kita berkongsi pengalaman dengan teman?, sama juga seperti kita bercerita, apa salahnya kita menafsir diri kita dalam bentuk penulisan? untuk pembaca mengetahuinya, apa salahnya kita memahatkan tulisan mengenai rasa kita? untuk pembaca turut merasainya. Salahkah ia berlaku?? Salahkah?. Hidup ini bagai cahaya lampu jalanan, bersama-sama memberi cahaya buat pengguna jalan.

Pada saya blog umpama diari, namun diari ini digelar diari awam kerana ke semua pelayar di bahtera maya elektronik ini mampu terjah lantas karam di dalam fahamannya. Diari yang mampu dikongsi oleh semua yang mahu menjadikan pengalaman orang lain sebagai pengajaran atau pengetahuan bagi mereka yang tidak merasainya.

Selain blog, saya rasa pelik dengan sebuah laman sosial yang sangat tinggi rating penggunaannya.FACEBOOK. Kadangkala saya melihat status yang didindingkan adalah seperti:

"bosannya..."
"rindunya.."
"ermmm.."
"jom makan.."
"hai..."
"sakitlah..."
" pening.."
"asy rady is single"

ini adalah antara contoh-contoh tulisan pendek yang sebenarnya bagi saya tidak perlu sangat corak penulisan sebegini kerana ia mengundang spikulasi dan pandangan pelbagai pihak. Sama seperti ayat tergantung yang mengundang kepada persoalan seperti:

"kenapa bosan?"
"rindu kat sapa? buah hati ey"
"ermm je?"
"makan kat mana, kat mulut ke?''
'hai balik.."
"sakit sangat ke?"
"betul ke single ni, bukan dah berpunya ke?"

Nah! lihat komentar yang diberikan, ia akan berlanjutan dan berbalas antara satu sama lain, semuanya berpaksikan kepada status pendek yang ditulis dan adakalanya akan menyimpang kepada perbahasan lain atau keluar tajuk. Cuba lihat betapa perihatinnya seseorang kepada diri si penulis, seolah-olah mahu mencungkil rahsia penulisan pendeknya dan membuat tafsiran sendiri secara mengkhinzir buta.:)..Inilah hakikatnya, sesetengah orang suka menjadikan pengalaman dan cerita orang lain sebagai pengajaran buatnya. Namun INGAT, fitnah bisa hadir kapan saja ia mahu. AWAS ya..

Kita selalu membaca sejarah mengenai jasad seseorang, seperti para pejuang. Kita selalu mendengar sejarah mengenai seseorang. Kita selalu mengkaji mengenai diri seseorang. Seperti contoh
" oh dia ni macam ni orangnya, begini begitu orangnya".
Penceritaan mengenai diri sebenarnya membantu kita mengenali diri, anggapan saya kepada pembaca adalah
sebagai cermin buat si penulis. Biar apa orang kata, yang pasti kita merasa. Seperti contoh saya ingin menceritakan mengenai:

"beberapa hari ini saya agak sibuk dengan pelbagai urusan seperti urusan kemasukan ke Universiti Malaya 4 julai ni InsyaAllah. Saya yakin sahabat-sahabat saya yang lain turut merasai bahang Universiti itu sendiri, jika sebelum ini kita senang lenang berada di kampus kelantan. Sekarang kita bakal terjebak dalam dunia kampus sebenarnya, pesanan buat diri dan sahabat, kuatkan fizikal dan mental kita, kentalkan jiwa dan raga kita, Sama-sama doakan yang terbaik.

Saya juga sempat bertemu adik-adik di sekolah menengah yang lama(Madrasah Idrisiah) untuk memberi sedikit pengisan dan berjumpa dengan kepimpinan bertanya mengenai masalah-masalah yang berlaku. Kemudian saya ditakdirkan berjumpa dengan guru-guru seperti Mudir sekolah ustaz Kamarudin, Ustaz El,Cikgu Kamarudin Wok, C. Nasariah, C.Yaakob, C.Nazri, Sir Rahman, Ustazah Hasnida, Ustazah Norliza dan hampir kesemua cikgu di sekolah itu. Insan yang tinggi pelaburannya di dunia dalam medan ilmu ini telah bersusah payah mendidik penulis yang sangat degil dan banyak timbulkan kontroversi:). Maaf dan terima kasih cikgu. Saya bakal mendaki menara gading.Alhamdulillah. Doakan ya. Insya Allah, nanti saya adakan program khas di sana.:)

Ketika mana sebahagian sahabat mendapat gelombang Piala Dunia kali ini, saya tidak mendapat gelombang tersebut, hanya satu dua bar saja coveragenya. Tidak tahu mengapa, saya lebih suka melihat keputusan perlawanan sahaja daripada bersengkang mata. Walaupun cuba bersengkang mata untuk menyaksikan perlawanan yang menjadi pilihan, saya akan terlebih dahulu rebah seperti mana rebahnya penjara Pudu di kota metropolitan tempoh hari.

Apa-apa pun, kita kene ingat, misi kita bukan hanya pada bola, namun rekaan bola itu sendiri. Bola itu berbentuk bulat dan mudah bergolek atau ditujukan kemana sahaja yang diketahui. Jika sahabat nabi Saad Abi Al waQAs mengatakan
 "aku adalah anak panah dari panah-panah Islam, lontarkan aku ke mana kamu suka, nescahaya aku akan bangunkannya"

saya pula terasa ingin mengatakan,
"kita adalah bola daripada bebola Islam, shoot je ke mana kamu suka, pasti aku akan ke sana dan apa..terpulanglah sama ada kita mahu kepada misi penyepak. atau bola itu akan pancit dan pecah setelah disepak. Kita yang menentukan diri kita. Sekian."

Ini salah satu contoh penulisan saya. Mungkin mereka yang berpendapat sebegitu yakni menceritakan mengenai diri persis khabarkan mengenai kejahilan diri tidak mahu para penulis merasa riak atau ujub dengan diri sendiri. Bagus peringatan itu. Saya terima seratus peratus. Bahaya riak ini boleh berlaku secara tiba-tiba. Bukan hanya dari penceritaan. malah teguran itu sendiri. Riak adalah perkara dalaman, sangat halus cengkamannya. Berhati- hatilah dalam melalui lorong yang berduri yang gelap hitam. Sekian:) Moga diberkatiNYA.Amiin

pandang lines man: -mungkin para penulis punya idea sendiri untuk tulisannya, dia jadikan pengalaman sebagai bentuk   penyampain ilmu atau uslub dakwahnya.
 -Sesetengah penulis terus kepada isi perkongsian ilmu, itu kelebihan penulis tersebut untuk cara itu dan membuat pembaca membacanya.