27.2.10

AKU CINTA PADAMU

Sejauh mana aku cintakan nabi sedangkan nabi begitu sayangkan umatnya,
sejauh mana aku melazimi kehidupan nabi sedangkan aku sibuk di alam maya,
sejauh mana aku pertahankan nabi sedangkan aku sibuk dengan dunia yang fana,
sejauh mana aku rindukan nabi sedangkan aku jarang mengingatinya.

Muhasabah semula diri kita.
Adakah kita antara golongan yang bakal duduk setempat dengan Nabi
Adakah kita antara golongan yang mendapat syafaatnya di hari kebangkitan nanti
Adakah kita antara golongan yang meletakkan cinta padanya di tangga kedua setelah pecipta langit dan bumi
Adakah Kita
Adakah Kita


Persoalan demi persoalan yang sukar dijawab.........

salam maulidur Rasul

25.2.10

Exclusive LUNCH For Majmuah 8

Sudah 4 SEM kita bersama.Menempuh hari-hari yang adakalanya baik dan adakalanya buruk.Setiap pertemuan pasti ada perpisahan dan setiap kelaparan pasti ada kekenyangan.2 hari lepas restoran CHIANGMAI menerima kunjungan ahli majmuah 8 yang ingin mengadakan malis makan tengahari sempena majlis perpisahan.Antara perkara menarik yang dijalankan adalah makanan ala-ala Thai,penyampaian anugerah bagi setiap pelajar,kehadiran VVIP(ustaz Usman Yasin-mentor majmuah8)dan cabutan bertuah.

Akhir kata saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan kemaafan atas setiap perkara yang berlaku sepanjang kita bersama-sama berada di bawah nama MAJMUAH 8.Teruskan perjuangan kita di sini dan sama-samalah kita melangkah ke UMKL yang penuh dengan duri onak.

23.2.10

Kronologi Cinta Munafik.

maaf pada pembaca yang sering bertanya mengenai pembikinan novel Cinta Munafik.Sebenarnya saya masih lagi dalam mencari idea,ruang dan peluang untuk meneruskan penceritaan novel ini.Banyak lagi kelemahan yang perlu diperbaiki dalam penulisan ini.Terima kasih saya ucapkan kepada mereka yang sudi mengikuti perkembangan novel ini.Doakan saya agar dapat meneruskan penceritan novel berunsur islami ini.

Semalam saya sempat berbicara dengan penulis novel terkenal(ALAF 21) Kak Aina Emir melalui YM.Saya pernah membaca novelnya yang bertajuk Seharum Kasih ketika saya tingkatan 5 dahulu.Menarik.Banyak lagi novel yang telah beliau karangkan.Saya juga sempat menyuruh beliau memberi kritikan mengenai "Cinta Munafik"dan komen beliau adalah seperti berikut:

emir_aina@yahoo.co.uk
Salam, Radi

Okey, Kak Aina dah baca sampai habis. Komen Kak Aina:

Sebuah penulisan yang interesting. Kebetulan Kak Aina memang tahu sangat latar belakang sekolah dan suasana di tempat itu... almaklumlah kampung kita jugak. Bertambahlah interestingnya. Mungkin itu merupakan pengalaman Radi juga, betul,kan? Radi dulu sekolah kat situ ke? Anyway... latar belakang tu rasa macam hidup. Tak tahulah sambungannya macam mana, tetapi setakat yang dah baca, penulisan itu sesuai untuk pembacaan remaja sekolah dan juga remaja dewasa.

Selain daripada itu, ejaan tak banyak kesalahan, begitu juga grammar, cuma bagi Kak Aina Radi kena belajar letakkan tanda koma, tanda pembukaan kata, huruf besar di tempat-tempat yang sesuai.Misalnya, pembukaan ayat mesti guna huruf besar. Bila tutup dialog, mesti ada tanda noktah atau koma, di mana yang sesuai. Semua perbuatan yang mengguna 'di' kena dekatkan dengan perkataan perbuatan itu, tetapi 'di' yang digunakan untuk tempat mestilah dijauhkan. Misalnya 'di Bukit Candan', tetapi 'dikenakan'. Kalau kita tak semak dengan baik ayat-ayat yang kita tulis, mungkin pihak penerbit malas nak terima manuskrip sebab editor penat nak semak.

