Skip to main content

Cinta Munafik Part 4

Kesemua nama dan perwatakan pelajar lelaki kelasnya bertandang di fikiran.Sebelas orang kesemuanya.Ahmad dikenali sebagai seorang yang tegas.Setia berkhidmat sebagai ketua kelas Lima Ibnu Sina.Sangat bertanggungjawab.Sahabat rapatnya,Mujahid Bin Nazri,Seorang pelajar yang sangat peramah dan pemurah.Anak kepada Dato’ Nazli,Wakil parlimen Padang Rengas.Nasir yang berwajah Pan Asia pula seorang yang dikenali sebagai kaki perempuan.Kisah Nasir yang lebih dikenali sebagai playboy Muslim Terhangat ini sudah bertebaran di setiap sudut asrama perempuan.Pantang pulang ke rumah.Pasti keluar berdua-duaan dengan gadis yang dikenalinya.,Sukar dinasihatkan.Berlainan pula sikapnya dengan Muhammad yang dikenali sebagai Imam besar di sekolah.Perwatakannya yang seperti ustaz,membuatkannya disegani oleh pelajar lain.Fadullah pula adalah anak kepada seorang penjual nasi lemak.Berkat ketabahan ibubapanya membesarkan lapan orang anak membuatkan dia menjadi pelajar yang sangat bijak.Seringkali mendapat tempat pertama acap kali peperiksaan.Antara pelajar cemerlang harapan sekolah.Saiful pula kelihatan seperti seorang lelaki yang anti perempuan.Ini semua gara-gara sikap ibunya yang menuntut cerai pada ayah kerana mahu berkahwin dengan kekasih lamanya.Kisah drama sebenar kehidupannya ini sudah tidak asing lagi.Terutamanya dikalangan pelajar tingkatan lima.Ini membuatkan dia lebih suka bersendiri.Asyraf pula seorang yang sangat pendiam.Sama seperti Saiful.Sukar diajak berbicara.Anak kepada seorang nelayan dan baru sahaja kematian Ibu.Radzi dikenali sebagai seorang yang panas baran.Pernah satu ketika .Dia menumbuk seorang pelajar tingkatan tiga gara-gara mee kari pelajar itu tertumpah pada bajunya.Pihak sekolah mengenakan hukuman gantung sekolah selama seminggu dan dua kali sebatan rotan.Farhan,Akram dan Naim pula dikenali sebagai tiga serangkai.ke mana sahaja mereka pergi pasti bergerak bertiga umpama berita radio bergerak.Ada sahaja maklumat yang dibawa.Mereka juga peramah,dan rajin mengulangkaji pelajaran bersama.Tidak hairanlah mereka digelar Pasangan sehati Sejiwa.Perwatakan sama sahaja.Agak keperempuanan.

Fikiran Dawwin Najah makin kusut.Dia cuba mengagak namun tiada seorang pun di antara pelajar lelaki kelasnya yang dirasakan sebagai pengirim surat itu.Hatinya mula berbelah bahagi.

“haruskan aku membalas suratnya?”.Hati dan fikirannya mula berinteraksi.Persoalan yang amat sukar direalitikan.

Bunyi yang terhasil daripada putaran kipas bilik yang sepi itu bagai membelit fikirannya.Dia keseorangan.Nur Kinanah keluar bermain badminton bersama sahabat yang lain.Najah mula berdoa pada yang maha esa untuk membantunya keluar dari permasalahan ini.Matanya melirik ke arah meja belajar yang terletak di sebelah katil.Di situlah tempatnya menyiapkan kerja sekolah dan mengulangkaji pelajaran.

………………………………….
Malam Sabtu.Malam yang sangat bebas bagi para pelajar.Tiada sebarang kelas persediaan.Kebiasaannya pihak kepimpinan akan mengadakan program seperti tayangan perdana di dewan.Selain itu,para pelajar akan berkunjung dari bilik ke bilik membuka ruang perkongsian kisah suka dan duka.Penjual-penjual makanan dari kalangan pelajar juga sibuk menjalankan perniagaan mereka.Lumayan.Sesetengah warden asrama persis memberi kebebasan kepada pelajar saat ini.

Menariknya malam itu.Banggunan asrama hanya didiami oleh pelajar tingkatan lima. Bebas namun terikat oleh peperiksaan yang sedang merangkak membuka tirai Sijil Pelajaran Malaysia(SPM). Pelajar-pelajar lain sudah pulang ke rumah setelah selesai menghadapi peperiksaan akhir tahun atau lebih dikenali di sini sebagai Marhalah Robiah.

“Zaki,nanti balik rumah jaga diri ok.Doakan ana berjaya dalam SPM.Kirim salam pada mak ayah.”.Sempat Nasir mengungkapkan kata-kata penuh makna kepada Zaki yang sedang menjinjing beg.Sarat berisi barang.

