Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2009

Salam Lebaran

Assalamualaikum,,pertama-tamanya saya ingin memanjatkan kesyukuran kepada illahi kerana memberi peluang kepada saya untuk menamatkan ramadhan pada tahun ini,,adakah ramadhan tahun hadapan dapat ku temui???ok,,kelihatan semua orang Islam saat ini saling bermaaf-maafan dan mengucapkan selamat hari raya aidilfitri,justeru,,saya juga ingin mengucapkan kepada semua insan yang mengenali saya,,maaf atas semuanya dan SELAMAT HARI RAYA>>to APIUM students,,jangan lupa exam 27hb ni..balik awal ye semua..:p..k la,,saya nak buka puasa kali terakhir pada ramadhan ni..syawal akan menyusul.. Info:PAk Lah Jadi pengerusi IKIM FM *Nordin Mat Top korban 27ramadhan di rumah persembunyiannya (Nordin merupakan pengganas yang dikehendaki serantau asia..Rakyat Malaysia tu. tapi bergiat aktif di Indonesia.Jemaah Islamiah yang terlalu ekstrem??)

Ketika Syaitan Berbisik

ketika syaitan berbisik. "Arghhhhhhhhhhhhhhhh!,ni semua salah aku,kenapa aku macamni,aku sombong,bongkak,macam hebat, exam dah dekat,nak kata kuat hafalan tak,pandai pon tak, pointer dah la rendah tapi boleh relax je,'’Solahudin memukul-mukul kepalanya dengan botol yang tidak berisi air,jeritan drastik Solahudin membuatkan penghuni blok Al Ghazali terkejut terutamanya jiran penghuni bilik 330 yang berada di tingkat dua,ada juga yang terasa dengan kata-katanya,tidak kurang juga yang mengatakan dirinya gila."kenapa ni solah,tiba-tiba je menjerit macam orang gila. Are you ok my dear ?”Ahmad cuba menanyakan situasi diri Solahudin yang sebenar."ala,biasala tu,penyakit gila dia dah datang”sampuk Syukri yang berada di muka pintu 330 setelah mendengar jeritan solahudin.Sahabat-sahabat solahudin sudah bosan dengan sikap ganjilnya yang suka menjerit secara tiba-tiba,pernah suatu malam ,solahudin tiba-tiba menjerit seperti terkena histeria,hampir seluruh penghuni blok Al Ghaz

SOALAN SPOT??

fikir raye,dibatasi dengan pekse..hmmm..bnyknye dugaan dok kat umah ni..dah bape hari saya cuti,,tapi sekali pown tak baca buku., dah tau nak peksa,,tapi wat2 macam xtau ja.Ya ALlah,,lemahnya aku..xboleh jadi ni..kalau xbersedia,,nak jawab apa peksa nanti..takkan nak tiru kot cik radi.,.jangan!!!!so.time cuti ni bnyk la soalan2 spot yang menjengah ke muka hp cHina ku.. eventhough kita xleh brgantung sepenuhnya pada soalan spot.. at least ,kita dapat tau gak nak baca apa kan,,takkan nak baca satu kitab kot,, futhermore ,kita mampu bersedia awal,entah2,soalan spot tu betul2 keluar kan. .consequently ,aku kene belajar jugak sekarang,,kene start dari sekarang..TAKBIRR..ceh semngat je lebih..hipokrit2..dahla..jom study .. Info:harini teman mak pergi Specialist,check mata beliau..alhamdulillah..dah beransur pulih,pastu g umah tok dan opah(sebelah mak) di silibin,lame tak jenguk diorg.

Pengeras???

Alhamdulillah,ana selamat tiba di rumah yang akan menjadi medan perjuanganku untuk membaca dan bersedia dengan peperiksaan akhir pada 27hb ni,,mampukah aku??satu persoalan yang mencabar ke gentlemen ku..('',),sy tiba di negeri berdaulat ni pada jam 3 pagi,pemandu bas memandu agak laju tika itu,Alhamdulillah tidak ada perkara yang kita tak mahu tahu berlaku.Dapat juga penulis merasai nikmat bersahur bersama keluarga,pada hari ini,saya hanya dapat bersahur dan berbuka bersama abang dan kedua ibubapa saya,adik-adik yang lain masih berjuang dengan mata pena mereka..semoga berjaya di medan perjuangan.Pada petang tadi,saya dipinta oleh ibu untuk pergi ke rumah opah yang terletak di Kampung Karai dengan menaiki Kancil(AGU 1990).Berbicara sedikit mengenai Kampung Karai,Kampung ini adalah kawasan rumahku yang pertama,hampir11 tahun saya tinggal di sini,suasana kampung tiada tolok bandingnya,sekolah rendah saya juga bernama Sek Keb Karai..Rumah saya suatu ketika dahulu benar-benar berhad

