18.9.09

Ketika Syaitan Berbisik


ketika syaitan berbisik.

"Arghhhhhhhhhhhhhhhh!,ni semua salah aku,kenapa aku macamni,aku sombong,bongkak,macam hebat,exam dah dekat,nak kata kuat hafalan tak,pandai pon tak,pointer dah la rendah tapi boleh relax je,'’Solahudin memukul-mukul kepalanya dengan botol yang tidak berisi air,jeritan drastik Solahudin membuatkan penghuni blok Al Ghazali terkejut terutamanya jiran penghuni bilik 330 yang berada di tingkat dua,ada juga yang terasa dengan kata-katanya,tidak kurang juga yang mengatakan dirinya gila."kenapa ni solah,tiba-tiba je menjerit macam orang gila.Are you ok my dear?”Ahmad cuba menanyakan situasi diri Solahudin yang sebenar."ala,biasala tu,penyakit gila dia dah datang”sampuk Syukri yang berada di muka pintu 330 setelah mendengar jeritan solahudin.Sahabat-sahabat solahudin sudah bosan dengan sikap ganjilnya yang suka menjerit secara tiba-tiba,pernah suatu malam ,solahudin tiba-tiba menjerit seperti terkena histeria,hampir seluruh penghuni blok Al Ghazali terjaga dari lena kecuali yang tidur seperti orang mati,nasib baik dia dapat ditenangkan oleh rakan sebiliknya iaitu Zul Arif.Zul Arif seorang sahabat yang sangat tabah melayan sikap Solahudin,dia menganggap rakan sebiliknya itu memiliki sifat yang istimewa walaupun kadang-kala dia bimbang sekiranya Solahudin melakukan sesuatu perkara di luar jangkaan seperti menyakitinya,tetapi kepercayaannya kepada Allah membuatkan Zul membuang perasaan takut dan bimbangnya dan menggantikan dengan perasaan sayang serta prihatin terhadap rakan sebiliknya."tolongla jangan ganggu aku,aku tengah tension ni’’Solahudin merayu kepada sahabat-sahabatnya yang bertubi-tubi menghinanya.’woi,ko tu yang ganggu kami,tiba-tiba je menjerit,aku nak buat matematik pon susah,dahla aku kene repeat math’’Syamsul menengking ke arah Solahudin."entah,senang-senang je kata kita ganggu dia,nak kene budak ni”marah Farhan sambil mengangkat penumbuknya tetapi dihalang oleh Zul Arif yang muncul di belakang Farhan sambil tersenyum.’’Farhan,kenapa enta nak tumbuk dia,dia ada tumbuk enta ke?,kalau apa-apa jadi pada dia,tak pasal-pasal je enta dapat surat cinta daripada Prof madya Dr Mohideen akibat kes menumbuk"ana bukan apa,dah tak tahan sangat dengan sikap dia,bukan ana sorang je,ramai lagi yang dah benci dengan dia ni."Farhan menjawab pertanyaan sahabat yang sangat dia hormati yang pernah menyelamatkannya daripada dipukul oleh seorang lelaki sedang hanyut bermanja dengan kekasihnya setelah dia menegur perbuatan pasangan kekasih itu"ehem-ehem,dah kahwin ke,malu la sikit,orang ramai tengok korang, kan ni Serambi Mekah(Kelantan)”tegur Farhan seperti memerli,kata-katanya berubah menjadi panahan petir yang menghentam bumi,berderau jantung lelaki yang ditegur,pemikirannya tertumpu tepat pada wajah yang berada di hadapanya.”woi,mu oyak gapo tadi,mu ingat pandai sangat kho,doh hebat sangat nok tegur oghe”meluap-luap obor kemarahan lelaki itu,kolar baju Farhan digenggam erat,orang ramai yang sedang asyik membeli belah di KB MALL tertarik untuk menyaksikan apa yang berlaku,dalam kekalutan itu,peluh Farhan mula membasahi wajahnya,mulutnya terkunci apabila berhadapan dengan seorang lelaki bertubuh lebih besar darinya,kawan-kawan lelaki itu juga sudah berada di sampingnya setelah diberitahu oleh kekasih lelaki tersebut.Zul Arif dan Syamsul yang berada di dalam perut KB Mall yang sedang enak menikmati ais krim McDonald jenis Sundae Cup juga terkejut apabila melihat sahabat mereka sedang menjadi watak dalam lakonan yang benar itu,sempat Zul arif mengarah Syamsul supaya memberitahu pengawal KB Mall mengenai apa yang terjadi sebelum menghampiri lelaki yang berada di hadapan Farhan,dengan keberanian yang diberikan oleh Allah kepadanya sambil hatinya terus berdoa agar Allah membantunya bagi meleraikan persengketaan yang dirancang hebat oleh Syaitan iaitu musuh yang nyata,sempat juga Syaitan berbisik ke arahnya supaya jangan terlalu berani,tetapi ditepis hasutan zalim itu."Assalamualaikum saudara,maafkan saya kerana masuk campur dalam urusan ini,tetapi saya ingin tahu apa yang berlaku kerana ia melibatkan sahabat saya”Zul Arif bertanya dengan nada yang sangat halus,mukanya tersenyum."o,mamat ni,saing mu..kiro golonge ustaz la ni kijo nak tegur oghe jah,mu nok tolong budok ni la.ha3’’lelaki itu menjawab sambil mentertawakan Zul Arif disertai hilai tawa daripada kawan-kawan lelaki tersebut."Abe,saya betul-betul nak minta maaf atas apa yang berlaku,mungkin niat kawan saya betul,cuma cara yang dia gunakan tak berapa sesuai,saya merayu supaya kita tidak bergaduh sesama umat islam”Zul Arif merayu kepada lelaki dan kawan-kawannya sambil hatinya tidak putus-putus memohon pertolongan kepada Allah yang maha mendengar."ok,aku lepaskan korang kali ni,lain kali kalu nak tegur oghe molek sikit deh,jange nyebuk sangat hal oghe,aku tahu gapo hok aku wat,,kubur lain-lain.’’lelaki itu melepaskan genggaman sambil mensasarkan jari telunjuknya ke arah farhan dan Zul Arif sebagai tanda amaran.Zul Arif sempat menghulurkan tangan kepada lelaki itu untuk bersalam sebagai tanda terima kasih di atas kesabaran dan nasihatnya yang baik untuk seorang pendakwah iaitu tegur secara baik,dia berdoa agar Allah memberi hidayah kepadanya,kata-kata lelaki tersebut mengenai kubur lain-lain sangat ditentang kuat akal sihatnya,kalau dia mati,orang lain yang menguburkannya bukan kita menguburkan diri kita sendiri.Farhan yang masih dalam ketakutan dengan apa yang terjadi sempat meminta maaf di atas caranya yang salah dalam menegakkan kebenaran Islam."Farhan,walaupun enta benci dia,bukan ini jalan penyelesaiannya,mungkin dia ada masalah dan mengharapkan bantuan kita,kita kan tinggal sebumbung,takkanlah nak bermusuh-musuhan”nasihat Zul Arif sambil tersenyum .Nasihat Zul Arif sangat berbekas dalam diri Farhan,insan yang pernah dimusuhi olehnya suatu ketika dahulu akibat difitnah kerana dikatakan kaki report kegiatan pelajar yang bermasalah kepada pentadbiran,tidak pernah serik dalam usahanya untuk menghidupkan suasana kasih sayang di antara penghuni blok Al Ghazali.

