Sudah 4 SEM kita bersama.Menempuh hari-hari yang adakalanya baik dan adakalanya buruk.Setiap pertemuan pasti ada perpisahan dan setiap kelaparan pasti ada kekenyangan.2 hari lepas restoran CHIANGMAI menerima kunjungan ahli majmuah 8 yang ingin mengadakan malis makan tengahari sempena majlis perpisahan.Antara perkara menarik yang dijalankan adalah makanan ala-ala Thai,penyampaian anugerah bagi setiap pelajar,kehadiran VVIP(ustaz Usman Yasin-mentor majmuah8)dan cabutan bertuah.
Akhir kata saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan kemaafan atas setiap perkara yang berlaku sepanjang kita bersama-sama berada di bawah nama MAJMUAH 8.Teruskan perjuangan kita di sini dan sama-samalah kita melangkah ke UMKL yang penuh dengan duri onak.
Comments