Anyway, Radi tak perlu bimbang tentang penceritaan. Kak Aina rasa Radi dah faham tentang hal itu. Pembaca akan berminat untuk membaca manuskrip yang Radi tulis. itu penting dalam penulisan kreatif. Tak perlu berbunga sangat, apa yang Radi buat sudah okey tu. Tahniah dan teruslah menulis.

Wassalam.

Aina Emir

19.2.10

Kisah Pendamba Kemalasan





Dasar pemalas,mengapa kau jadi pemalas sedangkan kau tau ia menyusahkan kau,kau dah tau dah kemalasan itu mampu membuat kau jadi tension,tapi kau sikitpun tak amik peduli.berapa kali aku dah kata dekat kau,kau anggap je sifat malas tu macam najis di mangkuk tandas.Tak perlu dilihat dan dinikmati.Cuma perlu FLASH je biar bersih mangkuk tandas tu.PAHAM.!

Sekelumit teguran keras dan jijik pada diri sendiri.Sudah berminggu-minggu saya tidak menari-narikan jari dengan tarian hip hop di hadapan blog ini.Semuanya disebabkan gara-gara kerja yang bertangguh dan perasaan diri yang tidak mahu melakukan itu ini.Sudah tahu diri itu banyak komitmen boleh bersenang-senang dan berlengang kangkung lagi.Justeru,kepala jadi berat dan badan pula menjadi penat adalah akibatnya.

Sedikit sebanyak ingin saya kongsikan bersama pembaca yang sudi membaca termasuk ibu bapaku yang merasakan LaP Top ku  ini rosak akibat aku sudah tidak lama mengupdate Sesuatu untuk dikongsi.Sudah beberapa kali saya memaksa diri untuk menaip namun kemalasan menjadi pembunuh perasaan tersebut.

Baik,saya mulakan kisah2 kronologi kehidupan dengan Nama Allah.BISMILLAH ARROHMAN ARROHIM


Yaumul Israk
HARI MIKE DAN TEMAN


antara benda menarik pada majlis ini ialah:
الأمور ذات الاهتمام:
-     BBQ
 -ExPlOrAcE
- رياضة وهديّة   
تجارب و ذكريات-
    (pengalaman&Kenangan)

التاريخ  :8 يناير2010                                                                                                
8                    a.m-10p.mالوقت :

     المكان  : أكاديمية الاسلامية جامعة ملايا فروع نيلم فوري                       


Syukur ke Hadrat Illahi kerana dengan keizinannya program Yaumul IsrakiYYUn ini dapat dijalankan bertujuan untuk mengenali dan menguatkan ukhwah antara anak-anak perak yang baru-baru ini heboh dengan kes Menteri Besarnya.9 hb 2 2010 yang lepas Mahkamah Persekutuan telah menetapkan bahawa DS Zambry  sebagai menteri Besar Perak Yang Sah.Itu adalah keputusan mahkamah.Keputusan Mahkamah Rakyat saya tidak tahu.Saya menerima keputusan seadanya.:P.Teringat pula mengenai keputusan PRK u.Malaya yang menimbulkan kemarahan pihak Pr0 Mahasiswa rentetan kes E Voting yang server down ketika hari mengundi,E voting yang diragui dan pelbagai lagi.Keputusan itu berpihak kepada pro Aspirasi atau lebih dikenali sebagai Penggerak Mahasiswa.Apapapun terpulanglah pada kalian.Yang penting jalankan amanah kebenaran dan jaga kebajikan mahasiswa UMKL.InsyaAllah,tidak lama lagi saya akan ke UMKL.



