Assalamualaikum kepada semua. Sudah lama rasanya tidak menjenguk blog ini dan ada sesetengah bloger akan menggambarkan bahawa blognya seakan-akan sudah bersarang dan berhabuk:)..Biarlah..itu gambaran mereka ingin menunjukkan betapa lamanya tidak berkhidmat pada blognya.
Baiklah, pertamanya kita panjat dan lonjakkan kesyukuran ke hadrat Illahi kerana dengan nikmat dan kasih sayangNYA kita sedang meniti jam-jam terakhir sebelum melunaskan kewajipan kita sebagai muslim iaitu berpuasa di Bulan Ramadhan. Konklusi yang bisa saya katakan sepanjang bulan Ramadhan pada kali ini ialah "aku ingin menemui Ramadhan yang akan datang :(".
Malam ini tatkala azan maghrib berkumandang, syawal akan menjelma dan bererti umat islam akan menyambut kejayaan sempena bulan Ramadhan dan diharamkan berpuasa pada 1 syawal. Jadi secara ringkasnya saya ucapkan tahniah kepada semua umat Islam dan saya ingin mengucapkan Selamat Meyambut Hari Raya Puasa, Maaf Zahir dan Batin kepada semua:)
Pelbagai perkara yang ingin dikongsikan sepanjang kehidupan diri ini di tempat berjuang. Namun, masa dan asaku membataskannya. InsyAAllah.Doakan semuanya baik-baik aja ya:)

Comments