Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2009

Perginya Sebuah Permata

sebuah gegaran 0 sekala ritcher bergegar di atas meja belajarku.Tanganku menggapai telefon bimbit,ada satu mesej yang diterima daripada Zikri.Seorang sahabat yang berbadan agak sasa,merupakan Mas U lku ketika semester satu.Hebat orangnya.Kuat tarbiyahnya.Mulutku terlopong.Ingatanku terus berputar ligat,melawan arus masa,menjengah saatku ketika berada di semester satu. Derapan kasut kedengaran.Seorang pensyarah berpakaian kemas,bertali leher memasuki bilik kuliah.keadaan di bilik kuliah yang berada pada suhu 26 darjah celcius itu tenang menerima kedatangan seorang insan yang dikagumi. "Assalamualaikum"ucapan salam diucapkan dari bibirnya yang menguntum sebuah senyuman.Seperti biasa,beliau akan mengucapkan salam terlebih dahulu kepada kami.Kami menyambut salamnya. "kenapa tak penuhkan bahagian depan,"beliau mengajukan satu persoalan yang sering diajukan oleh kebanyakan pensyarah kepada pelajar Akademi Pengajian Islam Nilam Puri terutamanya bagi pelajar lelaki.Aku juga

Rakyat Selangor Tenang

Ape nak jadi dengan negara ni,tak cukup ke kisah tauladan ape yang berlaku sewaktu perampasan kawasan di Palestin lalu dinamakan kerajaan Israel,tak cukup ke ape yang berlaku di negeri Perak,tak cukup ke ape yang berlaku kepada pemikiran rakyat yang bercelaru,x cukup ke semua tu.,Sudahla,,hentikan sandiwara ini,hentika drama politik ini,hentikan bermain dengan perasaan manusia yang mampu berubah-rubah.Jangan sampai sesuatu yang lebih dahsyat terjadi.Ya Allah,bantulah kami di negara ini,kembalikan keamanan kepada kami.Tenangkanlah hati-hati kami.Agak terkejut saya melihat berita mengenai Adun Pelabuhan Klang Encik Badrul Hisyam Abdullah .Berti ndak keluar daripada parti ,menjadi bebas dan menyokong BN..mudahnye perkara ini terjadi,sudahla,saya malas nak bicara soal ini,kita punya akal fikiran,kita fikirkan apa yang betul,apa yang salah,saya di sini tak tahu apa yang berlaku,so jangan dakwa saya apa-apa,saya termasuk AUKU('',).cuma meluahkan apa yang saya rasa.Kita jangan cepat m

Apa berlaku??

Alhamdulillah,hari ini saya dapat melawat mak di hospital.Kelihatan beliau semakin pulih dan doktor mengatakan mak negatif TB,hanya suspek TB je sebab tanda2 seakan-akan TB.Saya Asyraf dan Hisyamuddin(jiran) telah menjemput Opah dan Tok di rumah Silibin untuk sama-sama melawat mak.Opah ada mengatakan,bagila sakit tu kat opah,opah dah tua.Saya ketawa kecil,apelah opah ni.suka makan kerepek. Jalan pada masa itu agak sesak,kelihatan beberapa jalan utama ditutup rapi oleh pihak polis.Kelihatan Helikopter TV3 berlegar-legar di udara.Sidang Dun Perak sedang dijalankan.sempat juga saya mengusik opah saya."opah,sape menteri besar perak?tanya saya."sape tu,Nazri ke namenye"opah mengagak."Zambry la opah"aku membetulkanya."aha,Zambry menteri besar"opah menjawab yakin."bukan Nizar ke"aku mempertikai jawapannya."ish,Zambryla.Sultan pilih dia."opah menegakkan keadilan"opah,Nizar la he3"aku menyakatnya.Aku tahu opah sangat sayang akan k

Rintihan Seorang Anak

Matanya merah menahan sebak di dada.Cuba dibendung namun ternyata air mata jantannya tetap menitis.Tangannya terus menadah mengharap ihsan dari sang pencipta semesta.Hanya kepadanya tempat bergantung dan meminta pertolongan. Ingatan Asyradi masih tertaut kepada seraut wajah cantik yang telah bertarung dengan maut untuk melahirkannya ke dunia ini.Seorang ibu yang telah banyak memberi tunjuk ajar,pertolongan dan kasih sayang berterusan. "Arid,cepat,tolong mak ni.."Puan Mastura memanggil nama anak kesayangannya.Keadaannya seperti sedang bergegas hendak menuju ke suatu destinasi yang tidak dirancang,suami tercintanya masih bertugas di Institut Perguruan Ipoh hulu Kinta sebagai seorang pensyarah Muzik.Asyradi sedang enak menikmati juadah tengahari.Nasi berlaukkan ayam golek. "Ye Mak,tengah makan ni"balas Asyradi sambil tangan dan mulutnya terus bekerjasama aktif bagi menghabiskan hidangan lazat tersebut.Tambahan pula,dia berazam untuk menambahkan berat badannya.Tidak hai

