15.3.13

Permusafiran Paling Bermakna P:1.



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Jujur jari jemari ini sudah lama tidak menari menaip entri terkini. Hampir sahaja password blog ini luput dari ingatan, masakan tidak sudah berbelas bulan tiada post tambahan.

Jika ingin mengomel pastinya memakan masa yang lama untuk dibaca, tujuan penulisan ini juga adalah untuk persediaan menulis latihan Ilmiah pada semester hadapan. Biar ada rasa semangat itu hadir dalam diri si pemalas ini.

Istilah MUSAFIR sangat dekat dengan diri ini. Teman-teman seringkali bertanya kepada aku setiap kali waktu Cuti :

Sahabat : weh Radi, cuti ni ko ke mana jer?
Aku : tak tahu lagi, kalau ada rezeki ada la.

Jikalau difikirkan perihal rezeki, ulat dalam batu juga mampu hidup berdikari. Aku bukan orang yang kaya, namun aku punya jiwa dan rasa ingin menjelajahi dunia. Jujur, di sini kita bermain dengan niat dan azam kita. Jika kita ingin sesuatu, pastikan ia berlaku. Untuk ia berlaku pasti laluannya berliku-liku.

Bermula tahun 2010 aku sudah mula ke luar negara dimulai dengan negara China (sudah diceritakan di post sebelum ini), diikuti negara Mesir (tidak cerita secara menyeluruh), kemudian Indonesia (ada juga post berkaitan dengannya), diikuti pula Singapura ( sudah dinukilkan ), diteruskan lagi dengan negara Thailand ( belum dikongsi lagi kisahnya), kemudian Korea ( masih ternanti-nanti untuk menulis mengenainya), seterusnya Sri Lanka ( akan dikongsi kisahnya) dan Terakhir Saudi Arabia .
8 negara kesemuanya tidak termasuk Kuwait yang hanya transit sahaja.

Kesemua negara-negara ini ada kisahnya tersendiri dan yang pasti saya teringin sekali ingin berkongsi berkaitan kehidupan masyarakat di sana terutamanya masyarakat Islam. Rugilah sekiranya kita ke negara orang cuma berjalan untuk keseronokan. Maka saya lakukan sesuatu yang bermanfaat untuk semua iaitu sedikit kajian yang akan saya rekodkan melalui penulisan.


Baiklah, bila kita bercakap soal Saudi Arabia, pastinya kita akan terbayang masyarakat arab, orang yang kaya, pendidikan percuma dan sebagainya. Namun bila kita bercakap mengenai Umrah atau Haji, ialah lebih specific, kita terbayang Masjid Nabawi yang berkubah hijau, dan Masjidil Haram yang terletaknya Kaabah di tengahnya. Menjadi Qiblat umat Islam seluruh dunia.

Tidak tahu saya ingin mula dari mana, bila teringat mengenai kisah perjalanan ke sana, bibirku menguntum senyuman dan kadang-kadang air mata mengalir tanpa diundang.

Sebenarnya perancangan ke kota Makkah dan Madinah sudah lama dirancang sejak tahun lepas lagi. Sudah saya maklumkan kepada kedua iba bapa dengan lafaz :

Aku : Mak, arid cadang nak pergi umrah la bulan 7 (2012) ni, Ramadhan di sana.
Mak : oo.. Ok. Kumpul duit.
Aku : ok.

Perbualan ini hanya bermula di FB semata, biar ibubapa tahu dulu hajat anaknya.

Namun, ia tergendala kerana tawaran International Student Centre U.M yang memberiku peluang untuk Ke Korea selama tiga minggu. 70 % ditanggung oleh U.M dan 30% sendiri (sekitar Rm600). Saat tawaran ini kuterima, terus ku hubungi ibu untuk minta pendapatnya. Aku sedikit pon tidak terfikir untuk ke Korea, aku bukannya peminat filem korea, Kpop dan sebagainya. Pendek kata, Korea tiada dalam kamus hidupku. Namun perancangan Allah itu lebih baik. Kita rasa dulu baru kita tahu. Memandangkan wang tabunganku masih belum cukup untuk umrah yang memakan kos yang agak tinggi, aku terus menerima tawaran ke Korea.



Saat itu, aku sudah terfikir. Lambat lagilah nampaknya aku akan ke tanah suci, wang tabungan sudah habis digunakan  sewaktu berada di Korea. Namun Allah itu maha pemurah, aku masih diberi peluang untuk mengajar Home Tuition yang gajinya Alhamdulillah mampu membuatku berfikir semula mengenai perancangan ke Tanah suci sedangkan teman-temanku yang lain berkira-kira untuk beli motor baru mahupun gadjet terbaru.

Nah, masanya sudah tiba. Wang sudah terkumpul walaupun belum cukup sebenarnya. Sebulan sebelum bertolak ke Tanah suci, aku masih tercari-cari agensi yang termurah. Pada awalnya ingin saja aku pergi secara sendiri, tanpa melalui agensi. Namun Visa umrah hanya boleh diambil melalui agensi. Aku ingin pergi dengan Kos yang paling kecil.

Kisah Permusafiranku bermula di sini :

Selesai urusan kos dengan Syarikat Darul Mubarak yang menawarkan harga agak menarik dengan kos Rm4850, namun saya tolak kos makanan dengan tujuan untuk makan sendiri tanpa pakej yang diberikan. Justeru menjadikan kos yang perlu aku bayar hanya Rm4400.

KLIA ke Sri Lanka.



Tarikh 30 Februari menjadi titik tolak permusafiran ini, bermula dengan salah faham waktu perjalanan dan kelewatan aku ke Airport telah menjadikan aku dikenali di kalangan jemaah umrah yang terdiri dari mak cik dan pak cik yang tidak ku kenali. Bayangkan aku dimaklumkan Flight berlepas pada jam 8 malam, walhal sebenarnya flight berlepas jam 4 petang. Mujur aku tiba 5 minit sebelum kaunter check In Bagasi ditutup. Ketua rombongan maklumkan pada aku yang semua jemaah sudah berdoa supaya saya sempat tiba dan tidak terlepas. Kalau terlambat, pastinya aku tidak akan ke tanah suci.

Bermula pada waktu itu, nama Meor sudah mula disebut-sebut oleh jemaah Umrah. Umur aku yang masih muda ini membuatkan makcik mak cik dan pakcik-pakcik tertanya-tanya. Ini kerana Saya pergi seorang diri tanpa keluarga mahupun kenalan di sisi......

Bersambung......

28.1.13

Assalamualaikum

 :)

13.6.12

Coming Soon!!






-Travelog  PERMUSAFIRANKU-

Oleh: Meor Farid Asyradi

25.12.11

Detik 26 Disember: Berikanku Kekuatan

                           Al-Fatihah

Terasa jari ini mahu menulis dan pahatkan tulisan di dada maya. Namun apakan daya tiada rasa yang membuahkan minda ingin terus berkarya . 

