Seperti yang dijadualkan, tepat jam 11.42 pagi, kereta api yang dikendalikan oleh Deutsche Bahn's InterCity Express dengan nombor pendaftaran ICE 34 mula bertolak.
Seperti biasa, aku boleh memilih mana-mana kerusi second class yang tidak tertulis ‘reserved’.
Aku memilih kerusi di sebelah tingkap supaya dapat melihat pemandangan luar dengan jelas.
Perjalanan kali ini akan mengambil masa 4 jam 40 minit. Di sepanjang perjalanan, kereta api berhenti beberapa kali untuk mengambil dan menurunkan penumpang.
Di satu perhentian, seorang wanita yang kujangka berumur sekitar 50-an duduk berhadapan denganku.
Aku mula berbicara dengan wanita itu. Bahasa Inggerisnya amat fasih kerana beliau berasal dari Newcastle, United Kingdom.
Aku juga pernah tiba di Newcastle sewaktu kembara seminggu di United Kingdom dua minggu sebelum bermulanya misi kembara dengan kereta api ini.
Wanita itu semangat bercerita mengenai salah sebuah negara Scandanivia iaitu Denmark yang dirasakan cukup selesa untuk didiami.
Dengan populasi penduduk sekitar 5.6 juta orang, beserta kemudahan asas, prasarana terbaik, pendidikan percuma, kebajikan terjaga, keselamatan terjamin dan peluang pekerjaan dengan gaji yang tinggi, semestinya menjadi idaman setiap insan.
Tidak hairanlah, Denmark disenaraikan antara negara yang paling bahagia di dunia dan negara yang hampir bersih daripada gejala rasuah. (rujuk Indeks Persepsi Rasuah (CPI).
Walaupun kadar cukai GST mereka jauh lebih tinggi daripada Malaysia iaitu sebanyak 25%, namun kualiti tadbir urus kerajaan serta pulangan hak kepada rakyat juga tinggi nilai hasilnya.
Rakyat mereka seakan reda dengan apa yang diberi dan gembira dengan pulangan yang diterima kembali.
Aku juga semangat berbalas cerita mengenai negara Malaysia yang sedang rancak dengan pelbagai isu. Ternyata, wanita tersebut kurang mengenali negara asalku.
Selang beberapa minit, wanita itu turun di kawasan perumahannya, sementara aku meneruskan perjalanan yang masih berbaki dua jam lebih sehingga suatu saat aku tidak sedar yang aku terlelap kepenatan.
“The train will stop for 45 minutes. To all passengers, please leave the train immediately.”
Pengumuman yang dibuat di dalam kereta api mengejutkan aku daripada lena.
Aku terpana. Pemandangan luar bukan lagi bukit-bukau, petak-petak sawah yang terbentang luas, mahupun kincir angin yang menukar kuasa angin kepada tenaga putaran. Tetapi, seolah-olah kereta api yang aku naiki berada di dalam sebuah kontena.
Suasana begitu berbeza.
Aku tertanya-tanya,
“Apakah yang berlaku sebenarnya?”
Tanpa membuang masa, aku bertanya kepada salah seorang penumpang berhampiran.
Jawabnya, “Kita berada dalam feri.”
“Feri?” terlopong aku seketika.
“Kereta api di dalam feri? Untuk apa?”
persoalan semakin ligat dalam benakku.......................
-Travelog MR. Traveller-
Untuk kisah lebih lanjut, boleh dapatkan buku Travelog MR.Traveller smile emoticon
====================================
BUKU "TRAVELOG MR TRAVELLER" KINI CETAKAN KELIMA. 12 000 NASKAH SOLD OUT !
====================================
BUKU "TRAVELOG MR TRAVELLER" KINI CETAKAN KELIMA. 12 000 NASKAH SOLD OUT !
====================================
KHAS UNTUK ANDA YANG :
✅ suka MENGEMBARA
✅ INGIN TAHU kehidupan di negara asing yang bermacam-macam budaya
✅ NAK RASAI sendiri dunia pengembaraan
✅ NAK LIHAT kebesaran ilahi yang owsem
✅ berniat dan berjinak-jinak dengan DUNIA BACKPACKERS
✅ NAK TAHU tips2 penting sebelum & semasa pengembaraan
✅ NAK TAHU cara travel dengan kos bajet & murah
✅ suka MENGEMBARA
✅ INGIN TAHU kehidupan di negara asing yang bermacam-macam budaya
✅ NAK RASAI sendiri dunia pengembaraan
✅ NAK LIHAT kebesaran ilahi yang owsem
✅ berniat dan berjinak-jinak dengan DUNIA BACKPACKERS
✅ NAK TAHU tips2 penting sebelum & semasa pengembaraan
✅ NAK TAHU cara travel dengan kos bajet & murah
🌍🗻✈🚞🚦🚊🚢🗼💵💷🌇🗽🇦🇺🇯🇵🇸🇬🇸🇦🇻🇳🇰🇷🇨🇳
PASTIKAN ANDA DAPATKAN BUKU INI. DiJAMIN BANYAK INFO DAN ILMU YANG BAKAL DIPEROLEH.