“InSyAAllah akhi.Buat yang terbaik.”.Balas Zaki pendek.Akhi Nasir bukan orang pertama yang menasihatinya atau lebih tepat mengambil berat padaya.Sebentar tadi akhi Salleh,Akhi Fakhrul dan Akhi Nasrul turul mengungkapkan kata-kata yang hampir serupa.

“Zaki,biar abang bawa beg berat ini.Zaki bawa beg yang satu lagi tu.”.Quwais muncul dari belakang Nasir secara tiba-tiba.Beg besar di tangan Zaki diambil.Zaki tergamam memandang wajah pelajar yang disenangi oleh para pelajar lain itu.Merupakan antara senior yang sangat baik dan peramah.Bertugas sebagai Ketua Umum sekolah.Nasir geram.

“Akhi,tak pe,biar ana yang bawa”

“eh tak pe,biar ana je yang bawa.Kan banyak barang tu.Kereta dekat mana?”

“syukran akhi.Kereta dekat rumah bulat”

“ok Jom.”
Quwais dan Zaki menuruni susunan anak tangga.Empat tingkat kesemuanya.Menuju ke rumah bulat yang terletak di kawasan pintu masuk sekolah.Rumah bulat merupakan tempat para pelajar membayar yuran dan sebagai tempat membuat pengumuman bagi pelawat yang mahu bertemu dengan pelajar.Quwais sempat menjeling ke arah Nasir sambil tersenyum.Dia sengaja berbuat demikian.Sudah masak dengan perangai Nasir.Namun jauh disudut hatinya Cuma mahu bergurau dengan sahabatnya itu.Bukan mahu menimbulkan persengketaan.Nasir bersabar.Dendam.

‘’siap kau Quwais.Berani gagalkan rancangan aku ye”.hatinya mula berbisik.Mendapat bisikan dari alam ghaib.

….
Saiful memandang jauh ke langit.Indah dengan bintang-bintang yang bertebaran membentuk sesuatu simbol buat manusia.Saiful lebih senang berseorangan.Melayan fikirannya yang semakin kusut.Memikirkan perihal nasib dirinya.Sebentar tadi dia menelefon ayahnya menanyakan perihal ibu.Ternyata ibunya sudah berkahwin dengan pak cik Rahmat.Hatinya remuk.Tidak sanggup berhadapan dengan kenyataan Ibunya tegar meninggalkan ayah kerana tidak sanggup hidup susah bersama seorang penoreh getah.Benar.Sejak dua bulan yang lalu kehidupan keluarganya porak peranda.Umpama kais pagi makan pagi,kais petang makan petang.Hasil pendapatan sebagai penoreh getah tidak mencukupi buat keluarga.Tambahan pula ibunya sering meminta sesuatu di luar kemampuan ayah.

“abang kalau tak nak Kiah balik ke kekasih lama,belikan kiah rumah baru.Kiah dah tak sanggup tinggal di sini”Puan Rokiah mengugut suaminya.Dia sudah tidak sanggup tinggal di rumah usang itu.Papan rumah itu sudah mula dimamah anai-anai.Menunggu masa rebah ke bumi.

“Kiah.Abang tengah kumpul duit ni.kenapa Kiah tak sanggup hadapi ujian tuhan ni”

“sampai bila bang?dari dulu lagi abang kumpul duit.Tak kan tak cukup-cukup lagi”

“kiah boleh bersabar tak.Abang penat bekerja.Kiah Cuma tinggal di rumah.Abang tak pernah minta kiah kerja.Abang lebih sanggup tidak makan daripada melihat isteri yang abang sayang bekerja”

“sayang?..Apa maknanya sayang kalau hidup kita macam ni.Orang lain hidup senang lenang.Kita bagaikan pelarian tak cukup makan.Rahmat dah janji nak kahwin dengan Kiah selepas abang ceraikan kiah.Kiah dah tak sanggup bang.”

“astaghfirullah Kiah.Mengucap.Apa yang Kiah cakapkan ni”

“Ceraikan Kiah!!!”

Pertengkaran di antara ibu dah ayah saiful tergiang-ngiang di telinganya.Sanggup si isteri menggegarkan Arash Allah dengan meminta si suami menceraikannya.Sejak dari kejadian itu, Saiful lebih suka menyepi.Pernah suatu ketika dia meminta pada ayahnya untuk dia berhenti Sekolah kerana tidak sanggup melihat ayahnya yang dimamah usia berkerja keseorangan.Yuran makan sekolahnya sudah empat bulan tertonggak.Namun,permintaannya ditolak keras oleh ayah.Ayahnya tidak sanggup membiarkan Saiful menjadi sepertinya.Biar nyawanya digadai,namun jangan pelajaran anaknya tergadai.