JOM BACA(",)

salam..lame juga tidak update blog ni,,Alhamdulillah diberi peluang dan ruang untuk terus memperbaiki diri yang lemah dan disaluti dgn dosa ini..Pelbagai pengalaman baru yg positif dan negatif sepanjang Yaumul Utlah ini dan sy tidak berminat untuk menceritakannya di sini.Pelbagai cara dakwah yang kita dapat lihat di dunia ini,ada yang berdakwah melalui radio,video,nasyid,puisi,usrah,talaqqi,penulisan dan sebagainya.Kali ini sy ingin mempromosikan dua buah novel yang dikarang oleh Ukhti Fatimah Syarha yg berjudul Syabab Musafir Kasih dan Tautan Hati.Sesuatu yang agak ganjil berlaku ketika pulang ke rumah setelah saya membeli novel Syabab Musafir Kasih yang berharga agak mahal ini tetapi berbaloi.Saat sy online YM,tiba2 ukhti fatimah Syarha pon online,sy memberi salam dan kami berbalas mesej,saya dah lama add beliau di YM ini setelah mendapat tahu emailnya melalui radio IKIM,dan inilah kali pertama beliau online setelah setahun lebih membiarkan ia menyepi dan beliau mengatakan All

Tahniah uM

Tahniah atas pencapaian um(Universiti Malaya) dalam memperbaiki ranking Universiti terbaik di dunia daripada ranking 230 kepada rankin g 180,um juga dapat mengekalkan ranking ke-39 dalam asia.kepada penuntut Um,kita jangan terlalu bangga dengan pencapaian ini,tetapi kita perlu lebih bersemangat dalam menuntut ilmu,Universiti menjadi baik kerana penuntutnya,jadi sumbangkan yang terbaik buat agama,masyarakat,diri sendiri dan universiti kita sendiri. Info:*rujuk Untusan on9,harakah daily dan sebagainya('',) *Perak menjadi negeri pertama yang mengadakan Majlis pelancaran satu malaysia,bertempat di stadium perak Ipoh(teringat plak dulu selalu gak datang stadium ni tengok bola,apa nak jadi dengan pasukan bola perak sekarang hu3,M karatu dah letak jawatan,aduhai)... *Semalam tengok raptai persembahan satu Malaysia,mantap juga,almaklumlah pencetus satu malaysia Datuk Najib datang,('',),ayahku conduct koir maktab die.

“Alangkah sayunya hatiku saat meninggalkan.......”

Salam pembuka bicara,nun jauh di sana terdapat kenangan yang tidak mungkin terhakis di ingatan lemahku..kenangan apakah itu??semestinya Sup Bunjut Adabi.O,maaf maaf,semestinya Program Baksis 09 yang sudah usai diprogramkan.Saat ini sudah pasti teman-teman blogger yang lain sedang menukilkan sesuatu yang mampu mengimbau dan menceritakan pengalaman berharga masing-masing.Saya juga ingin berkongsi dengan pembaca yang sudi membaca nukilanku ini,tujuanku menceritakan pengalaman pahit manis ini bukanlah untuk menunjuk atau membangga diri,tetapi ia Cuma sekadar perkongsian cerita kepada teman-teman lain.bagaimana saya mahu memulakan perkongsian sepanjang empat hari di Kampung kalai ini(JELI).?? 8/10/2009-Khamis Jam 8.30am:kami bertolak ke Kampung Kalai dengan menaiki 2 buah bas(bas Um/bas persiaran),kelihatan para fasilitator berada dalam keadaan yang sangat gembira dan bersedia untuk diprogramkan. 10.30a.m dan seterusnya:tayar bas kami berhenti di hadapan masjid Kg kalai,Ibu-ibu d

Imtihan berlalu,Rehlah Tarbawi menyusul('',)