Kadang-kadang rasa itu hadir buat seketika dan terus pergi begitu sahaja. Itulah dunia, hanya sementara dan sangat bahaya bagi mereka yang berfikir perihal dunia tanpa mengetahui bahawa satu lagi dunia yang nyata  akan hadir bila-bila masa. Sehingga ada yang menyangkakan hari 26 Disember 2004 sewaktu dunia digemparkan dengan ombak Tsunami berskala ritcher 9.0 yang sentiasa rindu dan patuh akan titah tuhannya adalah hari kiamat!! Ketika itu semua baru ingat tuhan.

SEDARLAH. Rasa malas, ingin buang masa, juga terasa waktu berlalu begitu pantas dek urusan diri yang tidak terprogram baik dan hanya melakukan sesuatu perkara jika perlu sahaja amat membahayakan diri seorang hamba. Kita ini cuma hamba dan title itulah yang terbaik buat kita. kita dicipta untuk apa? adakah untuk membuang masa atau cuma bersuka ria bersandiwara. Sudah pasti setiap sesuatu dicipta untuk berbakti kepada tuannya persis rumah yang dibina adalah untuk berbakti dan melindungi tuannya.

Begitu juga tulisan, tulisan ini adalah coretan rasa, kadang kala keluar tajuk bicara namun itulah sebenarnya tulisan jiwa, terpatri bila kita menyendiri, terlari paksi kerana terbuai mimpi, mimpi yang tidak pasti warna yang memenuhi. Cuba ingat kisah kita dalam mimpi yang menjadi teman seharian di kala kegelapan malam menguasai, cuba bayangkan warnanya, bukankah tidak berwarna ?

"ya Allah, berikan aku kekuatan dalam setiap sesuatu perkara kerana engkaulah yang layak memberikanku kekuatan dan engkahu jualah yang maha berkuasa dalam tiap-tiap sesuatu Perkara."


Road To Final Exam...............

12.9.11

Ayuh Kembali Ke Kampus, Study Terus.

Sambil mendengar lagu yang sangat menusuk hati dan mengamit memori daripada UNIC berjudul "Sahabat Sejati" (http://www.youtube.com/watch?v=5ERkBcehpY0), aku coretkan rasa gembira dan bersyukur di atas apa yang terjadi yang aku yakin dan percaya kesemuanya adalah suratan illahi. Tiada kata seindah bicara, Alhamdulillah kita tuturkan kerana di situ terletaknya seribu satu makna. Pujian hanya kepada-NYA. Sahabat dan kawan istilahnya sama tetapi berbeza pada sebutan dan kesannya. Seringkali kita dengar sirah-sirah menyebut perkataan "sahabat" Nabi tiada pula kita terdengar atau terbaca, "kawan" Nabi, pasti ada sebabnya di situ. Sahabat Nabi merupakan mereka yang pernah bersama nabi dan berjumpa dgn Nabi. Sahabat-sahabat Nabi yang utama sudah pasti sangat mengenali peribadi Nabi dan menterjemahkan sunnah Nabi dalam kehidupan mereka. Kasih sayang sahabat kepada Nabi sangat tinggi sehinggakan ada yang melebihi daripada segala-galanya. Itulah erti sebenar dan telus, berkasih sayang semata-mata kerana Allah yang memberi rasa sayang itu. Nah, di sini kita dapat lihat betapa besarnya istilah Sahabat. Hanya kita sendiri yang boleh menilai, siapa sahabat dan kawan kita.

Sudah lama rasanya aku berpisah dengan sahabat-sahabat , cuti 4 bulan membuatkan kita rasa jauh dan adakalanya termimpi-mimpi akan mereka. Sudah pasti, kita akan ingat kepada sahabat-sahabat kerana mereka seakan-akan keluarga kita, merekalah abang, merekalah kakak, mereka jualah adik malah ada yang menganggap merekalah ibubapa kita. Alam kampus dan Rumah sangat berbeza. Alam kampus membuatkan kita perlu fokus dengan apa yang kita hajatkan seiring dengan pengorbanan ibubapa kita yang bersusah payah menyekolahkan kita. Saat ini, bagaimana balasan kita terhadap mereka?????

Pintu kampus sudah terbuka, kepada adik-adik junior, MHS (Mingu Haluan Siswa) walaupun ada juga yang menganggap MHS adalah Minggu Halang Siswa, kalian sudah lalui dengan jayanya, Kepada senior-senior juga, bilik atau rumah baru sudah didiami, ruang belajar dan menuntut ilmu sudah terbentang luas, sahabat-sahabat lama sudah bertemu kembali. Ayuh..kita ambil peluang ini bersama-sama. Melakar kehidupan yang lebih membawa kebaikan. Uji akal dan bersihkan pemikiran kita, Pemikiran yang lebih jitu dan bersatu. Bersatu dengan tindakan dan kesannya. Study dan pelajaran adalah yang utama tetapi ingat, bukan hanya study yang membuatkan kita hebat. kehebatan diri terletak kepada cabaran yang kita terima dan ambil. Cabaran sudah pasti memerlukan kepada pengorbanan. Pengorbanan apa dan bagaimana? itu hanya kita yang dapat menilai dan melaluinya? apa kita sudah bersedia? apakah kita sudah melakukan sebaik-baiknya atau hanya mengatakan "aku dah tak larat............." dan hanya membiarkan dahi mencecah ke bumi??







5.9.11

Selamat Hari Raya kepada Semua:)


Walaupun lewat nak ucap di Blog ni..Tetap rasa nak ucap:),,,Selamat Hari Raya diucapkan kepada semua terutamanya keluarga tercinta guru-guru sahabat handai dan semua yang mengenali Meor Farid Asyradi Bin Meor Zahidi. Maaf Zahir dan Batin. Kepada para pelajar baru yang masuk ke Universiti juga Selamat diucapkan untuk memasuki alam pendidikan yang baru :) Sekian
 








31.7.11

Salam Ramadhan from me :)

 Tiada kata seindah rasa.. Alhamdulillah kerana diberi peluang merasai dan memasuki bulan Ramadhan kali ini..Moga ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya..Amiiin :)

Ramadhan Oh Ramadhan.........

New university ready for first intake..

Date: August 1, 2011 (God willing)
University Name : University of Ramadhan Al-Mubarak
Compulsory Course: FAST
Course special: Terawih
Additional Course: Read the Quran, zikr, prayers, alms n etc.
Graduate: Bachelor of "Taqwa"
Convocation: 1 Syawal

* Extra .. Continue with the Master's degrees
course: Fasting Six Days of Shawal after Ramadan

COME AND REGISTER NOW! (^_____^)

Wish All of You A Very Happy Ramadan Mubarak and Sorry for everything I've done, :)

..............................​..............................​..............

Kemasukan baru ke universiti sudah bersedia..