“apa yang dimenungkan tu Saiful”.Tariq muncul menyapa Saiful yang sedang bersandar di dinding koridor asrama.Kelihatan sahabat-sahabat mereka yang lain sedang seronok bermain street soccer di tapak perhimpun bertar yang terletak di antara musolla Induk dan asrama lelaki.Permainan yang menjadikan bola takraw sebagai bola sepak merupakan permainan yang paling digemari oleh para pelajar.

“eh Tariq.Tak de apa-apa”.jawab Saiful ringkas.Seolah-olah tidak mahu diganggu.Dia sedar bahawa Tariq sahaja yang seringkali menanyakan mengenai dirinya.Sahabat yang sejati.Namun Saiful berasa iri hati padanya.Tariq punyai segalanya.Rupa,harta dan pangkat.

“betulke ni.Ana tengok dari tadi enta menyepi.ok,sekarang anggaplah ana cermin,cuba enta ceritakan pada cermin apa yang yang enta fikirkan”.Tariq cuba memancing hati Saiful.Menggunakan kaedah psikologi.Perasaan seseorang tidak boleh dipaksa.Tetapi boleh dipujuk.

“enta jadi cermin.takkanla Mr presiden nak jadi cermin kot”.Saiful terkejut dengan pendekatan yang di bawa oleh Tariq.Tariq benar-benar pandai bermain kata-kata.

“la.,Saidina Umar Al khattab pun sanggup menjadi rakyat untuk mengetahui penderitaan rakyatnya.Inikan pula ana.Bukan seorang Khalifah negara,bukan seorang yang berpengaruh.Ana sama macam enta.Pelajar biasa.Hamba Allah yang hina.Cuma dibebankan dengan tanggungjawab yang ana sendiri tak sanggup terima pada awalnya.”Tariq dapat merasakan bahawa Saiful memandangnya sebagai seorang yang berjawatan.Dia tahu mengenai kisah hidup Saiful yang sangat mencabar.Dia Cuma mahu menolong dan berkongsi kisah yang dialami oleh sahabatnya itu.

“Syukran Tariq si cermin ajaib.”Saiful mula tersenyum.Tariq gembira.

“Ok.Sekarang cerita dekat ana apa yang enta fikirkan,mana tau ana boleh tolong enta”

“panjang ceritanya.Cukuplah enta tahu ibu ana sudah berkahwin dengan boyfriend lamanya.Ana tak sanggup melihat ibu lagi.Kejam.Sanggup buat ayah macamni”

“Astaghfirullah.Kenapa cakap Ibu macam tu.tak baikla.Apa-apa pun dia tetap ibu enta.Mungkin dia buat begitu sebab….”

“sebab tak sanggup hidup susah.Mahu hidup mewah dengan kekayaan orang lain”

“sabar Tariq.Mungkin dia terpengaruh dengan dirinya sendiri.Enta doakanlah Ibu enta sentiasa dirahmati Allah”

“enta tak merasa apa yang ana rasa Tariq,kehidupan enta senang.Hidup bahagia.Ana ni…”

“saiful,Kenapa cakap macam tu.Setiap orang ada kelebihan dan ada kekurangannya.Enta telah mendapat ujian live dari Allah.Allah nak menguji hambanya yang beriman.Enta Berjaya mengharungi ujian ni.Ana masih belum diuji.Kalau ana ada di tempat enta,tak tahulah apa yang akan jadi pada ana.

“Berjaya ke ana ni?”

“Berjaya sebab enta tabah menghadapi ujian dan redha dengan apa yang berlaku.Sebab itu enta perlu doakan kebahagian Ibu.Dia tetap ibu enta.Ibu yang melahirkan The Champion ke dunia ini”

“hmmm.Thanks Tariq,entala satu-satunya sahabat yang ambil berat mengenai ana.InsYaAllah ana akan fikirkan kata-kata enta ni”

its ok Saiful.we are friend.Mestila kena ambil berat antara satu sama lain.Sabar ok.ingat Allah sentiasa bersama kita.Allah Yubarik Fik.

Perbualan yang singkat itu benar-benar membuatkan hati Saiful lebih tenteram.Ada benarnya kata-kata Tariq.

“Perlukah aku berdendam dengan ibu kandungku?”.Terbit persoalan dibenak fikirannya.Dia merasakan mungkin ibunya terpengaruh dengan lelaki yang tergila-gilakan Ibunya.Ibunya pernah memenangi pertandingan Ratu Cantik Kampung satu ketika dahulu iaitu sebelum ibunya berkahwin dengan ayah atas kehendak nenek.Ibu pada awalnya tidak mahu berkahwin dengan ayah kerana sudah mempunyai pilihannya sendiri.Tetapi setelah dipaksa oleh nenek dan datuk.Ibu akur dengan keputusan orang tuanya.
....

