Skip to main content

Cinta Munafik

By:Meor Farid Asyradi Bin Meor Zahidi

tatkala cinta dihiasi dengan noda,
hasilnya hanyalah sekadar dosa.

piaapppppppp!!!!sepancar libasan rotan tepat mengenai permukaan tapak tangan mulus seorang pelajar tingkatan dua Madrasah Idrisiah.Sahabat-sahabatnya memandang sayu dan kasihan mendengar suara kesakitannya,mereka sedia maklum sekiranya lewat masuk ke musolla walaupun hanya sesaat,habuannya adalah sebatang hanger akan hinggap di tangan.

"Semua beratur di dinding sekarang,ana nak dengar bunyi kipas je!!"laungan Tariq kepada adik-adik tingkatan dua memecah kesepian Musolla yang terletak di tingkat empat asrama lelaki.
Suasana menjadi kelam kabut lantaran semua pelajar bergerak pantas mendengar arahan.

"siapa yang masbuq tadi keluar ke tengah sekarang,cepat!!''.suara tegas Tariq yang merupakan pelajar tingkatan lima dan bertugas sebagai penjaga adik-adik tingkatan dua benar-benar membuatkan jiwa dan raga adik-adiknya gentar sehinggakan ada yang mula mengeluarkan air mata dek ketakutan.

Kelihatan beberapa orang pelajar mula bergerak ke tengah musolla mengaku kesalahan mereka,kesemuanya pelajar yang sering melakukan kesalahan,tiada muka baru kecuali seorang iaitu Zaki.Zaki merupakan seorang pelajar yang cerdik dan comel,tidak hairanlah ramai abang-abang yang mahu menjadikannya adik angkat,tambahan pula kakaknya menjadi kegilaan pelajar lelaki dan menjadi bahan pujian setiap hari.

"enta kenapa masbuq?"tanya Tariq kepada Akram."akhi,ana sakit perut tadi,buang air besar."jawab akram pantas.

"enta?"hanger di tangan Tariq ditujukan kepada Rahafiz.

"ana pergi bilik tadi,locker lupa nak kunci".jawab Rahafiz tertunduk kerana tidak berani bertentang mata dengan insan yang dibencinya.

"hmm,macam-macam alasannya,enta kenapa Din?"soalan beralih kepada Izzudin yang merupakan pelajar yang bermasalah,seringkali menjadi sasaran senior untuk dijadikan laukyang dihidang di dalam bilik mereka di kala malam.Tubuh Izzudin yang seperti pelajar tingkatan lima ini serik dihinggapi oleh tumbukan,sepakan dan jentikan insan yang tidak berpuas hati dengannya,ada disebabkan mimik mukanya yang seakan-akan tidak berpuas hati dengan abang-abang,tidak memberi salam,terlanggar bahu,mengelak daripada mengambil air dan mengumpat senior.

"saya tercirit dan terkentut time solat tadi,pastu pergi tukar kain kat bilik,thats all my bro"jawab Izzudin tenang.Jawapannya membuat pelajar-pelajar lain ketawa girang.

"diam!!!siapa suruh antum ketawa,semua ketuk ketampi tiga puluh kali sekarang,sama-sama.kalau tak sama,ulang dari awal.Enta kira Din."nafsu amarah Muhammad Tariq membuak-buak,jawapan Izzudin sebentar tadi benar-benar menyemarakkan api kemarahannya seperti api yang disimbah petrol tetapi dikawal oleh perasaan sabar yang semakin menipis.

Setelah usai ketuk ketampi dilengkapkan,tiba giliran pertanyaan kepada pelajar yang dibenci sebahagian besar sahabat-sahabatnya disebabkan sikap pilih kasih yang diberikan kepadanya.Pernah suatu ketika,semua pelajar dikerah untuk jalan itik dari tingkat satu ke tingkat lima,tetapi dia diasingkan daripada melakukan kaedah denda tersebut dan digantikan dengan ketuk ketampi sepuluh kali,semuanya disebabkan alasan sakit kaki sedangkan ada pelajar lain yang lebih sakit daripadanya.Selain itu,sahabat-sahabatnya juga dengki dengan layanan yang diberikan oleh pelajar senior kepadanya seperti belanja makan,borak dalam bilik senior dan amaran kepada sesiapa sahaja yang menganggunya.

"enta kenapa Zaki?macammane boleh masbuq ni,enta tak pernah masbuq pun sebelum ni?"pertanyaan Tariq bermakna sekaligus membuatkan pelajar lain terasa dengan layanannya yang jauh berbeza.

"maafkan ana akhi,ana tak sengaja,ana pergi ambil dompet,tertinggal atas katil,risau hilang,,"jawab Zaki dengan nada sedih berbaur manja.Wajahnya saling tak tumpah dengan kakaknya.

Sebenarnya Tariq juga merupakan antara pelajar lelaki yang menyimpan perasaan terhadap gadis idaman ramai itu.Gadis itu juga merupakan pelajar seangkatan dengannya dalam organisasi Majlis Pelajar sekolah.Fikiran Tariq mengimbau sejenak saat pertama kali memandang raut wajah gadis yang bernama Dawwin Najah.wajahnya yang ayu dan perlakuannya yang sopan santun benar-benar membuat si jantan terpikat.Tambahan pula gadis ini diberi gelaran Najah Si gadis Tawadhuk dan bakal Isteri Solehah,jalannya tunduk,tudungnya labuh dan tidak berbicara dengan pelajar lelaki jika tiada urusan penting,kadang-kala hanya berurusan melalui surat sahaja ,benar-benar terhasil didikan tarbiyah Sekolah Islam.


Pagi itu diselimuti oleh hujan.Lebat.Jarum jam memanah ke arah angka 2.Dawwin Najah masih lena diulit mimpi.Mukanya yang cantik seakan-akan mengekprestasi mimpi yang dialami.Serius dalam tenang.Rakan sebiliknya Nur Kinanah masih leka membaca novel berjudul Si Penggali Kubur yang dikarang oleh Dr Haulid Al Harar.Jarinya yang mulus menyelak helaian novel yang mendapat tempat pertama dalam Sayembara Remaja.Dari satu helai ke satu helai dan membentuk helaian yang tebal.Hanya tinggal beberapa muka surat lagi untuk dikhatamkan.

Suara cicak berkumandang.Tariq masih cuba melelapkan matanya.Malam itu sangat aneh.Keadaan asrama lelaki yang terletak di sebelah bukit yang dikenali sebagai bukit berpenunggu seolah-olah tiada penghuni.Suara cicak yang mengundang ketakutan dalam hati seseorang itu menganggu pemikirannya.

"kalau cicak berbunyi bermakna nampak hantu tau".Muhammad Tariq teringat fakta palsu keterangan kawan sekelasnya yang bernama Ahmad Quwais ketika mereka berada di sekolah rendah.

"betulke cicak nampak hantu,ish mengarutla,takkan zaman serba moden ni ade makhluk tu".Tariq menenangkan gelora ketakutan dalam dirinya.Dia memang dikenali sebagai seorang yang penakut.Di atas kelemahannya itu,kawan-kawan yang lain suka menakut-nakutkannya dengan pelbagai cerita rekaan.Fiksyen semata-mata.Padahal dia merupakan seorang pengawas yang sangat garang.Ingatannya mengimbas kembali wajah-wajah pelajar tingkatan dua yang dirotan olehnya.

"Betulke tindakan aku ni,adakah aku mampu mengubah mereka dengan sebatang rotan yang tidak bernyawa,adakah aku berlaku adil"dia bermonolog sendirian.Jauh dihatinya terbit sebuah kekesalan terhadap apa yang dilakukan kepada adik-adiknya tadi.kesemua yang bersalah dirotan kecuali Zaki.Setelah Tariq bermain dengan perasaannya.Matanya berjaya ditutup kemas.Dia mula melayari mimpi.Mimpi yang menakutkan.Kebiasaannya mimpi yang dilalui adalah berkaitan dengan perasaan seseorang.Sekiranya seseorang itu memikirkan perkara yang indah,maka dia akan menerokai mimpi yang indah dan sebaliknya.

.........................................................................

Dirimu pembakar semangat perwira
Rela berkorban demi agama
Kau jadi taruhan berjuta pemuda
Yang bakal dinobat sebagai syuhada'
Itulah janji pencipta yang Esa .

Lagu Ainul Mardhiah dari kumpulan UNIC yang disetkan sebagai bunyi loceng memecah kesunyian pagi itu.Najah terjaga dari lena.Begitulah kebiasaannya.Dia mendisiplinkan dirinya untuk bangun jam 3 pagi.Mendekatkan diri pada sang pencipta kerana Allah bermegah dengan hambanya yang bangun malam untuk beribadat padanya.Matanya digosok-gosok.Dia tersenyum melihat sahabat karibnya yang tertidur di atas meja.Novel masih dipegang erat seakan-akan tidak mahu melepaskannya.

"Nur,kenapa tidur kat sini,sakit tengkuk nanti.Jom qiamulail sama-sama".Najah mengejutkan sahabatnya itu.Suaranya yang halus itu membuatkan Nur terjaga lantas tersenyum manja.

"Najah,Nur terlelap.Tadi tengah baca novel ni".Jawab Nur Kinanah sambil mengangkat novel yang sederhana tebal..Ajakan Najah untuk qiamulail disahut.Namun,matanya masih belum terbuka luas.Seperti ada batu pada kelopak matanya itu.Berat.

"tula.Tidur lewat lagi.Kan susah nak bangun.Orang suruh tidur awal degil".Najah memulas lembut telinga sahabat kesayangannya itu.Kinanah mengaduh sambil tersenyum dan berasa bahagia diperlakukan begitu.

"Nur tak boleh tidurla selagi tak habis bace novel ni.Seronok sangat.Dr Haulid ni mesti hebat orangnya kan.Nak sangat jumpa dia.".Kinanah memberi alasan.Cuba mengubah topik kepada perihal Dr Haulid.

