31.10.09

Perginya Sebuah Permata

sebuah gegaran 0 sekala ritcher bergegar di atas meja belajarku.Tanganku menggapai telefon bimbit,ada satu mesej yang diterima daripada Zikri.Seorang sahabat yang berbadan agak sasa,merupakan Mas Ulku ketika semester satu.Hebat orangnya.Kuat tarbiyahnya.Mulutku terlopong.Ingatanku terus berputar ligat,melawan arus masa,menjengah saatku ketika berada di semester satu.

Derapan kasut kedengaran.Seorang pensyarah berpakaian kemas,bertali leher memasuki bilik kuliah.keadaan di bilik kuliah yang berada pada suhu 26 darjah celcius itu tenang menerima kedatangan seorang insan yang dikagumi.

"Assalamualaikum"ucapan salam diucapkan dari bibirnya yang menguntum sebuah senyuman.Seperti biasa,beliau akan mengucapkan salam terlebih dahulu kepada kami.Kami menyambut salamnya.

"kenapa tak penuhkan bahagian depan,"beliau mengajukan satu persoalan yang sering diajukan oleh kebanyakan pensyarah kepada pelajar Akademi Pengajian Islam Nilam Puri terutamanya bagi pelajar lelaki.Aku juga termasuk dalam golongan pelajar yang sering memilih tempat duduk di bahagian belakang.Niatku cuma mahu memastikan kesemua pelajar lain menumpukan perhatian pada pelajaran.Selepas diajukan persoalan yang mengundang perasaan malu dijiwa,aku berpindah kebahagian hadapan.

Pelajaran Sorof dibincangkan.Pensyarah mengedarkan beberapa kertas yang mengandungi sebuah kisah dalam bahasa arab.Pensyarah mencurahkan ilmunya yang luas mengenai Jumlah Sallim,muqtal,Ajwaf dan semua yang berkaitan mengenai maddah sarof.
Setelah itu,beliau menguji para pelajar dengan menyuruh mencari jumlah-jumlah yang telah diajar dan mengketegorikannya.Pelbagai reaksi yang ditonjolkan oleh pelajar.Ada yang bergaya seakan-akan sibuk mencari padahal dia tidak mengerti apa-apa mengenai pelajaran pada pagi itu.Ada juga yang sempat berbalas mesej dengan orang yang istimewa.Ada juga yang minta keluar ke tandas,dan perlahankan penyaman udara.Kelihatan ZulFikar yang merupakan seorang pelajar hebat dalam bahasa arab berasal dari Sabah semangat menanyakan soalan.Bertubi-tubi lalu pantas dijawab oleh penyarah yang mendapat gelaran Profesor Madya itu.Pelajar lain bahagia mengambil kesempatan.Menumpang jawapan.Masa pantas berlalu.

Pelajaran selama satu jam itu sememangnya tidak cukup untuk merungkai pelbagai persoalan berkaitan dengan Bahasa Arab dan memastikan kesemua pelajar mendapat ilmu yang diberikan.Pensyarah yang merupakan mantan Timbalan Pengarah Akademi Pengajian Islam sangat menepati masa.

"antum jangan lupa ulangkaji pelajaran.Biar ingat di kepala ni.semua dah makan pagi ke?'beliau mengingatkan pelajar agar mengulangkaji pelajaran.Beliau juga menanyakan soalan yang mengundang reaksi manja pelajar.Sebenarnya beliau mahu belanja semua pelajar majmuah lapan makan pagi.Bagai orang mengantuk disorongkan bantal,poketku juga kosong ketika itu.

"siapa mas ul,tolong belikan makanan"beliau menanyakan perihal mas ul sambil mengeluarkan beberapa keping not bewarna biru dan oren dari dompetnya.Zikri berpakaian kemas dengan jaket hitam yang menutupi tubuhnya tampil lalu membelikan nasi lemak beserta air teh untuk 26 orang pelajar.Tangan dan perut kami mula beroperasi untuk menghabiskan makanan dan minuman percuma itu.

Indahnya kenangan satu semester bersamanya.Pelbagai ilmu yang dicurahkan.Rasa sekejap sahaja bersamanya.Hatiku sebak tatkala membaca mesej yang tertulis

"Salam,Al-Fatihah kpd Prof Madya.Sidi Ahmad y bru mnggl dunia jam 12.52 td.."

bacaan surah Al fatihah meniti bibirku.Senyuman yang sering diberikan olehnya kepada pelajar,teguran bernas dan berhikmah yang dilontarkan,hayunan kaki yang cergas sambil memegang beg hitam menuju ke bilik kuliah dengan tujuan mencurahkan ilmu,sentuhan tangannya tatkala bersalaman dengan semua,pengalaman yang diceritakan dan kesemua perlakuan baiknya kini menjadi satu kenangan indah.Tidak akan dilupakan terutamanya warga Apium.APIUM kehilangan seorang tokoh yang disenangi dan disegani ramai pihak.Beliau yang menghidapi penyakit hati menghembuskan nafasnya yang terakhir di kediamannya di Damansara.Menyambut seruan Illahi seperti yang dijanjikan.Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan digolongan orang yang beruntung.Amiin.

1 comment:

imtiaz said...

salam...utk pengetahuan enta, sy ni pn bks plajr UMNP,kira batch ats enta la jgk...just nk cite serba sedikit pglmn...blh ya???
byk pengalamn dengn arwah yg xdpt sy lupe kn...igt lg dulu 1st time msuk NP dulu...klas yg sy msuk adalh klas mutola'ah...arwah la yg ngajar time 2...best,byk maklumat yg di perolehi...arwah suke belanje kami mkn2...last sekali sblm kua NP arwah belanja kami 1 majmuah mkn kt bwh pokok dpn AMK 2 la...he3...siap tangkap gambr lg...skrg masih ad lg gmbar kenangan dgn arwah...moge Allah merahmati arwah & ditempatkan di kalangan org2 yg soleh...ameen...