Skip to main content

Gedebak Gedebuk..

Salam..Have a nice reading.. Pertamanya kiita kondominiumkan kesyukuran ke hadrat illahi dengan kurniaan yang kita terima saban hari, moga-moga dengan kurniaan yang diterima akan dihiasi dengan sesuatu yang berguna bak pohon meredupkan parameswara, kesannya Melaka terbina dan SUKMA sudah lama menutup tirainya.

Sesetengah orang merasakan jika kita menceritakan mengenai diri kita, orang itu menceritakan kejahilannya. Saya tidak tahu mengapa fakta sedemikian dikeluarkan, mungkin mereka merasakan sekiranya seseorang gedebak gedebuk menceritakan perihal peribadi atau pengalaman masing-masing, ia seolah menceritakan mengenai kejahilan diri sendiri kerana bagi mereka lebih baik menceritakan perkara di luar kepompong hidup penulis. Fakta ini kadangkala memberi jentikan di telinga yang memerahkan terutamanya kepada para blogger yang suka menceritakan mengenai diri sendiri. Pada saya, apa salahnya sekiranya kita berkongsi pengalaman dengan teman?, sama juga seperti kita bercerita, apa salahnya kita menafsir diri kita dalam bentuk penulisan? untuk pembaca mengetahuinya, apa salahnya kita memahatkan tulisan mengenai rasa kita? untuk pembaca turut merasainya. Salahkah ia berlaku?? Salahkah?. Hidup ini bagai cahaya lampu jalanan, bersama-sama memberi cahaya buat pengguna jalan.

Pada saya blog umpama diari, namun diari ini digelar diari awam kerana ke semua pelayar di bahtera maya elektronik ini mampu terjah lantas karam di dalam fahamannya. Diari yang mampu dikongsi oleh semua yang mahu menjadikan pengalaman orang lain sebagai pengajaran atau pengetahuan bagi mereka yang tidak merasainya.

Selain blog, saya rasa pelik dengan sebuah laman sosial yang sangat tinggi rating penggunaannya.FACEBOOK. Kadangkala saya melihat status yang didindingkan adalah seperti:

"bosannya..."
"rindunya.."
"ermmm.."
"jom makan.."
"hai..."
"sakitlah..."
" pening.."
"asy rady is single"

ini adalah antara contoh-contoh tulisan pendek yang sebenarnya bagi saya tidak perlu sangat corak penulisan sebegini kerana ia mengundang spikulasi dan pandangan pelbagai pihak. Sama seperti ayat tergantung yang mengundang kepada persoalan seperti:

"kenapa bosan?"
"rindu kat sapa? buah hati ey"
"ermm je?"
"makan kat mana, kat mulut ke?''
'hai balik.."
"sakit sangat ke?"
"betul ke single ni, bukan dah berpunya ke?"

Nah! lihat komentar yang diberikan, ia akan berlanjutan dan berbalas antara satu sama lain, semuanya berpaksikan kepada status pendek yang ditulis dan adakalanya akan menyimpang kepada perbahasan lain atau keluar tajuk. Cuba lihat betapa perihatinnya seseorang kepada diri si penulis, seolah-olah mahu mencungkil rahsia penulisan pendeknya dan membuat tafsiran sendiri secara mengkhinzir buta.:)..Inilah hakikatnya, sesetengah orang suka menjadikan pengalaman dan cerita orang lain sebagai pengajaran buatnya. Namun INGAT, fitnah bisa hadir kapan saja ia mahu. AWAS ya..