Dahi mencecah sajadah

"Mus,awak tahu x skrg kita dah masuk ke 10 malam terakhir?"Suraya bertanya kepada Muslimah girang,"Malam terakhir apanya,Sudah nak kiamat ke?"Mus menjawab seakan-akan tidak mengerti maksud rakan sebiliknya."Astagfirullahhalazim,bukan itu maksud Su,Su ckp mengenai sepuluh malam terakhir pada bulan ramadhan karim ni,kita semua dah tahu kan,dalam sepuluh malam ni lah terjadinya Malam Alqodar.subhannallah,beruntungnya bagi sesiapa yang mendapatnya kan Mus"Suraya menjawab kekeliruan yang menjenguk kotak fikiran sahabatnya."ooo,Su cakap pasal Al qodar ke,Mus ingat apa tadi..betul kata Su,rugi tau kalau kita tak dapat rebut peluang ni,bukan mudah,sekali setahun je,entah-entah tahun depan kita x dapat sertai ramadhan lagi kan"jawab Muslimah sambil mengutip sisa-sisa makanan yang terhasil setelah mereka berbuka puasa tadi.Al hamdulillah Mus.Su seronok sangat dapat meraikan Puasa kali ni,bersama-sama dengan Mus dan semua sahabat-sahabat lain,kita Fastabiqu

Ucapan Raya??

Thanks sahabat2 yang memberi kad Raya pada ana dan semua ahli majmuah ana semalam,,ana pown sempat menyiapkan kad raya bersama mas ul mas ul majmuah 8 yang lampau:)..walaupun masih terlalu awal untuk ucapan raya ni,tapi almaklumlah,minggu ni last kat apium ni,so kene ucap awal2 la..Samat Hari Raye sume tapi bagi habis pose dulu,,kita ada lagi setengan bulan nak pose ni,,muhasabah balik apa yang kita dah buat pada awal pose yakni First half pose,skrg dah masuk second half.Pastikan kemenangan pada penghujungnya ok,FASTABIQUL KHOIROTT.(",) info: *minggu ni memang busy sangat,u,banyak sangat tugasan kene wat,,hafalan lagi,uruskan printer lagi,tapi Alhamdulillah,,hari ni mungkin sume settle,

Muktamar Kerajaan Majmuah 8

Syukur alhamdulillah,setelah satu semester ana memegang tampuk pimpinan kerajaan ini,akhirnya pada jam 7.05 pm 7/9/09 ana lafazkan ucapan cerai talak tiga kepada jawatan Mas Ul majmuah 8 bagi Semester 3,perasaan lega dan bersyukur menyelubungi perassanku tika itu,ucapan maaf dariku tidak putus2 ditujukan kepada kesemua ahli yang dipimpin olehku sebelum ini.Almaklumlah,banyak kesilapan yang ana lakukan sepanjang menjadi pemimpin ini,semoga antum dapat maafkan ana ye('',).Mengimbau apa yang terjadi semalam,pada jam 5.50 pm,bertempat di Bk 7,satu Muktamar atau kata lebih mudah Pihan Raya majmuah 8 telah dijalankan,Majlis dimulakan dengan ucapan pendahuluan dari ana,tayangan slide majmuah dan seterusnya ucapan daripada setiap ahl i.kemudian,majlis diteruskan dengan Perasmian Majalah Majmuah yang ke-2(boleh tahan juga,lebih kecil,lebih menarik,Tahniah ketua editor=Ahmad),setelah itu,Pengundian masul dan masulah baru dijalankan,kesemua ahli majmuah membuang undi dengan Lafaz bismi