Tariq menghempaskan badannya di atas katil.Penat berhijrah ke setiap pelusuk kawasan asrama.Sengaja mahu melihat apa yang dilakukan oleh sahabatnya yang lain.Di kantin kawan-kawannya masih menonton televisyen.Ada juga yang sedang bersembang rancak.Seperti berusrah dalam bulatan.Kawan-kawannya yang sedang bermain street soccer sudah mula bersurai.Tariq sebenarnya tidak mempunyai sebarang aktiviti yang ingin dilakukan,yang pasti dia mahu menenangkan fikirannya.Tidak mahu terlalu stress menghadap buku saban hari.Biarlah malam itu penglihatannya bebas daripada tulisan-tulisan yang terpahat pada bukunya yang bertimbun.

“Assalamualaikum”.Ucapan salam daripada Quwais memecah kesunyian bilik Pengawas yang terletak di tingkat dua.Bilik ini didiami oleh majlis tertinggi Jamaatur Ruasa' dan Majlis Perwakilan Pelajar.Lapan orang kesemuanya.

“Waalaikumussalam.Ya Allah.Apa yang berlaku ni Quwais”.Mulut Tariq terlopong melihat darah yang mengalir deras pada siku Quwais.Quwais diam.Tidak menjawab pertanyaan Tariq.Dia hanya menahan darahnya dengan sapu tangan.Muhammad dan Nasir memimpinnya masuk ke bilik.Tariq pantas mengambil peti kecemasan yang terletak di dalam almari.Soalannya mungkin tidak tepat pada waktu.Siku Quwais dirawatinya.

“apa sebenarnya terjadi ni”.Tariq mengulangi soalannya sambil tangannya sibuk mencuci darah Quwais dengan kapas.

“tak de apa-apa.Ana terjatuh time main street soccer tadi”.jawab Quwais bersahaja.menyembunyikan sesuatu.

“takkan jatuh tiba-tiba kot?”Tariq tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan.Mana mungkin jatuh biasa boleh berdarah sebegini rupa.

“ana terlanggar dia tadi.maaf”Nasir mencelah perbualan mereka.Dia tidak menyangka dendamnya pagi tadi boleh sampai jadi begini.Terbit kekesalan dalam dirinya.Quwais sedikit pun tidak menyalahinya.Malah mampu tersenyum padanya.

“enta main kasar sangat kenapa?”Tariq seakan-akan tidak berpuas hati dengan Nasir.Nada suaranya ditinggikan.Dia tahu Nasir memang suka berkasar sewaktu bermain.Nasir kaku.

“sabarlah Tariq.Dia tak sengaja.Dont worry.Im okay”Quwais menenangkan Tariq.Kadangkala Tariq tidak mampu menahan emosinya sendiri.Mampu berubah secara tiba-tiba.Itulah akibatnya sekira emosi tidak dikawal baik dengan akal.

okay.Fine”.Balas Tariq ringkas.Dia tersedar api kemarahannya menyala.Cepat-cepat dipadamkan dengan Istighfar.Mengingati Allah.Nasir mengagumi persahabatan Quwais dan Tariq.Sangat indah.Saling ingat mengingati.Dia masih tidak mampu memaafkan dirinya.Quwais terlalu baik.

“ana minta maaf sekali lagi Quwais,Tariq”suara Nasir ikhlas memohon maaf.Quwais tersenyum sambil mengangguk menandakan ya.

okay,tapi jangan buat lagi ya.Nanti habis pula ubat ni nak rawat luka pelajar lain he…he.”nada suara Tariq berubah.Dia tersenyum.Sempat bergurau.Muhammad turut menguntum senyuman kealimannya.

okay I’m promise everyone”.Balas Nasir.Hatinya lega,terbit senyuman di bibirnya.Senyuman yang telah memikat puluhan gadis.

Tariq menyuruh Quwais untuk tidur awal.Jangan banyak bergerak.Rehat secukupnya.Berita mengenai kesabaran Quwais cepat tersebar.Memang kalau dilihat dari cara Nasir menjatuhkan Quwais boleh menimbulkan kemarahan dan pergaduhan di antara mereka.Sekiranya ada pengadil yang mengadili perlawanan Street soccer pada malam itu.sudah pasti Nasir dilayangkan kad merah akibat menjatuhkan Quwais dari arah belakang.


okay set.malam ni kita enjoy di cyber café kuala okay”.Suara Mujahid dalam bulatan kecil manusia di kantin itu seakan-akan sangat berpengaruh.Keputusan untuk fly ke cyber cafe disambut oleh rakan-rakan yang lain.Sudah menjadi kebiasaan pelajar yang mahukan keseronokan berlebihan akan keluar tanpa kebenaran ke bandar kuala kangsar.Perjalanan tiga kilometer ke kuala kangsar itu bagaikan terlalu dekat bagi para pelajar yang nakal.Kepenatan akan terhapus tatkala berhadapan dengan dunia Internet dan computer game.


