25.12.11

Detik 26 Disember: Berikanku Kekuatan

                           Al-Fatihah

Terasa jari ini mahu menulis dan pahatkan tulisan di dada maya. Namun apakan daya tiada rasa yang membuahkan minda ingin terus berkarya . 

Kadang-kadang rasa itu hadir buat seketika dan terus pergi begitu sahaja. Itulah dunia, hanya sementara dan sangat bahaya bagi mereka yang berfikir perihal dunia tanpa mengetahui bahawa satu lagi dunia yang nyata  akan hadir bila-bila masa. Sehingga ada yang menyangkakan hari 26 Disember 2004 sewaktu dunia digemparkan dengan ombak Tsunami berskala ritcher 9.0 yang sentiasa rindu dan patuh akan titah tuhannya adalah hari kiamat!! Ketika itu semua baru ingat tuhan.

SEDARLAH. Rasa malas, ingin buang masa, juga terasa waktu berlalu begitu pantas dek urusan diri yang tidak terprogram baik dan hanya melakukan sesuatu perkara jika perlu sahaja amat membahayakan diri seorang hamba. Kita ini cuma hamba dan title itulah yang terbaik buat kita. kita dicipta untuk apa? adakah untuk membuang masa atau cuma bersuka ria bersandiwara. Sudah pasti setiap sesuatu dicipta untuk berbakti kepada tuannya persis rumah yang dibina adalah untuk berbakti dan melindungi tuannya.

Begitu juga tulisan, tulisan ini adalah coretan rasa, kadang kala keluar tajuk bicara namun itulah sebenarnya tulisan jiwa, terpatri bila kita menyendiri, terlari paksi kerana terbuai mimpi, mimpi yang tidak pasti warna yang memenuhi. Cuba ingat kisah kita dalam mimpi yang menjadi teman seharian di kala kegelapan malam menguasai, cuba bayangkan warnanya, bukankah tidak berwarna ?

"ya Allah, berikan aku kekuatan dalam setiap sesuatu perkara kerana engkaulah yang layak memberikanku kekuatan dan engkahu jualah yang maha berkuasa dalam tiap-tiap sesuatu Perkara."


Road To Final Exam...............

1 comment:

Anonymous said...

setiap apa yang berlaku di muka bumi Allah ni merupakan ketentuan dari Allah..cuma kita sebagai hamba perlulah ingat bahawa setiap apa yg berlaku merupkn peringtan dari Allah.oleh itu untuk memiliki kesedran tersebut adalah dengan ilmu Allah.kutiplah sebanyak mana ilmu Allah yg ada di muka bumi ini dengan jalan yg betul bukan mengikut mata nafsu..semoga kita thabat di atas jalannya..amen