Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2009

UMKL(23-25/12/2009)

Kembara Nilam mengamit sebuah memori indah seorang budak kampung.Kali pertama menjejakkan kaki di kampus induk Universiti Malaya benar-benar membuatkanku teruja.Boleh dikatakan antara tempat yang kudambakan untuk berada.Tercapai sudah akhirnya. Perjalanan yang memakan masa hampir 8 jam memang memenatkan,namun ia terhadam setelah melihat pintu gerbang Universiti malaya.Dapat bersembahyang subuh berjemaah di masjid Ar Rahman yang terletak berhampiran pintu masuk Um sangat mengasyikkan sebelum menetap di kolej lapan iaitu kediaman Kinabalu. Sejurus itu,bersama dengan perwakilan(MPMUM)untuk mengadakan sesi dialog bersama mereka yang sudah pastinya antara orang yang sangat berpengaruh.kemudian melawat Akademi pengajian Islam UMKL iaitu tempat belajar yang bakal ku berjuang.pelbagai input yang ku terima melalui taklimat yang disampaikan oleh 2 orang pensyarah iaitu profesor Dr Ishak dan Dr Mustafa.Seusai itu kami bertolak ke Kolej untuk berehat sebelum mendengar sesi ceramah mengenai kemp

Salam For All Excellent PMR Candidates

Sudah biasa dengan tarikhnya,acap kali Merry Christmast menjengah tiba,sijil keputusan PMR turut bertakhta di jiwa pelajar tingkatan tiga.Kalau dahulu aku turut merasa menerimanya dengan hati yang lara tatkala mendapat keputusan yang ala kadar.Kali ini adikku(anak keempat)pula yang menerima dengan kadar yang maksimum.8A menjadi genggamannya.Tahniah Meor Muhammad Faizwan Bin Meor Zahidi(insan disebelah Ibuku)iaitu pelajar cemerlang sekolah menengah sains teluk intan(SEMESTI) yang turut menerima hadiah PSP daripada papa dan mama(PAMA).Bangga berbaur dengki rasanya(",). Info:*baru pulang dari UMKL.ceritanya bakal menyusul kelak. *dalam perancangan melanjutkan pelajaran sementara di Timur tengah. Doakan semoga berhasil ya semuanya *31hb ini pakcu makcu akan pulang dari Makkah.

Selamat Tahun Baru Hijriah

Azam baru????? Buang Yang keruh ambil Yang Jernih banyak dosa yang perlu dikikis, mendambakan pahala yang tertulis, Di setiap titis air mata yang menitis Oh Tuhan Yang maha penyayang, aku serik dengan dosa yang terbayang, yang juga menutup peluang, mendapat janjimu yang luas terbentang. Duhai Syurga,Aku dambakan bauanmu, Ketenangan memasuki pintumu, Kemegahan berada di dalam perutmu, Keindahan kehidupan abadi bersamamu. Sejauh mana serius aku dalam melontarkan bait-bait ini, bakal teruji dengan azam baru hijriah ini. Bukan mudah dan bukan sukar pada hakiki, tetapi terhampar pada persepsi dan keikhlasan hati. Info*:malaysia menang bola Sepak Sukan Sea loas.1-0.Vetnam cuba lagi ok..Tahniah pasukan Malaysia.Dapat juga medal emas setelah mengidam selama 20 tahun.Tapi time main tadi tu tak sesuaila.Dah maghrib dah nak isyak plak tu.aiseh..DUNIA-DUNIA.