Dari jarak jauh,Tariq seakan dapat menghidu program mereka.Tariq sedari tadi bersengkang mata untuk mengetahui apa yang dilakukan oleh Mujahid And The Gang.Empat orang semuanya.Quwais sudah tenggelam dihanyutkan mimpi.Jam melompat ke arah angka dua pagi.Kelihatan Saiful masih belum melelapkan mata.Mundar mandir di kawasan tapak perhimpunan sekolah.Berfikir mahu menelefon ibunya.Namun amat berat mahu merealisasikan hajatnya.Dia yakin ibunya masih belum tidur waktu begini.kebiasaannya ibunya tidur lewat sekitar jam empat pagi kerana lebih banyak tidur sewaktu siang.Dia juga turut mempunyai misi lain.Misi yang diluar kemampuannya.

“Assalamualaikum.Korang nak pergi mana ni”sapaan Tariq benar-benar memeranjatkan Mujahid And The Gang yang berpakaian gelap.Mereka baru sahaja mahu bergerak menuju ke belakang banggunan Sains sekolah.

“Waalaikumussalam.Ok.aku tak nak berselindung dengan ko.Aku nak Fly ke c c”.Jawab Mujahid terus terang.Dia sedar yang dia berhadapan dengan orang kepercayaan sekolah.Bila-bila masa sahaja nama Mujahid,Syukor,Bukhairi dan Afifi akan naik ke pejabat.Mujahid pantas memikirkan sesuatu.

“o..antum nak fly ye.Boleh ke Fly ni.Sayap tak de?”persoalan bermadah berhelah ditimbulkan Tariq.Mujahid pantas menangkap maksud Tariq.Fly tanpa sayap bererti keluar tanpa kebenaran.

“ok,aku tahu kami tak de kebenaran.Please la Tariq jangan ganggu kami boleh.Kami just nak relax kejap.kejap je.Ok macamni.Kalau ko pergi sekali bagaimana.Ko boleh tengok-tengokkan kami.?”Mujahid cuba memerangkap Tariq.

“aik,bermain dengan api nampak.Ada hati nak ajak ana ye.Ini ugutan ke apa ni?”.Tariq masih berfikiran rasional.Dia sedar mereka mahu memerangkapnya.

“serius tak.kami Cuma rasa lebih tenang sikit kalau ko ade sekali.Ko pon tak pernah lagi kan rase pengalaman Fly.Best”Mujahid terus berusaha mengajak Tariq.Syukor,Bukhoiri dan Afifi turut memujuk Tariq.Hati Tariq mula tertaut.Pengalaman.

“betul juga,boleh juga aku tahu macammana diorang Fly.Apa laluan diorang ambil dan apa yang diorang lakukan.”hati Tariq mula berbisik.Perasaan ingin tahu mula membaluti perasaannya.

“lagipun kan tengah cuti ni.Tak de sapa pun.Warden pun tak de.Bebas la sikit.Jangan risaula.Kalau kantoi kami tak babitkan ko ok.Atau ko takut keluar malam-malam ni.Takut hantu ye”Bukhairi terus mencucuk perasaan Tariq.Dia juga tahu bahawa Tariq seorang yang penakut dengan perkara mistik.Dia menyedari perubahan riak wajah Tariq.

“eh takla.mane ade ana takut hantu.takut Allah je.hmmm.Ok.Tapi korang janji ok.Jangan babitkan ana.Ana keluar ni pon sebab nak tahu apa yang korang lakukan dan korang kena janji ni kali terakhir korang Fly.No more fly without wing after this.”.Tariq membela diri.Tidak suka dilabelkan sebagai penakut.Dia bersetuju untuk mengikuti mereka.Sebenarnya dia mahu mendekati Mujahid yang dirasakan sebagai kepala pelajar yang sering buat masalah.Biarlah dia melanggar peraturan kali ini asalkan mereka tidak mengulangi perbuatan yang boleh diberi hukuman dua kali sebatan sewaktu perhimpunan.Namun jauh di sudut hatinya terasa malam itu dia akan dihidangi oleh program yang tidak dirancang.Mampu juga mengisi kekosongan malamnya dengan satu pengalaman yang tidak mudah dicari.

