Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2009

Cinta Munafik part 3

Kelas lima Ibnu Sina dihingari dengan suara para pelajar.Masing-masing sibuk dengan cerita sendiri.Ada yang sempat melelapkan mata untuk menggantikan tidur yang tidak mencukupi.Itulah rutin kebiasaan pelajar asrama.Lelaki terutamanya,pantang ada masa kosong,pasti diisikan dengan slot merehatkan mata. Kelibat Dawwin Najah muncul bersama sahabat karibnya Nur Kinanah.Kedatangan mereka bagai dinanti-nantikan oleh pelajar lelaki.Najah dan kinanah melabuhkan punggung di kerusi yang terletak di barisan paling hadapan.Mata Najah tertumpu pada beberapa keping surat yang terselit di bawah mejanya.Sudah biasa dengan situasi ini.Kesemua yang tertulis pada helaian kertas tersebut adalah berkaitan perihal mahu berkenalan.Salah satu darinya diterima sejak tingkatan tiga.Sampul berwarna biru beserta sebiji gula-gula Cadbury .Pakej lengkap.Masih tidak jemu mengharap.Namun,tidak pernah Najah mahu membalas surat itu apatah lagi mahu mengenali pemberinya. ”kenapa mereka ni masih tidak faham tujuan d

Nur Kasih Vs Ketika Cinta Bertasbih

Alhamdulillah.Sinetron atau drama Nur kasih yang menjadi bualan dan lagu temanya menjadi siulan telah selamat melabuhkan tirai penayangannya..Dijangkakan seramai 5 juta penonton menyaksikan episod terakhir drama ini.Satu jumlah yang sangat mengagumkan berbanding dengan drama-drama lain.Sedikit perkongsian pendapat dari saya.Saya melihat sejak kebelakangan ini,pihak produksi perfileman lebih gemar merakamkan sebuah skrip berbentuk islamik ke pentas perfileman. Ini sesuatu yang baik dan mungkin boleh menjadi salah satu medium dakwah.Sebelum ini kita ditayangkan dengan filem Ayat-ayat Cinta,Syurga Cinta dan Ketika Cinta bertasbih.Skrip Nur Kasih juga berlandaskan dengan sepotong hadis secara mafhumnya"tatkala mati anak adam,terputus semua amalannya kecuali tiga.Antaranya doa anak yang soleh".melalui hadis ini mereka mengembangkan menjadi sebuah drama yang menceritakan dua orang beradik yang berlainan watak.Adam akhirnya menjadi seorang anak yang soleh dengan bantuan Abangnya

Salam Aidil Adha

Assalamualaikum..Hari Arafah kunjung tiba.Hari Raya Aidil Adha bakal menyusul.Di kesempatan ini saya suka mengucapkan selamat hari raya Aidil Adha to all muslims especially bakal2 Haji dan Hajjah.Maaf Zahir Batin.Kepada bintang ternakan yang terpilih bersiap siagalah menghadapi detik penyembelihan. Info:*penulis telah berada di rumah. *SPM dah nak habis. *Isu menantu tok guru????

Kursus Oh Kursus..

SELAMAT DATANG KE AGRO RESORT SETIU Pada 20/21.11.2009.Segerombolan pelajar dan Penyelia(staf)APIUM Nilam Puri telah berada di Agro Resort Setiu untuk menghadiri kursus organisasi.Tujuan Kursus ini diadakan adalah untuk pemantapan pengurusun sesebuah organisasi.Alhamdulillah ana berpeluang untuk menghadiri program sebegini rupa. Datuk Azrae(TNC Universiti Malaya)turut hadir dalam program ini untuk memberikan motivasi kepada kami.Selain itu beberapa Fasilitator yang hebat turut serta dalam Kursus ini. Secara keseluruhannya.Program ini sangat menarik walaupun diselubungi oleh hujan yang tidak henti-henti menyuburkan tanaman ciptaan ALLAH dan menguji manusia yang terpilih dengan banjir. Info:*suatu ketika dahulu dalam jam 2 pagi.Kami dikejutkan dengan latihan kebakaran.Seluruh warga Apium bergegas ke dewan.kalaulah kesemua pelajar APIUM dapat menghadiri Musolla dengan bilangan seperti latihan kebakaran ni....hmm *Pihak pensyarah APIUM Nilam Puri bersemangat untuk mewujudkan BIAH LUGHATUL

Cinta MUnafik Part 1.

