Skip to main content

"Kegembiraan dan kegelisahan Bertamu Di hati"







Alhamdulillah,sudah 12 hari dikalangan saudara kita menyambut hari raya Aidilfitri,pelbagai juadah dan hiburan yang mereka rasai dalam menyambut kemenangan Bulan Ramadhan,namun adakah ini yang kita dambakan?benar Islam menyuruh kita bergembira di bulan Syawal untuk menyambut kemenangan di bulan Ramadhan,hatta diharamkan kepada kita untuk berpuasa pada 1 Syawal,namun apa yang terjadi,ada dikalangan kita yang menyambut Kemenangannya selama sebulan bersamaan dengan jumlah hari puasanya('',)Bestkan?tidak bagi insan yang mengetahui erti sebenar kemenangan,janganlah kita terlalu gembira hatta kita memandang tanggungjawab yang lebih utama dengan pandangan yang samar dek memandangkan masih punya kredit hari raya yang belum tamat tempohnya.Baiklah,seperti umat islam yang lain,ana juga turut merasai kenikmatan berhari raya bersama keluarga dan kenalan lama ketika berada di Madrasah Idrisiah,perut ana juga turut mengalami penghadaman yang memeningkan kerana menerima pelbagai jenis kuih dan makanan sepanjang 4 hari berhari raya,seperti tahun sebelumnya,hari raya pertama ana akan beraya bersama keluarga di Karai(sebelah ayah) setelah menunaikan Solat sunat Aidilfitri serta menziarahi kubur tok dan pada hari kedua bersama keluarga yang berada di Ipoh(sebelah Ibu) seterusnya hari raya ketiga bersama-sama dengan sahabat setempat sambil menziarahi rumah kawan dan guru.

Kegembiraan cuti Rayaku terbatas kerana pada hari raya keempat(rabu 10.30pm),aku bertolak ke Nilam Puri bagi rangka persediaan menghadapi peperiksaan akhir bagi semester 3,jujur hajat hati mahu pulang pada 6 syawal namun dikuburkan hajat hati kerana ada rencana yang lebih penting untuk diselesaikan.Saat tiba di apium,kelihatan hanya beberapa insan sahaja yang telah menapak di Blok Al Ghazali dan terpancar jelas suasana sunyi sepi,mungkin mereka pulang agak lewat dariku atau aku yang terlalu awal pulangnya,pada hari jumaat barulah kelihatan suasana study group,bunyi riuh rendah,nyanyian lagu raya,open room diadakan untuk menghabiskan kuih muih yang dibawa dan suasana pelajar yang tension kerana demam peperiksaan('',).Pada saatku menekan keyboard ini,sudah selesai 4 kertas soalan peperiksaan,ada sebahagian kertasnya membuatku gembira dan sebahagiannya membuatku berduka,namun kedua-duanya perlu ku batasi dengan bertawakkal kepada yang maha esa,kita telah berusaha dan usaha kita itu akan dinilai olehnya..janganlah kita terlalu memikirkan perasaan kita kerana tension dengan soalan math ketika ada dikalangan sahabat kita yang tidak cukup masa untuk menjawab soalan yang diajukan dan ada dikalangan kita yang mempunyai masa untuk bermenung kerana tidak mahu mendigitkan angka-angka yang tidak boleh difahami oleh pemeriksa,bersabarlah.Allah ada bersama kita,pohonlah padanya apa yang kita inginkan,InsyaAllah,akan dimakbulkan selagi mana kita tidak melanggar arahannya.pada petang tadi,aku dijemput untuk bersama-sama sahabat majmuah 8 yang lain untuk bermain futsal(line 7) sekaligus menghilangkan rasa tekanan jiwa yang mendesak hati dan perasaan di saat peperiksaan.Tetapi cara yang tebaik untuk menenangkan jiwa ialah BizikriLlah.


Info:Amaran Tsunami kepada negara indonesia,India,Malaysia dan Singapura telah dikeluarkan namun ditarik semula arahan tersebut,Kejadian ini belaku rentetan kejadian Tsunami yang terjadi di samoa Amerika seterusnya gegaran gempa bumi yang berlaku di Padang Indonesia dan kawasan sekitarnya,gegaran ini dapat dirasai di singapura dan malaysia terutamatanya di sebelah barat laut sepeti lembah klang,Semalam juga berlaku tiupan angin yang ganjil(ribut)di beberapa kawasan kelantan termasuk Apium Nilam Puri sekitar jam 3.30-5.seorang pelajar perempuan maut ditimpa pokok Ru di Pantai Bachok dan beratus rumah yang diterbangkan atapnya.

