28.10.09

Rintihan Seorang Anak



Matanya merah menahan sebak di dada.Cuba dibendung namun ternyata air mata jantannya tetap menitis.Tangannya terus menadah mengharap ihsan dari sang pencipta semesta.Hanya kepadanya tempat bergantung dan meminta pertolongan.

Ingatan Asyradi masih tertaut kepada seraut wajah cantik yang telah bertarung dengan maut untuk melahirkannya ke dunia ini.Seorang ibu yang telah banyak memberi tunjuk ajar,pertolongan dan kasih sayang berterusan.

"Arid,cepat,tolong mak ni.."Puan Mastura memanggil nama anak kesayangannya.Keadaannya seperti sedang bergegas hendak menuju ke suatu destinasi yang tidak dirancang,suami tercintanya masih bertugas di Institut Perguruan Ipoh hulu Kinta sebagai seorang pensyarah Muzik.Asyradi sedang enak menikmati juadah tengahari.Nasi berlaukkan ayam golek.

"Ye Mak,tengah makan ni"balas Asyradi sambil tangan dan mulutnya terus bekerjasama aktif bagi menghabiskan hidangan lazat tersebut.Tambahan pula,dia berazam untuk menambahkan berat badannya.Tidak hairanlah Asyradi sanggup berhabis duit untuk membeli pelbagai produk yang boleh menambahkan berat badan seperti Appeton Weight Gain dan Gain Eight perisa coklat.

Dia juga seorang yang tidak mudah putus asa walaupun badannya yang kurus bak buluh runcing itu tetap tidak mengalami sebarang tranformasi.Dia juga tahu antara sebab kurangnya berat badan ini adalah disebabkan keturunan,Ibunya seorang yang berbadan kurus namun bapanya berbadan agak berisi.Berat Asyradi yang terkini adalah 51kg.Jika mengikut perkiraan BMI iaitu membahagikan berat dalam kilogram dengan tinggi badan dalam meter yang telah dikuasakan dengan dua,Asyradi berada dalam lingkungan haiwan boleh berkata-kata yang kurus.Sekiranya keputusan yang diperolehi kurang daripada angka 20 bermakna seseorang itu adalah kurus manakala sesiapa yang mendapat lebih daripada angka 25,dia adalah seorang yang gemuk.Usai makan,Asyradi mendapatkan ibunya yang sudah siap siaga di kereta.

"cepat bawa mak pergi klinik,tadi mak batuk-batuk sampai keluar darah"Puan Mastura memberitahu tujuannya.Asyradi sangat terkejut dengan kata-kata yang baru sahaja didengar.

Fikirannya kini ligat bermain soal apa yang terjadi kepada Ibunya"batuk berdarah,,,,Ya Allah,lindungi Ibuku"bisik hati Asyradi sambil tangannya kemas mengawal stereng kereta kancil baru milik keluarganya.Kereta kancil bewarna silver ini dibeli sewaktu harganya menjunam ke paras yang boleh membuatkan seseorang terpikat,termasuk ayahnya.Harga sebenarnya adalah sekitar RM29000 dan kemudiannya menjadi RM21000 setelah dipotong.Syarikat Perodua yang merupakan antara syarikat bumiputra berstatus sebagai pengeluar kereta terkenal di Malaysia ini mengistiharkan mahu menghabiskan stok kereta kancil yang telah wujud sekian lama.kini Perodua lebih cenderung untuk mengeluarkan kereta-kereta yang sangat hebat dari segi kualiti awal automotif bagi segmen kereta kompak seperti Viva dan MyVi.