"sudah-sudah.Jangan fikir pasal tu.Jom basuh muka.Ambil wudhuk.kemudian kita jumpa Allah. ok sayang.Intan payung.".Najah cuba mengingatkan Kinanah supaya jangan terlalu fikirkan perihal penulis muda yang namanya sedang meningkat naik.Mendapat pangkat Doktor falsafah dalam usia yang begitu muda.Hebat.Kinanah mengerti maksud sahabatnya itu.Dia tahu Najah sukar diajak berbicara mengenai seorang lelaki.Mereka dua menapak ke tandas yang terletak dibahagian tengah tingkat bilik mereka.Kelihatan tandas dipenuhi oleh sahabat-sahabat mereka yang lain.Kesemuanya berwajah berseri-seri dengan manik-manik air wudhuk yang melekat di wajah mereka.Hanya satu tujuan.Untuk mencecah dahi ke sejadah.

......................................................

Tariq masih hanyut dalam mimpi.Wajahnya yang tampan mudah membuatkan ramai pelajar wanita terpikat dengannya.Tambahan pula Tariq merupakan Presiden majlis Pelajar sekolah.Terkenal.Jam terus berputar ligat seolah-olah membiarkan manusia berada dalam kerugian.Waktu menghampiri subuh.Asrama lelaki dihiasi dengan pelbagai bunyi jam loceng.Jam loceng yang ditugaskan sebagai penggerak manusia dikala pagi menjajah.Tariq lantas bangun dari tidur.

"bangun syeikh,subuh dah ni.jom kejut adik-adik."Rakan sebiliknya dikejutkan terlebih dahulu.kawan-kawannya sudah biasa dengan perkataan sahabat mereka itu.malah sudah menghafalnya.

"ok bos.Bangun syeikh.subuh dah ni.jom kejut adik-adik".Ahmad Quwais mengejut sahabat-sahabat yang lain dengan mengajuk kata-kata Tariq.Tariq tersenyum malu.Sudah faham gurauan sahabat karibnya sejak kecil itu.

Mukanya dibasahi dengan wudhuk.pakaiannya digantikan dengan pakaian solat.Sehelai jubah yang panjangnya melepasi sedikit paras lutut dan sehelai kain pelikat menjadi pilihannya saban hari.kain serban dililit kemas di kepalanya.Mengikuti Sunnah Nabi.Rotan yang terletak di atas almari dicapai.Skuad Kejut Subuh(SKS) yang diasaskan oleh Tariq sendiri sudah bersedia menggempur musuh yang menyebabkan Umat Muhammad terus lena dalam mimpi.Iaitu musuh dari kalangan syaitan yang menghasut manja dan nafsu malas yang membuak-buak.Tariq dan sahabat pimpinannya yang lain perlu memastikan kesemua pelajar berada di Musolla sebelum azan subuh berkumandang.Pintu-pintu bilik diketuk.Selimut kulit babi maya yang menyebabkan manusia leka dan terasa berat dengan waktu subuh dihapuskan.Pelajar yang agak sukar bangun dicurahkan dengan kuantiti air yang sedikit,ada juga yang dirotan dan dijatuhkan dari katil yang rendah.Nampak kejam.kesemua penghuni asrama itu sudah maklum tindakan yang akan dilakukan dan mereka faham tujuan baik Skuad ini.Muazzin Masjid Ubudiah mula melaungkan azan.Musolla Induk madrasah Idrisiah sudah dipenuhi oleh insan-insan tarbiyyah.Beberapa pelajar yang lewat dikenakan denda seumpama ketuk ketampi dan sebagainya.Begitulah kebiasaannya.

.......................................................................

"Petang ini pihak pentadbiran mahu mengadakan perjumpaan dengan semua Pimpinan Pelajar di bilik mesyuarat.Enta tolong maklumkan pada semua ok.Jangan lewat ye.".kata ustaz Faisal kepada Tariq.Perjumpaan antara pihak pentadbiran dengan pimpinan pelajar jarang diadakan.Kadang-kadang hanya tiga kali setahun.Berita ini mengembirakan Tariq.

"baik Ustaz.Nanti saya akan maklumkan pada semua.Pukul berapa perjumpaan tu?".Tariq seakan-akan tidak sabar menantikan jawapan.

"pukul tiga petang tepat''.Jawab Ustaz Faisal Ringkas.Muka Tariq seakan bercahaya.Seperti ada sinar yang memancar ke arahnya.Lantas gambaran wajah seseorang bermain di kotak fikirannya.


Kelas lima Ibnu Sina dihingari dengan suara para pelajar.Masing-masing sibuk dengan cerita sendiri.Ada yang sempat melelapkan mata untuk menggantikan tidur yang tidak mencukupi.Itulah rutin kebiasaan pelajar asrama.Lelaki terutamanya,pantang ada masa kosong,pasti diisikan dengan slot merehatkan mata.
Kelibat Dawwin Najah muncul bersama sahabat karibnya Nur Kinanah.Kedatangan mereka bagai dinanti-nantikan oleh pelajar lelaki.Najah dan kinanah melabuhkan punggung di kerusi yang terletak di barisan paling hadapan.Mata Najah tertumpu pada beberapa keping surat yang terselit di bawah mejanya.Sudah biasa dengan situasi ini.Kesemua yang tertulis pada helaian kertas tersebut adalah berkaitan perihal mahu berkenalan.Salah satu darinya diterima sejak tingkatan tiga.Sampul berwarna biru beserta sebiji gula-gula Cadbury.Pakej lengkap.Masih tidak jemu mengharap.Namun,tidak pernah Najah mahu membalas surat itu apatah lagi mahu mengenali pemberinya.
”kenapa mereka ni masih tidak faham tujuan datang ke sini”hati Najah membentak.Kurang senang dengan sikap pelajar lelaki yang tidak faham dengan objektif dan misi hadir di tapak perjuangan pena ini.Mereka lebih suka membazir waktu dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah.
“dapat surat layang lagi ke Najah.”kinanah menyedari perubahan riak wajah sahabatnya.Dia juga sedia maklum betapa ramai pelajar lelaki yang tertarik dengan peribadi sahabatnya.Ada yang meminta padanya untuk menjadi orang tengah.Tetapi ditolak.
“hmm..bilalah mereka ni nak sedar?
“sabar ye Najah.Nanti lama-lama mereka bosanla tu.”
“harap-harap begitulah.hmm.”.
Dari jauh Saiful Muslim memerhatikan Dawwin Najah.Mengharap nota kecilnya dibalas.Saiful merupakan pelajar yang pendiam.Tidak mudah bergaul dengan orang.Namun hati kecilnya tetap mahu mengenali lebih mendalam perihal gadis yang telah mencuri hatinya.Dia juga mahu menjadi salah seorang pelajar lelaki yang menaruh harapan pada si dia.
Derapan kasut guru matematik yang dikenali dengan kegarangannya memasuki kelas.Kelas yang tadi bagaikan pasar sudah berubah menjadi seakan-akan kawasan perkuburan.Senyap sepi.Cikgu Sulaiman memulakan pengajarannya.Tajuk pengamiran.Dia sebenarnya mahu para pelajar serius dalam menuntut ilmu.Bukan sekadar belajar untuk peperiksaan dan menganggap ilmu matematik tidak berguna dalam kehidupan.
.........................................................................................................
“Assalamualaikum Najah.”.Suhaila menghampiri Najah yang sedang berehat di pondok rehat yang terletak di bahagian kanan banggunan Kelas.kebiasaannya pelajar muslimat akan berkumpul di pondok ini untuk berkongsi cerita.
“Waalaikumussalam.O..Suhaila.marilah duduk sini’’.Najah mesra menjawab salam Suhaila.Badannya dianjak sedikit untuk menyediakan ruang duduk yang lebih selesa untuk Suhaila.Suhaila merupakan timbalan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar sekolah.Sangat petah berkata-kata.Buku teks sejarah di tangan Najah ditutup lembut.
‘’ana menganggu Najah ke ni?”
“eh tak la.Suhaila tak menganggu ana sikit pun,ada info terkini ke?”
‘’eh.macam tahu-tahu je ana ada info terkini.’’
“mestilah.Ana kan dah lama kenal Su.Dah boleh agak dari riak wajah Su je”
“amboi.Ada ilmu menilik orang Najah ni.Petang ni ada perjumpaan”
“perjumpaan apa?”
“perjumpaan dengan pihak pentadbiran jam 3.Tadi Tariq bagitahu.”
“o..InsYaAllah.di tempat biasa kan?’’
naam.Dekat bilik gerakan Jamaatur Ruasa’.Tolong beritahu sahabat-sahabat lain tau.”
“InsYaAllah Suhaila.Jangan risau,ana pasti jalankan tugas sebagai setiausaha bos”
“ada-ada je Najah ni.Pandai ambil hati ana ye.Syukran”
“he..he..Afwan”
Loceng berdering nyaring.Menandakan waktu rehat telah tamat.Najah dan Suhaila memasuki kelas masing-masing setelah bersalaman dan berpakat mahu berbuka Puasa sunat bersama-sama di dewan makan maghrib nanti.Berita mengenai perjumpaan pada petang ini meniti pengetahuan setiap kepimpinan pelajar.
…………………………………………………………………………………………………….
Bilik perjumpaan sederhana besar berhawa dingin itu dipenuhi dengan wajah-wajah pimpinan pelajar yang bertanggungjawab dalam membantu pihak pentadbiran.Mudir sekolah masih belum tiba.Jarum jam hampir menjunam ke angka tiga.Berbaki tiga minit.Hati Tariq berdegup kencang tatkala terpandang wajah si dia.Gadis itu juga tertentang mata dengan Tariq lalu tertunduk malu menjaga pandangan.Indah.
“Astaghfirullah,kenapa wajahnya menganggu perasaanku’”hati kecil Tariq cuba menahan nafsunya yang merayu mencuri pandang wajah gadis kesukaannya.Sukar dileraikan balutan cinta yang membaluti perasaannya.
” takkan begitu mudah aku jatuh cinta.oh tidak!!” Pintu bilik dikuak.Tariq terkesima lantas berdiri menghormati pihak atasan.Semua kepimpinan turut berdiri.Barisan pentadbiran sekolah memasuki bilik gerakan.Mudir madrasah,Ustaz kamaruddin memulakan perbincangan berkisar permasalahan pelajar dan cara-cara mengatasinya.Perbincangan hampir dua jam itu benar-benar membuat hati Tariq terseksa dalam bahagia.Terseksa dek tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya sewaktu perbincangan.Bahagia kerana melayani nafsunya.
”lemahnya imanku”dengus hati kecilnya.
..................................................................................................
“Tariq,kenapa enta tak banyak cakap time perbincangan tadi”Quwais memulakan perbualan sambil kaki melangkah ke padang bola yang terletak tiga kilometer jauhnya daripada sekolah.Setiap petang mereka berdua pasti beriadhah mengeluarkan peluh.Akal yang kuat berasal dari badan yang sihat.Tariq mula berkongsi rahsia bersama sahabat karibnya.
“entahla Quwais.Ana tak dapat tumpu perhatianla tadi”
“la,kenapa pula.Apa yang dok bermain kat fikiran enta ni?”
“hmm.cuba kalau orang yang enta minat ada depan mata.enta boleh tenang tak?”
“ni mesti kes cinta ni kan?’’
“hmm..lebih kurang begitula”
“Tariq,enta kan tahu yang cinta ni sangat bahaya.Kita masih belajar Tariq.Muda lagi.”
‘ana tak tahula kenapa.Ana dah cuba halang.Tapi makin halang makin datang”
“sejauh mana seriusnya enta halang nafsu tu,kalau setakat menghalang dengan hati mudah sahaja dipatahkan dengan nafsu.Tariq,cuba enta fikir dengan akal fikiran yang sihat.Ingat balik tujuan kita datang ke sini”
“ana sedar ana silap Quwais.Tapi tak tahula kenapa..”
“itu bukan persoalan sukar Tariq.Jawapannya sebab enta biarkan nafsu enta menjajah fikiran.Memang betul setiap lelaki ada kemahuan pada perempuan.Normalla kalau macamtu.Tapi kita kena pandai mengawalnya.Jangan biar ia lalaikan kita.Enta pemimpin Tariq.Kita mahu mentarbiyah adik-adik.Tapi kita sendiri bermasalah.”
“Ya Allah.Dugaan apa ini.Berdosanya aku.Syukran Quwais atas nasihatnya.Ana akan cuba buang perasaan ini.Doakan ana”
“Afwan Tariq.Ana yakin enta boleh.Ingat balik baiah kita.Hidup dalam tarbiyah islamiyah.Siapa perempuan yang enta minat tu?”
“Dawwin Najah”