Satu Malaysia

Alhamdulillah,segala puji bagi Allah yang memberi kelapangan masa kpd ana untuk mencoret sedikit pengalaman menerusi medium ini.Satu Malaysia merupakan tajuk pembentangan yang telah diberikan kepada kumpulan ana yang diwakili oleh Khairul Anuar dan Arif Mustaqim..Melalui pelajaran Kewarganegaraan yang dikawal oleh Sir Zul,kami dapat menyiapkan sebuah Power Point yang sarat dengan maklumat mengenai Satu Malaysia(rakyat didahulukan pencapaian di utamakan).kami usai menyudahkan tugasan lewat jam 2.15 pagi tadi.Pada pagi tadi bermula jam 10.15am hingga 11.15am,kami selamat mempersembahkan hasil kerja kami menerusi pembentangan ala-ala Motivasi di Bk 6.Apa yang boleh ana konklusikan mengenai Satu Malaysia yang telah dirintis oleh perdana Menteri kita yang Ke-5 Datuk Seri Najib Tun Razak ialah,kelapan-lapan kriteria yang d ilist kan oleh beliau merupakan satu perkara yang baik dan wajar dilaksanakan,apa yang penting ialah kita menerima perkara yang baik dan tegur perkara yang tidak baik..a

Bersama Dj Dj IKIM

I.K.I.M salah satu siaran radio yang sangat ana minati,jika Sebelum ini hanya bisa mengenali Dj2 radio lewat corong radio tetapi pada hari ini sy dapat bersama dengan Dj Erwan(rancangan Nasyid),Dj Mona Jazman(rancangan Mari Belajar bahasa Arab)dan Dj maslina(rancangan bersama Tenku Asmadi MEPS).Perasaan gembira menyusup ke dalam hati kerana dapat mengenali sebahagian DJ2 IKIM dengan lebih dekat,hampir setengah jam ana dapat berbual dengan mereka,sikap peramah benar2 sesuai dengan kerjaya mereka sebagai DJ radio Kefahaman Islam Malaysia.Pihak IKIM hadir di APIUM Nilam Puri bertujuan memberi peluang kepada pelajar2 membuat rakaman ucapan hari raya kepada orang yang dikehendaki bertempat di bilik mesyuarat APIUM.Insyaallah,rakaman akan di ON AIRkan pada hari raya ke2 sekitar jam 2 hingga 4.Ana juga sempat membuat rakaman,kene cakap bahasa Arab pulak,aduhai banyaknya salah tatabahasa hu3..Xpe,yang penting kita cuba ok.. Info: Rupa-rupanya kak Mona yang baca berita bahasa Arab dalam IKIM tu

Pro-Murni udah usai('',)

Sabtu-5/9/09 Pegkalan Chepa:Alhamdulillah,segala puji bagi Allah yang memberi kekuatan kepada ana untuk menghela nafas di dunia ini,,moga setiap helaan nafas membawa kebaikan kepada diri..Entry kali ini ana lebih menjurus kepada program majmuah yang telah selamat disempurnakan,,sekelumit perasaan sebak menusuk ke dalam rongga jiwa tatkala bersama-sama dengan insan pilihan Allah,,mengapa ana sebak??sebak kerana kehidupan diorang yang penuh onak duri,,ketiadaan ayah dan ibu..walaupun mereka diuji oleh Allah dengan cara mengambil insan yang mereka sayang,tetapi mereka tabah menghadapi dugaan"boleh terima x pemergian ayah"aku bertanya kepada seorang pelajar dengan sekuntum senyuman"boleh,,dulu saya seorang yang nakal,lawan cakap mak,ponteng sekolah,bila dah sampai sini,adalah sedikit perubahan,,ayah saya meninggal kerana sakit paru2"jawab pelajar itu panjang lebar..ini adalah antara perbualan ana dengan seorang penghuni asrama Yayasan Kebajikan Anak-anak Yatim kelanta

Permulaan Yang Baik??

The Best Start you had won A half Of The War begitulah bunyi salah satu daripada wisdom atau pepatah orang putih yang membawa maksud yang tersendiri,,bagi tinta kali ini saya ingin menyentuh perihal program majmuah yang akan diadakan di SMKA Wataniah Jerteh Terengganu pada 28-1-2010 rentetan pelajaran kokorikulum Semester 4 yang mengerahkan otak pelajar untuk berfikir di mana dan program apa yang perlu kami jalankan.Justeru,kami berlima iaitu pelajar majmuah 8 APIUM NILAM PURI telah tiba di tapak yang akan menjadi saksi di atas program yang bakal kami jalankan#pada pagi tadi,8.45a.m,,saya,anuar,amalina,aini dan aisyah telah bertolak menuju ke SMKA Wataniah(bekas Sekolah Aini/Aisyah)dengan menaiki kereta Kelisa Ungu kepunyaan sahabat saya untuk bertemu dengan pengetua(Umi)bagi membincangkan perihal program yang ingin dijalankan.Alhamdulillah,program kami disambut baik oleh kepala sekolah,itu merupakan satu permulaan yang baik dan selepas ini akan bermulalah projek untuk persediaan sebe