Tarikh : 1 Ogos 2011 (InsyaAllah)
Name U : Universiti Ramadhan Al-Mubarak
Course wajib : Berpuasa
Course special : Terawih
Course tambahan : Baca quran, zikir, solat sunat, sedekah n etc
Kelulusan : Ijazah takwa
Konvo : 1 Syawal

*Tambahan: Sambung di peringkat master..
course : Puasa 6 hari di bulan Syawal selepas Ramadhan. . .

JOM DAFTAR BERAMAI3!! (^_____^)

Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak kepada Semua.. maaf Juga semuanya ya :)


ALHAMDULILLAH :)







Seiring terbenam mentari di akhir sya’ban, Fajar ramadhan segera menghampiri dunia, selembar sutra menghapus noda, sebening embun penyejuk kalbu, sucikan hati bersihkan jiwa di bulan yang suci. Jika hati seputih awan jangan biarkan ia mendung,jika hati seindah bulan hiasi dengan senyuman. Sebelum HCl jadi basa, NaOH jadi asam, NaCl jadi manis n glukosa jadi asin, hati selalu tertengadah mengharap titrasi maaf dari buret hatimu. Pesan ini sebagai ganti jabat tangan untuk Mohonkan maaf dan kekhilafan. Marhaban ya ramadhan. Selamat menunaikan ibadah puasa 1432H.

26.7.11

Min vän: tack och förlåt för allt


Min vän: tack och förlåt för allt
(my friend: thanks and sorry for everything)





Alhamdulillah..First of all, i would like to thank to Allah because give me Islam and Iman and time to life..i write this essay with full of love and from deep in my heart.  I’m really hope that this essay will make our “ukhwah”  stronger and forever J

First time, when i’m waiting for your arrival in KLIA, i'm thinking about how you are, can i be friend with all of you?? and something else:),,  Yasir, Ummu and I still waiting in Arrival hall and lastly,, i can see your group. Your excited face and the spirit to survive in Malaysia. Honestly i’m feel so small that time, because you are great and so nice. One more thing is..i have to speak in english ..honestly, my english is very bad..But i'm try my best..ha3..

Assalamualaikum, what is your name??

My name is Ensar and this is Faid.  Two guys with “Jalabiah” introduce themselves happily.

i’m Radi. You will be my roommate..:)

The time moving fast, i agreed with what Yasir told us in closing ceremony about the time that we can not forget is when we are in the food court the way to University Malaya. What to eat? Is it spicy? Why fly/flies so much on the table? .i said In my heart.”Welcome to Malaysia. Just feel it” hahahaha..:)

Then we arrived to the college Eleven "Kolej Kediaman Ungku Aziz University of Malaya", it’s take a time to get into the room. I’m so sorry for that, and that time also, you met with the head Coordinator, Prof Madya Dr Wan Suhaimi.. Owh, before i forget..i try to give my help to carry your beg that time, i mean the girls belonging..But you say “no thanks” . I’m try to be gentleman, But..you don’t want me to be that..:(
next time, i have to force you to give my help on that hahahaha..:)

On the night..we have a  “welcoming ceremony” in Rumahku..i still remember, I have a Plasta carbonara suggested by Sister Lejla. J..After that, all of you have the first night in Malaysia. Different room, time and feel J

The next day, after fajr prayer. Yasir “force” me to run with them. I mean with faid and Ensar. Every morning. Ha3..this is my first time i run in the University even i have been here more than one year..But it was amazing and nice to have a run with my new roommates J..,We run every day but after a couple days, Ensar and Faid don’t want to join us..Just, Yasir, Lejla, Asmah and Zuraiya and i keep  running every day.

In the morning, i guide you for UM tour, just to show you, where are the gymnasium, Swimming pool, and LRT University station..then, you went to Megamall for Shop. J every days shopping ha3...
Then, we have an Opening/Welcoming ceremony in Academy of Islamic Studies U.Malaya. i still remember that you introduce yourself and said “ i want to learn more about Islam here”..that is the best wishes from you. You came from Sweden to Malaysia just to learn about Islam. This is  Amazing story, Even here, some of Malaysian that have a big oppurtinity to learn about islam, they don’t want to that. But you....SubhanaAllah..i’m proud with you guys...

Roughly, in the first week, i heard about some of you have a problem with the room, with the food and whether also the Rules And Regulations..:)...but Alhamdulillah we can solve it slowly..About the class also, you learned too much in the first week. I also remember that i got a call from Zuraiya asking about she want to  have a food.,ha3...Lastly, i bought a Mcdonald for them,  and i have the time to talk with Zuraiya, Naida, khadija and Ayan while having that meals .
on the first weekend, you are free to do what you want to do, Shopping or whatever..

On the second weeks you have to continue your school start on 8:30 am and finish at 5:30 pm J .
 and that mean you learned a lot of knowledge J...you walk from College to Class everyday except one day that have a heavy rain, you went to the class by car,. But, two girls, Asmah and Zuraiya still walk in the rain..huhuhu...

On 30 June, we have a first trip to visit the Islamic schools..We have an amazing day that time.  I’m sure that you still remember about that day, with the school kids, With Al Hafiz and Hafizah..i know that you are so happy to have that type of trip..

“if i have a daughter, i want to send he or she to this school” say one of the Swedish girl that had get married .:)

Then, on Friday we went to Internation Islamic University of Malaysia(IIUM)..Yo said that, this university is better than University Malaya..ya..it’s ok ..i agree with you..that university more beautiful  than University of Malaya..he3..ok, After we have a Friday prayer, we have a lunch...and you say that,, that is the best food that you have in Malaysia.i can see, you have your lunch like you did’nt eat about one week..ha3..After we have a time In UIA(university islam antarabangsa/IIUM) , we went to KL town, Times Square, have a “Dr Fish”,, , and have a dinner in Arabian restaurant, but not all of us, because some of you want to go home including Kak Ummu.

The next day, we have a trip to the Mosques.  I can see that you enjoy this trip and one of you said to me
“we don’t have this type of mosque, it’s so beautiful,, In Sweden, we just have a small mosque “ J
For me, the type and size of the mosque is not important, the important thing is, how we use that mosque for ibadah???

The next week, we can see the Malaysia police in our college. You asked me what happened. I told you  briefly and  just wait and see what will happen on 9 July.:)  The time running so fast, i’m so happy with all of you, i’m waiting outside of the class just  want to see you..One moment in the room, i still remember the best words that i heard from one of my roommates:

Ensar:  Radi, I love you Because of Allah..
Radi :  I love you too brother..Just because of Allah...

SubhanaAllah..i love all of you because of Allah and i’m start thinking about you especially my roommates , we have a great time together, every days, Yasir wake up for Ensar, Faid and me,,pray fajr together..do you know Yasir, i’m so respect and proud with you.. You are the best leader that i have and i know in my life.Seriously..i hope that you will get the best wife. It’s the time. You are getting old brother. I suggest you to have a wife from one of the SMA participants..Who?? you have my answer right J
Ah ha,,i still remember also, some of you that love Westlife Songs demand and want to change a room to AC room because of the fan..La3...but we solve that problem and you had cancelled your plan J

And that week, We have a very special trip and will be in my memory forever . Trip to Langkawi, this is my second time in Langkawi same like Ensar and his wife merima. And that time also, i got a new friend, Safwan..ha3..Your face are so malay brother.. I’m sure that all of you enjoy the trip and i want to thanks to all of you for paying me and Ummu for this trip. You are very kind and for me, it’s too much..seem like you don’t want us/me to pay for anything for the whole month ..subhanAAllah..may Allah give the best reply towards your kindness..

