16.6.10

Musafir Ke Kelate

Musafir..Menurut Istilah diari kehidupanku, musafir membawa makna menjelajah, mengembara dan menyelongkar Isi dunia kerana Allah.

Ia benar, pepatah pernah menyebut, jauh perjalanan luas pemandangan. Begitulah kehidupan. Perlu bergerak atau perkataan arabnya تحّرك . Jika kita biarkan diri kita terus dibelenggu dengan sifat-sifat malas, buang masa, dan sebagainya, maka ia membuatkan diri kita berada dalam kerugian. Adapun kehidupan itu berakhir dengan dua cara. Pertamanya Husnul Khatimah dan keduanya su ul khotimah. Persoalannya, bagaimana kita mencorakkan kronologi kehidupan kita untuk menuju kepada pengakhiran yang kita impikan. Apakah medium yang kita gunakan untuk mencantikkan perjalanan jantung yang  mengepam darah kita untuk bergerak menuju Illahi. Adakah sudah cukup menyatakan kita ini beriman selagi kita tidak diuji???

Sedikit teguran pada diri yang sangat hina ini, adakah engkau mengira kehidupan engkau akan berakhir dengan keadaan baik kelak??

Ya Allah, aku mengharapkan keredhaanmu dalam setiap perilaku aku. Amiin.

Syukur Alhamdulillah, baru- baru ini penulis dapat menjejakkan kaki di negeri Kelantan Darul Naim, sudah 4 bulan tidak ke sana. Jika sebelum ini, negeri inilah menjadi medan persediaan diri dan study, kini menjadi kenangan peribadi yang abadi. Penulis ke sana dengan beberapa tujuan pertamanya menyahut jemputan sahabat untuk mengikuti kursus pengurusan organisasi Maahad Muhammadi Gua Musang dan program Syabab Qiadi(kepimpinan) Maahad Rahmaniah Kuala Krai. Sahutan itu bertindak dengan mengikuti rombongan sekolah ibu yang sememangnya mahu melawat negeri Cik Siti Wan Kembang itu. Dapat juga bersama dengan adik-adik Sekolah Kebangsaan Temong serta memberi sedikit motivasi buat mereka.

Perjalanan Penulis dimulai dengan melawat  Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Nilam Puri yang dirindui oleh rata-rata bekas pelajar kerana merasakan ladang inilah yang terbaik untuk bercucuk tanam. Penulis bersama seorang sahabat rapat(Fadhlan)menginap di sana sehari dan dapat juga saya mengenal beberapa pelajar baru di sana termasuk pelajar sekolah menengah saya.

Keesokannya saya dan Fadhlan bertolak menaiki motosikal ke Rantau Panjang dan menginap semalaman di rumah sahabat saya iaitu Nasrul Alam. Keesokannya menaiki Bas ke Kota Bharu dan terus ke Gua Musang.

Saya berada di Gua Musang bersama beberapa sahabat yang lain seperti Buhairi, Syis, Rasyid dan Rosdi. Kami berlima ditaklifkan sebagai Fasililitator Kursus ini dan saya diarahkan memberi bengkel mengenai Pengucapan Awam. "Pengurusan organisasi sebenarnya mudah difahami apabila dipraktikkan dalam kehidupan kita, bukan sekadar mendengar teori sahaja, perlukan kepada tindakan". Begitulah yang saya khabarkan kepada adik-adik kumpulan saya yang terdiri daripada pelajar tingkatan satu hingga tingkatan 6.

Setelah empat hari tiga malam di sana dan saat itu Perlawanan Piala Dunia sudah pun bermula, kami terus menuju ke Kuala Krai untuk program seterusnya di Maahad Rahmaniah. Pelbagai pengalaman menarik yang mereka lalui seperti slot JJCM iaitu Jalan-jalan cari mad U(orang yang didakwah), mereka dikerahkan menggempur kg Rahmat yang terletak berhadapan dengan sekolah mereka untuk bertanya khabar dan becakap mengenai ISLAM. Setelah 2 hari satu malam di sana bersama dengan adik-adik kepimpinan sekolah, kami teruskan perjalana ke Kg Kalai Jeli untuk melawat  dan bermalam di rumah Keluarga angkat di sana.