...................................................................................................
Kehidupan di Madrasah Idrisiah berjalan seperti biasa.Tariq dan kepimpinan yang lain sibuk menjalankan program berunsur tarbiyah.Badan penggerak Musolla(BPM) banyak membantu bagi melestrasikan matlamat pihak kepimpinan bagi mewujudkan suasana biah solehah di bumi khazanah ilmu ini.Seperti biasa,dalam setiap gerak kerja dakwah pasti ada halangan.Seperti penentangan daripada para pelajar.Begitulah sunnah dalam dunia dakwah.Sekiranya tiada mehnah dan tribulasi,pasti ada cacat cela dalam dakwah yang dilakukan.
Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia merangkak tiba.Kesemua pelajar tingkatan lima sibuk mengulangkaji pelajaran.Mengadakan kelas tambahan bersama guru mereka.Tidak kurang juga pelajar yang bersengkang mata sehingga jam empat pagi bagi memastikan setiap tajuk yang dipelajari disentuh.Inilah Dunia peperiksaan.
..........
Najah kelihatan memikirkan sesuatu.Nota kecil dalam sampul surat berwarna biru yang diterima pagi tadi benar-benar mengejutkan dirinya.
"kenapa sampai begini jadinya.Siapa sebenarnya dia?"nota kecil itu ditatap semula.
Salam,Dawwin Najah.Ana benar-benar mahu mengenali enti.Ana tak dapat menahan kehendak ana.Ana tahu ana pelajar biasa.Tiada rupa.Tiada harta.kenapa enti tak pernah balas surat yang ana bagi.Ana Cuma mahu berkenalan.ye.ana sudah jatuh cinta.Cinta yang benar-benar buat ana gila.Ana tak dapat tumpukan perhatian sepenuhnya pada pelajaran.Mungkin enti tak kenal ana sebab enti tak pernah mahu mengenali ana.Esok enti akan kenal siapa ana.Sekiranya tengahari ni,enti x balas surat ana di celah almari belakang kelas.Berita mengenai ana akan jadi bahan yang mengejutkan semua pihak.
Daripada:
Bakal Arwah sekelasmu.
“Apa semua ni???”hati Dawwin Najah seakan menjerit sakit.Matanya berkaca-kaca.

Kesemua nama dan perwatakan pelajar lelaki kelasnya bertandang di fikiran.Sebelas orang kesemuanya.Ahmad dikenali sebagai seorang yang tegas.Setia berkhidmat sebagai ketua kelas Lima Ibnu Sina.Sangat bertanggungjawab.Sahabat rapatnya,Mujahid Bin Nazri,Seorang pelajar yang sangat peramah dan pemurah.Anak kepada Dato’ Nazli,Wakil parlimen Padang Rengas.Nasir yang berwajah Pan Asia pula seorang yang dikenali sebagai kaki perempuan.Kisah Nasir yang lebih dikenali sebagaiplayboy Muslim Terhangat ini sudah bertebaran di setiap sudut asrama perempuan.Pantang pulang ke rumah.Pasti keluar berdua-duaan dengan gadis yang dikenalinya.,Sukar dinasihatkan.Berlainan pula sikapnya dengan Muhammad yang dikenali sebagai Imam besar di sekolah.Perwatakannya yang seperti ustaz,membuatkannya disegani oleh pelajar lain.Fadullah pula adalah anak kepada seorang penjual nasi lemak.Berkat ketabahan ibubapanya membesarkan lapan orang anak membuatkan dia menjadi pelajar yang sangat bijak.Seringkali mendapat tempat pertama acap kali peperiksaan.Antara pelajar cemerlang harapan sekolah.Saiful pula kelihatan seperti seorang lelaki yang anti perempuan.Ini semua gara-gara sikap ibunya yang menuntut cerai pada ayah kerana mahu berkahwin dengan kekasih lamanya.Kisah drama sebenar kehidupannya ini sudah tidak asing lagi.Terutamanya dikalangan pelajar tingkatan lima.Ini membuatkan dia lebih suka bersendiri.Asyraf pula seorang yang sangat pendiam.Sama seperti Saiful.Sukar diajak berbicara.Anak kepada seorang nelayan dan baru sahaja kematian Ibu.Radzi dikenali sebagai seorang yang panas baran.Pernah satu ketika .Dia menumbuk seorang pelajar tingkatan tiga gara-gara mee kari pelajar itu tertumpah pada bajunya.Pihak sekolah mengenakan hukuman gantung sekolah selama seminggu dan dua kali sebatan rotan.Farhan,Akram dan Naim pula dikenali sebagai tiga serangkai.ke mana sahaja mereka pergi pasti bergerak bertiga umpama berita radio bergerak.Ada sahaja maklumat yang dibawa.Mereka juga peramah,dan rajin mengulangkaji pelajaran bersama.Tidak hairanlah mereka digelar Pasangan sehati Sejiwa.Perwatakan sama sahaja.Agak keperempuanan.

Fikiran Dawwin Najah makin kusut.Dia cuba mengagak namun tiada seorang pun di antara pelajar lelaki kelasnya yang dirasakan sebagai pengirim surat itu.Hatinya mula berbelah bahagi.

“haruskan aku membalas suratnya?”.Hati dan fikirannya mula berinteraksi.Persoalan yang amat sukar direalitikan.

Bunyi yang terhasil daripada putaran kipas bilik yang sepi itu bagai membelit fikirannya.Dia keseorangan.Nur Kinanah keluar bermain badminton bersama sahabat yang lain.Najah mula berdoa pada yang maha esa untuk membantunya keluar dari permasalahan ini.Matanya melirik ke arah meja belajar yang terletak di sebelah katil.Di situlah tempatnya menyiapkan kerja sekolah dan mengulangkaji pelajaran.

………………………………….
Malam Sabtu.Malam yang sangat bebas bagi para pelajar.Tiada sebarang kelas persediaan.Kebiasaannya pihak kepimpinan akan mengadakan program seperti tayangan perdana di dewan.Selain itu,para pelajar akan berkunjung dari bilik ke bilik membuka ruang perkongsian kisah suka dan duka.Penjual-penjual makanan dari kalangan pelajar juga sibuk menjalankan perniagaan mereka.Lumayan.Sesetengah warden asrama persis memberi kebebasan kepada pelajar saat ini.

Menariknya malam itu.Banggunan asrama hanya didiami oleh pelajar tingkatan lima. Bebas namun terikat oleh peperiksaan yang sedang merangkak membuka tirai Sijil Pelajaran Malaysia(SPM). Pelajar-pelajar lain sudah pulang ke rumah setelah selesai menghadapi peperiksaan akhir tahun atau lebih dikenali di sini sebagai
 Marhalah Robiah.

“Zaki,nanti balik rumah jaga diri ok.Doakan ana berjaya dalam SPM.Kirim salam pada mak ayah.”.Sempat Nasir mengungkapkan kata-kata penuh makna kepada Zaki yang sedang menjinjing beg.Sarat berisi barang.

“InSyAAllah akhi.Buat yang terbaik.”.Balas Zaki pendek.Akhi Nasir bukan orang pertama yang menasihatinya atau lebih tepat mengambil berat padaya.Sebentar tadi akhi Salleh,Akhi Fakhrul dan Akhi Nasrul turul mengungkapkan kata-kata yang hampir serupa.

“Zaki,biar abang bawa beg berat ini.Zaki bawa beg yang satu lagi tu.”.Quwais muncul dari belakang Nasir secara tiba-tiba.Beg besar di tangan Zaki diambil.Zaki tergamam memandang wajah pelajar yang disenangi oleh para pelajar lain itu.Merupakan antara senior yang sangat baik dan peramah.Bertugas sebagai Ketua Umum sekolah.Nasir geram.

“Akhi,tak pe,biar ana yang bawa”

“eh tak pe,biar ana je yang bawa.Kan banyak barang tu.Kereta dekat mana?”

