Skip to main content

(HAROMI QOLBI) Pencuri Hatiku -part 1-

By: Meor Farid Asyradi Bin Meor Zahidi


Part 1: -----------




Masjid Al Munzirin Sekolah Menengah Dr. Raja Nazrin Shah( SARJANA) kelihatan sunyi  dan suram.  Kelihatan para pelajar duduk tekun mendengar bait-bait ucapanku. Pelajar perempuan yang kemas bertelekung juga sudah hampir melimpah ke kawasan luar masjid. Aku yang agak gugup terus memberikan tazkirah bertajuk “ Hiburan Dalam Islam “ yang menekankan soal bagaimana seseorang  yang bergelar muslim berhibur untuk mengisi masa lapang mahupun menghilangkan tekanan dengan cara yang agama tetapkan, bukannya mengikut hawa nafsu jauh sekali bersifat hindonisme iaitu hiburan yang melampau. Masa berputar laju, tazkirah maghrib yang pada awalnya agak berat bagi aku seakan-akan menjadi ringan dan seronok kerana dapat berkongsi pengetahuan dan pengalaman.

“ berat juga ana nak habiskan ceramah ana ni, tapi disebabkan isyak pon dah masuk, terpaksalah ana berhenti ya. Satu lagi perkara yang mungkin agak mengejutkan, ana ingin mohon maaf jika sepanjang ana berada di sini, ana ada melakukan kesilapan yang mungkin ana tak sedari, kita manusia pasti ada melakukan kesalahan, ana juga doakan kepada sahabat-sahabat seperjuangan untuk tamatkan STAM dengan mendapat keputusan yang baik, kepada pelajar PMR dan SPM pula, lakukan yang terbaik dalam peperiksaan yang makin hampir ni. Ana tak dapat habiskan STAM kerana mendapat tawaran belajar di tempat lain. Ana dah buat keputusan yang ana rasa terbaik untuk hidup ana. Sekali lagi ana mohon maaf. Dah-dah, jangan nak sedih-sedih macam drama pula. Sekian, wabillahhi taufiq wal hidayah. Wassalammualaikum wa rahmatulllahi wa barokaatuh.”

Salamku disambut hampir serentak oleh para pelajar . Ada yang seakan-akan terkejut kerana mendapat tahu bahawa hari tersebut adalah hari terakhir aku di SARJANA, terutamanya anak usrahku. Walaupun usrah yang aku jalankan hanya sekali seminggu dengan mengumpulkan adik-adik usrah daripada tingkatan satu hingga lima yang kesemuanya berjumlah 10 orang, aku sudah berasa seperti sangat dekat dengan mereka. Setiap kali perjumpaan, ada sahaja soalan-soalan yang mereka lemparkan dan adakalanya soalan-soalan yang ditanya menjangkaui  pemikiranku sebagai seorang yang digelar naqib di sini. Naqib, panggilan yang adakalanya membuatkan diriku malu dengan gelaran tersebut dek kerana tingginya tahap menjadi seorang naqib. Tetapi aku...sikap aku, cara hidup aku..... Pernah aku katakan kepada anak usrahku.

“jangan gelar ana sebagai naqib kerana nak menjadi seorang naqib ini sangat susah, perlu melepasi beberapa fasa terutamanya tahap pemikiran. Panggil sahaja abang Radi. Jujur ana katakan, kalau nak bergelak tawa atau bergurau senda dengan ana. Tafaddol. Korang pon tau kan perangai ana ni gila-gila sikit. Tapi satu je ana minta, jangan naik kepala ye. Naik kepala siaplah…. Ana gurau jela dik, jangan takut, tapi yang penting jaga adab, itu je ok.”  Aku sempat menerangkan istilah naqib itu sendiri sambil memberi amaran supaya jaga adab-adab dengan orang yang lebih tua. Bak kata-kata yang pernah aku dengari. “Yang muda disayangi dan yang tua dihormati.”


……………………………………………………………

“Radi, anta betulke nak pindah.” Sapa Hafiz secara tiba-tiba.

“oh Hafiz, terkejut ana, ingat sape tadi. Ye. Serious.  Ana dah fikir habis-habis dah, sampai nak pecah kepala ni fikir.” Aku menjawab spontan. Sambil tanganku tangkas menyusun pakaian yang sudah dilipat ke dalam beg.

“tapi aritu anta dah janji dengan ana dan sahabat-sahabat lain nak habiskan STAM dan belajar di Azhar sama-sama,”

“ye ana tau, tapi ana tak mampu Fiz, maaf sangat-sangat. Ana rasa memang ni adalah keputusan yang terbaik. Anta pon tahukan, result ana untuk peperiksaan aritu ada lima gagal. Banyak tu Fiz, dahla ana ni agak malas orangnya.