                                                PROJEK KE TERENGGANU

Projek ke Terengganu telah selamat dibereskan pada 13-15hb 1 2010.Projek ini bertujuan untuk mencari sumbangan bagi proram kokurikulum iaitu SMARTIES yang akan diakan di SMKA Wataniah besut Terengganu.Alhamdulillah.Allah permudahkan kami,kami telah Berjaya mengumpulkan hampir RM3000 lebih dalam masa 1 hari.Itu adalah jumlah keseluruhan termasuk wang yang perlu di bank In.projek ini bukan sahaja bertujuan untuk menerjah syarikat dan kedai2 semata-mata,tetapi adalah untuk mencari pengalaman berdikari dan berehlah.Kami juga sempat menjenguk sahabat2 di UDM dan antara destinasi lain yang sempat kami lawati ialah Masjid Kristal dan Taman Tamadun Islam.Saya dan Zikri sahaja yang mampu memasuki taman tamadun islam yang mengandungi monumen2 masjid seluruh dunia.Amat menakjubkan,seperti berada di suatu dimensi lain.Kami menginap di rumah salah seorang sahabat majmuah 8 iaitu arif musaqim.A lot of thanks to him.Ok.Tak lupa juga kepada sahabatku yang meminjamkan kereta kancilnya bagi memudahkan lagi perjalanan di sana.kami bertolak dan pulang ke K.Bharu dengan menaiki Bas Transional

Pertandingan Futsal Arena Kelantan
Ini pula kisah bagi pertandingan futsal.16-1-2010
"Radi,ni ada surat penyertaan untuk futsal,mintak ko tolong setelkan ok.” dikki menghulurkan sehelai kertas tertera butiran pertandingan.Mataku berpinar menghayati kertas penyertaan tersebut.Otakku mula giat berfikir.”boleh claim duit yuran ni,mahal gak.Rm120 satu kumpulan.,nak hantar 2 kumpulan hmmm”aku bermonolog sendirian.
Dipendekkan cerita,alhamdulilah pertandingan tersebut telah selamat diselesaikan dengan membawa kekalahan yang abadi.Boleh cuba lagi di masa akan datang.Amin.Duit claim yuran dan L.O makanan dan minuman pemain telah beres.

*perlu wujudkan team khas untuk permainan FUTSAL sebagai langkah persediaan menghadapi pemain2 hebat di Kelantan ni.



                                                
Program BUMI Sem 4

Program Bina Ukhwah mahasiswa Islam telah selamat diusaikan bertempat di Pantai Bisikan Bayu Kelantan.Program ini bertujuan untuk mengeratkan lagi ukhwah sesama sahabat yang lain dan langkah persediaan menghadapi liku2 kehidupan yang akan datang.Program ini dirasakan oleh sebahagian peserta agak hambar dan membosankan pada permulaannya.Namun,setelah hari pertama berlalu,program ini menjadi menarik dengan pelbagai program seperti explorace,tarbiyatun nafs,explorace dan sebagainya.Secara tuntasnya,program ini amat menarik walaupun ketika itu saya sibuk menyiapkan TESIS mutolaah yang memakan masa agak lama dan memerlukan kekuatan jari dan minda untuk menyiapkannya.Alhamdulillah,tesis mutolaah itu telah selamat dihantar.Berbalik kepada program BUMI,Bagi sesiapa yang tidak mengikuti program tersebut dan yang hanya mengikuti Slot ZABAIH(sembelihan)oleh ustaz Syukri,saya berani sebutkan,kalian terlepas peluang untuk merasai program Tarbiyah yang sangat menarik.