“syukran akhi.Kereta dekat rumah bulat”

“ok Jom.”
Quwais dan Zaki menuruni susunan anak tangga.Empat tingkat kesemuanya.Menuju ke rumah bulat yang terletak di kawasan pintu masuk sekolah.Rumah bulat merupakan tempat para pelajar membayar yuran dan sebagai tempat membuat pengumuman bagi pelawat yang mahu bertemu dengan pelajar.Quwais sempat menjeling ke arah Nasir sambil tersenyum.Dia sengaja berbuat demikian.Sudah masak dengan perangai Nasir.Namun jauh disudut hatinya Cuma mahu bergurau dengan sahabatnya itu.Bukan mahu menimbulkan persengketaan.Nasir bersabar.Dendam.

‘’siap kau Quwais.Berani gagalkan rancangan aku ye”.hatinya mula berbisik.Mendapat bisikan dari alam ghaib.

….
Saiful memandang jauh ke langit.Indah dengan bintang-bintang yang bertebaran membentuk sesuatu simbol buat manusia.Saiful lebih senang berseorangan.Melayan fikirannya yang semakin kusut.Memikirkan perihal nasib dirinya.Sebentar tadi dia menelefon ayahnya menanyakan perihal ibu.Ternyata ibunya sudah berkahwin dengan pak cik Rahmat.Hatinya remuk.Tidak sanggup berhadapan dengan kenyataan Ibunya tegar meninggalkan ayah kerana tidak sanggup hidup susah bersama seorang penoreh getah.Benar.Sejak dua bulan yang lalu kehidupan keluarganya porak peranda.Umpama kais pagi makan pagi,kais petang makan petang.Hasil pendapatan sebagai penoreh getah tidak mencukupi buat keluarga.Tambahan pula ibunya sering meminta sesuatu di luar kemampuan ayah.

“abang kalau tak nak Kiah balik ke kekasih lama,belikan kiah rumah baru.Kiah dah tak sanggup tinggal di sini”Puan Rokiah mengugut suaminya.Dia sudah tidak sanggup tinggal di rumah usang itu.Papan rumah itu sudah mula dimamah anai-anai.Menunggu masa rebah ke bumi.

“Kiah.Abang tengah kumpul duit ni.kenapa Kiah tak sanggup hadapi ujian tuhan ni”

“sampai bila bang?dari dulu lagi abang kumpul duit.Tak kan tak cukup-cukup lagi”

“kiah boleh bersabar tak.Abang penat bekerja.Kiah Cuma tinggal di rumah.Abang tak pernah minta kiah kerja.Abang lebih sanggup tidak makan daripada melihat isteri yang abang sayang bekerja”

“sayang?..Apa maknanya sayang kalau hidup kita macam ni.Orang lain hidup senang lenang.Kita bagaikan pelarian tak cukup makan.Rahmat dah janji nak kahwin dengan Kiah selepas abang ceraikan kiah.Kiah dah tak sanggup bang.”

“astaghfirullah Kiah.Mengucap.Apa yang Kiah cakapkan ni”

“Ceraikan Kiah!!!”

Pertengkaran di antara ibu dah ayah saiful tergiang-ngiang di telinganya.Sanggup si isteri menggegarkan Arash Allah dengan meminta si suami menceraikannya.Sejak dari kejadian itu, Saiful lebih suka menyepi.Pernah suatu ketika dia meminta pada ayahnya untuk dia berhenti Sekolah kerana tidak sanggup melihat ayahnya yang dimamah usia berkerja keseorangan.Yuran makan sekolahnya sudah empat bulan tertonggak.Namun,permintaannya ditolak keras oleh ayah.Ayahnya tidak sanggup membiarkan Saiful menjadi sepertinya.Biar nyawanya digadai,namun jangan pelajaran anaknya tergadai.

“apa yang dimenungkan tu Saiful”.Tariq muncul menyapa Saiful yang sedang bersandar di dinding koridor asrama.Kelihatan sahabat-sahabat mereka yang lain sedang seronok bermain
 street soccer ditapak perhimpun bertar yang terletak di antara musolla Induk dan asrama lelaki.Permainan yang menjadikan bola takraw sebagai bola sepak merupakan permainan yang paling digemari oleh para pelajar.

“eh Tariq.Tak de apa-apa”.jawab Saiful ringkas.Seolah-olah tidak mahu diganggu.Dia sedar bahawa Tariq sahaja yang seringkali menanyakan mengenai dirinya.Sahabat yang sejati.Namun Saiful berasa iri hati padanya.Tariq punyai segalanya.Rupa,harta dan pangkat.

“betulke ni.Ana tengok dari tadi enta menyepi.ok,sekarang anggaplah ana cermin,cuba enta ceritakan pada cermin apa yang yang enta fikirkan”.Tariq cuba memancing hati Saiful.Menggunakan kaedah psikologi.Perasaan seseorang tidak boleh dipaksa.Tetapi boleh dipujuk.

“enta jadi cermin.takkanla Mr presiden nak jadi cermin kot”.Saiful terkejut dengan pendekatan yang di bawa oleh Tariq.Tariq benar-benar pandai bermain kata-kata.

“la.,Saidina Umar Al khattab pun sanggup menjadi rakyat untuk mengetahui penderitaan rakyatnya.Inikan pula ana.Bukan seorang Khalifah negara,bukan seorang yang berpengaruh.Ana sama macam enta.Pelajar biasa.Hamba Allah yang hina.Cuma dibebankan dengan tanggungjawab yang ana sendiri tak sanggup terima pada awalnya.”Tariq dapat merasakan bahawa Saiful memandangnya sebagai seorang yang berjawatan.Dia tahu mengenai kisah hidup Saiful yang sangat mencabar.Dia Cuma mahu menolong dan berkongsi kisah yang dialami oleh sahabatnya itu.

“Syukran Tariq si cermin ajaib.”Saiful mula tersenyum.Tariq gembira.

“Ok.Sekarang cerita dekat ana apa yang enta fikirkan,mana tau ana boleh tolong enta”

“panjang ceritanya.Cukuplah enta tahu ibu ana sudah berkahwin dengan
 boyfriend lamanya.Ana tak sanggup melihat ibu lagi.Kejam.Sanggup buat ayah macamni”

“Astaghfirullah.Kenapa cakap Ibu macam tu.tak baikla.Apa-apa pun dia tetap ibu enta.Mungkin dia buat begitu sebab….”

“sebab tak sanggup hidup susah.Mahu hidup mewah dengan kekayaan orang lain”

“sabar Tariq.Mungkin dia terpengaruh dengan dirinya sendiri.Enta doakanlah Ibu enta sentiasa dirahmati Allah”

“enta tak merasa apa yang ana rasa Tariq,kehidupan enta senang.Hidup bahagia.Ana ni…”

“saiful,Kenapa cakap macam tu.Setiap orang ada kelebihan dan ada kekurangannya.Enta telah mendapat ujian
 live dari Allah.Allah nak menguji hambanya yang beriman.Enta Berjaya mengharungi ujian ni.Ana masih belum diuji.Kalau ana ada di tempat enta,tak tahulah apa yang akan jadi pada ana.

“Berjaya ke ana ni?”

“Berjaya sebab enta tabah menghadapi ujian dan redha dengan apa yang berlaku.Sebab itu enta perlu doakan kebahagian Ibu.Dia tetap ibu enta.Ibu yang melahirkan
 The Champion ke dunia ini”

“hmmm.Thanks Tariq,entala satu-satunya sahabat yang ambil berat mengenai ana.InsYaAllah ana akan fikirkan kata-kata enta ni”

its ok
 Saiful.we are friend.Mestila kena ambil berat antara satu sama lain.Sabar ok.ingat Allah sentiasa bersama kita.Allah Yubarik Fik.

Perbualan yang singkat itu benar-benar membuatkan hati Saiful lebih tenteram.Ada benarnya kata-kata Tariq.

“Perlukah aku berdendam dengan ibu kandungku?”.Terbit persoalan dibenak fikirannya.Dia merasakan mungkin ibunya terpengaruh dengan lelaki yang tergila-gilakan Ibunya.Ibunya pernah memenangi pertandingan Ratu Cantik Kampung satu ketika dahulu iaitu sebelum ibunya berkahwin dengan ayah atas kehendak nenek.Ibu pada awalnya tidak mahu berkahwin dengan ayah kerana sudah mempunyai pilihannya sendiri.Tetapi setelah dipaksa oleh nenek dan datuk.Ibu akur dengan keputusan orang tuanya.
....

Tariq menghempaskan badannya di atas katil.Penat berhijrah ke setiap pelusuk kawasan asrama.Sengaja mahu melihat apa yang dilakukan oleh sahabatnya yang lain.Di kantin kawan-kawannya masih menonton televisyen.Ada juga yang sedang bersembang rancak.Seperti berusrahdalam bulatan.Kawan-kawannya yang sedang bermain street soccer sudah mula bersurai.Tariq sebenarnya tidak mempunyai sebarang aktiviti yang ingin dilakukan,yang pasti dia mahu menenangkan fikirannya.Tidak mahu terlalu stress menghadap buku saban hari.Biarlah malam itu penglihatannya bebas daripada tulisan-tulisan yang terpahat pada bukunya yang bertimbun.

“Assalamualaikum”.Ucapan salam daripada Quwais memecah kesunyian bilik Pengawas yang terletak di tingkat dua.Bilik ini didiami oleh majlis tertinggi Jamaatur Ruasa' dan Majlis Perwakilan Pelajar.Lapan orang kesemuanya.

“Waalaikumussalam.Ya Allah.Apa yang berlaku ni Quwais”.Mulut Tariq terlopong melihat darah yang mengalir deras pada siku Quwais.Quwais diam.Tidak menjawab pertanyaan Tariq.Dia hanya menahan darahnya dengan sapu tangan.Muhammad dan Nasir memimpinnya masuk ke bilik.Tariq pantas mengambil peti kecemasan yang terletak di dalam almari.Soalannya mungkin tidak tepat pada waktu.Siku Quwais dirawatinya.

“apa sebenarnya terjadi ni”.Tariq mengulangi soalannya sambil tangannya sibuk mencuci darah Quwais dengan kapas.

