Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2011

Selamat Datang Ke Universiti Malaya PM China!

Universiti Malaya hari ini melakar sejarah gara-gara lawatan rasmi TYT Wen Jiabao Perdana Menteri Republik China ke Universiti tertua di Malaysia tersebut. Beliau hadir untuk bersama-sama dengan warga Universiti terutamanya bersama dengan pelajar daripada negara China, namun kedatangan beliau bukan sahaja diraikan dengan penuh gilang gemilang oleh staff dan para pelajar Universiti malaya tetapi turut dimeriahkan lagi dengan demostrasi kecil dilakukan oleh kumpulan yang menuntut pembebasan aktivis hak asasi manusia China Ai wei Wei   yang diadakan beberapa minit sebelum ketibaan PM China tersebut. Sila klik  http://www.malaysiakini.com/news/162618  pasti mereka ada sebab buat perkara tersebut. Kita nantikan apa kesudahannya. Sejujurnya, kedatangan beliau ke Universiti Malaya mengingatkan aku saat berada di China (2 hari lagi genap setahun peristiwa saat aku berada di sana). Negara yang sangat maju walhal mereka menggunakan bahasa ibunda sendiri. Masih ingat lagi kesukaran saya

Moga roh Arwah dicucuri Rahmat..Amiin

Yang hidup pasti akan mati dan yang kekal hanya yang maha esa. Kehidupan di dunia ini hanya sementara dan cuma pinjaman semata-mata. Kita yang masih hidup tidak tahun bila tarikh kematian kita dan bagaimana cara kita menghadapinya dan di mana kita akan menemui saatnya. Maka kita disarankan untuk sering mengingati kematian sesungguhnya orang yang bijak itu adalah berfikir-fikir soal kematian. Sedang aku menikmati nikmat tidur atau "mati kecil"  tengahhari tadi untuk hilangkan rasa tekanan minggu peperiksaan, tiba-tiba dikejutkan dengan satu mesej yang bertulis "Mudir kita dah kembali ke rahmatullah jam 4.20ptg tadi d icu taiping.Al Fatihah.. mesej ke2: Al fatihah. ustaz Kamaruddin b. Ahmad. Mudir Madrasah Idrisiah telah kembali ke rahmatullah pada kira-kira jam 4.20ptg. 26/4/2011. Wad Icu, c2 katil 12 Hospital Taiping. Moga rohnya dicucuri  Allah Subhanu Wa taala. Innal Lillahi wa inna ilaihi roji'un. Hubungi anaknya. Lukman Razi/ munirah 018572132 / 013581323

Selamat Menghadapi Peperiksaan Kepada Semua:)

Assalamualaikum semuanya. Kepada member Universiti Malaya terutamanya dan pusat-pusat pengajian yang lain, saya pasti saat ini kita sedang sibuk mengulangkaji pelajaran dan saya juga pasti ada yang tension-tension , serabut, sakit perut, makan pun lupa, time-time ni juga ada ujian yang menimpa seperti barang kesayangan hilang(semoga si pencuri mendapat ganjaran yang setimpal) dan sebagainya. tapi ada juga yang buat tak tau je, boleh lagi tengok movie , jalan-jalan, borak-borang kosong, tidur, "bergayut" berFB / berblog ( mcm sy :)). Tak percaya rujuk rakan-rakan FB anda. Tengok status diorang:) Apa-apa pun yang kita lakukan kita letakkan misi dan visi kita di hadapan, betulkan niat kita jangan sampai apa yang kita lakukan mencacatkan sedikit sebanyak masa hadapan kita, kita ikut sistem pelajaran yang memerlukan kepada peperiksaan dengan baik. Esok dah ada sahabat-sahabat yang akan menduduki peperiksaan, saya doakan kalian dipermudahkan oleh yang Maha Berkuasa..InsyAAllah.