Dasar pemalas,mengapa kau jadi pemalas sedangkan kau tau ia menyusahkan kau,kau dah tau dah kemalasan itu mampu membuat kau jadi tension,tapi kau sikitpun tak amik peduli.berapa kali aku dah kata dekat kau,kau anggap je sifat malas tu macam najis di mangkuk tandas.Tak perlu dilihat dan dinikmati.Cuma perlu FLASH je biar bersih mangkuk tandas tu.PAHAM.!
Sekelumit teguran keras dan jijik pada diri sendiri.Sudah berminggu-minggu saya tidak menari-narikan jari dengan tarian hip hop di hadapan blog ini.Semuanya disebabkan gara-gara kerja yang bertangguh dan perasaan diri yang tidak mahu melakukan itu ini.Sudah tahu diri itu banyak komitmen boleh bersenang-senang dan berlengang kangkung lagi.Justeru,kepala jadi berat dan badan pula menjadi penat adalah akibatnya.
Sedikit sebanyak ingin saya kongsikan bersama pembaca yang sudi membaca termasuk ibu bapaku yang merasakan LaP Top ku ini rosak akibat aku sudah tidak lama mengupdate Sesuatu untuk dikongsi.Sudah beberapa kali saya memaksa diri untuk menaip namun kemalasan menjadi pembunuh perasaan tersebut.
Baik,saya mulakan kisah2 kronologi kehidupan dengan Nama Allah.BISMILLAH ARROHMAN ARROHIM
Yaumul Israk
HARI MIKE DAN TEMAN
الأمور ذات الاهتمام:
- BBQ
-ExPlOrAcE
- رياضة وهديّة
تجارب و ذكريات-
(pengalaman&Kenangan)
التاريخ :8 يناير2010
8 a.m-10p.mالوقت :
المكان : أكاديمية الاسلامية جامعة ملايا فروع نيلم فوري

PROJEK KE TERENGGANU
Pertandingan Futsal Arena Kelantan
Ini pula kisah bagi pertandingan futsal.16-1-2010
"Radi,ni ada surat penyertaan untuk futsal,mintak ko tolong setelkan ok.” dikki menghulurkan sehelai kertas tertera butiran pertandingan.Mataku berpinar menghayati kertas penyertaan tersebut.Otakku mula giat berfikir.”boleh claim duit yuran ni,mahal gak.Rm120 satu kumpulan.,nak hantar 2 kumpulan hmmm”aku bermonolog sendirian.
Dipendekkan cerita,alhamdulilah pertandingan tersebut telah selamat diselesaikan dengan membawa kekalahan yang abadi.Boleh cuba lagi di masa akan datang.Amin.Duit claim yuran dan L.O makanan dan minuman pemain telah beres.
*perlu wujudkan team khas untuk permainan FUTSAL sebagai langkah persediaan menghadapi pemain2 hebat di Kelantan ni.
Program BUMI Sem 4
Program Bina Ukhwah mahasiswa Islam telah selamat diusaikan bertempat di Pantai Bisikan Bayu Kelantan.Program ini bertujuan untuk mengeratkan lagi ukhwah sesama sahabat yang lain dan langkah persediaan menghadapi liku2 kehidupan yang akan datang.Program ini dirasakan oleh sebahagian peserta agak hambar dan membosankan pada permulaannya.Namun,setelah hari pertama berlalu,program ini menjadi menarik dengan pelbagai program seperti explorace,tarbiyatun nafs,explorace dan sebagainya.Secara tuntasnya,program ini amat menarik walaupun ketika itu saya sibuk menyiapkan TESIS mutolaah yang memakan masa agak lama dan memerlukan kekuatan jari dan minda untuk menyiapkannya.Alhamdulillah,tesis mutolaah itu telah selamat dihantar.Berbalik kepada program BUMI,Bagi sesiapa yang tidak mengikuti program tersebut dan yang hanya mengikuti Slot ZABAIH(sembelihan)oleh ustaz Syukri,saya berani sebutkan,kalian terlepas peluang untuk merasai program Tarbiyah yang sangat menarik.