“tak de apa-apa.Ana terjatuh
 time main street soccer tadi”.jawab Quwais bersahaja.menyembunyikan sesuatu.

“takkan jatuh tiba-tiba kot?”Tariq tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan.Mana mungkin jatuh biasa boleh berdarah sebegini rupa.

“ana terlanggar dia tadi.maaf”Nasir mencelah perbualan mereka.Dia tidak menyangka dendamnya pagi tadi boleh sampai jadi begini.Terbit kekesalan dalam dirinya.Quwais sedikit pun tidak menyalahinya.Malah mampu tersenyum padanya.

“enta main kasar sangat kenapa?”Tariq seakan-akan tidak berpuas hati dengan Nasir.Nada suaranya ditinggikan.Dia tahu Nasir memang suka berkasar sewaktu bermain.Nasir kaku.

“sabarlah Tariq.Dia tak sengaja.Dont worry.Im okay”Quwais menenangkan Tariq.Kadangkala Tariq tidak mampu menahan emosinya sendiri.Mampu berubah secara tiba-tiba.Itulah akibatnya sekira emosi tidak dikawal baik dengan akal.

okay.Fine”.Balas Tariq ringkas.Dia tersedar api kemarahannya menyala.Cepat-cepat dipadamkan dengan Istighfar.Mengingati Allah.Nasir mengagumi persahabatan Quwais dan Tariq.Sangat indah.Saling ingat mengingati.Dia masih tidak mampu memaafkan dirinya.Quwais terlalu baik.

“ana minta maaf sekali lagi Quwais,Tariq”suara Nasir ikhlas memohon maaf.Quwais tersenyum sambil mengangguk menandakan ya.

okay,tapi jangan buat lagi ya.Nanti habis pula ubat ni nak rawat luka pelajar lain he…he.”nada suara Tariq berubah.Dia tersenyum.Sempat bergurau.Muhammad turut menguntum senyuman kealimannya.

okay I’m promise everyone”.Balas Nasir.Hatinya lega,terbit senyuman di bibirnya.Senyuman yang telah memikat puluhan gadis.

Tariq menyuruh Quwais untuk tidur awal.Jangan banyak bergerak.Rehat secukupnya.Berita mengenai kesabaran Quwais cepat tersebar.Memang kalau dilihat dari cara Nasir menjatuhkan Quwais boleh menimbulkan kemarahan dan pergaduhan di antara mereka.Sekiranya ada pengadil yang mengadili perlawanan
 Street soccer pada malam itu.sudah pasti Nasir dilayangkan kad merah akibat menjatuhkan Quwais dari arah belakang. 

okay set.malam ni kita enjoy di cyber café kuala okay”.Suara Mujahid dalam bulatan kecil manusia di kantin itu seakan-akan sangat berpengaruh.Keputusan untuk fly ke cyber cafe disambut oleh rakan-rakan yang lain.Sudah menjadi kebiasaan pelajar yang mahukan keseronokan berlebihan akan keluar tanpa kebenaran ke bandar kuala kangsar.Perjalanan tiga kilometer ke kuala kangsar itu bagaikan terlalu dekat bagi para pelajar yang nakal.Kepenatan akan terhapus tatkala berhadapan dengan dunia Internet dan computer game.


Dari jarak jauh,Tariq seakan dapat menghidu program mereka.Tariq sedari tadi bersengkang mata untuk mengetahui apa yang dilakukan oleh Mujahid And The Gang.Empat orang semuanya.Quwais sudah tenggelam dihanyutkan mimpi.Jam melompat ke arah angka dua pagi.Kelihatan Saiful masih belum melelapkan mata.Mundar mandir di kawasan tapak perhimpunan sekolah.Berfikir mahu menelefon ibunya.Namun amat berat mahu merealisasikan hajatnya.Dia yakin ibunya masih belum tidur waktu begini.kebiasaannya ibunya tidur lewat sekitar jam empat pagi kerana lebih banyak tidur sewaktu siang.Dia juga turut mempunyai misi lain.Misi yang diluar kemampuannya.

“Assalamualaikum.Korang nak pergi mana ni”sapaan Tariq benar-benar memeranjatkan Mujahid And The Gang yang berpakaian gelap.Mereka baru sahaja mahu bergerak menuju ke belakang banggunan Sains sekolah.

“Waalaikumussalam.Ok.aku tak nak berselindung dengan ko.Aku nak
 Fly ke c c”.Jawab Mujahid terus terang.Dia sedar yang dia berhadapan dengan orang kepercayaan sekolah.Bila-bila masa sahaja nama Mujahid,Syukor,Bukhairi dan Afifi akan naik ke pejabat.Mujahid pantas memikirkan sesuatu.

“o..antum nak
 fly ye.Boleh ke Fly ni.Sayap tak de?”persoalan bermadah berhelah ditimbulkan Tariq.Mujahid pantas menangkap maksud Tariq.Fly tanpa sayap bererti keluar tanpa kebenaran. 

“ok,aku tahu kami tak de kebenaran.Please
 la Tariq jangan ganggu kami boleh.Kami just nak relaxkejap.kejap je.Ok macamni.Kalau ko pergi sekali bagaimana.Ko boleh tengok-tengokkan kami.?”Mujahid cuba memerangkap Tariq.

“aik,bermain dengan api nampak.Ada hati nak ajak ana ye.Ini ugutan ke apa ni?”.Tariq masih berfikiran rasional.Dia sedar mereka mahu memerangkapnya.

“serius tak.kami Cuma rasa lebih tenang sikit kalau ko ade sekali.Ko pon tak pernah lagi kan rase pengalaman
 Fly.Best”Mujahid terus berusaha mengajak Tariq.Syukor,Bukhoiri dan Afifi turut memujuk Tariq.Hati Tariq mula tertaut.Pengalaman.

“betul juga,boleh juga aku tahu macammana diorang
 Fly.Apa laluan diorang ambil dan apa yang diorang lakukan.”hati Tariq mula berbisik.Perasaan ingin tahu mula membaluti perasaannya.

“lagipun kan tengah cuti ni.Tak de sapa pun.Warden pun tak de.Bebas la sikit.Jangan risaula.Kalaukantoi
 kami tak babitkan ko ok.Atau ko takut keluar malam-malam ni.Takut hantu ye”Bukhairi terus mencucuk perasaan Tariq.Dia juga tahu bahawa Tariq seorang yang penakut dengan perkara mistik.Dia menyedari perubahan riak wajah Tariq.

“eh takla.mane ade ana takut hantu.takut Allah je.hmmm.Ok.Tapi korang janji ok.Jangan babitkan ana.Ana keluar ni pon sebab nak tahu apa yang korang lakukan dan korang kena janji ni kali terakhir korang
 Fly.No more fly without wing after this.”.Tariq membela diri.Tidak suka dilabelkan sebagai penakut.Dia bersetuju untuk mengikuti mereka.Sebenarnya dia mahu mendekati Mujahid yang dirasakan sebagai kepala pelajar yang sering buat masalah.Biarlah dia melanggar peraturan kali ini asalkan mereka tidak mengulangi perbuatan yang boleh diberi hukuman dua kali sebatan sewaktu perhimpunan.Namun jauh di sudut hatinya terasa malam itu dia akan dihidangi oleh program yang tidak dirancang.Mampu juga mengisi kekosongan malamnya dengan satu pengalaman yang tidak mudah dicari.

“ok kami janji”.serentak Mujahid And The gang menjawab.menambahkan keyakinan Tariq untuk keluar bersama.Bagaikan Polis mencuri bersama si pencuri.Pasti tidak akan tertangkap.

ok I have your words”.jawab Tariq ringkas.
Langkah mereka berlima diatur rapi.Warden pada malam itu sudah nyenyak diulit mimpi.Pelajar-pelajar juga sudah mati kecil dalam tidur.Kesunyian menguasai Madrasah Idrisiah.Suara cengkerik sayup-sayup kedengaran.Malam itu kelihatan sepi bagai merelakan perjalanan mereka.

“Assalamualaikum”.hampir luruh jantung mereka berlima mendengar ucapan salam yang diberi.Suara yang jarang didengar.Tariq pasti tuan empunya suara itu.Perlahan-perlahan mereka menoleh ke arah suara yang datang dari belakang.Terkejut dalam kelegaan.Salam di jawab.

“”boleh ana ikut sekali?”.Saiful meminta untuk turut serta dalam projek mereka berlima.Dia tahu pergerakan mereka dan dia juga sudah terdengar perbualan Tariq dengan mereka.

“ko ni Saiful.Terkejut aku ko tau tak.”Mujahid geram.Api kemarahan hampir menyala namun sebenarnya dia terkejut dengan permintaan Saiful.Mujahid jarang berkomunikasi dengan Saiful.Dia juga tahu perwatakan Saiful.Kenapa tiba-tiba sahaja mahu turut serta.Pelik.

“sabarla Mujahid.Enta ni.Dia bagi salam je tadi”.Tariq membela Saiful.Dia juga turut terkejut dengan permintaan Saiful.

“Saiful,ana rasa enta lebih baik balik tidur.Tenangkan fikiran enta.Jangan tambahkan masalah enta”.Tariq tidak mahu Saiful menambahkan masalahnya dengan turut serta program mereka.

please
 Tariq.Ana tahu tujuan enta ikut mereka.Ana juga ada tujuan ana sendiri.Ana nak hilangkantension ja.Biarlah masalah ana,ana selesaikan sendiri ok”.Saiful memohon.Dia juga turut ingin merasa pengalaman Fly.Tambahan pula Tariq turut serta.

“hmm.Ok la kalau macam tu.Mujahid,enta ok kan?”.Tariq mengerti maksud Saiful.Dia tidak mahu menghalang kehendak Saiful.

”Kalau perbuatan ni diketahui,mesti pihak sekolah takkan percaya sekiranya Saiful terlibat sama”. Hati Mujahid merasakan ada kelebihan sekiranya Saiful ikut sama.Terbit niat jahat di hatinya.