“ok kami janji”.serentak Mujahid And The gang menjawab.menambahkan keyakinan Tariq untuk keluar bersama.Bagaikan Polis mencuri bersama si pencuri.Pasti tidak akan tertangkap.

ok I have your words”.jawab Tariq ringkas.
Langkah mereka berlima diatur rapi.Warden pada malam itu sudah nyenyak diulit mimpi.Pelajar-pelajar juga sudah mati kecil dalam tidur.Kesunyian menguasai Madrasah Idrisiah.Suara cengkerik sayup-sayup kedengaran.Malam itu kelihatan sepi bagai merelakan perjalanan mereka.

“Assalamualaikum”.hampir luruh jantung mereka berlima mendengar ucapan salam yang diberi.Suara yang jarang didengar.Tariq pasti tuan empunya suara itu.Perlahan-perlahan mereka menoleh ke arah suara yang datang dari belakang.Terkejut dalam kelegaan.Salam di jawab.

“”boleh ana ikut sekali?”.Saiful meminta untuk turut serta dalam projek mereka berlima.Dia tahu pergerakan mereka dan dia juga sudah terdengar perbualan Tariq dengan mereka.

“ko ni Saiful.Terkejut aku ko tau tak.”Mujahid geram.Api kemarahan hampir menyala namun sebenarnya dia terkejut dengan permintaan Saiful.Mujahid jarang berkomunikasi dengan Saiful.Dia juga tahu perwatakan Saiful.Kenapa tiba-tiba sahaja mahu turut serta.Pelik.

“sabarla Mujahid.Enta ni.Dia bagi salam je tadi”.Tariq membela Saiful.Dia juga turut terkejut dengan permintaan Saiful.

“Saiful,ana rasa enta lebih baik balik tidur.Tenangkan fikiran enta.Jangan tambahkan masalah enta”.Tariq tidak mahu Saiful menambahkan masalahnya dengan turut serta program mereka.

please Tariq.Ana tahu tujuan enta ikut mereka.Ana juga ada tujuan ana sendiri.Ana nak hilangkan tension ja.Biarlah masalah ana,ana selesaikan sendiri ok”.Saiful memohon.Dia juga turut ingin merasa pengalaman Fly.Tambahan pula Tariq turut serta.

“hmm.Ok la kalau macam tu.Mujahid,enta ok kan?”.Tariq mengerti maksud Saiful.Dia tidak mahu menghalang kehendak Saiful.

”Kalau perbuatan ni diketahui,mesti pihak sekolah takkan percaya sekiranya Saiful terlibat sama”. Hati Mujahid merasakan ada kelebihan sekiranya Saiful ikut sama.Terbit niat jahat di hatinya.

“ok lah.Cepat sikit.Nanti kantoi baru tau”.Mujahid memberi jawapan.Saiful tersenyum.
Pagar yang dibina di belakang bangunan sains dipanjat.Seorang demi seorang melepasi pagar besi itu.Lorong kecil yang terhampar di sebelah bangunan kelas dilalui.Tariq dan Saiful hanya mengikuti arahan Mujahid.Sebagai orang baru dalam kumpulan itu,mereka berasa sangat tertarik dengan pergerakan yang dilakukan.Seperti Spy sahaja lagaknya.Selang beberapa saat ,mereka sudah tiba di hujung lorong kecil itu.Dari jauh mereka dapat melihat pegawai keselamatan mundar mandir di kawasan pagar utama sekolah.Jantung Tariq berdegup kencang.Saiful turut merasainya.Mujahid And The Gang kelihatan tenang sahaja.Sudah biasa.

Jalan besar yang memisahkan masjid Ubudiah dengan Sekolah dilepasi oleh mereka.Sekarang mereka pelu melalui jalan belakang masjid yang berbukit-bukit.Mereka pantas melalui jalan tanah.Semak samun tumbuh melata di atasya.Embun pagi membasahi seluar mereka.Ada kalanya Tariq tergelincir sedikit sewaktu memanjat anak bukit.Licin.Pergerakan yang diatur Mujahid sangat teratur.Kini mereka sudah tiba di hadapan Galeri Sultan Azlan Shah.Galeri yang dahulunya bangunan lama.Berpenunggu.Namun kini kelihatan tersergam indah dengan seni binaan yang sangat unik.

Suasana malam itu sangat sejuk.Namun kesejukan itu tidak dapat menghilangkan peluh dan keresahan pada diri mereka berenam.Debaran turut terasa.Bimbang sekiranya terserempak dengan kereta polis.Polis selalu melakukan rondaan di sekitar kawasan Istana Iskandariah,masjid Ubudiah,Galeri Sultan Azlan Shah dan kawasan perumahan Bukit Chandan.Kejadian kes mencuri kerap terjadi di kawasan ini.Pernah satu ketika.Mujahid di tahan oleh pihak polis sewaktu keluar malam bersama Afifi.Fly.Pelbagai soalan yang ditanyakan oleh pihak polis.Mujahid terpaksa berdusta dengan mengatakan beliau menumpang rumah Afifi yang terletak di Bukit Chandan.Cuti sekolah.Polis seakan-akan tidak percaya.Meminta Mujahid mengeluarkan kad pengenalan.Pihak polis sedikit terkejut mengetahui Mujahid merupakan anak kepada Dato’ Nazli.Orang padang Rengas.Polis mula mempercayainya.Mana mungkin anak seorang dato’ melakukan perkara yang tidak baik.Mujur pihak polis tidak memeriksa kad pengenalan Afifi kerana dia bukan menetap di Bukit Chandan tetapi di kuala Lumpur.kalau tidak,pelbagai dusta yang harus direka.