Syukran Sinar Harian

Salam. Syukran ke atas pihak Sinar harian Info Sukan yang sudi mengabdikan kisah Futsal kami dalam ruangan Sukan anda.Walaupun banyak fakta yang salah namun kami menerima seadanya.Mungkin salah saya walaupun saya telah memberi maklumat yang benar lagi sohih melalui E mail(",). (Ape-ape pun,saya telah memperbaiki tulisan anda). Info *Gunung Berapi Mayon Filipina muntahkan laharnya. *Saya,amirul dan Arif memasuki pertandingan Forum yang dianjurkan di Nilam Puri.Spontan aja,tajuk hebat sangat Pengembaraan Roh.adoiii.Tak tahulah ape keputusannya.Yang penting kita dapat menyampaikan Ilmu Allah yang luas walaupun sedikit. *adakah Malaysia mampu menjadi juara bola sepak sukan sea Laos??.Kalahkan Vietnam ok.

SIBUK Sangat KE????

"weh Radi..malam ni ko free tak"tanya Fadhlan kepadaku.Persepsi wajahnya seakan mengharapkan sesuatu.Mengharap apa aku tidak tahu. "aisey..maafla.aku BUSY la.Tahun depan baru aku free ".Jawabku sambil buku jadual harian bulanan dan tahunan mayaku dibelek-belek.Fadhlan tertawa berdekah-dekah.Aku mengikuti tawaannya. Perkataan busy padaku bagai sesuatu yang seronok ditutur.Sekiranya aku melihat sahabat-sahabatku yang sedang bergerak laju,menghadiri liqo',bercakap dengan menggunakan hp dengan gaya yang bersemangat,membawa buku yang banyak,bermain lap top dan sebagainya.Pasti aku akan mengatakan: "ehem,busy nampak"aku bertanya sekadar bergurau.Aku juga sedar bahawa kehidupan sebagai seorang muslim ini sebenarnya tidak mempunyai banyak masa untuk bersenang-senang.Bahkan masa 24 jam sehari sebenarnya tidak cukup dengan tanggungjawab kita sebagai hambanya. Kadang-kadang aku dan beberapa orang sahabatku suka mengajuk gaya seorang usahawan yan

PerTandiNgan FutSal Piala TimBalan PenGaraH

Tarikh :(Muslimat)11 Dan (Muslimin)12 Disember 2009 Tempat:Pusat Futsal Real 7 Pasir Tumboh Kelantan All The Best To APIUMIANS Info*Pengukir Banner @iklan Pertandingan Futsal Piala Timbalan Pengarah:Muhammad Adam Bin Abdullah *Hebat.Ajaib.malaysia tewaskan thailand.Malaysia layak ke separuh akhir dan akan menentang laos.G00d Luck malaysia.Take our gold medal there. *terpaksa jadi hakim debat B.I..Sukar juga wat keputusan ni.berdepan dengan debater yang hebat2.i accept that Stpm is still the best way for go to IPTA.Hmm.Ok.

Selamat Hari Ulang Tahun Perkahwinan Yang Ke 24

Alhamdulillah..Sudah 24 tahun kedua orang tuaku melayari bahtera perkahwinan.Pelbagai ragam telah dilalui.Dikurniakn 5 orang jejaka tanpa jejaki(gadis).Masih belum mempunyai mertua dan cucu.InsyaAllah suatu hari nanti.Amin..('',).Sehubungan dengan itu.Pada 4 haribulan yang lalu,Saya mengikuti Keluarga saya ke Melaka dan Negeri Sembilan.Lawatan sambil menghadiri majlis pertunangan saudaraku.Abang Yus.Pelbagai pengalaman yang dirasai.Jika dijelajahi sesuatu tempat,pelbagai adat dan tempat kita akan rasai.Seperti di Melaka.Kami dapat merasai menaiki Eye On Malaysia dan menara Taming Sari serta melawat kota yang tidak asing lagi iaitu Afamosa.Melaka juga turut diistiharkan sebagai kota bersejarah DUNIA.Manakala di Teluk Kemang N9.kami dapat merasai menaiki bot Banana di atas lautan.Kami pulang ke perak pada tengahari 5 haribulan kerana saya terpaksa pulang ke kelantan pada malamnya.Lawatan ini juga turut bersempena dengan majlis ulang tahun Perkahwinan Haji Meor Zahidi dan Hjh Mas

