Skip to main content

“Alangkah sayunya hatiku saat meninggalkan.......”























































Salam pembuka bicara,nun jauh di sana terdapat kenangan yang tidak mungkin terhakis di ingatan lemahku..kenangan apakah itu??semestinya Sup Bunjut Adabi.O,maaf maaf,semestinya Program Baksis 09 yang sudah usai diprogramkan.Saat ini sudah pasti teman-teman blogger yang lain sedang menukilkan sesuatu yang mampu mengimbau dan menceritakan pengalaman berharga masing-masing.Saya juga ingin berkongsi dengan pembaca yang sudi membaca nukilanku ini,tujuanku menceritakan pengalaman pahit manis ini bukanlah untuk menunjuk atau membangga diri,tetapi ia Cuma sekadar perkongsian cerita kepada teman-teman lain.bagaimana saya mahu memulakan perkongsian sepanjang empat hari di Kampung kalai ini(JELI).??

8/10/2009-Khamis

Jam 8.30am:kami bertolak ke Kampung Kalai dengan menaiki 2 buah bas(bas Um/bas persiaran),kelihatan para fasilitator berada dalam keadaan yang sangat gembira dan bersedia untuk diprogramkan.

10.30a.m dan seterusnya:tayar bas kami berhenti di hadapan masjid Kg kalai,Ibu-ibu dan bapa-bapa angkat sudah kelihatan tiba di masjid,,ucapan alu-aluan pengarah program saudara edikop,Ketua KRT kg kalai Cikgu Wan dan Ucapan perasmian oleh Dr Mohideen selamat disempurnakan.Seterusnya para pelajar mengekori keluarga angkat ke rumah yang akan didiami.Aku dan Fakhrul Islam mengekori jejak langkah Ibu angkatku yang mesra dipanggil “MA”oleh keluarga ke teratak indahnya.Aku dan Fakrul mula berbicara dan beramah mesra bersama Ma iaitu seorang ibu tunggal yang bernama Puan Syarifah serta keluarganya.Suaminya yang merupakan bekas tok penghulu kg ini sudah meninggal dunia 2 tahun yang lalu,beliau mempunyai 6 orang anak:

Anak pertama:kak long sudah berkahwin dan menetap di johor bersama suaminya,beliau pemegang ijazah dari U.Malaya.Kami hanya dapat melihat fotonya sahaja.

Anak kedua:bernama Mohd Ramawi atau lebih mesra dipanggil mamat.abe mat ni seorang pelajar yang bijak tetapi dia terkena buatan orang beberapa tahun yang lalu.Diplomanya tidak dapat digunakan kerana saat ini dia tidak mampu bergaul dengan orang,berlegar-legar tanpa destinasi namun masih dengar kata-kata ma.Dia juga mesra bersama aku dan Fakhrul walaupun mukanya kelihatan malu-malu kucing(‘’,),

Anak ketiga:Abe Azmin merupakan bapa kepada seorang anak yang bernama haikal hasil daripada perkahwinan pada umur mudanya dengan kak Azzah,sekarang beliau berumur 23 tahun dan bekerja sebagai “pomen”tukang motor,orangnya sangat peramah seramah manya.

Anak ketiga:Abe Azizi mengikut jejak langkah ibunya yang aktif dalam dunia perniagaan.Sekarang beliau merupakan tauke Bundle kecil di kampung kalai.Sangat rapat dan baik dengan manya.Manya juga sering menyebut nama anaknya itu.

Anak keempat:Azman atau mesra dipanggil Azme berumur sama dengan umurku.-19-,dia tidak mampu meneruskan pelajaran dan sekarang bekerja di lombong Mas bermajikan omputeh dengan gaji Rm2400 sebulan.Sangat peramah orangnya.

Anak kelima:Ayu,pelajar tingkatan 6,dikatakan pandai memasak.Hasil jagaan manya yang risau dengan masalah sosial saat ini membuatkan Ayu agak malu untuk bergaul dengan masyarakat setempat.Bakal menduduki STPM tahun depan.

Anak keenam:Aini merupakan pelajar tingkatan 4,sama juga keaadaanya seperti Ayu yang tidak terlalu sosial.bakal menduduki SPM tahun depan.