Pergerakan Mujahid And The Gang lebih pantas.Mereka seolah-olah meninggalkan Tariq dan Saiful di belakang.Sekarang mereka perlu bergerak di sebelah kiri bahu jalan.Tiada tempat bersembunyi kerana mereka terpaksa melalui jalan utama.Tiada jalan pintas untuk sampai ke bandar Kuala kangsar.Sekiranya ada terdengar bunyi kenderaan yang bergerak,mereka akan berselindung di sebalik pepohon yang tumbuh di bahu jalan.Mereka bergerak tertunduk tunduk bagaikan askar di medan peperangan.

“ok,sikit lagi sampai.Nampak jalan tu.Kita lintas.Cepat sikit.”mujahid bersuara agak perlahan memberi arahan.Di hadapan mereka kelihatan simpang tiga yang perlu mereka lepasi.Terdapat selekoh tajam di sana.Gelap.Mereka perlu pantas bergerak.

“ok..ok”.Jawab Tariq dan saiful serentak.Jantung mereka masih berdegup kencang.Saiful berasa selamat bersama Tariq.Sepanjang perjalanan itu mereka banyak berdiam diri.Hanya menumpukan perhatian kepada pergerakan yang diatur.

“Tariq,hati-hati ye.”Saiful mengingatkan Tariq.Senyuman dilemparkan ke arah Tariq.Penuh makna.

“ok..enta juga”.Balas Tariq ringkas seraya membalas senyuman yang diberikan.Mereka terus bergerak untuk sampai ke destinasi.

Jalan yang harus dilepasi kali ini agak lebar.Mujahid And The Gang sudah melepasi jalan tersebut.Hanya tinggal Tariq dan Saiful yang masih tinggal di seberang jalan.Sebuah kereta yang lalu di sebelah kanan mereka membuatkan mereka berdua terpaksa berselindung di sebalik pokok sambil berbaring.Selamat.Mujahid lega.Tariq mengecami kereta itu.Ustaz Faisal.Setelah kereta proton saga merah itu melepasi mereka.Mujahid menjerit memanggil mereka berdua untuk melintasi simpang tiga itu sekarang.Tariq mengorak langkah,Saiful mengekori dari belakang.Bunyi kenderaan sayup-sayup kedengaran.Tanpa disedari sebuah kereta muncul dari selekoh arah kiri mereka.Laju.Tariq kaku.

“Tariq!!!!!!!!”jeritan Saiful ke arah Tariq memecah kesunyian malam.Cuba menyelamatkan Tariq.Burung yang sedang bertenggek di atas dahan pokok turut terbang meninggalkan sarang.Mujahid And The Gang tergamam.

Satu dentuman kuat kedengaran.Sebuah kereta merempuh seorang manusia.Badan Tariq tercampak di bahu jalan.Hampir dengan tempat Mujahid menanti.Pemandu kereta yang separuh sedar itu terus memecut laju meninggalkan mereka berenam.Terkejut.Takut...

Comments

rasyada said…
cerita semakin menarik.. semakin rasa tak sabar nak tahu kisah selanjutnya.. huhu~.. idea yg sgt menarik akhi. cam pengalaman hidup yg lalu je?? ada kaitan dgn kisah hidup ke? hu~ =)
mungkin ada dan mungkin tidak kalau xsilap penulis ni suka membaca,banyak idea kritis dan kreatif..mabruk 'alaihi,nikah usia muda apa komen anda?
wah3..cepatnya part 3 menyusul..ana pun tak sempat nak star lg part 3..enta dah siap bab 4 dah..ni yang jeles ni..huhu

makin mendebarkan..hee~
eh clap..part 4 la..huhu~
rasyada said…
em~ persaingan sihat antara akhi haulid n dr asy. moga sama2 mendpt manfaatnya hu~ apa pn.. to haulid n dr asy, teruskan berkarya.. cite da semakin menarik.. he~
salam..blog enta berat sikit la syaikh..enta boleh cuba timbang kat cini
part fly 2, mcm biase fly je..smua jln dia tahu..hebat..pengalaman k akhi??????
syak hamz.. jangan di tanya soalan tersebut..agak sensitif..hehe
MR Traveller said…
ye..sedikit pengalamn la..pernah gak terfly time SPM dulu he3..tau gakla pot jalannye..
farahlee said…
susunan plot cerita boleh diperbaiki.. lg 1, mungkin sy je yg byk songeh.. dok confuse.. bab name.. kene bace 2 kali bru fhm.. tp overall.. ok.. cari kelainan ckit utk part strusnya ek.. bru kualiti up..
MR Traveller said…
ok thanks Farah lee..i will try my best..Im just amature writer(",)
Anonymous said…
salam...sy nk mintak izin penulis untuk copy cerita ini...sgt menarik...sy akan state kan adress blog saudara
MR Traveller said…
wslm,,ye silakanlah..

