Skip to main content

Cinta Munafik Part5

……..
Suasana Hospital Kuala Kangsar yang sedari tadi senyap sunyi kini kecoh dengan suara kerisauan dan pergaduhan mencari kesalahan antara satu sama lain.Baju Tariq berlumuran darah.Masih tidak mampu menerima hakikat.Sepatutnya dia yang dilanggar.Tapi kenapa bukan dia.


Mujahid And The Gang sepakat menyalahi Tariq sebagai punca kemalangan ke atas Saiful Muslim.Tariq orang pertama yang bersetuju untuk Saiful turut serta.Mereka sebenarnya tidak mahu dipersalahkan dalam kejadian ini.Walaupun jauh di sudut hati keimanan Mujahid merasakan dia adalah antara punca kejadian.Dia adalah ketua rombongan pada malam itu.Hujan renyai-renyai turun membasahi bumi.Mengamit suasana yang hiba ini.Air mata Tariq mula menitis.Terkilan dengan sikap Mujahid And The Gang dan tertelan dengan kemahuannya untuk keluar pada malam itu.

“Ya Allah,ujian apa yang menimpaku ini.Kenapa Saiful menjadi mangsa keadaan??”persoalan yang tiba-tiba wujud di fikirannya disimpan.Bagai tidak dapat menerima ketentuan dan takdir Illahi.Ustaz Faisal menghampirinya.Pakaian Ustaz Faisal turut berlumuran darah setelah mengangkat Saiful memasuki keretanya.Mujur Ustaz Faisal terdengar Jeritan Saiful dan dentuman yang terhasil daripada rempuhan ke atasnya.

“sabarlah Tariq,ini semua ujian Allah,”kita banyakkan berdoa semoga dia cepat sembuh,”Ustaz Faisal cuba menenangkan Tariq.Dia sebenarnya masih tidak dapat menerima keberadaan Tariq di tempat kejadian.Bagaimana seorang Presiden Sekolah boleh turut serta dalam rombongan pada malam itu.Persoalannya disimpan menunggu masa untuk ditanya.

“Ustaz.Ni semua salah ana.Ana yang bersetuju Saiful turut serta dalam kes ni.Kalau tak…”

“kalau tak apa?Kita ditegah untuk menggunakan persoalan kalau Tariq.Seolah-olah tidak dapat menerima ketentuan Ilahi.Ya mungkin kalau Saiful tidak menolak badan anta tadi.Anta yang akan dilanggar.Tapi ini semua telah ditakdirkan.”

Tariq diam seribu bahasa.Peristiwa sebentar tadi benar-benar menghantui dirinya.Masih terbayang dan terasa tubuhnya ditolak keras oleh Saiful.Menyebabkannya terhindar daripada rempuhan Kereta yang telah berjaya ditahan oleh pihak polis kerana memandu di bawah pengaruh alkohol.Seorang India.Antara orang yang dikehendaki oleh pihak polis bagi menyelesaikan kes kecurian.Ustaz Faisal turut diam membiarkan Tariq bersendiri.

“ustaz.Ana telah melakukan kesilapan besar malam ini,”Tariq tiba-tiba bersuara.Merasakan dirinya adalah orang yang sangat bersalah.Dia sedar perkara yang akan terjadi ke atas dirinya kelak.Cuba mengumpulkan segala kekuatan emosi untuk berhadapan dengan pelbagai pihak.Terutamanya Pelajar-prelajar lain.Quwais dan…..

“Tariq.Sebenarnya apa yang berlaku.Bagaimana anta boleh berada di tempat kejadian?”Ustaz Faisal mula bertanya.Merungkai persoalannya.Sabar menungu jawapan.Tariq menjawab persoalan yang dilontarkan padanya.Satu persatu diceritakan.Jujur.

“Tapi kenapa Mujahid menceritakan bahawa anta yang mahu turut serta.Diorang kata anta yang merayu nak ikut.Mahu menimba pengalaman?”Cerita yang didengari ustaz Faisal sangat bercanggah dengan kisah yang diberitahu oleh Mujahid And The Gang sebentar tadi.Namun Ustaz Faisal tidak menerima bulat-bulat apa yang diberitahu oleh Mujahid.Beliau lebih suka mendengar hujah daripada kedua-dua belah pihak.