Keesokannya kami melawat sahabat kami iaitu Fadhullah di kediaman beliau.Kg Legeh nama tempatnya. Rezeki saya, ketika dalam perjalanan ke sana, saya terlebih dahulu melawat pak cik polis yang sedang buat kenduri kesyukuran di tengah jalan. Saya juga diberi bunga telur yang sangat sinonim dengan WANG.:). Kemudian kami terus bertolak ke Machang untuk menghantar saudara Syis manakala saya dan Buhairi teruskan perjalanan ke Nilam Puri untuk menyewakan kereta Edikop di sana. Cadangan kami untuk bertolak pulang pada malam itu tidak menjadi dan kami bermalam di Akademi pengajian Islam NP yang menerima kunjugan RoadShow Gaza yang disampaikan oleh Tn Hj Noorazman bin Mohd Samsuddin ketua misi ke Gaza malam sebelumnya.

Secara tuntasnya, perjalanan atau permusafiran seminggu saya ini membawa sesuatu erti yang saya sendiri tidak mengerti. Apa yang pasti, ia berkaitan dengan pengorbanan dan perkongsian ilmi.

Semoga Allah meredhai kehidupan ini. Amiin.Sekian.

1.6.10

Ya Allah..Selamatkan misi Mereka.Aminn

ZIONIS!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! LAKNATULLAH.

Sejak 3 hari ini aku menerima puluhan mesej yang disampaikan oleh teman2 ku..Semuanya mengenai kekejaman Zionis/Israel yang menghalang dan mahu merampas kapal2 Konvoi LL4Gaza di perairan Gaza. Dikhabarkan Kapal Mavi Marvara telah ditembak dengan helikopter Israel dan kapal2 lain dikepung oleh kapal2 Israel..Ada di antara sukarelawan yang mati shahid dan ada yang cedera akibat kekejaman Zionis walhal misi konvoi ini tiada menggunakan atau membawa sebarang senjata untuk mempertahankan diri. Mereka ke sana semata2 disebabkan perikemanusian. Pelbagai pihak mengutuk tindakan biadab misi Israel yang dinamakan  “Operation Sky Wind” / Operasi Angin Laut” bagi menyerang dan menangkap aktivis armada bantuan kemanusiaan Gaza atau Freedom Frotilla yang akan bergerak menuju ke Gaza. Sebanyak 8 buah kapal dan sekitar 800 aktivis hak asasi manusia termasuk rakyat malaysia yang menyertai misi ini.



Berikut adalah nama-nama rakyat Malaysia yang menyertai Misi Talian Hayat Untuk Gaza (LL4G) yang berada di atas kapal penumpang “Mavi Marmara” milik IHH, Turki ketika diserang oleh komando laut Israel di perairan antarabangsa.
  1. Tn Hj Noorazman bin Mohd Samsuddin, HALUANPalestin
  2. Dr Mohd Arbai’e bin Syawal, HALUANPalestin
  3. Dr Syed Muhammad Haleem bin Syed Hasan al-Haddad, HALUANPalestin
  4. Ust Al-Hami Husain bin Suhaimi, HALUANPalestin
  5. Mohd Nizam bin Mohd Awang, HALUANPalestin
  6. Ust Hasanuddin bin Mohd Yunus, Aqsa Syarif
  7. Tn Hj Jamuliddin bin Elias, Yayasan Amal
  8. Dr Selamat bin Aliman,  Jemaah Islah Malaysia (JIM)
  9. Abdul Halim bin Mohd Redzuan, Muslim Care
  10. Mustafa bin Mansur, MAPIM
  11. Ashwat bin Ismail, Wartawan ASTRO
  12. Shamsul Kamal Latif, Juru kamera ASTRO
sumber:http://www.lifeline4gaza.org/


 Ya Allah..Selamatkanlah mereka..Marilah kita sama2 bangkit membantu mereka melalui doa dan solat hajat kita. Buangkan keegoan kita demi saudara seislam kita.Cuba bayangkan kita ditempat mereka..Bagaimana???

untuk maklumat lebih lanjut mengenai perkembangan konvoi ini.Sila layari http://twitter.com/sahabatalaqsha