kereta Kancil yang kecil saiznya dan sangat ideal bagi seorang pelajar dengan nombor pendaftaran AGU 1990 terus meluncur laju mengelilingi jam besar Kuala Kangsar dan menyelusuri deretan kedai yang dibina kukuh di kawasan utama bandar yang terkenal dengan gelaran bandar diraja kerana kedudukannya yang berdekatan dengan Istana Iskandariah Perak.keadaan jalan Kuala kangsar petang itu agak lengang tambahan pula bukan musim cuti sekolah dan hari hujung minggu.kapasiti awan yang kelihatan padat dan mampat setelah berlakunya proses penyejatan kelihatan mula melepaskan beban tanggungannya ke muka bumi.Setelah mendapatkan tempat letak kereta,Puan Mastura terus menuju ke Klinik Sabariah untuk mendapatkan rawatan.Bilangan Pesakit di klinik yang bersaiz kecil itu hanya dua orang sahaja iaitu seorang mak cik yang berumur dalam lingkungan 50an dan puan Mastura.Asyradi memilih untuk berjalan melihat kawasan stesen bas kuala kangsar yang kedudukannya berhampiran dengan Klinik tersebut.kuala kangsar masih tiada perubahan.Sama sahaja sejak Asyradi masuk tingkatan Satu di Madrasah Idrisiah yang jaraknya 3km dari bandar Kuala Kangsar sehinggalah dia berada di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya kelantan.

"mungkin dah padat sangat kot Kuala Kangsar ni,"monolognya sendirian.Setelah jemu melihat ragam orang di kawasan Stesen Bas itu,Asyradi mendapatkan ibunya yang sudah usai mendapat rawatan.

"macammana,doktor kata apa?"tanya Asyradi memulakan bicara bersama ibunya yang sedang memegang plastik kecil tertera nama Klinik Sabariah.Kelihatan di dalam plastik tersebut terkandung ubat antibiotik dan ubat penahan sakit.
.Asyradi tenang memandu untuk pulang ke rumah yang terletak di Salak Utara.15km jauhnya.

"lusa kena pergi lagi,sepatutnya kena X-Ray kalau batuk darah ni,tapi tukang X-Ray dah balik"jawab Puan Mastura hampa.Guru berumur 48 tahun yang setia berkhidmat di sekolah rendah Temong kati itu merupakan seorang yang sangat prihatin mengenai kesihatan.Dia juga tahu bahaya yang menanti sekiranya penyakit yang kali pertama muncul dalam hidupnya tidak dirawati dengan segera.Asyradi hanya diam mendengar jawapan ibunya.Dia terus bermain dengan fikiran mengenai penyakit ibunya.

"dah solat maghrib ke?kalau dah,cepat siap-siap,nak hantar mak hospital,"laungan kecil Encik Meor Zahidi dari tangga rumah mengejutkan Asyradi yang sedang khusyuk mencari fakta mengenai batuk berdarah di internet dengan menggunakan Lap Top peribadinya.Di rumah dua tingkat itu telah dipasangkan perkhidmatan Streamyx Combo dilengkapi dengan wireless yang membolehkan seberapa banyak komputer untuk mengakses Internet selama mana yang dimahukan.

"dah solat dah.Ok"jawab Asyradi pendek.Sekali lagi Asyradi bermain dengan fikiran mengenai ibunya."Pasti teruk.Astaghfirullah,kenapa fikir bukan-bukan ni"bicara Asyradi keseorangan.Dia cuba untuk tidak berfikir buruk mengenai kejadian yang menimpa ibunya.Hatinya terus memanjatkan doa ke illahi semoga tiada apa-apa yang buruk terjadi pada ibunya.Dia juga sedar bahawa ibunya adalah seorang yang terpilih.Dipilih secara langsung oleh Allah untuk menerima ujian ini.Asyradi teringat kata-kata di dalam Al Quran mengenai Allah tidak akan menguji seseorang di luar kemampuannya.

"mak mesti dapat lawan penyakitnya itu."pujuk hati Asyradi.

Sekali lagi Asyradi menggunakan kad lesennya yang sah di sisi undang-undang untuk memandu ke Ipoh.

"bawa elok-elok,malam ni"puan Mastura mengingatkan Asyradi.Dia merisaukan cara anaknya memandu,laju.Benar Asyradi seorang pemandu yang laju,di Kelantan sahaja sudah merata kawasan seperti,Bachok,Rantau Panjang,Tanah Merah,Pasir Puteh serta Jerteh Terengganu telah dijelajahinya dengan membawa kereta sewa dalam keadaan yang laju.Sudah berapa kali mendapat teguran dari kawan-kawan,terutamaya muslimat yang pernah menaiki kereta bersamanya.Dia juga pernah tersesat di kota metropolitan Kuala Lumpur.Bagi Asyradi,dia merasakan dia memandu dengan kelajuan biasa sahaja.Sehingga kini,dia masih boleh dikategorikan pemandu yang berhemah dan berhikmah kerana tidak mengalami sebarang kejadian yang tidak diingini.