Three days in Langkawi gave us a lot of experience, i want to say sorry if i make you hate me especially for my driving style..Ha3...i know, i had drive very fast..That’s me..:(..
Even some of you can't have a chance to have a cable car and see the view of Langkawi from the top of the hill..but i’m sure that our experience also on the top level of our memoryJ.  And the” BERSIH” demonstration also happened on this weekend, thanks Allah because we are in Langkawi, i’m sure that if we are in KL,, you can't go anywhere..he3..

The next week, you have your class as usual and you also have an exam..i can see your efforts for the exam and for your study. You asked me, it’s too much and i answered you, it’s good for you, can you imagine, in less than one month, you had learned a lot of knowledge,,even it’s make you stress, at least you know what you had learnedJ..On 11 July we have a special talk from Naida “‎"Javi se, babo" A commemoration for the victims of the Srebrenica Genocide”,i got a new knowledge that day through your  speech/talk..Cangratulations and thanks Naida .owh,,Naida,,i still remember when i’m taking you and Chayma to the hospital he3.Alhamdulillah, everything is ok right

 On 13 July,
we have a very special match between Arsenal  and Malaysia in Bukit Jalil stadium.All of you are so happy. i can see your excited through your post on your facebook, and want more evidence, you are more Malaysian to me..

“Radi, i’m more Malaysian than you” said Sister Zuraiya that wearing a Malaysia team jersey and holding the Malaysia flag :P

But i can’t finish to watch that game, because i have to go to Kelantan that time. It’s very hard for me to go out from that Stadium and i’m also want to have a time with you because you just have 2 more weeks in my country, but i have to go and just got a result from Asmah through SMS in the bus. Arsenal won 4-0 J..4 days In Kelantan make me missing all of you..:)..i know that some of you went to, Genting Highland, Sunway Lagoon and two couples I mean Ensar and Merima went to Pulau Redang and Faid went to Singapore with his wife Linnea..i’m happy when you are happy guysJ..

The next week, i mean the last week you have your examination..i'm your guardian test that time, so i can see your stress to face that examination..That show you are really want to get the best result...and finally, on the closing ceremony.. You got it..Cangratulation to the best student Ayan..Ayan, i’m sure that your parent will proud with your result and don’t forget to change your profile picture..Ha3..Also congratulation to Yasir and to everyone..guys, you are the best group of SMA..The best ever J...i got a gift from you that day..it’s called snowball, i’m so happy with that gift..it’s so heavy and expensive J..

On that night, all of you went to PWTC to see the Al Quran competition and i went to bus station by motorcycle to take your present that post by my mom from home through the bus..It’s done.:)

Next day, we have a trip to Malacca and that time, i gave my present to all of you. I'm really that you like it.
In the bus, i know one more Swedish girl ,Sofia Khan, she is Safwan khan Little Sister. J. This is one of the best trip that i have,, even i had went to Malacca 5 times, this is the best ever.Just because of all of you , Swedish ...And about the Durian surprise..it’s planned by Yasir..ha3..i know, some of you can’t even smell the durian. Even the durian chocholate that Zuraiya gave to some of you before we depart to Langkawi..ha3..i can see your red face  cheated by Zuraiya.,"you want the chocholate"Jhe3..Honestly, you will never ever try this Durian if your mind setting think that this Durian like a rubbish..ha3...

The time moving so fast..you just have two more days before you leave this country..On Sunday. You start packing your stuff and have a last “shopping” for your family and relative in Sweden..I hang out with safwan,Asmah Zuraiya and Sofia in IKEA,,have a Swedish food called Meatball..Then, went to One Utama, playing a snooker but i’m lost, then playing a bowling with yasir, Asmah, Zuraiya, Safuan, Sofia and one more girl that i kwow , She is Siham from Holland/Dutch..I just want to say that i won two times in two games J...hahahahahaha Awww!! Thanks everyone..

And then i escort VVIP Asmah back to the college..ha3..and all of you have your last night in Malaysia..” i don't know what to say now..just less then a half day before you fly to Sweden..i hate farewell but i have to face it...Every time that you meet and know someone, there always comes a moment you have to say goodbye to them...Parting make us feel sad and at that time we will feel what is the meaning of longing...my friends,deep in my heart, i'm gonna miss you..:(“..I post this statement on the Facebook..

The last day came fastly, we went to the KLIA together, we have a breakfast together but check in ,not together..The last word that can i say.. You make me hard to say goodbye..Fortunately, no one of you cry that time, if you cry, i’m sure that i will cry..but i'm pretty sure that all of you feel the same feeling with me and the person that you left in Malaysia..:(.. Yasir, Kak Ummu, kak Syahadah, back to Ampang, Yasir house and have a lunch together without all of you around..because that time you are in the sky..

When i back to the college, i can feel that you are here, i walked to the room alone. I opened the door, i can feel Yasir,Ensar and Faid on their bed and i also can feel i’m praying with three of you in the Surau ..when, i’m trying to avoid to think about that, my eyes became watery and i’m crying easily..ya,,i’m so sensitive..this is because, i’m really love to all of you because of Allah..i’m really hope that i can meet you again and i will try my best to go to Sweden not ScotlandJ..right now, we can still keep in touch through facebook and Skype..I just created my skype account  name “Asyrady90” my email meor90@yahoo.com J..



Lastly, i just want to say millions of thanks to all of you Yasir, Ensar, Faid, Merima, Linnea, Asmah, Zuraiya, Chayma, Khadija, Ayan, Lejla and Naida...also to my boss Prof madya Dr Wan Suhaimi, my lady boss, Kak Ummu, also to kak Syahadah, kas Su..and everyone that involve in this programme..i’m also want to say sorry / appologise to everyone if i had done something you don’t like..May Allah bless all of us and keep this “Ukwah” until the end of our life..Last wishes from me, don’t forget us in Malaysia, remember me in your pray(doa), also show the islam in your life, spread the miracle of islam in your country and happy ramadhan Al Kareem and “Selamat hari raya juga”....:)..it’s too early to wish that..:)..
That's all what i want to say to you SWEDISH..actually, there is more words i want to say..we can have a conversation online for that he3
J


-Sorry if there are wrong spelling and grammar..my English is very suck, but i’m sure you can understand what i’m trying to say...:)-




19.7.11

Tenangkah arwah???

