Skip to main content

Posts

Showing posts from 2017

Detik 26 Disember: Berikanku Kekuatan

                           Al-Fatihah Terasa jari ini mahu menulis dan pahatkan tulisan di dada  maya. Namun apakan daya tiada rasa yang  membuahkan minda ingin terus berkarya .  Kadang-kadang rasa itu hadir buat seketika dan terus pergi begitu sahaja. Itulah dunia, hanya sementara dan sangat bahaya bagi mereka yang berfikir perihal dunia tanpa mengetahui bahawa satu lagi dunia yang nyata  akan hadir bila-bila masa. Sehingga ada yang menyangkakan hari 26 Disember 2004 sewaktu dunia digemparkan dengan ombak Tsunami berskala ritcher 9.0 yang sentiasa rindu dan patuh akan titah tuhannya adalah hari kiamat!! Ketika itu semua baru ingat tuhan. SEDARLAH. Rasa malas, ingin buang masa, juga terasa waktu berlalu begitu pantas dek urusan diri yang tidak  terprogram baik dan hanya melakukan sesuatu perkara jika perlu sahaja amat membahayakan diri seorang hamba. Kita ini cuma hamba dan title itulah yang terbaik buat kita. kita dicipta untuk apa? adakah untuk membuang masa atau cuma bersuka

Permusafiran Paling Bermakna P:1.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Jujur jari jemari ini sudah lama tidak menari menaip entri terkini. Hampir sahaja password blog ini luput dari ingatan, masakan tidak sudah berbelas bulan tiada post tambahan. Jika ingin mengomel pastinya memakan masa yang lama untuk dibaca, tujuan penulisan ini juga adalah untuk persediaan menulis latihan Ilmiah pada semester hadapan. Biar ada rasa semangat itu hadir dalam diri si pemalas ini. Istilah MUSAFIR sangat dekat dengan diri ini. Teman-teman seringkali bertanya kepada aku setiap kali waktu Cuti : Sahabat : weh Radi, cuti ni ko ke mana jer? Aku : tak tahu lagi, kalau ada rezeki ada la. Jikalau difikirkan perihal rezeki, ulat dalam batu juga mampu hidup berdikari. Aku bukan orang yang kaya, namun aku punya jiwa dan rasa ingin menjelajahi dunia. Jujur, di sini kita bermain dengan niat dan azam kita. Jika kita ingin sesuatu, pastikan ia berlaku. Untuk ia berlaku pasti laluannya berliku-liku. Bermula tahun 2010 aku sudah mula k

PENGALAMAN YANG TIDAK DIDUGA...(Mas-Indo)

Salam, 1 februari-5 februari 2011 yang lepas, saya bersama teman sy Amirul (Bukhairy hadir lewat) sempat menjelajah negara jiran kita iaitu Indonesia. Kami ke sana dengan berpakaian sangat ringkas dan cuma bawa beberapa helai pakaian..Tujuan kami ke sana adalah untuk ke pesantren Darul Tauhid bagi silatutrrahim dan mengundang kiai terkenal di sana iaitu Kiai Haji AAGYM ke Malaysia.Beliau pernah diangkat sebagai tokoh agama yang terkenal di Indonesia dan merupakan seorang usahawan yang berjaya di Sana.Untuk lebih lanjut sila klik  http://www.mustikoning-jagad.com/en/sejarah/434-perjalanan-hidup-seorang-aa-gym .. Setibanya kami di Soekarno-Hatta airport Jakarta bukan sesuatu yang mudah kerana kami tiada teman di sana atau kenalan malah tour guide nya aja nggak ada. :)..Makanya, saya nanya sama warga indonesia yang ada di airport . "maaf mas, mau nanya..kota jakarta itu di mana ya" saya berbahasa Indonesia. "Jakarta itu besar, jakarta timur, utara, selatan..Qm

Sayap Musafir (Mas- China)

Research And Study In China  (28-4-2010): Tiada Rasa Saat ini aku bagai tiada perasaan gembira untuk ke sana, tak tahu mengapa. Mungkin disebabkan masalah dalaman dan beberapa perkara yang menghantui diri. Namun langkah perlu diatur seiring dengan matlamat ke destinasi yang dituju. Aku mula mencari rasa, perjalanan ke kuala Lumpur dengan menaiki kereta api Shuttle bagai menguntai hari-hari dalam hidupku. Setibanya di KL Sentral, aku teruskan perjalanan menaiki LRT ke Stesen Universiti sebelum sahabatku iaitu saudara kamil membawaku ke Kolej 12 Universiti Malaya. “terima kasih akhi, Sudah-susah je tolong ana,”aku mengucapkan ucapan terima kasih kepada kamil yang memberi ruang masa membantu aku tiba di kolej. “tak de apela, nanti jangan lupa beli hadiah dari China untuk ana. Tak de siap r ha3,” Kamil membalas dan membuat permintaan dan amaran. Aku tersenyum. Hadiah dari China. Sudah berama ramai yang memesan ole-ole dari negara komunis itu. Aku terus melan

Tenangkah arwah???

Tenangkah Arwah?? oleh: Meor Farid Asyradi Bin Meor Zahidi Wajahnya pucat mencuka, badannya menggeletar seakan-akan mahu menyatakan sesuatu perkara, rupanyanya yang cantik sebelum ini telah berubah menjadi buruk gara-gara kemalangan yang dialaminya. Kemalangan yang meletakkannya berada di ambang sakaratul maut. Waktu terus berlalu dan pada akhirnya, dia pergi meninggalkan dunia. Ahli keluarga, teman-teman kenalan, orang kampung sudah memenuhi rumah keluarga Nur yang merupakan antara gadis cantik dan dikenali ramai di kampung Jawang itu. Teman lelakinya dari tadi seolah-olah hilang kewarasan diri, tangannya berbalut akibat patah, kesan darah di dahinya masih segar, air matanya deras mengalir, ingatannya terus memutarkan peristiwa kemalangan yang mengakibatkan teman wanita kesayangannya meninggal. Kereta kancil miliknya bertembung dengan sebuah lori. Di suatu tempat yang lain iaitu di alam maya, teman-teman yang pernah berkenalan dengan gadis bernama Nur ini juga mengetahui

This Is TMT (Travelog MR Traveller)

Seperti yang dijadualkan, tepat jam 11.42 pagi, kereta api yang dikendalikan oleh Deutsche Bahn's InterCity Express dengan nombor pendaftaran ICE 34 mula bertolak. Seperti biasa, aku boleh memilih mana-mana kerusi second class yang tidak tertulis ‘reserved’. Aku memilih kerusi di sebelah tingkap supaya dapat melihat pemandangan luar dengan jelas. Perjalanan kali ini akan mengambil masa 4 jam 40 minit. Di sepanjang perjalanan, kereta api berhenti beberapa kali untuk mengambil dan menurunkan penumpang. Di satu perhentian, seorang wanita yang kujangka berumur sekitar 50-an duduk berhadapan denganku. Aku mula berbicara dengan wanita itu. Bahasa Inggerisnya amat fasih kerana beliau berasal dari Newcastle, United Kingdom. Aku juga pernah tiba di Newcastle sewaktu kembara seminggu di United Kingdom dua minggu sebelum bermulanya misi kembara dengan kereta api ini. Wanita itu semangat bercerita mengenai salah sebuah negara Scandanivia iaitu Denmark yang dirasakan cukup s