“ok lah.Cepat sikit.Nanti
 kantoi baru tau”.Mujahid memberi jawapan.Saiful tersenyum.
Pagar yang dibina di belakang bangunan sains dipanjat.Seorang demi seorang melepasi pagar besi itu.Lorong kecil yang terhampar di sebelah bangunan kelas dilalui.Tariq dan Saiful hanya mengikuti arahan Mujahid.Sebagai orang baru dalam kumpulan itu,mereka berasa sangat tertarik dengan pergerakan yang dilakukan.Seperti Spy sahaja lagaknya.Selang beberapa saat ,mereka sudah tiba di hujung lorong kecil itu.Dari jauh mereka dapat melihat pegawai keselamatan mundar mandir di kawasan pagar utama sekolah.Jantung Tariq berdegup kencang.Saiful turut merasainya.Mujahid And The Gang kelihatan tenang sahaja.Sudah biasa.

Jalan besar yang memisahkan masjid Ubudiah dengan Sekolah dilepasi oleh mereka.Sekarang mereka pelu melalui jalan belakang masjid yang berbukit-bukit.Mereka pantas melalui jalan tanah.Semak samun tumbuh melata di atasya.Embun pagi membasahi seluar mereka.Ada kalanya Tariq tergelincir sedikit sewaktu memanjat anak bukit.Licin.Pergerakan yang diatur Mujahid sangat teratur.Kini mereka sudah tiba di hadapan Galeri Sultan Azlan Shah.Galeri yang dahulunya bangunan lama.Berpenunggu.Namun kini kelihatan tersergam indah dengan seni binaan yang sangat unik.

Suasana malam itu sangat sejuk.Namun kesejukan itu tidak dapat menghilangkan peluh dan keresahan pada diri mereka berenam.Debaran turut terasa.Bimbang sekiranya terserempak dengan kereta polis.Polis selalu melakukan rondaan di sekitar kawasan Istana Iskandariah,masjid Ubudiah,Galeri Sultan Azlan Shah dan kawasan perumahan Bukit Chandan.Kejadian kes mencuri kerap terjadi di kawasan ini.Pernah satu ketika.Mujahid di tahan oleh pihak polis sewaktu keluar malam bersama Afifi.Fly.Pelbagai soalan yang ditanyakan oleh pihak polis.Mujahid terpaksa berdusta dengan mengatakan beliau menumpang rumah Afifi yang terletak di Bukit Chandan.Cuti sekolah.Polis seakan-akan tidak percaya.Meminta Mujahid mengeluarkan kad pengenalan.Pihak polis sedikit terkejut mengetahui Mujahid merupakan anak kepada Dato’ Nazli.Orang padang Rengas.Polis mula mempercayainya.Mana mungkin anak seorang dato’ melakukan perkara yang tidak baik.Mujur pihak polis tidak memeriksa kad pengenalan Afifi kerana dia bukan menetap di Bukit Chandan tetapi di kuala Lumpur.kalau tidak,pelbagai dusta yang harus direka.

Pergerakan Mujahid
 And The Gang lebih pantas.Mereka seolah-olah meninggalkan Tariq dan Saiful di belakang.Sekarang mereka perlu bergerak di sebelah kiri bahu jalan.Tiada tempat bersembunyi kerana mereka terpaksa melalui jalan utama.Tiada jalan pintas untuk sampai ke bandar Kuala kangsar.Sekiranya ada terdengar bunyi kenderaan yang bergerak,mereka akan berselindung di sebalik pepohon yang tumbuh di bahu jalan.Mereka bergerak tertunduk tunduk bagaikan askar di medan peperangan.

“ok,sikit lagi sampai.Nampak jalan tu.Kita lintas.Cepat sikit.”mujahid bersuara agak perlahan memberi arahan.Di hadapan mereka kelihatan simpang tiga yang perlu mereka lepasi.Terdapat selekoh tajam di sana.Gelap.Mereka perlu pantas bergerak.

“ok..ok”.Jawab Tariq dan saiful serentak.Jantung mereka masih berdegup kencang.Saiful berasa selamat bersama Tariq.Sepanjang perjalanan itu mereka banyak berdiam diri.Hanya menumpukan perhatian kepada pergerakan yang diatur.

“Tariq,hati-hati ye.”Saiful mengingatkan Tariq.Senyuman dilemparkan ke arah Tariq.Penuh makna.

“ok..enta juga”.Balas Tariq ringkas seraya membalas senyuman yang diberikan.Mereka terus bergerak untuk sampai ke destinasi.
 

Jalan yang harus dilepasi kali ini agak lebar.Mujahid
 And The Gang sudah melepasi jalan tersebut.Hanya tinggal Tariq dan Saiful yang masih tinggal di seberang jalan.Sebuah kereta yang lalu di sebelah kanan mereka membuatkan mereka berdua terpaksa berselindung di sebalik pokok sambil berbaring.Selamat.Mujahid lega.Tariq mengecami kereta itu.Ustaz Faisal.Setelah kereta proton saga merah itu melepasi mereka.Mujahid menjerit memanggil mereka berdua untuk melintasi simpang tiga itu sekarang.Tariq mengorak langkah,Saiful mengekori dari belakang.Bunyi kenderaan sayup-sayup kedengaran.Tanpa disedari sebuah kereta muncul dari selekoh arah kiri mereka.Laju.Tariq kaku.

“Tariq!!!!!!!!”jeritan Saiful ke arah Tariq memecah kesunyian malam.Cuba menyelamatkan Tariq.Burung yang sedang bertenggek di atas dahan pokok turut terbang meninggalkan sarang.Mujahid And The Gang
 tergamam.

Satu dentuman kuat kedengaran.Sebuah kereta merempuh seorang manusia.Badan Tariq tercampak di bahu jalan.Hampir dengan tempat Mujahid menanti.Pemandu kereta yang separuh sedar itu terus memecut laju meninggalkan mereka berenam.Terkejut.Takut...


……..
Suasana Hospital Kuala Kangsar yang sedari tadi senyap sunyi kini kecoh dengan suara kerisauan dan pergaduhan mencari kesalahan antara satu sama lain.Baju Tariq berlumuran darah.Masih tidak mampu menerima hakikat.Sepatutnya dia yang dilanggar.Tapi kenapa bukan dia.


Mujahid And The Gang sepakat menyalahi Tariq sebagai punca kemalangan ke atas Saiful Muslim.Tariq orang pertama yang bersetuju untuk Saiful turut serta.Mereka sebenarnya tidak mahu dipersalahkan dalam kejadian ini.Walaupun jauh di sudut hati keimanan Mujahid merasakan dia adalah antara punca kejadian.Dia adalah ketua rombongan pada malam itu.Hujan renyai-renyai turun membasahi bumi.Mengamit suasana yang hiba ini.Air mata Tariq mula menitis.Terkilan dengan sikap Mujahid And The Gang dan tertelan dengan kemahuannya untuk keluar pada malam itu.

“Ya Allah,ujian apa yang menimpaku ini.Kenapa Saiful menjadi mangsa keadaan??”persoalan yang tiba-tiba wujud di fikirannya disimpan.Bagai tidak dapat menerima ketentuan dan takdir Illahi.Ustaz Faisal menghampirinya.Pakaian Ustaz Faisal turut berlumuran darah setelah mengangkat Saiful memasuki keretanya.Mujur Ustaz Faisal terdengar Jeritan Saiful dan dentuman yang terhasil daripada rempuhan ke atasnya.

“sabarlah Tariq,ini semua ujian Allah,”kita banyakkan berdoa semoga dia cepat sembuh,”Ustaz Faisal cuba menenangkan Tariq.Dia sebenarnya masih tidak dapat menerima keberadaan Tariq di tempat kejadian.Bagaimana seorang Presiden Sekolah boleh turut serta dalam rombongan pada malam itu.Persoalannya disimpan menunggu masa untuk ditanya.

“Ustaz.Ni semua salah ana.Ana yang bersetuju Saiful turut serta dalam kes ni.Kalau tak…”

“kalau tak apa?Kita ditegah untuk menggunakan persoalan kalau Tariq.Seolah-olah tidak dapat menerima ketentuan Ilahi.Ya mungkin kalau Saiful tidak menolak badan anta tadi.Anta yang akan dilanggar.Tapi ini semua telah ditakdirkan.”

Tariq diam seribu bahasa.Peristiwa sebentar tadi benar-benar menghantui dirinya.Masih terbayang dan terasa tubuhnya ditolak keras oleh Saiful.Menyebabkannya terhindar daripada rempuhan Kereta yang telah berjaya ditahan oleh pihak polis kerana memandu di bawah pengaruh alkohol.Seorang India.Antara orang yang dikehendaki oleh pihak polis bagi menyelesaikan kes kecurian.Ustaz Faisal turut diam membiarkan Tariq bersendiri.

“ustaz.Ana telah melakukan kesilapan besar malam ini,”Tariq tiba-tiba bersuara.Merasakan dirinya adalah orang yang sangat bersalah.Dia sedar perkara yang akan terjadi ke atas dirinya kelak.Cuba mengumpulkan segala kekuatan emosi untuk berhadapan dengan pelbagai pihak.Terutamanya Pelajar-prelajar lain.Quwais dan…..

“Tariq.Sebenarnya apa yang berlaku.Bagaimana anta boleh berada di tempat kejadian?”Ustaz Faisal mula bertanya.Merungkai persoalannya.Sabar menungu jawapan.Tariq menjawab persoalan yang dilontarkan padanya.Satu persatu diceritakan.Jujur.

“Tapi kenapa Mujahid menceritakan bahawa anta yang mahu turut serta.Diorang kata anta yang merayu nak ikut.Mahu menimba pengalaman?”Cerita yang didengari ustaz Faisal sangat bercanggah dengan kisah yang diberitahu oleh Mujahid And The Gang sebentar tadi.Namun Ustaz Faisal tidak menerima bulat-bulat apa yang diberitahu oleh Mujahid.Beliau lebih suka mendengar hujah daripada kedua-dua belah pihak.

“tak ustaz.Ana sedikit pun tak merayu pada diorang nak pergi.Cerita yang ana bagitau ustaz tadi betul.Terpulanglah pada ustaz mahu mempercayainya,”Tariq tidak dapat menerima fitnah yang dilemparkan.Janji yang diungkap sebelum perjalanan,Mujahid telah bocorkan.Tariq terus diam memikirkan nasibnya.