Tenangkah Arwah??
oleh: Meor Farid Asyradi Bin Meor Zahidi

Wajahnya pucat mencuka, badannya menggeletar seakan-akan mahu menyatakan sesuatu perkara, rupanyanya yang cantik sebelum ini telah berubah menjadi buruk gara-gara kemalangan yang dialaminya. Kemalangan yang meletakkannya berada di ambang sakaratul maut. Waktu terus berlalu dan pada akhirnya, dia pergi meninggalkan dunia.

Ahli keluarga, teman-teman kenalan, orang kampung sudah memenuhi rumah keluarga Nur yang merupakan antara gadis cantik dan dikenali ramai di kampung Jawang itu. Teman lelakinya dari tadi seolah-olah hilang kewarasan diri, tangannya berbalut akibat patah, kesan darah di dahinya masih segar, air matanya deras mengalir, ingatannya terus memutarkan peristiwa kemalangan yang mengakibatkan teman wanita kesayangannya meninggal. Kereta kancil miliknya bertembung dengan sebuah lori.

Di suatu tempat yang lain iaitu di alam maya, teman-teman yang pernah berkenalan dengan gadis bernama Nur ini juga mengetahui berita kemalangan dan kematian arwah. Ada yang sangat terkejut dengan berita tersebut. Semuanya melalui FACEBOOK." Ceritaku Cerita Mu jua"

“Salam kawan-kawan, tahu tak, kawan kita yang couple dengan Zaid tu dah meninggal dunia pagi tadi”

post dari salah seorang kawan arwah diikuti dengan komen pandangan dan kritikan positif dan negatif.

“Takziah diucapkan kepada keluarga Nur, moga tabah menghadapi apa yang berlaku. Aku pasti merinduimu (Nur Kushairah )”

Nama Nur Kushairah dibirukan lantas post sahabatnya ini dipaparkan di dinding FB arwah.

Akaun Facebook arwah menjadi tumpuan pada hari itu, ramai teman-teman kenalan lamanya mahupun kenalan FB mengucapkan takziah dan sebagainya. Gambar-gambar arwah dengan pelbagai aksi manja, cute dan sebagainya menjadi tatapan buat teman-temannya. Hampir 2000 lebih gambar arwah dimuatkan di akaun FBnya sendiri. Gambar ketika bersama teman-teman, bersendirian dan terutamanya bersama teman lelakinya.
Status demi status yang dipostkan oleh arwah juga dilihat kembali, status-status yang tidak lari pada kisah dirinya sendiri.

"OTW ke Mid valley bersama cintaku Zaid dengan kereta Kancil cutenya :)"
"hai FBians, sy sihat hari ni, korang camne he3"
"laparnya..."
"saya rindukan awak..rindu sangat-sangat"
"ada orang ingat dekat saya tak hari ini"
"arghhhhh,,,ada jerawat tumbuh di pipi..Dusshh..Grrrrrrr.."
"jom gi wayang tengok KL Ganster nak ??"
"tengah makan di StarBuck bersama yang dicintai"
"jangan lupa komen gambar-gambar baru saya tau FBians yang dicintai"

Dan pelbagai lagi jenis status-status arwah yang dibaca semula oleh teman-temannya.
Ada juga beberapa kenalannya yang memohon agar FB arwah dinyahaktifkan kerana ada sebahagian besar gambar arwah tidak menutup aurat malah mampu mengundang nafsu amarah kepada si pelihatnya. Komentar daripada pelihatnya ada juga yang berbaur lucah dan sebagainya. Tetapi permintaan kenalannya tersebut tidak dapat ditunaikan gara-gara password dan username arwah hanya diketahui oleh arwah sendiri, malah ibubapanya sendiri tidak mengetahui akan kewujudan FB anaknya di alam maya. Post demi post diletakkan di wall arwah, komentar demi komentar diberikan, sejarah lama arwah juga diperbahaskan. Gambar demi gambar dipertikaikan. Si teman lelaki arwah sudah tidak mampu membalas kritikan dan komentar daripada teman-teman FB arwah. Gambar-gambar arwah terus diperbahaskan tanpa sempadan. Walaupun ramai yang bersimpati tidak kurang juga yang memerli dan mencaci.

Tahun demi tahun berlalu, acap kali ulang tahun hari jadi arwah, FBnya dijadikan tempat untuk dipahatkan ucapan selamat.

“Moga arwah tenang di sana”
“saya akan sentiasa mengingati awak”
“saya rindukan awak, selamat hari lahir Nur”

Teman-teman rapatnya akan melepaskan rasa rindu di dada FB arwah.

“Hai gadis cantik, selamat hari lahir”
“ehem-selamat hari lahir, saya baru tengok gambar-gambar awak, cantik sangat, boleh berkenalan”

tidak kurang juga yang baru mengenali arwah dan tidak mengetahui akan berita kematiannya.

“kepada rakan-rakan FB yang tidak mengetahui akan berita kematian arwah, Sesungguhnya arwah telah lama meninggalkan kita, harap kita membincangkan soal kebaikan arwah sahaja”

Seorang teman baik arwah mengingatkan teman-teman FB yang merupakan kenalan baru FB arwah.
Antara komen yang dibalas.......

“dah meniggal ke..ushh, silap target orang pula..maaf-maaf..Terlepas aku..hu3..Takziah”

Komentar demi komentar, post demi post tanpa tapisan diberikan. Setiap tahun kelahiran dan kematian arwah. Setiap gambar-gambar arwah terus kekal berada di dalam akaun FB. Ada juga pihak yang mengambil gambar arwah dan dimuatkan di page-page seperti “Gadis-gadis Kiut” “Senyuman menawan” “ Gadis tudung Melayu” “wanita idaman lelaki” dan sebagainya. Gambar-gambar yang diambil sudah pasti tanpa izin si empunya diri. Almaklumlah, FB ini kan hak peribadi bersama. Sesiapa sahaja mampu mengaksesnya.

Kesannya terus mengalir kepada si arwah. Bagaimanakah keadaan arwah Nur Khusyairah di alam sana. Adakah arwah aman dan tenteram disaat FBnya yang dipenuhi gambar yang tidak membuat si pelihatnya tenang????  Tenangkah arwah?? Apakah tindakan yang mampu diambil oleh teman lelakinya, adakah teman lelakinya itu akan membiarkannya?? Bagaimana pula ahli keluarganya yang tidak tahu menahu soal FBnya.?? Fikir-fikirkanlah..

Tidak salah mempunyai FB tapi fikirkanlah apa kesannya. Tak salah memuatkan gambar tapi fikirkan tujuannya,, Mari kita Fikirkan saat kita tidak mampu mengetahui apa yang berlaku di FB kita.

Apakah yang  bakal terjadi pada FB kita. Tenangkah kita nanti??

Kisah ini adalah bayangan fikiranku semata-mata setelah menonton video di link ini http://www.facebook.com/video/video.php?v=1442784326157&comments pagi tadi, tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang sudah meninggal dunia. Maaf jika kita terasa...