“tak ustaz.Ana sedikit pun tak merayu pada diorang nak pergi.Cerita yang ana bagitau ustaz tadi betul.Terpulanglah pada ustaz mahu mempercayainya,”Tariq tidak dapat menerima fitnah yang dilemparkan.Janji yang diungkap sebelum perjalanan,Mujahid telah bocorkan.Tariq terus diam memikirkan nasibnya.

Pintu bilik kecemasan dikuak.Seorang doktor cina muncul.Berwajah muram.Kepalanya digeleng menandakan suatu berita yang menghancurkan harapan Tariq,Ustaz Faisal serta Mujahid And The Gang.

Ustaz Faisal gagahkan diri memberitahu encik Rahman mengenai kemalangan dan ketentuan yang berlaku ke atas anaknya.Pak Cik Rahman kaku.Digagahkan dirinya menerima ujian yang kunjung tiba.Bukan kali pertama ujian sebegini menimpa ke atas dirinya.Namun kehilangan anaknya kali ini sangat berat untuk diterima.Dahulu,anak perempuannya turut menerima jemputan maut ketika berumur tiga belas tahun.Kejadian kemalangan bas yang dinaiki anaknya yang terhumban jauh ke dalam gaung masih segar di kotak ingatan Pak Cik Rahman.

Motor usangnya terus dibonceng menembusi kegelapan malam.Laju.Bagai tidak sabar-sabar menatap wajah harapan anaknya buat kali terakhir.Bekas isterinya masih belum mengetahui kejadian ini.Perjalanan yang memakan masa hampir satu jam itu sangat mencabar.Hujan yang semakin lebat mencurah tidak dihiraukannya.Suasana jalan pada waktu itu agak lengang.Subuh merangkak tiba.Keadaaan jalan yang licin itu tidak diendahkan Pak Rahman.

Motornya masih bergerak laju sekitar Sembilan puluh kilometer sejam.Hanya tinggal dua kilometer lagi sebelum sampai ke Hospital Kuala Kangsar yang terletak berdekatan dengan stesen Kereta Api Tanah Melayu(KTM) Kuala Kangsar.Entah bagaimana di satu selekoh tajam.Pak Rahman tidak dapat mengawal motornya.Cuba diimbangi namun ternyata keadaan jalan yang licin itu lebih pantas menjatuhkannya.Pak Rahman terseret ke tengah jalan.Badannya cuba digerakkan untuk bangun berdiri.Namun tidak Berjaya.kakinya mengalami kecelakaan besar akibat seretan tadi.Hujan masih belum menunjukkan tanda mahu berhenti.Air hujan yang terkena pada luka Pak Rahman amat memeritkan.Pedih.Keadaan jalan yang agak gelap itu menyukarkan pandangan seseorang.Kelihatan Sebuah treler laju bergerak.Pemandunya tenang memandu di jalan yang lengang.Tidak sedar seseorang yang menjerit ke arahnya.Lalu…..

Satu musibah ditambah dengan musibah yang lain.Siren Ambulans berbunyi.Bising.Ustaz Faisal terkejut melihat wajah seseorang yang melintasinya.Seakan mengenalinya.Terkujur di atas kereta usung.Dadanya berombak lemah.Sebahagian tubuhnya parah.Sudah tidak menunjukkan tubuh sebagai seorang manusia.Seorang Melayu muda membantu menolak kereta usung itu.Pucat.Terkejut dengan perlanggaran yang terjadi.Tidak sedar dia sudah merempuh seseorang.Hanya menyedari setelah seratus meter menyeret tubuh Pak Rahman.Ngeri.

Berita kematian kedua pada subuh itu sangat memeritkan.Bagai halilintar menghentam jantung Tariq.Pandangannya gelap.

………..

Umpama cendawan tumbuh setelah hujan.Berita mengenai kematian Saiful Muslim dan ayahnya tersebar luas serata tempat.Pihak media turut memainkan peranan menyebarkan kisah ini melalui surat khabar seperti Berita harian,Sinar Harian dan Metro.Berita ini sangat mengejutkan pelbagai pihak.Heboh satu kuala kangsar mengenai berita tersebut,terutamanya di kedai-kedai kopi.Rata-rata masyarakat membincangkan isu ini.Hampir semuanya menuding jari ke arah pihak sekolah kerana tidak menjaga pelajar dengan baik.Andaian tanpa usul periksa.Pihak sekolah pula terpaksa menjawab pelbagai soalan yang diutarakan oleh para wartawan.Kes ini menjadi tarikan ramai kerana ia turut melibatkan salah seorang anak dato’yang terkenal.Dato’Nazli bersikap positif,beliau menyerahkan segala-galanya kepada pihak sekolah dan pihak polis bagi menyelesaikan kes ini.

