12.9.11

Ayuh Kembali Ke Kampus, Study Terus.

Sambil mendengar lagu yang sangat menusuk hati dan mengamit memori daripada UNIC berjudul "Sahabat Sejati" (http://www.youtube.com/watch?v=5ERkBcehpY0), aku coretkan rasa gembira dan bersyukur di atas apa yang terjadi yang aku yakin dan percaya kesemuanya adalah suratan illahi. Tiada kata seindah bicara, Alhamdulillah kita tuturkan kerana di situ terletaknya seribu satu makna. Pujian hanya kepada-NYA. Sahabat dan kawan istilahnya sama tetapi berbeza pada sebutan dan kesannya. Seringkali kita dengar sirah-sirah menyebut perkataan "sahabat" Nabi tiada pula kita terdengar atau terbaca, "kawan" Nabi, pasti ada sebabnya di situ. Sahabat Nabi merupakan mereka yang pernah bersama nabi dan berjumpa dgn Nabi. Sahabat-sahabat Nabi yang utama sudah pasti sangat mengenali peribadi Nabi dan menterjemahkan sunnah Nabi dalam kehidupan mereka. Kasih sayang sahabat kepada Nabi sangat tinggi sehinggakan ada yang melebihi daripada segala-galanya. Itulah erti sebenar dan telus, berkasih sayang semata-mata kerana Allah yang memberi rasa sayang itu. Nah, di sini kita dapat lihat betapa besarnya istilah Sahabat. Hanya kita sendiri yang boleh menilai, siapa sahabat dan kawan kita.

Sudah lama rasanya aku berpisah dengan sahabat-sahabat , cuti 4 bulan membuatkan kita rasa jauh dan adakalanya termimpi-mimpi akan mereka. Sudah pasti, kita akan ingat kepada sahabat-sahabat kerana mereka seakan-akan keluarga kita, merekalah abang, merekalah kakak, mereka jualah adik malah ada yang menganggap merekalah ibubapa kita. Alam kampus dan Rumah sangat berbeza. Alam kampus membuatkan kita perlu fokus dengan apa yang kita hajatkan seiring dengan pengorbanan ibubapa kita yang bersusah payah menyekolahkan kita. Saat ini, bagaimana balasan kita terhadap mereka?????

Pintu kampus sudah terbuka, kepada adik-adik junior, MHS (Mingu Haluan Siswa) walaupun ada juga yang menganggap MHS adalah Minggu Halang Siswa, kalian sudah lalui dengan jayanya, Kepada senior-senior juga, bilik atau rumah baru sudah didiami, ruang belajar dan menuntut ilmu sudah terbentang luas, sahabat-sahabat lama sudah bertemu kembali. Ayuh..kita ambil peluang ini bersama-sama. Melakar kehidupan yang lebih membawa kebaikan. Uji akal dan bersihkan pemikiran kita, Pemikiran yang lebih jitu dan bersatu. Bersatu dengan tindakan dan kesannya. Study dan pelajaran adalah yang utama tetapi ingat, bukan hanya study yang membuatkan kita hebat. kehebatan diri terletak kepada cabaran yang kita terima dan ambil. Cabaran sudah pasti memerlukan kepada pengorbanan. Pengorbanan apa dan bagaimana? itu hanya kita yang dapat menilai dan melaluinya? apa kita sudah bersedia? apakah kita sudah melakukan sebaik-baiknya atau hanya mengatakan "aku dah tak larat............." dan hanya membiarkan dahi mencecah ke bumi??







5.9.11

Selamat Hari Raya kepada Semua:)


Walaupun lewat nak ucap di Blog ni..Tetap rasa nak ucap:),,,Selamat Hari Raya diucapkan kepada semua terutamanya keluarga tercinta guru-guru sahabat handai dan semua yang mengenali Meor Farid Asyradi Bin Meor Zahidi. Maaf Zahir dan Batin. Kepada para pelajar baru yang masuk ke Universiti juga Selamat diucapkan untuk memasuki alam pendidikan yang baru :) Sekian