**Al-Fatihah.. buat Srikandi YB Dr Lo'lo' Bt Mohd Ghazali, moga Allah menempatkan beliau di kalangan orang2 yg dikasihi dan diredhai..Amiin..Takziah buat keluarga Arwah.

Kematian beliau sangat dirasai oleh ramai Pihak...Bagaimakah kematian kita kelak??

23.5.11

MAS - SG

Negara Ke-4:

Mata Farid kelihatan dikecilkan gara-gara sinaran cahaya matahari yang benderang. Dia terus merenung ke luar tingkap sambil memikirkan sesuatu. Bas First Coach bergerak pantas menuju ke negara yang terkenal dengan gelaran Kota Singa atau Lion City. Haulid sudah lena diulit mimpi diikuti hampir keseluruhan penumpang termasuk dua orang gadis Singapura yang mesra dipanggil Has dan Uney. Pemandu bas yang segak berpakaian baju korporat warna putih berbelang hijau kelihatan fokus pada pemanduannya. Berbaki 2 jam untuk melepasi imigresen yang memisahkan antara dua negara yang pernah bersama suatu ketika dahulu. Malaysia dan Singapura.


Dan saat ini, negara kecil Singapura ini meliputi 63 buah pulau dan sebahagian tanah besar dengan keluasan hanya 704 kilometer per segi. Seiring dengan Hong Kong, Korea  Selatan dan Taiwan, Singapura juga telah diangkat sebagai ‘4 Asian Tigers’.
Difahamkan, Singapura mempunyai pelabuhan yang tersibuk di dunia dan merupakan pusat tukaran mata wang asing ke-4 terbesar di dunia. Singapura juga dianggap sebagai tempat paling mudah dan mesra untuk menjalankan urusan perniagaan.

Passport bewarna merah dipegang rapi, dibelek-belek dan dicop sebagai tanda masuk ke negara Singapura pada 19 Mei 2011. Petugas di Imigresen Singapura tersebut memberikan senyuman sebagai tanda selamat datang. Perjalanan diteruskan lagi. Cuaca agak panas, dari jauh kelihatan sebuah jambatan teguh memisahkan antara Johor dan Singapura. Bahasa yang digunakan pada papan tanda juga sudah sepenuhnya berubah. Bahasa Inggeris keseluruhannya. Perbezaan negara sudah mula dirasai. Banggunan-banggunan dibina tinggi, tidak kelihatan sedikit kekotoran pada banggunan-banggunan yang dibina termasuk rumah-rumah flat. Kenderaan-kenderaan di situ juga kelihatan mewah, Mazda, Toyota, Honda, Mercedes Benz, Jaguar, dan beberapa lagi jenis kederaan mewah  tidak putus-putus kelihatan di kawasan jalan.

Farid mula memikirkan sesuatu, adakah ini yang disebut oleh orang ramai,

"singapura ni sangat bersih, tapi banyak orang asing"
"Singapura best, tapi mahal lah"
"Singapura ni orang-orang kaya banyak di sana"


Sekali dilihat ada benar kata-kata tersebut, tapi takkan sekadar melihat sahaja tanpa meneliti. Negara Singapura merupakan negara yang keempat pernah dilawatinya setelah negara China, Mesir, dan Indonesia. Negara China yang dikatakan bakal menguasai ekonomi dunia juga pada dasarnya masih berlaku banyak penindasan kepada rakyat, sama juga seperti di Mesir, negara itu sudah lama bertapak di peta dunia tetapi masih berada jauh di belakang negara-negara kecil seperti Brunei dan Malaysia. Kadar kemiskinan yang tinggi sangat berleluasa. Pimpinan negara tersebut yang menjadi punca sehingga menyebabkan kebangkitan anak muda melakukan revolusi menukar pimpinan negara. Di Indonesia, jika dilihat melalui sinetron Indonesia samaada, Bawang Merah Bawang Putih, Anakku Bukan Anakku, Cinta Marshanda, Mutiara Hati dan sebagainya seakan-akan digambarkan kehidupan di sana mewah-mewah sahaja. Tidak hairanlah ada rakyat indonesia yang mengatakan "usah percaya cerita-cerita itu, semuanya menipu". Benar, dalam kemewahan kota jakarta, kepadatan rakyat Indonesia dan keluasan negara . Masih ramai lagi yang ditindas dan tidak diberi perhatian. Bagaimana pula dengan negara Singapura ini. Fikiran Farid terus berfikir.

Langkah diatur, Stesen MRT dituju, Sistem Pengangkutan Gerak Cepat atau bahasa inggerisnya Mass Rapid Transit, MRT ialah sebuah sistem alihan laju yang membentuk tulang belakang sistem kereta api di Singapura, menjangkau keseluruhan negara kota itu. Bahagian permulaan MRT, di antara Stesen Yio Chu Kang dan Stesen Toa Payoh, dibuka pada 1987, menjadikannya sebagai sistem metro kedua tertua di Asia Tenggara, selepas Sistem LRT Manila. Ia seakan sama dengan LRT di Malaysia mungkin dari sudut kelajuannya sedikit berbeza.  Kawasan Paya Lebar dan Geylang dituju. Tertulis di sebuah banggunan bewarna Hijau putih " Madrasah Wak Tanjung" tempat beberapa orang sahabatnya pernah belajar menimba ilmu duniawi dan ukhrawi. Madrasah tersebut terletak berdekatan dengan Masjid Wak Tanjung yang seakan-akan dihimpit oleh banggunan-banggunan yang tinggi. Kelihatan sebuah bas dari Yayasan Islam Kelantan (YIK) baru usai melawat Madrasah Tersebut, salah seorangnya adalah Mudir Pulai Chondong yang merupakan bekas Mudir Haulid.


(Farid terus berfikir apa yang ingin dia tulis di blognya dan inilah hasilnya:)


......................


"Perjalanan diteruskan lagi, langkah diatur rapi melepasi banggunan-banggunan yang tinggi. Dimulai dengan singgah di restoran Melayu Geylang, kemudian rumah kakak Unaizah yang terletak di Pasir Ris dan kemudian pada malamya melawat NUS atau National University Singapore  yang merupakan universiti  tertua di Singapura dan universiti yang terbesar di negara itu dari segi bilangan pendaftaran pelajar serta kurikulum yang ditawarkan. Sejak 1 April 2006, universiti ini telah menjadi sebuah syarikat universiti bukan untung yang berhad dengan jaminan.
setelah itu , menuju ke Jurong East menziarahi rumah Siti Khadijah atau nama famousnya Jaja Diranie untuk makan malam, terima kasih diucapkan atas makanan dan duit rayanya:)..


Setelah itu pulang ke rumah kakak Unaizah untuk ambil beg pakaian dan pergi rumah seorang lagi kakak Unaizah sebagai tempat penginapan. Sangat mewah. Alhamdulillah. Sangat terkesan dengan kebaikan keluarga Uney dalam menerima tetamu, persis Nabi kita yang sangat memuliakan tetamu. 