Hari Kedua.Jumaat 9/10/2009

Pameran dan motivasi pelajar diadakan di Sekolah Kg Kalai..Saat itu saya agak terkejut kerana disapa dengan gelaran DR ASY oleh seorang muslimah yang berada di gerai AN Nisa’.Rupa-rupanya beliau mengenaliku melalui blogku ini.Blognya “Redupkanhati”.Seterusnya pada jam sekitrar 3 lebih bermulalah programku iaitu sukan rakyat,pelbagai permainan yang dipertandingkan seperti Music Chair,kupas kelapa(makcik-macik suruh saya adakan permainan kupas nyor ni,terpaksala saya tunaikan permintaan nakal berbaur manja makcik2 ni hu3),anyam daun nyor,tarik tali,sepak raga,futsal dan main bola dalam keadaan berkain pelikat,Alhamdulillah,program sukan rakyat ni mendapat sambutan yang baik dari orang kampung kalai.Tika Malam menyusul aku mendengar kuliah mantap dari Ustaz mahyuddin yang merupakan guru hadithku.

Hari Ketiga.Sabtu 10/10/2009

Pada hari ini kami memasuki perkampungan orang asli(kg Sungai Rual)dengan menaiki lori orang kampung,sungguh Fantastic ,aku mendapat pengalaman yang sangat berharga bersama masyarakat asli di sana,kami juga mengadakan majlis jamuan hari raya bersama mereka.Pelbagai rupa orang asli yang kutemui,mereka suka bertabarrujla,nyaris-nyaris ibu betulku x bermenantukan orang asli(‘’,).kami pulang ke kampung kalai dalam keadaan basah kuyup dek terkena hujan.Pada petangnya aku dan fakhrul diajak oleh ma yang ditemani oleh ayu untuk melawat kolam ikannya manakala Pada malamnya pula diadakan malam kebudayaan di dewan sekolah kalai,orang kampung kalai sekali lagi memberi kerjasama yang baik kepada kami dengan kedatangan mereka ke majlis ini,antara persembahan yang dipersembahkan ialah Dikir barat,sajak(Fendi),Nasyid dan pentomen.walaupun nasyid kami agak hambar,namun ia sangat hebat(‘’,),aku juga semPat berdikir barat bersama pasukan dikir kg kalai yng bergelar Tiung Emas.hEBAT TU..(TERINGAT MASA JADI TUKANG KARUT WAKTU SEKOLAH RENDAH DULU)

Hari Terakhir.Ahad.11/10/2009(hari mengundi Bagan Pinang)

Majlis penutup diadakan di dewan kg kalai.Saat ini kelihatan mimik muka yang sedih dipertontonkan oleh orang ramai,almaklumlah,majlis perpisahan..aku juga turut merasai perasaan sebak tatkala mengimbau kembali pengalaman sepanjang berada di kg ini dan bersama keluarga angkatku yang sangat peramah.Kami mengakhiri program ini dengan doa wida’ di hadapan masjid.Kami bertolak ke ApIUM pada jam 3pm dengan lambaian tangan antara kami dan masyarakat Kg kalai.Kami tiba di Apium Pada jam 4.30pm.Alhamdulillah.


Info:*jentera BN menang Besar di Bagan Pinang.Tahniah orang Bagan Pinang atas pilihan kalian yang sangat BIJAK.(",)

*Gambar keluarga angkat(duduk di belakang dari kiri:Ayu,Ma,Aini,kak Azzah,Abe Azmi.

Duduk di hadapan dari kiri:Abe Azizi,Fakrul Islam,Azme,haikal dalam dukungan Radi).

*Gunung Reng(seperti dalam gambar di atas)mempunyai kisahnya tersendiri.Diceritakan bahawa ia adalah sumpahan dan bala dari Allah apabila ketua kampung itu terlalu gembira dengan pernikahan anaknya dan mengadakan pelbagai acara yang pelik selama 7 hari 7 malam di mana pada hari terakhirnya mereka melagakan kucing dan anjing di atas bumbung,pada saat itu,ada 2 orang penduduk yang keluar dari kampung tersebut kerana ada urusan,pabila pulang semula ke kampung itu,kampung itu sudah tiada dan yang ada adalah sebuah gunung batu yang diubah dari dari negeri Perak(seperti dalam gambar di atas iaitu gunung yang berada di belakangku tika aku di atas lori).pelbagai rupa dan bentuk yang terdapat pada gunung itu seperti keris dan sebagainya.