SMARTIES
Alhamdulillah,setinggi kesyukuran terhada illahi kerana program ini telah berjalan dengan lancar.Sebelum itu saya mahu menceritakan,sehari sebelum program koko ini bermula,baju tempahan untuk ISRAK telah selesai disiapkan,itupun setelah didesak beberapa kali oleh saya agar pihak(kedai DOCNAN)menyiapkan baju lelaki perak umnp dalam masa yang ditetapkan.Kembali ke tajuk cerita,program smarties memberi kenangan dan pengalaman baru bagi kronologi kehidupanku.Bermula dengan menaiki Bas Sekolah menuju ke SMKA Wataniah,dibahagikan mengikut kumpulan dan kali pertama dalam sejarah,saya ditaklifkan memegang kumpulan yang kesemuanya wanita berpartnerkan ustazah Nabila.pada awalnya agak malu apabila kumbang dikelilingi oleh beberapa kuntum bunga tahi ayam.Namun akhirnya,perasaan malu itu dapat diatasi.seronok juga dapat mengenali ragam manusia,pelbagai program menarik telah dijalankan berkaitan dengan kepimpinan,kepekaan dan keberaniaan.tidak lupa juga malam Muhasabah yang mampu membuatkan seseorang menginsafi diri,menangis kerana takutkan Allah dan PENGSAN.Moga-moga apa yang Fasilitator majmuah 8 lakukan mendapat keredhaan dan kasih sayang dari yang maha kuasa dan maha mengetahui.Melalui borang kaji selidik yang saya baca,Alhamdulillah,adik2 form 3 smka wataniah secara tuntasnya memberikan respon yang baik dan sokongan padu terhadap program yang kami jalankan ke atas mereka.Sebelum pulang ke UMNilam.Puri,kami singgah dan mandi di Lata Tembakah bagi menghilangkan penat sambil menikmati keindahan alam flora dan fauna ciptaan Allah.

Forum Selebriti ya disertai oleh selebriti
Setelah selesai program dan khidmat Fasi di SMA Rahmaniah Kuala Krai,saya dempat hadir di majlis forum bertajuk “selebriti sebagai Ikon masyarakat”yang menampilkan tiga orang insan terkenal.Ustaz Habiburrahman El Syirazy,Puan Wardina dan Puan Farah Adeeba.Bertempat di KB MALL kelantan.Saya dapat mengetahui serba sedikit mengenai ketiga tiga panelis ini.Masing2 menafikan selebriti bukanlah ikon masyarakat dan mereka lebih menggalakkan orang ramai untuk sama-sama menginsafi diri dan berubah menjadi pencinta ilmu.
”Menjadi selebriti bukanlah cita-cita akak”kata Puan Wardina.Puan wardina sangat menitik beratkan soal hubungan pasangan yang bukan muhrim.Baru-baru ini,beliau dengan berani menyatakan kebenaran kepada media dengan menyuruh pihak bertanggugjawab untuk haramkan adegan bersentuhan antara pasangan yang bukan muhrim dalam lakonan dan mengatakan artis adalah punca rosaknya akhlak remaja.Sangat berani Puan Wardina mengeluarkan kenyataan sebegitu rupa.Tahniah kak,akak telah menggunakan medium akak sebagai orang dikenali untuk manasihati masyarakat artis yang masih sibuk dengan pekerjaan "matlamat menghalalkan cara".Forum ini menarik minat saya adalah terutamanya kerana ingin bersemuka dengan penulis novel yang banyak memberi ilham pada saya untuk mencinta karya islami melalui penulisannya yang sangat kreatif.Bukannya saya taksub dengannya ok.kang Abik sangat bijak bermain dengan kata-kata dan merupakan seorang penceramah yang sangat hebat.Walaupun saya hanya sempat mengambil autograph dan bergambar dengannya tanpa berbica kerana terlalu ramai orang ketika itu.Namun,Berbaloi rasanya dapat bersama mereka dalam majlis sempena Hiburan Dalam Islam yang telah dirasmikan oleh salah seorang YB Kelantan.
