23.2.10

Kronologi Cinta Munafik.

maaf pada pembaca yang sering bertanya mengenai pembikinan novel Cinta Munafik.Sebenarnya saya masih lagi dalam mencari idea,ruang dan peluang untuk meneruskan penceritaan novel ini.Banyak lagi kelemahan yang perlu diperbaiki dalam penulisan ini.Terima kasih saya ucapkan kepada mereka yang sudi mengikuti perkembangan novel ini.Doakan saya agar dapat meneruskan penceritan novel berunsur islami ini.

Semalam saya sempat berbicara dengan penulis novel terkenal(ALAF 21) Kak Aina Emir melalui YM.Saya pernah membaca novelnya yang bertajuk Seharum Kasih ketika saya tingkatan 5 dahulu.Menarik.Banyak lagi novel yang telah beliau karangkan.Saya juga sempat menyuruh beliau memberi kritikan mengenai "Cinta Munafik"dan komen beliau adalah seperti berikut:

emir_aina@yahoo.co.uk
Salam, Radi

Okey, Kak Aina dah baca sampai habis. Komen Kak Aina:

Sebuah penulisan yang interesting. Kebetulan Kak Aina memang tahu sangat latar belakang sekolah dan suasana di tempat itu... almaklumlah kampung kita jugak. Bertambahlah interestingnya. Mungkin itu merupakan pengalaman Radi juga, betul,kan? Radi dulu sekolah kat situ ke? Anyway... latar belakang tu rasa macam hidup. Tak tahulah sambungannya macam mana, tetapi setakat yang dah baca, penulisan itu sesuai untuk pembacaan remaja sekolah dan juga remaja dewasa.

Selain daripada itu, ejaan tak banyak kesalahan, begitu juga grammar, cuma bagi Kak Aina Radi kena belajar letakkan tanda koma, tanda pembukaan kata, huruf besar di tempat-tempat yang sesuai.Misalnya, pembukaan ayat mesti guna huruf besar. Bila tutup dialog, mesti ada tanda noktah atau koma, di mana yang sesuai. Semua perbuatan yang mengguna 'di' kena dekatkan dengan perkataan perbuatan itu, tetapi 'di' yang digunakan untuk tempat mestilah dijauhkan. Misalnya 'di Bukit Candan', tetapi 'dikenakan'. Kalau kita tak semak dengan baik ayat-ayat yang kita tulis, mungkin pihak penerbit malas nak terima manuskrip sebab editor penat nak semak.

Anyway, Radi tak perlu bimbang tentang penceritaan. Kak Aina rasa Radi dah faham tentang hal itu. Pembaca akan berminat untuk membaca manuskrip yang Radi tulis. itu penting dalam penulisan kreatif. Tak perlu berbunga sangat, apa yang Radi buat sudah okey tu. Tahniah dan teruslah menulis.

Wassalam.

Aina Emir

2 comments:

Haulid Al-Hararr said...

oo..membodek ea...

Dr Asy said...

bodek aponyo ha3..ni permulaan bai