Popular posts from this blog

10 BUKU TRAVELOG Yang Menarik Untuk Dibaca

Ramai yang bertanya, buku Travelog apa yang boleh dibaca. Semua buku Travelog boleh baca, tapi yang ada pada saya ini ada 10 tajuk dan saya akan kongsikan secara ringkas sinopsis berkaitan buku buku tersebut. Biasanya ada harga promo untuk pembelian 5 buku iaitu hanya RM 100 dan Free Postage. Ok boleh baca dulu sinopsis ringkas buku buku ini. 1- Travelog MR.Traveller by Meor Farid Asyradi (Buku ini adalah kisah kembara seorang mahasiswa mengelilingi Eropah dengan menaiki kereta api seorang diri. Memang kalau baca buku ni macam kita pula yang mengembara sekali. Buku ni juga terpilih sebagai salah sebuah buku Best Of 2015 MPH) 2-TRAVELOG MR TRAVELLER (UNTOLD STORIES) by Meor Farid Asyradi (ini merupakan buku kedua Meor Farid Asyradi setelah buku pertamanya terjual lebih 20 ribu naskah. Buku ini ada 50 kisah benar dan ada juga kisah yang tidak pernah diceritakan kepada sesiapapun. Misteri ) 3. TRAVELOG HJ MR.TRAVELLER. by Meor Farid Asyradi . (Buku ini adalah buku siri MR Travel

3 kali KENA SCAM di Luar Negara ?!!

Ketika Travel, kita pasti mahu mengelakkan kejadian seperti ditipu kerana ditipu hidup hidup ini adalah perkara yang amat menyakitkan hati. "Parut" kisah ditipu tidak akan dapat dilupakan selama-lamanya. Untuk itu, post kali ini ingin saya kongsikan kisah di mana saya ditipu di tiga negara berbeza iaitu di Vietnam, India dan Mesir. Selamat membaca dan jangan tertipu dengan kejadian yang saya alami ini ya ;) Kisah 1 – Kena Scam : Di Vietnam ( Julai 2014)  Aku bersama tiga orang teman, Zack, Zakirin dan Nukman bergerak menuju ke kota Ho Chi Minh Vietnam melalui jalan darat dari Phnom Penh, Kemboja. Kami menaiki bas dengan tiket berharga RM30 sehala. Hampir lapan jam masa diambil untuk tiba di Ho Chi Minh termasuk menaiki Feri menyeberangi sempadan Phnom Penh- Saigon dan urusan imigresen.   Perjalanan yang agak memenatkan dengan keadaan bas yang dibawa laju terhuyung hayang. Suatu kisah yang tidak dapat kami lupakan di Ho Chi Minh ini adalah ketika menaiki

Bersama Dj Dj IKIM

I.K.I.M salah satu siaran radio yang sangat ana minati,jika Sebelum ini hanya bisa mengenali Dj2 radio lewat corong radio tetapi pada hari ini sy dapat bersama dengan Dj Erwan(rancangan Nasyid),Dj Mona Jazman(rancangan Mari Belajar bahasa Arab)dan Dj maslina(rancangan bersama Tenku Asmadi MEPS).Perasaan gembira menyusup ke dalam hati kerana dapat mengenali sebahagian DJ2 IKIM dengan lebih dekat,hampir setengah jam ana dapat berbual dengan mereka,sikap peramah benar2 sesuai dengan kerjaya mereka sebagai DJ radio Kefahaman Islam Malaysia.Pihak IKIM hadir di APIUM Nilam Puri bertujuan memberi peluang kepada pelajar2 membuat rakaman ucapan hari raya kepada orang yang dikehendaki bertempat di bilik mesyuarat APIUM.Insyaallah,rakaman akan di ON AIRkan pada hari raya ke2 sekitar jam 2 hingga 4.Ana juga sempat membuat rakaman,kene cakap bahasa Arab pulak,aduhai banyaknya salah tatabahasa hu3..Xpe,yang penting kita cuba ok.. Info: Rupa-rupanya kak Mona yang baca berita bahasa Arab dalam IKIM tu