SMARTIES

Alhamdulillah,setinggi kesyukuran terhada illahi kerana program ini telah berjalan dengan lancar.Sebelum itu saya mahu menceritakan,sehari sebelum program koko ini bermula,baju tempahan untuk ISRAK telah selesai disiapkan,itupun setelah didesak beberapa kali oleh saya agar pihak(kedai DOCNAN)menyiapkan baju lelaki perak umnp dalam masa yang ditetapkan.Kembali ke tajuk cerita,program smarties memberi kenangan dan pengalaman baru bagi kronologi kehidupanku.Bermula dengan menaiki Bas Sekolah menuju ke SMKA Wataniah,dibahagikan mengikut kumpulan dan kali pertama dalam sejarah,saya ditaklifkan memegang kumpulan yang kesemuanya wanita berpartnerkan ustazah Nabila.pada awalnya agak malu apabila kumbang dikelilingi oleh beberapa kuntum bunga tahi ayam.Namun akhirnya,perasaan malu itu dapat diatasi.seronok juga dapat mengenali ragam manusia,pelbagai program menarik telah dijalankan berkaitan dengan kepimpinan,kepekaan dan keberaniaan.tidak lupa juga malam Muhasabah yang mampu membuatkan seseorang menginsafi diri,menangis kerana takutkan Allah dan PENGSAN.Moga-moga apa yang Fasilitator majmuah 8 lakukan mendapat keredhaan dan kasih sayang dari yang maha kuasa dan maha mengetahui.Melalui borang kaji selidik yang saya baca,Alhamdulillah,adik2 form 3 smka wataniah secara tuntasnya memberikan respon yang baik dan sokongan padu terhadap program yang kami jalankan ke atas mereka.Sebelum pulang ke UMNilam.Puri,kami singgah dan mandi di Lata Tembakah bagi menghilangkan penat sambil menikmati keindahan alam flora dan fauna ciptaan Allah.


HTUM10 Universiti malaya Nilam Puri

Bukan mudah mengecap mimpi menjadi realiti.Apa pun jua kita perlu tetap teruskan program ini walaupun rasa kurang yakin pada awalnya.Bagi saya,ini sudah cukup baik untuk kita kerana telah berjaya mengadakan program ini sehingga penghujungnya.Walaupun kunjungan dari pihak luar tidak begitu memberansangkan,apa yang penting kita telah mampu menjadikan HTUM yang pada awalnya hanya atas kertas sebagai realiti.Banyak juga gerai yang dibuka dan mendapat keuntungan.Selain itu,pemeran-pameran,pertandingan Nasyid yang dijuarai oleh tuan rumah dan promosi IPT turut terlibat bagi memeriahkan lagi Hari Terbuka ini.Pertandingan bola antara IPT yang juga pada awalnya hanya disertai oleh staff,um A um B dan kias telah ditambahkan pula dari pihak umk dan kist.Penyertaan mereka di saat akhir membuatku sedikit sibuk untuk menguruskan padang,pengadil kafa dan jadual perlawanan.Seperti bisa,saya rasakan seperti saya seorang saja kuli di APIUM ini.He3.Thanks kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini terutamanya yang teribat dalam pertandingan bola(KIAS Johan tempat ke2 umk dan ke3 Staff).Akhir kata,syabas pada semua. 

Forum Selebriti ya disertai oleh selebriti


Setelah selesai program dan khidmat Fasi di SMA Rahmaniah Kuala Krai,saya dempat hadir di majlis forum bertajuk “selebriti sebagai Ikon masyarakat”yang menampilkan tiga orang insan terkenal.Ustaz Habiburrahman El Syirazy,Puan Wardina dan Puan Farah Adeeba.Bertempat di KB MALL kelantan.Saya dapat mengetahui serba sedikit mengenai ketiga tiga panelis ini.Masing2 menafikan selebriti bukanlah ikon masyarakat dan mereka lebih menggalakkan orang ramai untuk sama-sama menginsafi diri dan berubah menjadi pencinta ilmu.