" daripada Anas bin Malik r.a:
Nabi Nuhammad s.a.w telah bersabda: Tidak sempurna iman seseorang itu, sebelum dia mengasihi saudaranya atau baginda bersabda: Sebelum dia kasihkan jiran tetangganya, sebagaimana dia kasihkan dirinya sendiri.Justeru ana mengajak diri ana dan sahabat-sahabat ana supaya kita tidak mempunyai sifat benci membenci sesama sendiri tetapi mempunyai sifat nasihat menasihati dan sayang menyayangi semata-mata kerana Allah,sekiranya kita ada sesuatu perkara yang tidak disukai,berbincang dan bermuhasabahlah supaya perkara yang tidak kita sukai pada seseorang itu, tidak menjadi sesuatu yang dibenci oleh semua orang setelah kita sendiri membuka aibnya,janganlah kita mendengar dan menerima berita keburukan seseorang itu sebelum kita menyiasatnya sendiri,betulkah si polan tu macam itu,atau ini just khabar angin atau mungkin fitnah Astaghfirullahhalazim,jika terbukti si polan itu begitu maka nasihatilah dia semata-mata kerana Allah dan sekiranya dia bukan seperti yang dikhabarkan, bantulah dia untuk membersihkan namanya dan merapatkan ukhwah sesama kita.Allah akan membantu orang yang benar.InsyaAllah.kesimpulannya sama-samalah kita subuh berjemaah di surau ini pada waktunya,bukan pada waktu Dhuha he3.maafkan ana sekiranya kata-kata ana ada yang menyinggung perasaan kalian,sekian Assalamualikum.’’saran Zul Arif yang merupakan Presiden Majlis Pelajar Akademi Pengajian Islam Nilam Puri kepada sahabat-sahabatnya semasa sesi tazkirah Maghrib di musolla Al Qosri disertai ketawa kecil yang terjadi secara spontan apabila beliau menyentuh soal solat subuh yang merupakan suatu isu besar dalam Islam yang masih belum dapat diselesaikan hatta saat ini."maafkan ana Zul,ana terlalu ikutkan perasaan tadi”Farhan memohon maaf kepada Zul Arif.”eh,bila pula enta buat salah dengan ana Farhan,,ucaplah Al hamdulillah bila kita sudah sedar akan perbuatan kita dan janganlah kita mengulanginya lagi ok”senyuman di bibir