KB MALL TAK RUNTUHLA

Salam.Apa cerita ni.Tiba-tiba je berita keruntuhan KB Mall tersebar.Hebat betul pembawa berita ni.Saya pada awalnya tak percaya langsung berita ni.Takkanla tiba-tiba je runtuh.Teringat pula kejadian sebuah Stadium di Terengganu.Selepas beberapa jam kejadian.Sewaktu makan,kawan-kawan saya berkerumun melihat paparan skrin sebuah telefon bimbit. Benar,ada kejadian ngeri berbaur pelik yang terjadi di KB Mall.Sebuah kereta Mazda kuning terjatuh dari tingkat atas KB Mall lalu terjunam ke tingkat bawah pasar raya yang pernah dinobatkan sebagai pasaraya terunggul di Malaysia satu ketika dahulu.Ada 2 kes kematian dicatatkan.Alhamdulillah saya tidak berada di tempat kejadian.Ajal datang menjemput adakalanya secara mengejut.Siapa sangka seorang pelajar perempuan Masterskill menemui ajalnya di situ.Cerita lebih lanjut.Siasatlah sendiri melalui media massa ok.Kajilah sendiri kesohihan sesuatu berita yang diterima.Nak juga tahu apa komen pihak kerajaan mengenai kejadian ni(",)

Cinta Munafik Part 4

Kesemua nama dan perwatakan pelajar lelaki kelasnya bertandang di fikiran.Sebelas orang kesemuanya.Ahmad dikenali sebagai seorang yang tegas.Setia berkhidmat sebagai ketua kelas Lima Ibnu Sina.Sangat bertanggungjawab.Sahabat rapatnya,Mujahid Bin Nazri,Seorang pelajar yang sangat peramah dan pemurah.Anak kepada Dato’ Nazli,Wakil parlimen Padang Rengas.Nasir yang berwajah Pan Asia pula seorang yang dikenali sebagai kaki perempuan.Kisah Nasir yang lebih dikenali sebagai playboy Muslim Terhangat ini sudah bertebaran di setiap sudut asrama perempuan.Pantang pulang ke rumah.Pasti keluar berdua-duaan dengan gadis yang dikenalinya.,Sukar dinasihatkan.Berlainan pula sikapnya dengan Muhammad yang dikenali sebagai Imam besar di sekolah.Perwatakannya yang seperti ustaz,membuatkannya disegani oleh pelajar lain.Fadullah pula adalah anak kepada seorang penjual nasi lemak.Berkat ketabahan ibubapanya membesarkan lapan orang anak membuatkan dia menjadi pelajar yang sangat bijak.Seringkali mendapat tem

1 Disember menyusul

Oh masa.. begitu pantas kau berlalu, meninggalkan manusia yang kian kaku, dek otak yang beku, dalam kerugian yang semakin menepu. Oh masa.. kalau dulu kau bagai membelai hariku, namun kini kau menghantui diriku, Apa yang aku dok merapu, Aku pon tak tahu.(",) Asifu.. Salam sahabat seperjuangan.Sedar tak sedar dah masuk bulan 12 sekarang ni.Banyak kenduri kahwin yang diadaptasi.Sebulan lagi 2010 akan muncul.Apalah bakti aku selama tinggal di bumi pinjaman ni.Makin lama makin banyak dosa yang belum dihapuskan oleh kebaikan.Ya Allah,berilah aku peluang untuk menghirup udaramu seraya berbakti pada dunia yang dihiasi dengan pancaroba ini.Aku hambamu yang amat kerdil mendambakan cintamu.Cinta yang pasti.Indahnya tidak terperi. Info:*kekerapan pengunjung blog ini sudah mencecah 1000.Alhamdulillah.Sepanjang 4 bulan aku ber blogging ,ada juga insan yang teringin lawat blog yang berhabuk ditambah dengan pakej sawang ni.Thanks all.(",) *Sepanjang minggu ni dok makan dagi