”Menjadi selebriti bukanlah cita-cita akak”kata Puan Wardina.Puan wardina sangat menitik beratkan soal hubungan pasangan yang bukan muhrim.Baru-baru ini,beliau dengan berani menyatakan kebenaran kepada media dengan menyuruh pihak bertanggugjawab untuk haramkan adegan bersentuhan antara pasangan yang bukan muhrim dalam lakonan dan mengatakan artis adalah punca rosaknya akhlak remaja.Sangat berani Puan Wardina mengeluarkan kenyataan sebegitu rupa.Tahniah kak,akak telah menggunakan medium akak sebagai orang dikenali untuk manasihati masyarakat artis yang masih sibuk dengan pekerjaan "matlamat menghalalkan cara".Forum ini menarik minat saya adalah terutamanya kerana ingin bersemuka dengan penulis novel yang banyak memberi ilham pada saya untuk mencinta karya islami melalui penulisannya yang sangat kreatif.Bukannya saya taksub dengannya ok.kang Abik sangat bijak bermain dengan kata-kata dan merupakan seorang penceramah yang sangat hebat.Walaupun saya hanya sempat mengambil autograph dan bergambar dengannya tanpa berbica kerana terlalu ramai orang ketika itu.Namun,Berbaloi rasanya dapat bersama mereka dalam majlis sempena Hiburan Dalam Islam yang telah dirasmikan oleh salah seorang YB Kelantan.
*Penulis Blog memakai baju Israk:)

Sesuatu di Luar Jangkaan Fikiranku

“Habiburrahman sayaqti ila idaroti fi saah saniah,qul ilal akhorin”Dr Muhideen menyatakan pada sahabatku Aziz bahawa Habiburrahman penulis novel ayat-ayat cinta akan datang ke pejabat untuk bertemu dengannya jam 2 tengahari.Aku turut juga cuba mengintai ke pejabat samaada kang Abik datang atau tidak.Jam telah menunjukkan pukul 2.30.seperti tiada bayangan kang Abik di Nilam Puri ini.Justeru saya membuat keputusan untuk keluar sebentar.Dalam perjalanan keluar,sebuah kereta perdana SUK Kelantan memasuki perkarangan APIUM Nilam Puri.Kelihatan kang abik duduk di kerusi bahagian belakang.Pak Guard menyuruhku dan bukhairi menunjukkan di mana terletaknya kedudukan Pejabat Dr Muhideen.kami mengiringi perjalan kereta bewarna hitam tersebut dan setelah memarkir kereta .Muncullah seorang insan yang selama ini hanya dikenali melalui internet di hadapanku buat kali kedua.Tidak perlu bersesak sesak dengan orang ramai.Aku diminta untuk mengiringi tetamu istmewa ini ke bilik Dr Muhideen.Seperti lagak 2 orang sahabat lama,aku berjalan seiring dengannya menuju ke pejabat.sempat juga ku berbicara dalam bahasa Indonesia dengannya.Dalam hatiku berbisik  bagaikan berada dalam mimpi aneh,bagaimana aku boleh berjalan dengannya sambil sahabatku yang lain hanya mampu memerhatikan dari jauh dengan perasaan yang tidak ku ketahui.Itulah kuasa Allah dan aturan Allah yang sangat hebat.Beliau datang berjumpa dengan Dr Muhiddeen adalah kerana Dr Muhideen merupakan guru rujukannya bagi menyelesaikan kuliah master yang sedang beliau jalani.Akhirnya,aku selitkan bukti cerita ini melalui gambar yang sempat dirakam seperti yang terteta di atas.


.Presiden JTK dan YDP MPP yang bakal melepaskan jawatan masing-masing turut terselit di dalam gambat itu.:).JKP Etika rohani pon ada.


Kuliah semester 4 Menuju Ajal

Alhamdulillah,pengajianku di APIUM NILAM PURI ini akan menemuai ajal atau penamatnya setelah 3 minggu yang akan datang ini.Minggu depan merupakan Study Week dan akan diikuti dengan peperiksaan akhir semester selama 2 minggu.Moga Allah permudahkan Urusanku dan sahabat yang lain.AMINNN.
Jam 12.30 malam semalam baru selesai tasmiq hadis.Pelik sangat,kita mempunyai masa yang lama sebelum ini untuk hafal hadis,kenapa sekarang baru nak kelam kabut,saya sangka saya seorang je yang suka last minute,rupa rupanya ramai lagi dan lebih memelikkan perempuan yang bagi saya sangat rajin juga turut terlibat dalam kancah ini.:)


SEKIAN.......