"kita nak pergi mana ni Abah"soal Asyradi kepada Ayahnya yang duduk di sebelah kirinya.

"jalan terus je Sampai ke Pantai Putri"Jawab Ayahnya ringkas.Kereta kancil yang dipandu dengan kelajuan 90km sejam itu melepasi satu persatu lampu isyarat yang membantu keadaan lalu lintas,kelihatan bandaraya Ipoh dilimpahi dengan cahaya neon yang indah dikala malam.Jalan masih sesak dengan kenderaan.

Asyradi masih tenang memandu melepasi pasaraya jusco yang terkenal di Ipoh,sudah biasa dengan suasana begini.Adiknya Asyraf duduk bersebelahan dengan Puan Mastura di kerusi belakang.Senyap tanpa bicara.Adik beradik Keluarga ini memang tidak banyak berbicara antara satu sama lain,seperti Asyradi dengan adiknya Asyraf,mereka berdua jarang berkomunikasi antara satu sama lain.Sama juga adik beradik yang lain,Faizwan,Fawwaz dan Abang Sulungnya Farhan.Kesemuanya jarang berbicara antara mereka.Tiada topik hendak dibincangkan.Bagi sesetengah kawan mereka menganggap itu suatu masalah keakraban adik beradik tetapi bagi Asyradi,itulah indahnya ukhwah kekeluargaan.

Dari jauh kelihatan Hospital Swasta yang bernama Pantai Putri tersergam megah dengan banggunan yang berwarna biru tua dan putih.Setelah berjaya mendapatkan tempat letak kereta yang strategik.Kesemuanya bergegas masuk ke dalam Hospital tersebut.Encik Meor zahidi menemani Isterinya mendapatkan rawatan kecemasan,mukanya agak cemas dalam tenang.

Asyradi dan Asyraf melabuhkan punggung di kerusi yang berjauhan antara satu sama lain.Itulah kebiasaannya.Masing-masing melakukan hal sendiri.Asyraf hanya melihat-lihat orang keluar masuk pintu yang terbuka secara automatik pabila sesuatu menghampirinya.kelihatan seorang lelaki India terlanggar pintu masuk tersebut dan selepas itu membuat gaya seakan-akan tidak terjadi apa-apa.Asyraf dan Asyradi melihat kejadian itu,Asyraf ketawa kecil,Asyradi simpati.Asyradi membaca senarai nama-nama doktor yang bertugas di hospital mewah itu.Kebanyakannya China.Kenapa China memonopoli angka yang banyak ini.Satu persoalan buat semua?Terdapat 7 orang Doktor yang mendapat gelaran Dato' dan 2 orang Doktor yang mendapat gelaran Datin.Hebat.

Seusai proses pemeriksaan jururawat,puan Mastura ditolak dengan kerusi roda oleh seorang petugas untuk mendapatkan perkhidmatan X ray dan kemudiannya menghantar ke bilik penginapan setelah Suaminya membuat bayaran deposit di kaunter.Bilik yang diduduki agak mewah semewah bayaran yang dikenakan.Alhamdulillah,Puan Mastura mempunyai kad yang membolehkan seseorang yang mengalami kecelakaan mendapatkan insuran.Bilik tersebut dilengkapi dengan penyaman udara,katil yang boleh dilaras keadaannya secara automatik,televisyen,tandas,almari,meja dan kerusi.

"uhuk,Uhuk,,Uhuk..amik tisu jap.."Puan Mastura batuk tidak henti-henti,darah keluar berketul-ketul dari mulutnya.Asyradi menahan sedih melihat keadaan ibunya saat itu.Asyraf bergegas mendapatkan tisu daripada jururawat.Encik Meor Zahidi pergi mendapatkan jururawat.