“alasan anta je tu, ana yakin anta mampu Radi. Ana pun gagal lima subjek juga. Cuba tengok kawan-kawan yang lain. Banyak je yang gagal. Ana tak nafikan, memang agak susah exam aritu, inikan baru permulaan,  takkan sebab tu anta nak pindah. Anta sebilik dengan Syazwan. Syazwan boleh ajar anta ,dia masyi.

“ Fiz, bukan sebab tu je la, ada sebab-sebab yang  tertentu. InsyaAllah. Nanti kalau ana sambung master ke PHD ke, ana jengukla korang semua di sana ok.”

“apa-apa ajela anta ni”

“Fiz!!”

.................................




“Radi jom, dah nak masuk Flight, menung  pula dia” Farhan melenyapkan lamunanku. Kisah silamku ghaib serta merta umpama cahaya.

Telefon bimbitku diambil sambil jariku menaip:

-mnuju ke dlm Flight. Akan transit di Kuwait dan kmudian ke Cairo. Doakn smoga slmt smpai. Amiin. Moga diberkati- . Mesej ini terus dihantar ke nombor 32665 iatu FB mobile untuk  dipaparkan di dinding Facebook aku. Lebih mudah dan jimat.

Beg galasku disandang rapi. Agak berat muatannya.  Kakiku terus melangkah mengekori sahabat-sahabat yang lain memasuki perut Pesawat Kuwait 416 yang bewarna putih berbelang biru. Mataku melilau mencari tempat duduk bernombor 26A. Pesawat Kuwait itu kelihatan lebih besar berbanding pesawat Shenzen Airlines ketika aku bermusafir ke negara China suatu masa dahulu. Tempat dudukku agak mudah dijejaki kerana berada di tepi tingkap pesawat. Setelah usai meletakkan beg galas, aku melabuhkan punggung ke kerusi yang sangat empuk walaupun aku yakin, aku akan bosan dengan kerusi tersebut dek perjalanan yang terlalu lama. Selang beberapa minit, kapten pesawat mengingatkan para penumpang untuk memakai tali pinggang keselamatan. Pramugari dan pramugara turut menjalankan tugas untuk memastikan para penumpang sudah berada dalam keadaan selamat sebelum berlepas. Tegakkan kerusi, matikan telefon bimbit, pasangkan tali pinggang dan beberapa peraturan lain adalah perkara lazim yang akan diingatkan oleh krew-krew penerbangan. Semuanya adalah soal keselamatan.

Loceng keselamatan berbunyi. Tanda mahu berlepas . Mataku tidak berkedip melihat keadaan luar yang gelap. Pesawat meluncur laju dan hanya tunggu masa untuk melepaskan diri dari cengkaman graviti bumi. Setelah memecut laju beberapa saat, akhirnya pesawat tersebut sudah berada di awangan.

“Alhamdulillah.” Bisikku di dalam hati  sambil fikiranku teringat beberapa peristiwa kapal terbang yang tidak berjaya berlepas malah ada yang jatuh dan terhempas ke bumi semula. Nauzubillah.

Mataku tidak mampu dipejamkan. Apa yang aku fikirkan adalah, apakah misi dan realiti yang bakal aku hadapi di sana nanti.  Sahabat-sahabatku yang lain ada yang sudah lena diulit mimpi, mungkin kepenatan dikuarantinkan sebelum berlepas tadi. Di sebelahku ialah Rizal yang berbadan agak berisi, dia pula sedang khusyuk menonton filem di skrin yang terletak dibelakang kepala kerusi hadapannya. Aku juga turut membuka skrin tersebut, tetapi hanya melihat paparan perjalanan pesawat yang melalui peta dunia. Rasa kagum dan teruja terbit di dalam hatiku. Kagum kerana akal yang dikurniakan oleh Allah kepada manusia telah digunakan semaksimanya sehingga memungkinkan adik beradik Wright berfikir untuk mencipta kapal terbang. Kisah sejarah ini sudah diketahui umum, bagaimana orang ramai mentertawakan adik beradik  yang digelarkan sebagai gila ini kerana mahu mencipta kapal di padang bukannya di laut. Apabila ditanya oleh orang kampung mengapa adik beradik yang dikatakan gila ini membina kapal di padang bukan di laut, apa jawapan yang adik beradik wright berikan.

“kami bukan mahu mencipta kapal laut, tetapi kapal terbang.” Jawapan yang diberikan oleh adik beradik ini membuatkan hilai tawa orang kampung lebih tinggi nadanya.

Hilai tawa orang kampung hanya dapat dibisukan setelah Orville dan Wilbur Wrights ini berjaya membina dan menerbangkan kapal terbang pertama dalam dunia seberat 337 Kg pada 17 disember 1903 di Kitty Hawk, utara Carolina. Peristiwa ini telah menjadi sejarah dan pencetus kepada idea yang lebih moden  dan hebat saat ini. Terutamanya dari segi kecanggihan sesebuah pesawat.