Dawwin Najah antara insan yang mendapat tamparan hebat dalam kejadian ini.Dia tidak menyangka ugutan dalam surat itu menjadi kenyataan.Kehilangan salah seorang rakan sekelasnya benar-benar sukar diterima.

“adakah ia ada kaitan dengan aku,adakah aku yang bersalah dalam hal ni?sedangkan aku sudah balas surat itu,”hatinya mula berbisik.Bisikan alam ghaib turut memainkan peranan bagi merosakkan pemikiran manusia.

Kelihatan pihak polis masih lagi menjalankan siatan.Tariq,Mujahid and The Gang turut disoal siasat.Ibu bapa pelajar-pelajar ini turut hadir selepas dimaklumkan mengenai perkara yang telah terjadi.

“korang penyebab anak aku mati!!!!!!!!!!”Puan Rokiah bagai dirasuk.Tariq,Mujahid and The Gang terkejut dengan tindakan spontan ibu Saiful.Puan Rokiah tidak dapat menahan marah tatkala berhadapan dengan kawan-kawan anaknya yang terlibat pada malam kejadian.Pihak polis dan suami barunya cuba mengawal keadaan.

“Kiah,sabarlah.Ini ketentuan Ilahi.Jangan salahkan budak-budak ni.Diorang tak tahu apa-apa,”

“bang,Ibu mana yang boleh bersabar bila anaknya mati dalam keadaan begitu.Bukan anak saya je mati,tapi Rahman bang..”Rokiah hampir jatuh pitam,nyaris suaminya sempat menahannya dari jatuh.Pak Rahmat menenangkan isterinya.Ingatan Rokiah mula mengimbau kenagan yang lampau.

Wajah Saiful anak kesayangannya dan Rahman bekas suaminya yang telah banyak bekorban demi keluarga bermain di pandangan halusinasinya.Tambahan pula,suara saiful ketika menelefonnya pada malam kejadian masih segar di pendengarannya.

“Assalamualaikum mak.”Saiful memulakan panggilan dengan doa kesejahteraan buat ibunya.

“Waalaikumussalam..nak apa malam-malam buta ni,”

“mak,maafkan Saiful sebab….”

“sudahla,jangan nak sedih-sedih.Nak apa ni,mak sibuk sekarang ni,”

“mak.Saiful nak buat permintaan kat mak,mungkin ni permintaan terakhir dari Saiful mak,’’

“ye,cepatla.Kamu nak minta apa,”

“Saiful tahu perkara ni sukar buat mak,tapi Saiful nak sangat kita hidup seperti sediakala.Bersama dengan ayah,”

“kamu dah gila ke?kamu tahu kan mak dah kahwin dengan pak cik Rahmat.Kamu ingat aku ni ape,”

“mak,Saiful minta ampun kalau buat mak marah.”

“Sudahla,malas mak fikir,”
Talian telefon dimatikan.Saiful tergamam.Air matanya mula menitis.

“betulkah tindakan aku ini?”terbit persoalan di kotak fikirannya.Jauh di sudut hati seorang ibu merasakan anaknya benar-benar mahu dia kembali kepada si ayah.Ibu mana yang tidak sayangkan anak dan anak mana yang tidak sayang kepada orang tuanya.Namun,kehidupan Puan Rokiah yang lebih mewah dari sebelumya telah membutakan pandangan dan hatinya.

Kelihatan para pelajar lain berderetan bagai terpaku di sepanjang koridor kelas menyaksikan peristiwa tersebut.Hampir kesemuanya menganggap presiden mereka iaitu Tariq sebagai punca kejadian.Guru yang bertugas pada minggu itu mula mengarahkan para pelajar untuk masuk ke kelas masing-masing.Para pelajar mula beredar mengikut arahan.
…………………………………

Sudah dua minggu Tariq,Mujahid And The Gang menerima hukuman gantung persekolahan yang diberikan oleh pihak sekolah di atas kes yang mereka lakukan.Esok mereka akan kembali semula ke sekolah.Tariq akan kembali sebagai pelajar biasa kerana dia telah meletakkan jawatan sebagai Presiden Majlis Pelajar.Keputusannya untuk melepaskan jawatan yang disandang adalah kerana pelajar lain sudah hilang kepercayaan kepadanya.Dia tidak mahu mengeruhkan keadaan,biarlah orang yang lebih layak menggantinya.