Pintu bilik kecemasan dikuak.Seorang doktor cina muncul.Berwajah muram.Kepalanya digeleng menandakan suatu berita yang menghancurkan harapan Tariq,Ustaz Faisal serta Mujahid And The Gang.

Ustaz Faisal gagahkan diri memberitahu encik Rahman mengenai kemalangan dan ketentuan yang berlaku ke atas anaknya.Pak Cik Rahman kaku.Digagahkan dirinya menerima ujian yang kunjung tiba.Bukan kali pertama ujian sebegini menimpa ke atas dirinya.Namun kehilangan anaknya kali ini sangat berat untuk diterima.Dahulu,anak perempuannya turut menerima jemputan maut ketika berumur tiga belas tahun.Kejadian kemalangan bas yang dinaiki anaknya yang terhumban jauh ke dalam gaung masih segar di kotak ingatan Pak Cik Rahman.

Motor usangnya terus dibonceng menembusi kegelapan malam.Laju.Bagai tidak sabar-sabar menatap wajah harapan anaknya buat kali terakhir.Bekas isterinya masih belum mengetahui kejadian ini.Perjalanan yang memakan masa hampir satu jam itu sangat mencabar.Hujan yang semakin lebat mencurah tidak dihiraukannya.Suasana jalan pada waktu itu agak lengang.Subuh merangkak tiba.Keadaaan jalan yang licin itu tidak diendahkan Pak Rahman.

Motornya masih bergerak laju sekitar Sembilan puluh kilometer sejam.Hanya tinggal dua kilometer lagi sebelum sampai ke Hospital Kuala Kangsar yang terletak berdekatan dengan stesen Kereta Api Tanah Melayu(KTM) Kuala Kangsar.Entah bagaimana di satu selekoh tajam.Pak Rahman tidak dapat mengawal motornya.Cuba diimbangi namun ternyata keadaan jalan yang licin itu lebih pantas menjatuhkannya.Pak Rahman terseret ke tengah jalan.Badannya cuba digerakkan untuk bangun berdiri.Namun tidak Berjaya.kakinya mengalami kecelakaan besar akibat seretan tadi.Hujan masih belum menunjukkan tanda mahu berhenti.Air hujan yang terkena pada luka Pak Rahman amat memeritkan.Pedih.Keadaan jalan yang agak gelap itu menyukarkan pandangan seseorang.Kelihatan Sebuah treler laju bergerak.Pemandunya tenang memandu di jalan yang lengang.Tidak sedar seseorang yang menjerit ke arahnya.Lalu…..

Satu musibah ditambah dengan musibah yang lain.Siren Ambulans berbunyi.Bising.Ustaz Faisal terkejut melihat wajah seseorang yang melintasinya.Seakan mengenalinya.Terkujur di atas kereta usung.Dadanya berombak lemah.Sebahagian tubuhnya parah.Sudah tidak menunjukkan tubuh sebagai seorang manusia.Seorang Melayu muda membantu menolak kereta usung itu.Pucat.Terkejut dengan perlanggaran yang terjadi.Tidak sedar dia sudah merempuh seseorang.Hanya menyedari setelah seratus meter menyeret tubuh Pak Rahman.Ngeri.

Berita kematian kedua pada subuh itu sangat memeritkan.Bagai halilintar menghentam jantung Tariq.Pandangannya gelap.

………..

Umpama cendawan tumbuh setelah hujan.Berita mengenai kematian Saiful Muslim dan ayahnya tersebar luas serata tempat.Pihak media turut memainkan peranan menyebarkan kisah ini melalui surat khabar seperti Berita harian,Sinar Harian dan Metro.Berita ini sangat mengejutkan pelbagai pihak.Heboh satu kuala kangsar mengenai berita tersebut,terutamanya di kedai-kedai kopi.Rata-rata masyarakat membincangkan isu ini.Hampir semuanya menuding jari ke arah pihak sekolah kerana tidak menjaga pelajar dengan baik.Andaian tanpa usul periksa.Pihak sekolah pula terpaksa menjawab pelbagai soalan yang diutarakan oleh para wartawan.Kes ini menjadi tarikan ramai kerana ia turut melibatkan salah seorang anak dato’yang terkenal.Dato’Nazli bersikap positif,beliau menyerahkan segala-galanya kepada pihak sekolah dan pihak polis bagi menyelesaikan kes ini.

Dawwin Najah antara insan yang mendapat tamparan hebat dalam kejadian ini.Dia tidak menyangka ugutan dalam surat itu menjadi kenyataan.Kehilangan salah seorang rakan sekelasnya benar-benar sukar diterima.

“adakah ia ada kaitan dengan aku,adakah aku yang bersalah dalam hal ni?sedangkan aku sudah balas surat itu,”hatinya mula berbisik.Bisikan alam ghaib turut memainkan peranan bagi merosakkan pemikiran manusia.

Kelihatan pihak polis masih lagi menjalankan siatan.Tariq,Mujahid and The Gang turut disoal siasat.Ibu bapa pelajar-pelajar ini turut hadir selepas dimaklumkan mengenai perkara yang telah terjadi.

“korang penyebab anak aku mati!!!!!!!!!!”Puan Rokiah bagai dirasuk.Tariq,Mujahid and The Gangterkejut dengan tindakan spontan ibu Saiful.Puan Rokiah tidak dapat menahan marah tatkala berhadapan dengan kawan-kawan anaknya yang terlibat pada malam kejadian.Pihak polis dan suami barunya cuba mengawal keadaan.

“Kiah,sabarlah.Ini ketentuan Ilahi.Jangan salahkan budak-budak ni.Diorang tak tahu apa-apa,”

“bang,Ibu mana yang boleh bersabar bila anaknya mati dalam keadaan begitu.Bukan anak saya je mati,tapi Rahman bang..”Rokiah hampir jatuh pitam,nyaris suaminya sempat menahannya dari jatuh.Pak Rahmat menenangkan isterinya.Ingatan Rokiah mula mengimbau kenagan yang lampau.

Wajah Saiful anak kesayangannya dan Rahman bekas suaminya yang telah banyak bekorban demi keluarga bermain di pandangan halusinasinya.Tambahan pula,suara saiful ketika menelefonnya pada malam kejadian masih segar di pendengarannya.

“Assalamualaikum mak.”Saiful memulakan panggilan dengan doa kesejahteraan buat ibunya.

“Waalaikumussalam..nak apa malam-malam buta ni,”

“mak,maafkan Saiful sebab….”

“sudahla,jangan nak sedih-sedih.Nak apa ni,mak sibuk sekarang ni,”

“mak.Saiful nak buat permintaan kat mak,mungkin ni permintaan terakhir dari Saiful mak,’’

“ye,cepatla.Kamu nak minta apa,”

“Saiful tahu perkara ni sukar buat mak,tapi Saiful nak sangat kita hidup seperti sediakala.Bersama dengan ayah,”

“kamu dah gila ke?kamu tahu kan mak dah kahwin dengan pak cik Rahmat.Kamu ingat aku ni ape,”

“mak,Saiful minta ampun kalau buat mak marah.”

“Sudahla,malas mak fikir,”
Talian telefon dimatikan.Saiful tergamam.Air matanya mula menitis.

“betulkah tindakan aku ini?”terbit persoalan di kotak fikirannya.Jauh di sudut hati seorang ibu merasakan anaknya benar-benar mahu dia kembali kepada si ayah.Ibu mana yang tidak sayangkan anak dan anak mana yang tidak sayang kepada orang tuanya.Namun,kehidupan Puan Rokiah yang lebih mewah dari sebelumya telah membutakan pandangan dan hatinya. 

Kelihatan para pelajar lain berderetan bagai terpaku di sepanjang koridor kelas menyaksikan peristiwa tersebut.Hampir kesemuanya menganggap presiden mereka iaitu Tariq sebagai punca kejadian.Guru yang bertugas pada minggu itu mula mengarahkan para pelajar untuk masuk ke kelas masing-masing.Para pelajar mula beredar mengikut arahan.
…………………………………

Sudah dua minggu Tariq,Mujahid And The Gang menerima hukuman gantung persekolahan yang diberikan oleh pihak sekolah di atas kes yang mereka lakukan.Esok mereka akan kembali semula ke sekolah.Tariq akan kembali sebagai pelajar biasa kerana dia telah meletakkan jawatan sebagai Presiden Majlis Pelajar.Keputusannya untuk melepaskan jawatan yang disandang adalah kerana pelajar lain sudah hilang kepercayaan kepadanya.Dia tidak mahu mengeruhkan keadaan,biarlah orang yang lebih layak menggantinya.

Amat perit kehidupan Tariq sebelum dikenakan hukuman ini,dia bagaikan berada di tengah-tengah pulau yang dikelilingi oleh laut yang tidak bernyawa.Kawan-kawannya menyisihkannya dan ada mengatakannya sebagai pembunuh.Quwais yang merupakan kawan baiknya turut bertindak sedemikian rupa.Quwais benar-benar tidak dapat menerima keberadaan Tariq sewaktu kejadian.Sangat tidak disangka.Tariq mengambil kesemua tindakan sahabat-sahabatnya sebagai pengajaran.

“Mungkin mereka tak mahu menganggu kondisi aku sekarang ni,”Tariq bermonolog sendirian.Mendahulukan bersangka baik mengenai kawan-kawannya.Dia juga cuba berbaik dengan sahabatnya.Namun mereka masih seperti lautan yang tidak berombak.

Ingatan Tariq sekali lagi melawan arus masa.Ingatannya sewaktu majlis pengebumian sangat memilukan.Melihat di hadapan mata sendiri dua orang insan yang tidak bersalah dimasukkan ke liang lahad sebagai tempat pemisah di antara dunia dan akhirat.Esakan ibu Saiful masih nyaring kedengaran,seakan-akan orang yang hilang upaya.Ibu Saiful mula merasakan kehilangan orang yang sangat disayanginya,mula menyesal akan perbuatannya terhadap bekas suaminya sebelum ini.

“abang,maafkan Kiah sebab pernah menderhaka pada abang,”Puan Rokiah bermonolog sendirian dan memohon keampunan di atas dosa yang telah dia lakukan.Air matanya mula menitis,menitis kerana takutkan dosa.