PASTIKAN ANDA DAPATKAN BUKU INI. DiJAMIN BANYAK INFO DAN ILMU YANG BAKAL DIPEROLEH.
JANGAN TERLEPAS lagi kerana ini mungkin cetakan TERAKHIR. Sudah 12 000 Naskah terjual dalam tempoh kurang sembilan bulan..!
Kini Cetakan kelima, Januari 2016: 3000 Naskah lagi sudah dicetak !
================================
FAKTA TRAVELOG MR TRAVELLER (TMT) :
================================
FAKTA TRAVELOG MR TRAVELLER (TMT) :
================================
✔Tulisan seorang Mahasiswa. KISAH BENAR
✔Jual sendiri
✔Harga MAMPU MILIK
✔Bahasa yang MUDAH dibaca.
✔SESUAI dibaca oleh semua golongan
✔Hampir 99.99 % pembaca berasa dirinya sebagai watak dalam buku ini
✔️Pembaca yang tidak suka membaca juga mampu MENGHABISKANNYA dalam tempoh kurang 6 jam
✔️MULA DIJUAL di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015
✔️1200 Naskah terjual dalam tempoh 10 hari.
✔️Cetakan Pertama April: 2000 Naskah Terjual dalam tempoh tiga minggu.
✔️Cetakan Kedua Mei : 3000 Naskah terjual dalam masa kurang 2 bulan.
✔️1000 Naskah DIBELI oleh Syarikat PTS.
✔️Buku ini dibaca oleh pelbagai bangsa dan peringkat Umur.
✔️Pernah dijadikan sebagai HANTARAN dan HADIAH PERKAHWINAN
✔️Dibawa sebagai teman mengembara
✔️HADIAH kepada rakan, ketua-ketua jabatan.
✔️Goodies bag
✔️Dibeli oleh PERPUSTAKAAN
✔️PENULIS DITEMURAMAH untuk ruangan Varsiti Berita Harian (gambar)
✔️DiILANCARKAN oleh Menteri Besar Perak setelah dua bulan buku ini diterbitkan (gambar)
✅✅ DIPERSEMBAHKAN JUGA KEPADA DYMM PADUKA SERI SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN. SULTAN NAZRIN MUIZZUDDIN SHAH DI ISTANA ISKANDARIAH (gambar)
✅✅ Sebahagian gambar di bawah hanyalah cerita ringkas yang terdapat di dalam TMT. Rasai kembara saya bila anda membacanya nanti.
==================================
500 Orang terawal akan DAPAT hadiah khas :
"BOOKMARK T.M.T LIMITED EDITION !
==================================
500 Orang terawal akan DAPAT hadiah khas :
"BOOKMARK T.M.T LIMITED EDITION !
==================================
Harga termasuk pos :-
📬 RM 30 SM
📬 RM 36 SS
📬 RM 30 SM
📬 RM 36 SS
SAYA TUNGGU ANDA DI SANA !!
" Selamat Membaca "
*** TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PEMBACA TMT CETAKAN PERTAMA DAN KEDUA. TANPA ANDA TIADALAH CETAKAN KETIGA..smile emoticon
•••SINOPSIS•••
Travelog MR.Traveller adalah sebuah catatan pengembaraan nekad seorang mahasiswa menaiki kereta api seorang diri mengelilingi benua Eropah. Menempuh hampir 10, 000 kilometer perjalanan melalui 15 buah negara dengan hanya menggunakan sekeping tiket sahaja. 50 buah kereta api digunakan.
Segala bentuk persediaan sebelum pengembaraan sudah diuruskan dengan baik dan rapi. Pelbagai kisah suka dan duka dialaminya ketika dalam perjalanan disulami dengan kisah-kisah throwback ketika mengembara di negara-negara lain.
Namun adakah perjalanan yang dilaluinya semudah seperti yang direncana dan bagaimana ?
Namun adakah perjalanan yang dilaluinya semudah seperti yang direncana dan bagaimana ?
Ayuh, Ikuti dan rasai sendiri pengalaman yang ingin dikongsi. Pembaca akan dibawa masuk ke dalam dunia penceritaan menembusi benua dan dimensi pengembaraan.
Realiti bukan mimpi atau Fantasi.
Realiti bukan mimpi atau Fantasi.
Travelog Khas di INDIA juga dimasukkan...👌
Comments