Kita selalu membaca sejarah mengenai jasad seseorang, seperti para pejuang. Kita selalu mendengar sejarah mengenai seseorang. Kita selalu mengkaji mengenai diri seseorang. Seperti contoh
" oh dia ni macam ni orangnya, begini begitu orangnya".
Penceritaan mengenai diri sebenarnya membantu kita mengenali diri, anggapan saya kepada pembaca adalah
sebagai cermin buat si penulis. Biar apa orang kata, yang pasti kita merasa. Seperti contoh saya ingin menceritakan mengenai:

"beberapa hari ini saya agak sibuk dengan pelbagai urusan seperti urusan kemasukan ke Universiti Malaya 4 julai ni InsyaAllah. Saya yakin sahabat-sahabat saya yang lain turut merasai bahang Universiti itu sendiri, jika sebelum ini kita senang lenang berada di kampus kelantan. Sekarang kita bakal terjebak dalam dunia kampus sebenarnya, pesanan buat diri dan sahabat, kuatkan fizikal dan mental kita, kentalkan jiwa dan raga kita, Sama-sama doakan yang terbaik.

Saya juga sempat bertemu adik-adik di sekolah menengah yang lama(Madrasah Idrisiah) untuk memberi sedikit pengisan dan berjumpa dengan kepimpinan bertanya mengenai masalah-masalah yang berlaku. Kemudian saya ditakdirkan berjumpa dengan guru-guru seperti Mudir sekolah ustaz Kamarudin, Ustaz El,Cikgu Kamarudin Wok, C. Nasariah, C.Yaakob, C.Nazri, Sir Rahman, Ustazah Hasnida, Ustazah Norliza dan hampir kesemua cikgu di sekolah itu. Insan yang tinggi pelaburannya di dunia dalam medan ilmu ini telah bersusah payah mendidik penulis yang sangat degil dan banyak timbulkan kontroversi:). Maaf dan terima kasih cikgu. Saya bakal mendaki menara gading.Alhamdulillah. Doakan ya. Insya Allah, nanti saya adakan program khas di sana.:)

Ketika mana sebahagian sahabat mendapat gelombang Piala Dunia kali ini, saya tidak mendapat gelombang tersebut, hanya satu dua bar saja coveragenya. Tidak tahu mengapa, saya lebih suka melihat keputusan perlawanan sahaja daripada bersengkang mata. Walaupun cuba bersengkang mata untuk menyaksikan perlawanan yang menjadi pilihan, saya akan terlebih dahulu rebah seperti mana rebahnya penjara Pudu di kota metropolitan tempoh hari.

Apa-apa pun, kita kene ingat, misi kita bukan hanya pada bola, namun rekaan bola itu sendiri. Bola itu berbentuk bulat dan mudah bergolek atau ditujukan kemana sahaja yang diketahui. Jika sahabat nabi Saad Abi Al waQAs mengatakan
 "aku adalah anak panah dari panah-panah Islam, lontarkan aku ke mana kamu suka, nescahaya aku akan bangunkannya"

saya pula terasa ingin mengatakan,
"kita adalah bola daripada bebola Islam, shoot je ke mana kamu suka, pasti aku akan ke sana dan apa..terpulanglah sama ada kita mahu kepada misi penyepak. atau bola itu akan pancit dan pecah setelah disepak. Kita yang menentukan diri kita. Sekian."

Ini salah satu contoh penulisan saya. Mungkin mereka yang berpendapat sebegitu yakni menceritakan mengenai diri persis khabarkan mengenai kejahilan diri tidak mahu para penulis merasa riak atau ujub dengan diri sendiri. Bagus peringatan itu. Saya terima seratus peratus. Bahaya riak ini boleh berlaku secara tiba-tiba. Bukan hanya dari penceritaan. malah teguran itu sendiri. Riak adalah perkara dalaman, sangat halus cengkamannya. Berhati- hatilah dalam melalui lorong yang berduri yang gelap hitam. Sekian:) Moga diberkatiNYA.Amiin

pandang lines man: -mungkin para penulis punya idea sendiri untuk tulisannya, dia jadikan pengalaman sebagai bentuk   penyampain ilmu atau uslub dakwahnya.
 -Sesetengah penulis terus kepada isi perkongsian ilmu, itu kelebihan penulis tersebut untuk cara itu dan membuat pembaca membacanya.

Comments

Anonymous said…
'kita adalah bola daripada bebola islam..'hmm..ckup kreatif analoginya..tp..hehe,rsenye rmi yg terbayang diri mnjdi fishball..heheh..