Amat perit kehidupan Tariq sebelum dikenakan hukuman ini,dia bagaikan berada di tengah-tengah pulau yang dikelilingi oleh laut yang tidak bernyawa.Kawan-kawannya menyisihkannya dan ada mengatakannya sebagai pembunuh.Quwais yang merupakan kawan baiknya turut bertindak sedemikian rupa.Quwais benar-benar tidak dapat menerima keberadaan Tariq sewaktu kejadian.Sangat tidak disangka.Tariq mengambil kesemua tindakan sahabat-sahabatnya sebagai pengajaran.

“Mungkin mereka tak mahu menganggu kondisi aku sekarang ni,”Tariq bermonolog sendirian.Mendahulukan bersangka baik mengenai kawan-kawannya.Dia juga cuba berbaik dengan sahabatnya.Namun mereka masih seperti lautan yang tidak berombak.

Ingatan Tariq sekali lagi melawan arus masa.Ingatannya sewaktu majlis pengebumian sangat memilukan.Melihat di hadapan mata sendiri dua orang insan yang tidak bersalah dimasukkan ke liang lahad sebagai tempat pemisah di antara dunia dan akhirat.Esakan ibu Saiful masih nyaring kedengaran,seakan-akan orang yang hilang upaya.Ibu Saiful mula merasakan kehilangan orang yang sangat disayanginya,mula menyesal akan perbuatannya terhadap bekas suaminya sebelum ini.

“abang,maafkan Kiah sebab pernah menderhaka pada abang,”Puan Rokiah bermonolog sendirian dan memohon keampunan di atas dosa yang telah dia lakukan.Air matanya mula menitis,menitis kerana takutkan dosa.

“Assalamualaikum mak cik,saya ucapkan takziah dengan apa yang terjadi.Saya juga minta maaf di atas apa yang terjadi.Saya betul-betul tak sangka perkara sebegini boleh terjadi,”Tariq mula memberanikan dirinya untuk berhadapan dengan Puan Rokiah.Puan Rokiah mengesatkan matanya.

“waalaikumussalam.Sudahla nak,yang pergi biarkan pergi.Allah lebih menyayanginya.Mak cik tahu kamu tak bersalah dalam hal ini.Pihak Polis juga sudah terangkan kepada mak cik mengenai apa yang terjadi.Mak cik minta maaf atas kejadian tempoh hari,menengking kamu semua tanpa usul periksa.”Puan Rokiah membalas tenang.Dia sudah mula menerima ketentuan Ilahi.

“terima kasih mak cik.Saya juga turut bersedih dengan apa yang terjadi.Saiful sangat baik orangnya.Diam-diam ubi berisi.Saya tak kan lupakan dia sampai bila-bila.Kita doakan rohnya dan ayahnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beruntung.Amin,”

“ya,betul.Dia merupakan anak yang sangat baik,tidak pernah membantah kata-kata mak cik.Mak cik banyak bersalah padanya.Semoga doa kita dimakbulkan.Baiklah nak,mak cik nak pulang dulu,”

“baik mak cik.Moga Allah mencucuri rahmat ke atas keluarga mak cik,Assalamualaikum,”

“buat kamu juga.Waalaikumussalam,”

Perbualan ringkas di antara Tariq dan Ibu Saiful waktu itu sangat menyenangkan hatinya.Sekurang-kurangnya Ibu Saiful memahami situasinya.Cuma sahabat-sahabat di sekolah masih belum dapat menerimanya.

……………………………..

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) hanya berbaki seminggu.Cuti pergantungan dua minggu sebelum ini benar-benar digunakan oleh Tariq untuk mengulangkaji pelajarannya.Hampir kesemua bab-bab yang dipejarinya dalam kelas disentuh.Sungguh bermakna dua minggu tersebut buat Tariq.

Hubungan Tariq dan sahabat-sahabat yang lain kian pulih.Sahabat-sahabatnya mula menyedari tanggapan mereka buat Tariq adalah salah.Semuanya berpunca disebabkan oleh Mujahid.Dia yang menyebarkan cerita palsu ke atas Tariq.Semuanya dibongkar oleh gangnya sendiri.Itupun setelah disoal oleh Quwais mengenai apa yang berlaku sebenarnya.