Zul Arif masih terpapar di wajahnya yang jernih sejernih akhlaknya."solahudin,kenapa ni,cuba cerita kat sahabat enta yang asyik nak tahu hal rakan sebiliknya yang sangat dikasihi kerana Allah ni,terkejut ana dengar jeritan enta tadi,pasti ada benda yang enta nak bagitaukan?Zul Arif memulakan siasatannya dengan berhikmah.Semua orang yang berada di situ menanti jawapan Solahudin yang merupakan seorang pelajar yang pelik tetapi cemerlang setiap kali keputusan Exam ditampal pada papan kenyataan yang diletakkan di dalam pejabat pentadbiran."Solah,ana minta maaf atas kelakuan ana tadi,kami semua nak tahu,apa masalah enta sebenarnya,manalah tahu kami boleh berkongsi dengan enta”,farhan yang merupakan ketua kelab debat adalah seorang insan yang sangat berani dalam mengeluarkan hujah,berterus terang sekiranya ada sesuatu yang tidak disukai olehnya dan kadangkala tidak dapat menahan kemarahannya mula memohon maaf dan ingin membantu Zul menyelesaikan persoalan yang dilemparkan oleh Solahudin dengan nada jeritan sebentar tadi."kawan-kawanku yang sangat ku sayangi,aku tahu kalian sangat membenciku,aku tak dapat mengawal perasaan ku,syaitan sentiasa berbisik dan mengangguku untuk lalai dan alpa,aku terlalu tertekan dengan masa yang berlalu dengan pantas,aku terlalu banyak buang masa sedangkan kita tahu masa itu emas,alangkah ruginya bila aku memikirkan saat dan detik masa yang berlalu.korang juga tahukan exam dah dekat,aku rasa sangat tekanan,bila aku nak study,aku dengar ada orang jerit-jerit,buat bising,aku nak menghafal pun jadi terganggu,bila aku lalu di koridor,aku tak nampak seorang pun yang sedang membaca buku,kebanyakannya bersembang,main game,wireless dan macam-macam lagi,aku tak salahkan yang melakukan perkara tu,mereka ada hak untuk itu,aku Cuma marahkan diri aku,aku tahu korang semua orang yang hebat,boleh study last minute,tapi bukan aku,aku memang tak mampu membebankan otak aku dengan macam-macam subjek,bukan senang dapat paham dan hafal.kadang-kadang sifat malasku datang,syaitan selalu berbisik kat aku mengatakan masa banyak lagi,relaxla,buat apa nak semangat-semangat belajar,kalau susah,tiru jela,bawa je nota,,ala senang je,,soalan spot ada..lemahnya aku kerana terikut hasutan itu,bila aku fikir balik,alangkah baiknya aku berusaha dari awal,tapi kenapa sekarang baru terfikir,surah hafalan yang sudah ditasmiq pada semester lepas pun tak diulang,akibatnya sekarang dah lupa.aku rasa macam aku study untuk periksa,bila result keluar hebat je,3.7,3.9.tapi isinya kosong,alangkah malangnya aku.Belajar arab punyalah lama,dari form 1 lagi.tapi sampai sekarang berapa banya je perkataan arab yang aku tahu,nak buat ayat pun tak berapa tahu nak cakap arab lagilah tak tahu,tak ada pun suasana untuk cintakan ilmu,dalam bilik kuliah semua duduk depan je,ops silap,belakang je sorry,beramal dengan ilmu pun tak,yang kita amalkan study for exam,thats all,kita tengok nanti,time nak exam,buku bertimbun atas meja,tak tahu mana nak baca,tidur lewat,tahajjud,time tu baru nak minta tolong pada Allah,tak kurang juga yang memikirkan cara nak meniru,aku mintak maaf sekiranya kata-kata aku ni menyinggung korang,aku nak nasihatkan diri aku je,,ok pasni aku janji tak jerit-jerit dah,apa yang terpendam aku dah luahkan.maafkan aku ye,tak pasal-pasal je ana bagi tazkirah hari ini,ada tempias roomate ana la ni he3.’’solahudin memberitahu panjang lebar kenapa dia bersikap begitu,semua pelajar yang mendengar terasa dengan apa yang dikatanya dan mengakui akan kebenaranya.Saat selepas peristiwa itu....sama-samalah kita fikirkan jalan ceritanya..ada kesankah kepada diri kita terhadap apa yang dikatakan oleh solahudin atau ia Cuma sekadar halwa telinga yang sedap didengar dan dikeluarkan daripada telinga kita tanpa sebarang faedah...selamat menduduki peperiksaan.:p...

Dia akan terus berusaha

dan bertakhta di jiwa manusia.

Dialah musuh yang nyata

belajarlah dan beribadatlah semata-mata kerana Allah.

karya pertama Dr Asy..

Insan yang mahu berubah

1 comment:

masyitah said...

hebat mu..
nukilan yg dikira bgs.
truskn..