"dah keluar darah dari hidung pulak ni,pergi bagitahu abah"Puan Mastura mengarah Asyradi untuk bertidak segera,Asyradi melihat darah agak banyak keluar,hidung ibunya juga berdarah.Dia bingung seketika,sebak lalu bingkas bergerak mendapatkan ayahnya.Ayahnya datang bersama seorang jururawat lengkap beruniform biru muda.Jururawat wanita itu seakan-akan tidak mengerti untuk berbuat apa-apa kerana doktor yang bertanggungjawab masih merawat pesakit lain.

setelah menunggu agak lama,seorang doktor India berpakaian kemas dan mulutnya ditutupi dengan topeng masuk ke dalam bilik.Namanya Michael,beliau menanyakan pelbagai soalan perihal apa yang terjadi pada puan Mastura,bila batuk,apa sakit dan sebagainya.

"ada kemungkinan Puan Mastura mengalami TB iaitu batuk kering kerana melalui X Ray yang dijalankan,terdapat lubang kecil di paru-paru sebelah kiri puan yang menyebabkan pendarahan."terang Doktor Michael mengenai apa yang berlaku kepada Puan Mastura.

Batuk Kering atau tuberkulosis adalah jangkitan bakterium Mycobacterium tuberculosis yang biasanya menyerang paru-paru(pulmonari TB)juga mampu menyerang sistem saraf tunjang(meningtis),sistem lymphatik,sistem peredaran"circulatory system"(miliri TB),sistem genitourinari,tulang dan sendi.Wajah Encik Meor Zahidi sugul,Asyradi dan Asyraf agak terkejut dengan penjelasan Doktor.Apa yang kerap singgah dan bermain di fikiran Asyradi kemungkinan kecil berlaku.Hatinya terus memanjatkan doa agar perkara tersebut tidak terjadi,Allah maha kuasa,dia menyeka matanya.

"tetapi ia masih peringkat awal,saya akan mengambil sampel kahak untuk 2 3 hari untuk buat kajian,so,makanan tak de pantang apa-apa,malam ini tidur mengiring ke kiri untuk graviti menahan daripada darah keluar,dan kita nak membekukan darah tu."Doktor Michael cuba menenangkan Puan Mastura.Kelihatan wajah Puan Mastura agak pucat.penat.

"tak pelah,balik ke rumah,i ok kat sini,dah lewat dah ni,I pon nak tidur dah"beritahu Puan Mastura pada suaminya yang berumur setahun lebih tua darinya.Encik Meor Zahidi amat risau mengenai keadaan isterinya jika keseorangan di bilik itu,namun kerisauannya terpujuk setelah mendapat keyakinan dari isterinya.

"ade ape-ape call ok"Encik Meor Zahidi mengingatkan isterinya.

"bawa kereta elok-elok"Puan Mastura mengingatkan darah dagingnya.Setelah Asyradi dan Asyraf bersalaman dengan Ibu mereka,mereka pulang ke rumah tanpa seorang penumpang sewaktu datang tadi.Insan pilihan Allah.Seorang wanita hebat di dunia ini.Asyraf memandu kereta tenang.Encik Meor Zahidi memerhati pemanduan anaknya itu manakala Asyradi nyenyak tidur terbaring di kerusi belakang.Penat memikirkan sesuatu untuk dinukilkan di laman maya..


"Ya Allah,kau sembuhilah penyakit Ibuku ini.Engkaulah yang maha berkuasa dalam tiap-tiap sesuatu.Amiin."


Info*Ini kali ke2 mak masuk ke hospital.Haritu diserang kayap di kepala.Inilah ujian Allah.
*mesyuarat khas Pas diadakan pada hari rabu ni.harap semua ok je.

2 comments:

Anonymous said...

Tanda sayang ALLAH itu bisanya kelihatan dengan hadirnya dugaan bertubi2.bersyukur pada ALLAH,wlu pun perit,derita & sengsara kian menjengah,ALLAH ingin membentuk hati serta jiwa kita menjadi kuat.YAKIN,ALLAH kini mmpersiapkn diri asyradi untuk lebih cekal.PASTINYA ADA SST DUGAAN MNCBR YG BAkAl DTG utk ditempuh dgn SABAR
" Jika ALLAH menyukai seorg hamba,Dia akan mmberikn di hatinya suatu kesedihan yg amat mndalam.Bila dia mmbenci seorg hamba,Dia akan mnjdkn hatinya seruling kesenangan"

Dr Asy said...

thanks Anonymous atas nasihat dan kprihatinan anda.InsYAAllah.:P