Comments

Popular posts from this blog

10 BUKU TRAVELOG Yang Menarik Untuk Dibaca

Ramai yang bertanya, buku Travelog apa yang boleh dibaca. Semua buku Travelog boleh baca, tapi yang ada pada saya ini ada 10 tajuk dan saya akan kongsikan secara ringkas sinopsis berkaitan buku buku tersebut. Biasanya ada harga promo untuk pembelian 5 buku iaitu hanya RM 100 dan Free Postage. Ok boleh baca dulu sinopsis ringkas buku buku ini. 1- Travelog MR.Traveller by Meor Farid Asyradi (Buku ini adalah kisah kembara seorang mahasiswa mengelilingi Eropah dengan menaiki kereta api seorang diri. Memang kalau baca buku ni macam kita pula yang mengembara sekali. Buku ni juga terpilih sebagai salah sebuah buku Best Of 2015 MPH) 2-TRAVELOG MR TRAVELLER (UNTOLD STORIES) by Meor Farid Asyradi (ini merupakan buku kedua Meor Farid Asyradi setelah buku pertamanya terjual lebih 20 ribu naskah. Buku ini ada 50 kisah benar dan ada juga kisah yang tidak pernah diceritakan kepada sesiapapun. Misteri ) 3. TRAVELOG HJ MR.TRAVELLER. by Meor Farid Asyradi . (Buku ini adalah buku siri MR Travel...

Hampir Ber"Iftar"kan Khinzir Masak Kicap di Korea

Baru-baru ini ketika memberi pengisian #TravelogTalk di Sekolah Menengah Sains Kuching, Sarawak, ada pelajar bertanya. Abang pernah berpuasa di luar negara tak ? Lantas saya menjawab, Pernah dik, antaranya di Korea. Teringat saya akan kisah yang sukar dilupakan ketika "iftar" (berbuka puasa) di sana. Ayuh saya kongsikan.. Ketika mengikuti program summer School di Inha University Korea pada cuti semesterku yang keempat, aku dan beberapa sahabat dari Universiti Malaya ditempatkan di asrama yang terletak berhadapan dengan Universiti tersebut. Daripada Isnin hingga Jumaat aku berulang alik untuk pergi ke kuliah yang ditetapkan untuk program itu seperti kelas bahasa korea, budaya korea dan Politik asia. Ketika itu musim panas, dan bahang kepanasannya dirasai hingga ke malam. Selain panas, waktu itu juga adalah bulan Ramadhan. Puasa hingga 16 jam. Suasana Ramadhan di situ jujur tak dapat dirasai seperti mana di Malaysia dan negara Islam yang lain. Nak dijadikan k...

Kisah di Iran. Wanita ini Hampir sujud atas batu "carom".

Kisah ini adalah merupakan kisah benar yang saya lalui ketika mengembara ke Bumi Parsi Iran. Kisah penuh telah saya nukil dan bukukan dalam buku Travelog kelima saya bertajuk Usrah Travelog MR Traveller. Kisah ini adalah sekadar perkongsian dan gambaran buat pembaca ketika kembara saya dan keluarga ke sana. Ayuh, saya kongsikan kisahnya. ................................... Lama juga kami berehat di luar kawasan masjid Imam zadeh Saleh sementara menanti masuknya waktu solat fardhu zohor bagi wilayah Tehran dan yang sewaktu dengannya. Sebenarnya aku memang berniat untuk tunaikan solat berjemaah di masjid ini. Pengalaman mahu merasai sendiri perbezaan yang dipelajari sebelum ini. Pertamanya, perbezaan yang berlaku adalah sewaktu berkumandang azan. Ada tambahan Lafaz Ali WaliyuAllah dalam laungan azan tersebut. Ia mereka yang berfahaman Syiah, sangat taksub dengan Saidina Ali. Kerana itu, ramai orang Iran bernama Ali, Husin dan Hasan. Ahli Bai...