By:Meor Farid Asyradi Bin Meor Zahidi tatkala cinta dihiasi dengan noda, hasilnya hanyalah sekadar dosa. piaapppppppp!!!!sepancar libasan rotan tepat mengenai permukaan tapak tangan mulus seorang pelajar tingkatan dua Madrasah Idrisiah.Sahabat-sahabatnya memandang sayu dan kasihan mendengar suara kesakitannya,mereka sedia maklum sekiranya lewat masuk ke musolla walaupun hanya sesaat,habuannya adalah sebatang hanger akan hinggap di tangan. "Semua beratur di dinding sekarang,ana nak dengar bunyi kipas je!!"laungan Tariq kepada adik-adik tingkatan dua memecah kesepian Musolla yang terletak di tingkat empat asrama lelaki. Suasana menjadi kelam kabut lantaran semua pelajar bergerak pantas mendengar arahan. "siapa yang masbuq tadi keluar ke tengah sekarang,cepat!!''.suara tegas Tariq yang merupakan pelajar tingkatan lima dan bertugas sebagai penjaga adik-adik tingkatan dua benar-benar membuatkan jiwa dan raga adik-adiknya gentar sehinggakan ada yang mula mengeluarkan

Cinta Munafik Part 2

Pagi itu diselimuti oleh hujan.Lebat.Jarum jam memanah ke arah angka 2.Dawwin Najah masih lena diulit mimpi.Mukanya yang cantik seakan-akan mengekprestasi mimpi yang dialami.Serius dalam tenang.Rakan sebiliknya Nur Kinanah masih leka membaca novel berjudul Si Penggali Kubur yang dikarang oleh Dr Haulid Al Harar.Jarinya yang mulus menyelak helaian novel yang mendapat tempat pertama dalam Sayembara Remaja.Dari satu helai ke satu helai dan membentuk helaian yang tebal.Hanya tinggal beberapa muka surat lagi untuk dikhatamkan. Suara cicak berkumandang.Tariq masih cuba melelapkan matanya.Malam itu sangat aneh.Keadaan asrama lelaki yang terletak di sebelah bukit yang dikenali sebagai bukit berpenunggu seolah-olah tiada penghuni.Suara cicak yang mengundang ketakutan dalam hati seseorang itu menganggu pemikirannya. "kalau cicak berbunyi bermakna nampak hantu tau".Muhammad Tariq teringat fakta palsu keterangan kawan sekelasnya yang bernama Ahmad Quwais ketika mereka berada di sekolah r

Menongkat Arus,Membidas Virus...

Semester baru tiba lagi.Akademi Pengajian Islam Manchester City kembali bersinar dek pelajarnya yang seakan-akan bintang begemerlapan di kaki langit kala malam menghitam.Insan yang akan menjadi cahaya penyuluh kepada insan lain yang memerlukan.Insan yang akan mendominasi dunia ini dengan ilmu kebenaran. "Assalamualaikum syeikh, welcome back" Zulhuzaimi menyapa Aidil yang sedang khusyuk mengemas bilik. "Waalaikumussalam ya akhi, how are you ,yo u look so fat bro,,what going on with your last holiday "Aidil menjawab salam yang diberikan.Dia agak terkejut dengan perubahan saiz badan sahabatnya yang drastik.Zulhuzaimi merupakan antara pelajar yang berbadan agak montel.Kebiasaannya,seseorang yang berbadan besar,mudah menaikkan berat badannya akibat tiada kawalan pemakanan yang bijak. " I'm fine.hey.why u said me like that man,it's ok what..look like Sazali right ."Zulhuzaimi membidas kata-kata sahabat karibnya.Mereka berdua memang suka berdebat.Perdeb