*Penulis Blog memakai baju Israk:)
Sesuatu di Luar Jangkaan Fikiranku
“Habiburrahman sayaqti ila idaroti fi saah saniah,qul ilal akhorin”Dr Muhideen menyatakan pada sahabatku Aziz bahawa Habiburrahman penulis novel ayat-ayat cinta akan datang ke pejabat untuk bertemu dengannya jam 2 tengahari.Aku turut juga cuba mengintai ke pejabat samaada kang Abik datang atau tidak.Jam telah menunjukkan pukul 2.30.seperti tiada bayangan kang Abik di Nilam Puri ini.Justeru saya membuat keputusan untuk keluar sebentar.Dalam perjalanan keluar,sebuah kereta perdana SUK Kelantan memasuki perkarangan APIUM Nilam Puri.Kelihatan kang abik duduk di kerusi bahagian belakang.Pak Guard menyuruhku dan bukhairi menunjukkan di mana terletaknya kedudukan Pejabat Dr Muhideen.kami mengiringi perjalan kereta bewarna hitam tersebut dan setelah memarkir kereta .Muncullah seorang insan yang selama ini hanya dikenali melalui internet di hadapanku buat kali kedua.Tidak perlu bersesak sesak dengan orang ramai.Aku diminta untuk mengiringi tetamu istmewa ini ke bilik Dr Muhideen.Seperti lagak 2 orang sahabat lama,aku berjalan seiring dengannya menuju ke pejabat.sempat juga ku berbicara dalam bahasa Indonesia dengannya.Dalam hatiku berbisik bagaikan berada dalam mimpi aneh,bagaimana aku boleh berjalan dengannya sambil sahabatku yang lain hanya mampu memerhatikan dari jauh dengan perasaan yang tidak ku ketahui.Itulah kuasa Allah dan aturan Allah yang sangat hebat.Beliau datang berjumpa dengan Dr Muhiddeen adalah kerana Dr Muhideen merupakan guru rujukannya bagi menyelesaikan kuliah master yang sedang beliau jalani.Akhirnya,aku selitkan bukti cerita ini melalui gambar yang sempat dirakam seperti yang terteta di atas.
.Presiden JTK dan YDP MPP yang bakal melepaskan jawatan masing-masing turut terselit di dalam gambat itu.:).JKP Etika rohani pon ada.
.Presiden JTK dan YDP MPP yang bakal melepaskan jawatan masing-masing turut terselit di dalam gambat itu.:).JKP Etika rohani pon ada.
Kuliah semester 4 Menuju Ajal
Alhamdulillah,pengajianku di APIUM NILAM PURI ini akan menemuai ajal atau penamatnya setelah 3 minggu yang akan datang ini.Minggu depan merupakan Study Week dan akan diikuti dengan peperiksaan akhir semester selama 2 minggu.Moga Allah permudahkan Urusanku dan sahabat yang lain.AMINNN.
Jam 12.30 malam semalam baru selesai tasmiq hadis.Pelik sangat,kita mempunyai masa yang lama sebelum ini untuk hafal hadis,kenapa sekarang baru nak kelam kabut,saya sangka saya seorang je yang suka last minute,rupa rupanya ramai lagi dan lebih memelikkan perempuan yang bagi saya sangat rajin juga turut terlibat dalam kancah ini.:)
SEKIAN.......
Jam 12.30 malam semalam baru selesai tasmiq hadis.Pelik sangat,kita mempunyai masa yang lama sebelum ini untuk hafal hadis,kenapa sekarang baru nak kelam kabut,saya sangka saya seorang je yang suka last minute,rupa rupanya ramai lagi dan lebih memelikkan perempuan yang bagi saya sangat rajin juga turut terlibat dalam kancah ini.:)
SEKIAN.......
Comments