Popular posts from this blog

10 BUKU TRAVELOG Yang Menarik Untuk Dibaca

Ramai yang bertanya, buku Travelog apa yang boleh dibaca. Semua buku Travelog boleh baca, tapi yang ada pada saya ini ada 10 tajuk dan saya akan kongsikan secara ringkas sinopsis berkaitan buku buku tersebut. Biasanya ada harga promo untuk pembelian 5 buku iaitu hanya RM 100 dan Free Postage. Ok boleh baca dulu sinopsis ringkas buku buku ini. 1- Travelog MR.Traveller by Meor Farid Asyradi (Buku ini adalah kisah kembara seorang mahasiswa mengelilingi Eropah dengan menaiki kereta api seorang diri. Memang kalau baca buku ni macam kita pula yang mengembara sekali. Buku ni juga terpilih sebagai salah sebuah buku Best Of 2015 MPH) 2-TRAVELOG MR TRAVELLER (UNTOLD STORIES) by Meor Farid Asyradi (ini merupakan buku kedua Meor Farid Asyradi setelah buku pertamanya terjual lebih 20 ribu naskah. Buku ini ada 50 kisah benar dan ada juga kisah yang tidak pernah diceritakan kepada sesiapapun. Misteri ) 3. TRAVELOG HJ MR.TRAVELLER. by Meor Farid Asyradi . (Buku ini adalah buku siri MR Travel

3 kali KENA SCAM di Luar Negara ?!!

Ketika Travel, kita pasti mahu mengelakkan kejadian seperti ditipu kerana ditipu hidup hidup ini adalah perkara yang amat menyakitkan hati. "Parut" kisah ditipu tidak akan dapat dilupakan selama-lamanya. Untuk itu, post kali ini ingin saya kongsikan kisah di mana saya ditipu di tiga negara berbeza iaitu di Vietnam, India dan Mesir. Selamat membaca dan jangan tertipu dengan kejadian yang saya alami ini ya ;) Kisah 1 – Kena Scam : Di Vietnam ( Julai 2014)  Aku bersama tiga orang teman, Zack, Zakirin dan Nukman bergerak menuju ke kota Ho Chi Minh Vietnam melalui jalan darat dari Phnom Penh, Kemboja. Kami menaiki bas dengan tiket berharga RM30 sehala. Hampir lapan jam masa diambil untuk tiba di Ho Chi Minh termasuk menaiki Feri menyeberangi sempadan Phnom Penh- Saigon dan urusan imigresen.   Perjalanan yang agak memenatkan dengan keadaan bas yang dibawa laju terhuyung hayang. Suatu kisah yang tidak dapat kami lupakan di Ho Chi Minh ini adalah ketika menaiki

Bersama Dj Dj IKIM

I.K.I.M salah satu siaran radio yang sangat ana minati,jika Sebelum ini hanya bisa mengenali Dj2 radio lewat corong radio tetapi pada hari ini sy dapat bersama dengan Dj Erwan(rancangan Nasyid),Dj Mona Jazman(rancangan Mari Belajar bahasa Arab)dan Dj maslina(rancangan bersama Tenku Asmadi MEPS).Perasaan gembira menyusup ke dalam hati kerana dapat mengenali sebahagian DJ2 IKIM dengan lebih dekat,hampir setengah jam ana dapat berbual dengan mereka,sikap peramah benar2 sesuai dengan kerjaya mereka sebagai DJ radio Kefahaman Islam Malaysia.Pihak IKIM hadir di APIUM Nilam Puri bertujuan memberi peluang kepada pelajar2 membuat rakaman ucapan hari raya kepada orang yang dikehendaki bertempat di bilik mesyuarat APIUM.Insyaallah,rakaman akan di ON AIRkan pada hari raya ke2 sekitar jam 2 hingga 4.Ana juga sempat membuat rakaman,kene cakap bahasa Arab pulak,aduhai banyaknya salah tatabahasa hu3..Xpe,yang penting kita cuba ok.. Info: Rupa-rupanya kak Mona yang baca berita bahasa Arab dalam IKIM tu