“Assalamualaikum mak cik,saya ucapkan takziah dengan apa yang terjadi.Saya juga minta maaf di atas apa yang terjadi.Saya betul-betul tak sangka perkara sebegini boleh terjadi,”Tariq mula memberanikan dirinya untuk berhadapan dengan Puan Rokiah.Puan Rokiah mengesatkan matanya.

“waalaikumussalam.Sudahla nak,yang pergi biarkan pergi.Allah lebih menyayanginya.Mak cik tahu kamu tak bersalah dalam hal ini.Pihak Polis juga sudah terangkan kepada mak cik mengenai apa yang terjadi.Mak cik minta maaf atas kejadian tempoh hari,menengking kamu semua tanpa usul periksa.”Puan Rokiah membalas tenang.Dia sudah mula menerima ketentuan Ilahi.

“terima kasih mak cik.Saya juga turut bersedih dengan apa yang terjadi.Saiful sangat baik orangnya.Diam-diam ubi berisi.Saya tak kan lupakan dia sampai bila-bila.Kita doakan rohnya dan ayahnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beruntung.Amin,”

“ya,betul.Dia merupakan anak yang sangat baik,tidak pernah membantah kata-kata mak cik.Mak cik banyak bersalah padanya.Semoga doa kita dimakbulkan.Baiklah nak,mak cik nak pulang dulu,”

“baik mak cik.Moga Allah mencucuri rahmat ke atas keluarga mak cik,Assalamualaikum,”

“buat kamu juga.Waalaikumussalam,”

Perbualan ringkas di antara Tariq dan Ibu Saiful waktu itu sangat menyenangkan hatinya.Sekurang-kurangnya Ibu Saiful memahami situasinya.Cuma sahabat-sahabat di sekolah masih belum dapat menerimanya.

……………………………..

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) hanya berbaki seminggu.Cuti pergantungan dua minggu sebelum ini benar-benar digunakan oleh Tariq untuk mengulangkaji pelajarannya.Hampir kesemua bab-bab yang dipejarinya dalam kelas disentuh.Sungguh bermakna dua minggu tersebut buat Tariq.

Hubungan Tariq dan sahabat-sahabat yang lain kian pulih.Sahabat-sahabatnya mula menyedari tanggapan mereka buat Tariq adalah salah.Semuanya berpunca disebabkan oleh Mujahid.Dia yang menyebarkan cerita palsu ke atas Tariq.Semuanya dibongkar oleh gangnya sendiri.Itupun setelah disoal oleh Quwais mengenai apa yang berlaku sebenarnya.

“Tariq,ana minta maaf mengenai apa yang terjadi pada anta,”Quwais memohon maaf.

“eh.tak apalah.Biasalah tu,kalau ana kat tempat anta pun,ana akan lakukan perkara yang sama.Lagipun,anta juga yang memulihkan hubungan kita semua kan,”

“Alhamdulillah,teringat pula kisah Isteri Nabi iaitu Saiditina Aisyah yang difitnah.Nak tunggu ayat yang membersihkan ummul mukminun dari tuduhan tersebut lagi lama pada anta tau,”

“oo,,kisah khobar Ifk.Betul tu Quwais,sedih sangat bila mengenangkan peristiwa tersebut.Cuba bayangkan kalau ibu kita berada di tempat kejadian,pasti kita sedihkan.Ini ibu kepada semua orang beriman.Isteri kepada nabi yang sangat kita cintai.Kisah pemulauan ana ni sekejap je,,”

“tula,sekejap sangat,patut biar sampai SPM.he.. he..”

“amboi..Boleh gila ana dibuatnya he.he,”

Perbualan dua orang sahabat ni diakhiri dengan gurauan Quwais.Hubungan mereka berdua sudah pulih sepenuhnya sepersti sediakala.Tariq juga sudah mula berbaik dengan Mujahid dan mengharapkan sudah tidak ada persengketaan antara mereka.Apa yang penting sekarang ini ialah persediaan bagi menghadapi peperiksaan tidak lama lagi.Mujahid sangat terkesan dengan kesabaran Tariq,dia mula menyegani keperibadian Tariq.Jauh di lubuk hati Tariq masih mengenangkan Saiful dan Pak Rahman….

Di bilik belajar asrama perempuan.Dawwin Najah gembira mendengar berita mengenai Tariq yang sudah berbaik dengan sahabat-sahabatnya.Dia juga telah bersangka buruk ke atas Tariq mengenai kejadian yang berlaku.Bukan dia sahaja,bahkan hampir semua pelajar perempuan bersangka sedemikian rupa.Namun,kejadian yang berlaku lebih dirasakan olehnya.Saiful merupakan rakan sekelasnya dan dia yakin,Saifullah pengirim surat tersebut.

………………………………………………………..

Setelah hampir tiga minggu memerah otak dan mengopak ingatan.Peperikaan Sijil Pelajaran Malaysia sudah selesai dijalani.Pelbagai reaksi yang ditunjukkan oleh para pelajar.Ada yang seakan-akan tidak berpuas hati dengan jawapan,ada yang gembira kerana apa yang dibaca telah keluar di kertas soalan dan ada yang menyesal kerana apa yang diSpot tidak mengena.Bagi Tariq,dia telah buat dan berusaha sebaik mungkin bagi menjawab soalan yang ditanya.Sekarang adalah masa untuk bertawakal pada yang maha mengetahui.Begitu juga Quwais,dia turut selesa dengan jawapannya.

“macammana keseluruhan exam,rasa-rasanya boleh score tak Najah?”Nur bertanya kepada Najah.

“InsyaAllah Nur.Najah serahkan segala-galanya pada Allah.Najah dah buat sebaik mungkin.Nur macamana?”soalan yang sama dilemparkan semula kepada Nur.

“entahla Najah,rasa macam down je.Tak tahula apa resultnya nanti..hmm,”suara kekesalan terbit di dalam kata-kata Nur.Nur memang tidak dapat menjawab sebaik mungkin dalam peperiksaan tersebut.

“sabar Nur,itulah peperiksaan,mesti ada yang susah dan ada yang senang.Sudahlah,jangan fikirkan sangat,yang pasti exam kita sudah selesai.Now,just waiting for our best result je,”

I hope so,Amiin,

Comments

Popular posts from this blog

10 BUKU TRAVELOG Yang Menarik Untuk Dibaca

Ramai yang bertanya, buku Travelog apa yang boleh dibaca. Semua buku Travelog boleh baca, tapi yang ada pada saya ini ada 10 tajuk dan saya akan kongsikan secara ringkas sinopsis berkaitan buku buku tersebut. Biasanya ada harga promo untuk pembelian 5 buku iaitu hanya RM 100 dan Free Postage. Ok boleh baca dulu sinopsis ringkas buku buku ini. 1- Travelog MR.Traveller by Meor Farid Asyradi (Buku ini adalah kisah kembara seorang mahasiswa mengelilingi Eropah dengan menaiki kereta api seorang diri. Memang kalau baca buku ni macam kita pula yang mengembara sekali. Buku ni juga terpilih sebagai salah sebuah buku Best Of 2015 MPH) 2-TRAVELOG MR TRAVELLER (UNTOLD STORIES) by Meor Farid Asyradi (ini merupakan buku kedua Meor Farid Asyradi setelah buku pertamanya terjual lebih 20 ribu naskah. Buku ini ada 50 kisah benar dan ada juga kisah yang tidak pernah diceritakan kepada sesiapapun. Misteri ) 3. TRAVELOG HJ MR.TRAVELLER. by Meor Farid Asyradi . (Buku ini adalah buku siri MR Travel

3 kali KENA SCAM di Luar Negara ?!!

Ketika Travel, kita pasti mahu mengelakkan kejadian seperti ditipu kerana ditipu hidup hidup ini adalah perkara yang amat menyakitkan hati. "Parut" kisah ditipu tidak akan dapat dilupakan selama-lamanya. Untuk itu, post kali ini ingin saya kongsikan kisah di mana saya ditipu di tiga negara berbeza iaitu di Vietnam, India dan Mesir. Selamat membaca dan jangan tertipu dengan kejadian yang saya alami ini ya ;) Kisah 1 – Kena Scam : Di Vietnam ( Julai 2014)  Aku bersama tiga orang teman, Zack, Zakirin dan Nukman bergerak menuju ke kota Ho Chi Minh Vietnam melalui jalan darat dari Phnom Penh, Kemboja. Kami menaiki bas dengan tiket berharga RM30 sehala. Hampir lapan jam masa diambil untuk tiba di Ho Chi Minh termasuk menaiki Feri menyeberangi sempadan Phnom Penh- Saigon dan urusan imigresen.   Perjalanan yang agak memenatkan dengan keadaan bas yang dibawa laju terhuyung hayang. Suatu kisah yang tidak dapat kami lupakan di Ho Chi Minh ini adalah ketika menaiki

Bersama Dj Dj IKIM

I.K.I.M salah satu siaran radio yang sangat ana minati,jika Sebelum ini hanya bisa mengenali Dj2 radio lewat corong radio tetapi pada hari ini sy dapat bersama dengan Dj Erwan(rancangan Nasyid),Dj Mona Jazman(rancangan Mari Belajar bahasa Arab)dan Dj maslina(rancangan bersama Tenku Asmadi MEPS).Perasaan gembira menyusup ke dalam hati kerana dapat mengenali sebahagian DJ2 IKIM dengan lebih dekat,hampir setengah jam ana dapat berbual dengan mereka,sikap peramah benar2 sesuai dengan kerjaya mereka sebagai DJ radio Kefahaman Islam Malaysia.Pihak IKIM hadir di APIUM Nilam Puri bertujuan memberi peluang kepada pelajar2 membuat rakaman ucapan hari raya kepada orang yang dikehendaki bertempat di bilik mesyuarat APIUM.Insyaallah,rakaman akan di ON AIRkan pada hari raya ke2 sekitar jam 2 hingga 4.Ana juga sempat membuat rakaman,kene cakap bahasa Arab pulak,aduhai banyaknya salah tatabahasa hu3..Xpe,yang penting kita cuba ok.. Info: Rupa-rupanya kak Mona yang baca berita bahasa Arab dalam IKIM tu