Hobin Jang Hobin/kelantan kecundang lagi

Tahniah saya ucapkan kepada pasukan negeri sembilan..Kalian memang Jagoan. Oh Pasukan Kelantan,apa sudah jadi dengan kalian,kenapa menghampakan penyokong pasukan.Dari jauh mereka datang memberi harapan.Namun inikah balasan yang diberikan.kalah dalam pertemuan yang sangat tertekan.kalah 3-1 akan menjadi sebutan harian dan semestinya tahunan.kalah dengan negeri sembilan pasukan handalan.Piala Malaysia buat Negeri Sembilan menjadi medium ciuman.Kerusi stadium menjadi tempat pembakaran bagi penyokong yang putus harapan.Pulang ke Kelantan yang dilanda kebanjiran kerna hujan.Oh pasukan Kelantan,pakej umrah yang dijanjikan tetap akan dikotakan.Namun apa yang penyokong idamkan telah dikuburkan.Duit dilaburkan,penat dirasakan,geram ditonjolkan.Oh Kelantan,engkau hanya tempatku menghadapi peperiksaan setelah ilmu ditelan.Tempat semangat dan tarbiyah didirikan dan meneroka pengalaman.Aku hanya menumpang di sini,hidup di alam universiti.Asasi. Namun kudapat rasai,kemenangan yang dicuri.kekalahan y

Melentur Diri menghadapi Onak Duri

Pagi menjengah lagi.Dewan Johor seakan sunyi.Mahasiswa Mahasiswi Universiti Malaya Nilam Puri tekun mendengar ceramah Motivasi.Dr AsMawi Ani melontarkan ilmu untuk dikongsi. "Pribahasa menyebut melentur buluh biarlah dari rebungnya.Benar.Untuk membentuk seseorang menjadi cemerlang perlu bermula daripada peringkat awal kanak-kanak.Kini antum sudah memasuki alam remaja.Banyak mehnah dan tribulasi yang melanda.Adakalanya kita akan diuji dengan sesuatu perkara yang mampu membolak balikkan jiwa raga kita. Antum perlu awal bersedia.Lengkapkan diri dengan sesuatu yang mampu membongkahkan diri kalian daripada keluar daripada batasan yang ditetapkan Islam iaitu agama yang benar nyata.Kalian merupakan mata-mata rantai perjuangan Islam ini. Antum akan menguasai dunia suatu hari nanti.Siapa lagi kalau bukan kita?takkan kita rela membiarkan orang kafir menguasai kehidupan kita kelak.Bila lagi mahu bertindak.kalau bukan sekarang untuk membakar arang. Justeru,Kalian perlu mempersiapkan diri a

Kelantan juara Piala Malaysia???

kita tunggu dan lihat,pasukan mana yang akan merangkul piala malaysia pada tahun ini.Saya memihak kepada pasukan kelantan.InsyaAllah.Kalau 40 tahun lalu Kelantan tewas di tangan perak 2-0 pada peringkat akhir piala berprestij ini.Namun kini pasukan perak sudah tiada rohnya lagi.Hidup Red warrior.Hu3.Semangat terlebih sudaaa.BUkit Jalil.kami akan gegarkan gelombang merah di sana.Saya di hadapan TV sahajalah. Info:*Kelantan cuti umum pada 8.11.09(Ahad)..maknanya kuliah mula hari Isnin la. *Dr Asri mahu saman PGSM,Pegawai Jakim di atas fitnah yang dilemparkan kepada beliau rentetan penangkapan ke atasnya pada hari yang lalu. *Mayat Teoh Beng Hock akan digali semula untuk bedah siasat kali kedua.Beliau mungkin mati dicekik dan didera. *Pada 1 november yang lalu diadakan ceramah Isu Semasa disampaikan oleh YB Salehuddin Ayob(parlimen Kubang Kerian) di Markaz Tarbiyah Bukit Chandan. *harini kena saman sebab Tak bayar Parking kete.Aduhai,dah bape kali kene saman kes yang sama.