Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2010

Sekilas mengenai Pengantar Syariah..

MEOR FARID ASYRADI BIN MEOR ZAHIDI   -Penghantar Syariah- “Apa itu syariah? adakah hanya menyatakan sesuatu itu haram? Makruh? Harus? wajib dan sebagainya?” Syariah Islamiyyah boleh didefinisikan sebagai hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh Allah untuk hamba-hambaNya. Samada yang berkaitan dengan aqidah,ibadat,akhlak,muamalat dan sistem-sistem hidup dalam pelbagai aspek demi untuk kebahagiaan mereka di dunia dan akhirat. Sesetengah orang ada menyatakan bahawa jika sudah mempelajari ilmu syariah berdasarkan buku teks dan sukatan yang ditetapkan oleh pihak tertentu sudah mencukupi untuk memahami apa itu Islam. Namun, cuba kita fikir sejenak, mengapa adanya kursus atau bidang- bidang syariah di kolej kolej , Universiti tempatan malah Universiti antarabangsa itu sendiri. Sudah pasti Ilmu Penghantar Syariah itu penting dan perlu dipelajari walaupun kita bukan di dalam bidang Syariah itu sendiri. Syariah umpama satu bahtera yang luas yang membawa pelbagai muatan untuk menuju satu destina

SELAMAT MENYAMBUT HARI LEBARAN(",)

Assalamualaikum kepada semua. Sudah lama rasanya tidak menjenguk blog ini dan ada sesetengah bloger akan menggambarkan bahawa blognya seakan-akan sudah bersarang dan berhabuk:)..Biarlah..itu gambaran mereka ingin menunjukkan betapa lamanya tidak berkhidmat pada blognya. Baiklah, pertamanya kita panjat dan lonjakkan kesyukuran ke hadrat Illahi kerana dengan nikmat dan kasih sayangNYA kita sedang meniti jam-jam terakhir sebelum melunaskan kewajipan kita sebagai muslim iaitu berpuasa di Bulan Ramadhan. Konklusi yang bisa saya katakan sepanjang bulan Ramadhan pada kali ini ialah "aku ingin menemui Ramadhan yang akan datang :(". Malam ini tatkala azan maghrib berkumandang, syawal akan menjelma dan bererti umat islam akan menyambut kejayaan sempena bulan Ramadhan dan diharamkan berpuasa pada 1 syawal. Jadi secara ringkasnya saya ucapkan tahniah kepada semua umat Islam dan saya ingin mengucapkan Selamat Meyambut Hari Raya Puasa, Maaf Zahir dan Batin kepada semua:) Pelbagai per