Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2010

Cinta Munafik

By:Meor Farid Asyradi Bin Meor Zahidi tatkala cinta dihiasi dengan noda, hasilnya hanyalah sekadar dosa. piaapppppppp!!!!sepancar libasan rotan tepat mengenai permukaan tapak tangan mulus seorang pelajar tingkatan dua Madrasah Idrisiah.Sahabat-sahabatnya memandang sayu dan kasihan mendengar suara kesakitannya,mereka sedia maklum sekiranya lewat masuk ke musolla walaupun hanya sesaat,habuannya adalah sebatang  hanger  akan hinggap di tangan. "Semua beratur di dinding sekarang,ana nak dengar bunyi kipas je!!"laungan Tariq kepada adik-adik tingkatan dua memecah kesepian   Musolla   yang terletak di tingkat empat asrama lelaki. Suasana menjadi kelam kabut lantaran semua pelajar bergerak pantas mendengar arahan. "siapa yang   masbuq   tadi keluar ke tengah sekarang,cepat!!''.suara tegas Tariq yang merupakan pelajar tingkatan lima dan bertugas sebagai penjaga adik-adik tingkatan dua benar-benar membuatkan jiwa dan raga adik-adiknya gentar sehingga