Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2011

(HAROMI QOLBI) Pencuri Hatiku -part 1-

By: Meor Farid Asyradi Bin Meor Zahidi Part 1: ----------- Masjid Al Munzirin Sekolah Menengah Dr. Raja Nazrin Shah( SARJANA) kelihatan sunyi  dan suram.  Kelihatan para pelajar duduk tekun mendengar bait-bait ucapanku. Pelajar perempuan yang kemas bertelekung juga sudah hampir melimpah ke kawasan luar masjid. Aku yang agak gugup terus memberikan tazkirah bertajuk “ Hiburan Dalam Islam “ yang menekankan soal bagaimana seseorang  yang bergelar muslim berhibur untuk mengisi masa lapang mahupun menghilangkan tekanan dengan cara yang agama tetapkan, bukannya men gikut hawa nafsu jauh sekali bersifat hindonisme iaitu hiburan yang melampau. Masa berputar laju, tazkirah maghrib yang pada awalnya agak berat bagi aku seakan-akan menjadi ringan dan seronok kerana dapat berkongsi pengetahuan dan pengalaman. “ berat juga ana nak habiskan ceramah ana ni, tapi disebabkan isyak pon dah masuk, terpaksalah ana berhenti ya. Satu lagi perkara yang mungkin agak mengejutkan, ana ingin mohon maaf j