Kelihatan Farid dan sahabatnya Haulid diulit mimpi di bilik yang sangat indah berseri. 




-USS- You Will Never Find The Book-

Langkah dituju ke MRT, Bas yang sangat bersih dan bercirikan sistem tiket yang unik dinaiki. Hari itu merupakan hari untuk merasai kehebatan Universal Studios yang telah dibuka pada bulan Januari 2010, merupakan taman perrmainan Universal Studios yang pertama kali dibuka di wilayah Asia Tenggara, dan merupakan yang kedua di wilayah Asia setelah Universal Studios Japan. Taman permainan yang bertemakan filem-filem terkenal Hollywood produksi Universal Studios ini terletak di Pulau Sentosa, Singapura. Harga tiket bernilai 58 dollar Sg bersamaan sekitar RM140.. 



"Are you ready, let's go",seorang petugas wanita di kawasan Battlestar Galactica bersuara. Sejurus itu roller coaster yang dinaiki memecut laju dan berpusing meluncur laju di atas landasannya. Jeritan dari penumpang  mula didengari tidak putus-putus.


Suasana berubah seram, bunyi lagu arab mula kedengaran, pintu utama dimasuki, suasa gelap gelita, cahaya kemerahan mula kelihatan, seakan-akan api. Kelihatan sebuah patung tegak bediri dan ada yang seakan-akan dirantai tapi mahu melepaskan diri. Kawasan The Mummy itu berlatarkan muzik yang agak menyeramkan. Roller coaster khas untuk merasai perjalan kisah tersebut disediakan. Farid dan sahabat-sahabatnya sudah memasuki perut kenderaan tersebut.
Beberapa saat sahaja kenderaan itu sudah ditelan kegelapan, suara dari watak-watak filem The Revenge Of The Mummy mula kedengaran. You Will Never Find The Book!!!. Sangat menakjubkan. Untuk merasainya dengan lebih mengerti klik di sini

 http://www.youtube.com/watch?v=VzRPBLPmzJQ&feature=related...


..........


Kemudian ke kawasan, Madagascar, The Lost World, kawasan Hollywood, New york City, dan antara yang menarik adalah di Far Away, penayangan Filem 4D Shrek yang sangat meakjubkan seakan-akan kita merasai berada dalam filem tersebut..Setelah itu, keluar dari Pulau Sentosa dan menunaikan Solat. Setelah itu makan malam dan pulang ke rumah awal. Kerana terasa amat penat. :)




Kejapnye, Datanglah lagi :)



Pagi itu sementara menunggu kedatangan tourist guide yang sangat awal:), sempat berdiskusi bersama kakak Uney, banyak pengetahuan yang dapat perihal hak orang melayu di sana terutamanya, nak cari kerja juga susah, dan ada yang terpaksa tanggal tudung untuk mendapat pekerjaan, tapi setelah dapat, pakai semula, cuba bayangkan nilai sebuar rumah flat adalah sebanyak 360 ribu dollar SIngapura bersamaan kira-kira RM750 RIBU , samapi bila pon takkan dapat bayr dan rumah itu menjadi hak milik sendiri hanya 99 tahun sebelum jatuh ke tangan kerajaan semula, tidak hairanlan kerana dikatakan Singapore is a Fine City. Mencekau duit rakyat sahaja.

Setelah berdiskusi ilmiah bersama kakaknya, perjalanan diteruskan ke kawasan Bugis, Unaizah Has belanja makan, katanya mak suruh belanja:) terima kasih, kemudian Solat di Masjid sultan dan kemudiannya ke Kawasan Bugis Street untuk membeli belah, habis juga 50 dollar SG di situ, seterusnya ke kawasan kota utama yang pasti dikunjungi oleh pelancong Seperti Esplanade ,Flyers dan Di situlah terletaknya Merlion Singapura atau mudah dikenali sebagai kepala singa yang pancut air dari mulutnya:)..Tapi saat itu, Merlion tersebut sedang dibaiki akibat kena panah kilat. Sebab apa tu agaknya ya. Farid berfikir, dalam fikirannya mungkin sebagai amaran dari Allah.


Setelah itu bergerak ke Tampines untuk menziarahi rumah Hasanah, Sup tulang dihidangkan, tapi agak berlainan dari malaysia kerana ia seakaan-akan kari. Menghirup sum-sum diajarkan oleh "pencinta kucing" tapi Farid tidak melakukan. Setelah usai solat maghrib, perjalanan diteruskan ke rumah Abang Faizal ( Suami kak Long Uney), bersiap-siap untuk dihantar ke Tanjung Pagar. Stesen Kereta Api yang bakal ditutup dan dipindahkan ke Woodland. Sebelum pulang dapat lagi duit raya:) dan 
Farid juga sempat memberi sedikit cenderahati kepada mereka. Alhamdulillah. Teringat pesan kakak Uney dan Abang Faizal. Kejapnye, Datanglah lagi, tidur je di sini.. InsyAAllah..:)

Penutup:




Terima kasih dan jka ada istilah lebih tinggi dari terima kasih itulah selayaknya buat semua yang terlibat menjayakan perjalanan ini. Singapura pada keseluruhannya sangat menarik untuk dikunjungi tapi duit kene cukuplah. Ini pon selamat banyak yang ditanggung. Penginapan, makanan, Ezlink(kad pengangkutan di sana, naik bas, mrt semua pakai tu..itu pon ditanggung:) siap dapat "duit raya" lagi..Syukran sangat-sangat...Kepada  Unaizah dan keluarga, Hasanah Jamaludin dan keluarga, Jaja diranie dan keluarga .kepada amirah, Abang Faizal dan semua yang terlibat..Jasa kalian sangat bermakna dalam hidup ini,,Moga diberkati Illahi..Amiiin...Alhamdulillah..
Jumlah keseluruhan sendiri Hanya RM200..:) Speechless..



11.5.11

21 TAHUN ??? Alhamdulillah.

SubhanAllah wal Hamdulillah, segala puji bagi Allah yang memerintah sekalian alam. Kurniaan umur yang panjang seharusnya digunakan dengan sebaiknya. Setiap kali umur bertambah menandakan bahawa kita mendekati kematian.

Selama 21 tahun hidup di dunia yang penuh dengan godaan dan rintangan, tidak kurang juga kemanisan dan keriangan sangat mematangkan kita dalam pemikiran. Siapa sangka kita mampu hidup sejauh ini, bayangkan sekiranya saat umur kita masih muda sudah ditimpa musibah yang tidak diduga dan barangkali kita sudah tiada di dunia ini. Ini sudah pasti kurniaan yang sangat besar dari Allah kepada kita, maka wajiblah kita sebagai hamba bersyukur atas nikmatnya selari dengan tindakan kita.