Pesawat terus meluncur laju ke arah lapangan terbang Kuwait. Perjalanan yang memakan masa hampir 8 jam ini membuatkan mataku mengantuk dan akhirnya gelap dan lelap, cuma dikejutkan saat pramugara dan pramugari yang beruniform kemas semangat mengagihkan makanan pada para penumpang. 

Pesawat terus meluncur laju membelahi  suhu langit yang mencecah -50 darjah celcius.  Setelah lebih 7 jam perjalanan. Pesawat Kuwait Airways selamat mendarat di  lapangan terbang antarabangsa Kuwait. Perbezaan masa dan cuaca sudah mula aku rasai.


Comments

Popular posts from this blog

10 BUKU TRAVELOG Yang Menarik Untuk Dibaca

Ramai yang bertanya, buku Travelog apa yang boleh dibaca. Semua buku Travelog boleh baca, tapi yang ada pada saya ini ada 10 tajuk dan saya akan kongsikan secara ringkas sinopsis berkaitan buku buku tersebut. Biasanya ada harga promo untuk pembelian 5 buku iaitu hanya RM 100 dan Free Postage. Ok boleh baca dulu sinopsis ringkas buku buku ini. 1- Travelog MR.Traveller by Meor Farid Asyradi (Buku ini adalah kisah kembara seorang mahasiswa mengelilingi Eropah dengan menaiki kereta api seorang diri. Memang kalau baca buku ni macam kita pula yang mengembara sekali. Buku ni juga terpilih sebagai salah sebuah buku Best Of 2015 MPH) 2-TRAVELOG MR TRAVELLER (UNTOLD STORIES) by Meor Farid Asyradi (ini merupakan buku kedua Meor Farid Asyradi setelah buku pertamanya terjual lebih 20 ribu naskah. Buku ini ada 50 kisah benar dan ada juga kisah yang tidak pernah diceritakan kepada sesiapapun. Misteri ) 3. TRAVELOG HJ MR.TRAVELLER. by Meor Farid Asyradi . (Buku ini adalah buku siri MR Travel

3 kali KENA SCAM di Luar Negara ?!!

Ketika Travel, kita pasti mahu mengelakkan kejadian seperti ditipu kerana ditipu hidup hidup ini adalah perkara yang amat menyakitkan hati. "Parut" kisah ditipu tidak akan dapat dilupakan selama-lamanya. Untuk itu, post kali ini ingin saya kongsikan kisah di mana saya ditipu di tiga negara berbeza iaitu di Vietnam, India dan Mesir. Selamat membaca dan jangan tertipu dengan kejadian yang saya alami ini ya ;) Kisah 1 – Kena Scam : Di Vietnam ( Julai 2014)  Aku bersama tiga orang teman, Zack, Zakirin dan Nukman bergerak menuju ke kota Ho Chi Minh Vietnam melalui jalan darat dari Phnom Penh, Kemboja. Kami menaiki bas dengan tiket berharga RM30 sehala. Hampir lapan jam masa diambil untuk tiba di Ho Chi Minh termasuk menaiki Feri menyeberangi sempadan Phnom Penh- Saigon dan urusan imigresen.   Perjalanan yang agak memenatkan dengan keadaan bas yang dibawa laju terhuyung hayang. Suatu kisah yang tidak dapat kami lupakan di Ho Chi Minh ini adalah ketika menaiki

Bersama Dj Dj IKIM

I.K.I.M salah satu siaran radio yang sangat ana minati,jika Sebelum ini hanya bisa mengenali Dj2 radio lewat corong radio tetapi pada hari ini sy dapat bersama dengan Dj Erwan(rancangan Nasyid),Dj Mona Jazman(rancangan Mari Belajar bahasa Arab)dan Dj maslina(rancangan bersama Tenku Asmadi MEPS).Perasaan gembira menyusup ke dalam hati kerana dapat mengenali sebahagian DJ2 IKIM dengan lebih dekat,hampir setengah jam ana dapat berbual dengan mereka,sikap peramah benar2 sesuai dengan kerjaya mereka sebagai DJ radio Kefahaman Islam Malaysia.Pihak IKIM hadir di APIUM Nilam Puri bertujuan memberi peluang kepada pelajar2 membuat rakaman ucapan hari raya kepada orang yang dikehendaki bertempat di bilik mesyuarat APIUM.Insyaallah,rakaman akan di ON AIRkan pada hari raya ke2 sekitar jam 2 hingga 4.Ana juga sempat membuat rakaman,kene cakap bahasa Arab pulak,aduhai banyaknya salah tatabahasa hu3..Xpe,yang penting kita cuba ok.. Info: Rupa-rupanya kak Mona yang baca berita bahasa Arab dalam IKIM tu