Sumber sohih dari mulut ke mulut sehinggalah mulut sahabat saya iaitu Dhamiri yang menceritakan kepada saya.

Comments

Popular posts from this blog

10 BUKU TRAVELOG Yang Menarik Untuk Dibaca

Ramai yang bertanya, buku Travelog apa yang boleh dibaca. Semua buku Travelog boleh baca, tapi yang ada pada saya ini ada 10 tajuk dan saya akan kongsikan secara ringkas sinopsis berkaitan buku buku tersebut. Biasanya ada harga promo untuk pembelian 5 buku iaitu hanya RM 100 dan Free Postage. Ok boleh baca dulu sinopsis ringkas buku buku ini. 1- Travelog MR.Traveller by Meor Farid Asyradi (Buku ini adalah kisah kembara seorang mahasiswa mengelilingi Eropah dengan menaiki kereta api seorang diri. Memang kalau baca buku ni macam kita pula yang mengembara sekali. Buku ni juga terpilih sebagai salah sebuah buku Best Of 2015 MPH) 2-TRAVELOG MR TRAVELLER (UNTOLD STORIES) by Meor Farid Asyradi (ini merupakan buku kedua Meor Farid Asyradi setelah buku pertamanya terjual lebih 20 ribu naskah. Buku ini ada 50 kisah benar dan ada juga kisah yang tidak pernah diceritakan kepada sesiapapun. Misteri ) 3. TRAVELOG HJ MR.TRAVELLER. by Meor Farid Asyradi . (Buku ini adalah buku siri MR Travel

3 kali KENA SCAM di Luar Negara ?!!

Ketika Travel, kita pasti mahu mengelakkan kejadian seperti ditipu kerana ditipu hidup hidup ini adalah perkara yang amat menyakitkan hati. "Parut" kisah ditipu tidak akan dapat dilupakan selama-lamanya. Untuk itu, post kali ini ingin saya kongsikan kisah di mana saya ditipu di tiga negara berbeza iaitu di Vietnam, India dan Mesir. Selamat membaca dan jangan tertipu dengan kejadian yang saya alami ini ya ;) Kisah 1 – Kena Scam : Di Vietnam ( Julai 2014)  Aku bersama tiga orang teman, Zack, Zakirin dan Nukman bergerak menuju ke kota Ho Chi Minh Vietnam melalui jalan darat dari Phnom Penh, Kemboja. Kami menaiki bas dengan tiket berharga RM30 sehala. Hampir lapan jam masa diambil untuk tiba di Ho Chi Minh termasuk menaiki Feri menyeberangi sempadan Phnom Penh- Saigon dan urusan imigresen.   Perjalanan yang agak memenatkan dengan keadaan bas yang dibawa laju terhuyung hayang. Suatu kisah yang tidak dapat kami lupakan di Ho Chi Minh ini adalah ketika menaiki

Bersama Dj Dj IKIM

I.K.I.M salah satu siaran radio yang sangat ana minati,jika Sebelum ini hanya bisa mengenali Dj2 radio lewat corong radio tetapi pada hari ini sy dapat bersama dengan Dj Erwan(rancangan Nasyid),Dj Mona Jazman(rancangan Mari Belajar bahasa Arab)dan Dj maslina(rancangan bersama Tenku Asmadi MEPS).Perasaan gembira menyusup ke dalam hati kerana dapat mengenali sebahagian DJ2 IKIM dengan lebih dekat,hampir setengah jam ana dapat berbual dengan mereka,sikap peramah benar2 sesuai dengan kerjaya mereka sebagai DJ radio Kefahaman Islam Malaysia.Pihak IKIM hadir di APIUM Nilam Puri bertujuan memberi peluang kepada pelajar2 membuat rakaman ucapan hari raya kepada orang yang dikehendaki bertempat di bilik mesyuarat APIUM.Insyaallah,rakaman akan di ON AIRkan pada hari raya ke2 sekitar jam 2 hingga 4.Ana juga sempat membuat rakaman,kene cakap bahasa Arab pulak,aduhai banyaknya salah tatabahasa hu3..Xpe,yang penting kita cuba ok.. Info: Rupa-rupanya kak Mona yang baca berita bahasa Arab dalam IKIM tu