Saya hanya mampu ucapkan jutaan terima kasih kepada teman-teman yang mendoakan kesejahteraan saya dan mengucapkan dengan ucapan selamat hari lahir samaada melalui Facebook, HP dan apa-apa cara sekalipun, setiap ucapan kalian amat memberi makna yang mendalam bagi diri yang sangat hina di sisi Allah dalam melakukan perubahan- demi perubahan semata-mata untuk mencapai keredhaanNYA..Saya juga doakan kalian mendapat keberkatan dan keredhaan dalam setiap perkara yang kita lakukan InsyAAllah..Sekali lagi ucapan terima Kasih dan moga kita diberkati dalam setiap tindakan dan kehidupan kita.Amiiin..

Info: 11 Mei 1946 adalah hari Perubuhab Kebangsaan Melayu Bersatu atau lebih mesra dipanggi (UMNO) yang terus maju :)

Tulus dari seorang sahabat kepada sahabat....
-11 Mei 2011-

-Meor Farid Asyradi Bin Meor Zahidi
-umur 21 Tahun
-Sains Politik Islam Akademi Pengajian Islam
-Universiti Malaya.






8.5.11

Ada Apa Dengan Ibu???

Persoalan di atas bila sekali baca seakan-akan agak keterlaluan, tapi bersabarlah kerana ia cuma persoalan bagi mereka yang tidak tahu erti seorang Ibu. Jika kita baca Ada Apa dengan Cinta?? persoalan ini mengundang tanda tanya yang pastinya berbeza. Ada yang akan mengatakan cinta itu ibarat kurap, rasa sedap bila digarukan, ada juga yang menjawab cinta ibarat kentut, sakit ditahan dan lega bila dilepaskan dan pelbagai lagi. Namun jika persoalannya Ada apa dengan Ibu?? pastinya jawapan yang hampir sama.

Mungkin ada yang menjawab:

-"Kalau awak suruh saya memilih antara awak dan ibu saya, sudah pasti saya memilih ibu kerana ibu hanya       satu tidak boleh dicari ganti manakala gadis lebih dari satu dan boleh dicari lagi jika mahu". :)
-Ibu adalah segala-galanya...
-Aku cintakan ibu...
-Ibu membuatku bahagia, Ibu yang membesarkanku dari Kecil
-Ibu adalah ratu dalam hidupku.
-Ibu adalah dahan bagi pokok yang merimbun.
-Ibu ada rasa penat menjaga kita walaupun dia menyembunyikannya
-Ibu ada rasa cinta dan sayang buat anak-anaknya
-Ibu ada rasa marah kerana terlalu sayangkan anak-anaknya
-Ibu ada duit poket untuk anak-anaknya yang masih belum bekerja..Oppps:) (gurau je..he3)
-Istilah Ibu juga banyak digunakan seperti ibu jari, ibu kota dan sebagainya.
-Ibu juga digunakan bila kita terlupa sesuatu iaitu "alaMAK" kan.

Jawapan bagi persoalan ini semuanya pasti sama dan positif sahaja. Namun sedar tidak sedar, ada juga anak yang menganggap ibunya umpama sampah, ada yang sanggup membiarkan ibunya terlantar di rumah orang tua, ada juga sanggup mengetepikan ibunya gara-gara seorang isteri yang tidak tahu naluri dan tidak punya hati seorang ibu. Inilah hakikatnya tatkala hati diletakkan dalam peti besi. Habis terkunci kerana tiada peri kemanusiaan yang sejati.

Dalam menyelusuri kehidupan kita, pelbagai hari telah diadakan seperti hari raya, hari guru, hari buruh, hari merdeka, hari jadi, hari bapa, hari anak-anak dan harimau (",) yang pastinya hari-hari ini adalah bagi mengingati sesuatu peristiwa termasuk juga hari ibu yang disambut di seluruh dunia. Jika di Malaysia pada tahun ini, hari Ibu disambut pada hari Ahad (8 Mei 2011), namun ia bukanlah syarat kita mengucapkan selamat hari ibu pada hari tersebut. Ia cuma sekadar tarikh untuk disamakan. bahkan kalau di negara-negara lain , hari ibu sudah pun disambut. Kita memandang sambutan hari ibu ini dari sudut yang positif, mungkin ada yang akan kata, ini budaya barat, tiada dalil, dan sebagainya. Tapi pandang ia sekadar sambutan peristiwa yang dilakukan atas dasar cintakan ibu kita. Benar, kita tidak perlu mengucapkannya pada hari yang tertentu kerana sudah pasti kita wajib hormat dan patuh kepada ibu yang melahirkan kita. Moga dengan apa yang kita lakukan diterima dan diberkati oleh yang maha mengetahui setiap hati hamba-hambanya.


Saya juga mahu mengucapkan Selamat Hari Ibu, Mak, Mummy, Mom, Mok, kepada semua yang mendapat gelaran-gelaran ini. terutamanya kepada mak saya, Mastura Binti Mior Adlan yang sudah melahirkan saya pada 11 Mei 1990. Maaf mak, saya tak ingat peristiwa saya dilahirkan walaupun saya cuba mengingatinya , pasti saya menangis kegembiraan saat itu kan kerana dapat lahir beriibukan mak dan beragama islam:)..Sekarang saya sudah meningkat dewasa dan tibalah masanya membalas jasamu semula cikgu. Moga hidup mak terus diberkati dan dilempahkan rezeki yang baik dalam keluarga kita. IMPIAN MASDIRA Amiin..

Disedekahkan juga Al-Fatihah kepada arwah-arwah Ibu yang sudah pergi meninggalkan kita. Setiap yang hidup pasti akan mati. Itulah hakikat kehidupan di dunia ini yang tidak kekal abadi.

''Maka rasa sakit akan melahirkan anak memaksa ia (bersandar) pada pangkal pohon kurma, ia berkata: “Aduhai, alangkah baiknya aku mati sebelum ini, dan aku menjadi sesuatu yang tidak berarti, lagi dilupakan...''                                                   ( Maryam,  23)

''Seorang pemuda berjumpa dengan Rasulullah S.A.W dan berkata:  Wahai Rasulullah s.a.w, siapakah orang yang lebih berhak mendapat layanan dan kasih sayangku?  Nabi s.a.w berkata:  Ibumu.  Kemudian siapa pula?  Nabi s.a.w berkata:  Ibumu.  Dia bertanya lagi:  Kemudian siapa pula?  Nabi menjawab:  Ibumu.  Bertanya lagi beliau:  Kemudian siapa?  Nabi s.a.w berkata: Bapamu...''                                                  
(Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)
                                                                                                      
''Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha" dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)...''                                                                                                                                                                                                    
                                                                                                                             (Al-Israa', 23)


Lagu Sempena Hari Ibu dari AL-Hararr http://alhararr.webs.com/ :







Info: Pilihanraya Singapura Ke-11 :People's Action Party PAP (81) , Worker's party WP (6)       http://www.ge.sg/                               

                                                     


Rakyat Singapura fikir-fikirkanlah apakah kesan keputusan Pilihan Raya ini. Kuasa semuanya ditangan pengundi..PRU-13 Malaysia bakal menyusul pula....?????