Syukur Alhamdulillah sudah selesai Imtihan bagi semester 3,saatnya untuk bertawakkal kepada Allah setelah kita berusaha bersungguh-sungguh walaupun last minute('',).Apa yang boleh di post mortemkan mengenai imtihan kali ini ialah 50-50.Moga Allah memberi kejayaan kepadaku dan semua sahabat-sahabatku AMINN. Selamat Pergi dan Kembali kepada ISRAK.. Laporan Perjalanan Progaram Rehlah Israk(Ikatan Islamiah Siswa Siswi Perak) 8.30am-bertolak ke pantai Irama bersama 5 buah kereta sewa Car wash 9.10am-Tiba di pantai Irama Bachok.(banyak gak sampah kat sana('',)) 9.30am-taklimat ringkas program dariku. 9.01am-muslimin bertungkus-lumus menyalakan api,pelbagai kaedah yang digunakan. 10.15am-api berjaya dinyalakan dengan selamat.Fuh... 10.06am-muslimat mengambil pot bara api untuk membakar ayam yang telah diperam. -muslimin berlari-lari anak menuju ke lautan yang luas lalu merempuh ombak yang meluncur manja -main bola

Detik Gempa bumi Telah Termaktub Dalam Al Quran??

Salam Sahabat Sekalian..Aku telah mendapat mesej yang tertera: Salam.G/Bumi di Padang Terjadi pada pukul 17.16 dan 17.18,dan di Jambi pd 08.52 hari berikutnya.Cuba perhatikan trjemahan Quran ayat surah 17:16 & 17:58 & 8:52.ALLAHUAKBAR! shbat2 tlglah RUJUK SURAH2 DIATAS,Lihatlah shbt2 segalanya telah diaturkn. menggeletar dan perasaan seram sejuk menyelinap masuk ke dalam diriku saat membaca mesej ini,teringat aku saat detik peristiwa sebelas september yang terjadi pada WTC juga telah termaktub dalam Surah Attaubah bersamaan dengan surah ke 9 dan juzu' ke 11 serta ayat ke 109 dan 110 yang menunjukkan tingkat banggunanan WTC yang dirempuh pesawat.Setelah usai ku membaca mesej itu,aku terus melihat terjemahan al quran,alangkah terkejutnya aku pabila membaca ayat tersebut yang benar-benar berkaitan dengan kejadian yang berlaku,kemudian aku terus search mengenai waktu berlakunya gempa bumi di Padang dan jambi,memang benar saat berlakunya gempa bumi di padang adalah pada jam 5.

(I Swear) By The Time

omg!!(oh my god)i'm looking for holiday right now,remain just one paper that i have to see and answer it(Nahu sorof),i have to shoot this paper with happy ending..do we know,the time that moving fastly??the holiday for s3 is just around the corner and next month,i will be in s4 insyaallah..I want to share with you all about the words of Allah in Surah Al Asr(103),i got this point when i read The Fundamentals of Islam book while waiting for english examination paper..firstly,let me translate this Surah,i'm sure absolutely that you all know about it because we always read this surah to close a ceremony.: *وَالْعَصْر*إِنَّ الإنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ* إِلا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ (I swear )by the time.Surely,man is in(a state of)loss,Except those who believe and do good deeds,and exhort one another to accept the truth,and who exhort one another to endure(the consequences there of with)patience. This is oath made by

Adakah Rumah Besar Menunjukkan KekayaAan??

Salam,post kali ini saya ingin berkongsi sedikit pengalaman bersama sahabat2 yang tidak dapat berada di Rumah Cikgu Zul untuk jamuan raya. Pada jam 2 pm semalam,aku tolhah,izwan dan Syukor bertolak ke rumah yang tidak diketahui rupa dan kedudukannya,,misi kami bukan hanya berhari raya malah ada misi yang lebih besar dari mengisi perut.Selain dari kami berempat pelajar majmuahku dan dari majmuah lain juga turut bersama-sama memeriahkan bunyi di rumah cikgu.Setelah tiba di rumah cikgu,kami agak terkejut kerana menyangkakan rumah cikgu ala kadar sahaja('',)rupa-rupanya banglo mewah(tiada jiran) yang terletak di sebelah kiri jalan menuju ke rantau panjang adalah rumah cikguku,,agak berasa kagum kepada kesungguhan cikgu dalam meningkatkan taraf hidupnya,.Setelah usai mengisi makanan mewah yang dihidangkan.Kami terus menuju kepada misi sebenar kami iaitu mencari sumbangan untuk Baksis.kenapa sekarang baru nak cari???sebabnya adalah kerana golongan fasik(bak Kata Amirul)('',),