“Tariq,ana minta maaf mengenai apa yang terjadi pada anta,”Quwais memohon maaf.

“eh.tak apalah.Biasalah tu,kalau ana kat tempat anta pun,ana akan lakukan perkara yang sama.Lagipun,anta juga yang memulihkan hubungan kita semua kan,”

“Alhamdulillah,teringat pula kisah Isteri Nabi iaitu Saiditina Aisyah yang difitnah.Nak tunggu ayat yang membersihkan ummul mukminun dari tuduhan tersebut lagi lama pada anta tau,”

“oo,,kisah khobar Ifk.Betul tu Quwais,sedih sangat bila mengenangkan peristiwa tersebut.Cuba bayangkan kalau ibu kita berada di tempat kejadian,pasti kita sedihkan.Ini ibu kepada semua orang beriman.Isteri kepada nabi yang sangat kita cintai.Kisah pemulauan ana ni sekejap je,,”

“tula,sekejap sangat,patut biar sampai SPM.he.. he..”

“amboi..Boleh gila ana dibuatnya he.he,”

Perbualan dua orang sahabat ni diakhiri dengan gurauan Quwais.Hubungan mereka berdua sudah pulih sepenuhnya sepersti sediakala.Tariq juga sudah mula berbaik dengan Mujahid dan mengharapkan sudah tidak ada persengketaan antara mereka.Apa yang penting sekarang ini ialah persediaan bagi menghadapi peperiksaan tidak lama lagi.Mujahid sangat terkesan dengan kesabaran Tariq,dia mula menyegani keperibadian Tariq.Jauh di lubuk hati Tariq masih mengenangkan Saiful dan Pak Rahman….

Di bilik belajar asrama perempuan.Dawwin Najah gembira mendengar berita mengenai Tariq yang sudah berbaik dengan sahabat-sahabatnya.Dia juga telah bersangka buruk ke atas Tariq mengenai kejadian yang berlaku.Bukan dia sahaja,bahkan hampir semua pelajar perempuan bersangka sedemikian rupa.Namun,kejadian yang berlaku lebih dirasakan olehnya.Saiful merupakan rakan sekelasnya dan dia yakin,Saifullah pengirim surat tersebut.

………………………………………………………..

Setelah hampir tiga minggu memerah otak dan mengopak ingatan.Peperikaan Sijil Pelajaran Malaysia sudah selesai dijalani.Pelbagai reaksi yang ditunjukkan oleh para pelajar.Ada yang seakan-akan tidak berpuas hati dengan jawapan,ada yang gembira kerana apa yang dibaca telah keluar di kertas soalan dan ada yang menyesal kerana apa yang diSpot tidak mengena.Bagi Tariq,dia telah buat dan berusaha sebaik mungkin bagi menjawab soalan yang ditanya.Sekarang adalah masa untuk bertawakal pada yang maha mengetahui.Begitu juga Quwais,dia turut selesa dengan jawapannya.

“macammana keseluruhan exam,rasa-rasanya boleh score tak Najah?”Nur bertanya kepada Najah.

“InsyaAllah Nur.Najah serahkan segala-galanya pada Allah.Najah dah buat sebaik mungkin.Nur macamana?”soalan yang sama dilemparkan semula kepada Nur.

“entahla Najah,rasa macam down je.Tak tahula apa resultnya nanti..hmm,”suara kekesalan terbit di dalam kata-kata Nur.Nur memang tidak dapat menjawab sebaik mungkin dalam peperiksaan tersebut.

“sabar Nur,itulah peperiksaan,mesti ada yang susah dan ada yang senang.Sudahlah,jangan fikirkan sangat,yang pasti exam kita sudah selesai.Now,just waiting for our best result je,”

I hope so,Amiin,”

...............................

Comments

Popular posts from this blog

10 BUKU TRAVELOG Yang Menarik Untuk Dibaca

Ramai yang bertanya, buku Travelog apa yang boleh dibaca. Semua buku Travelog boleh baca, tapi yang ada pada saya ini ada 10 tajuk dan saya akan kongsikan secara ringkas sinopsis berkaitan buku buku tersebut. Biasanya ada harga promo untuk pembelian 5 buku iaitu hanya RM 100 dan Free Postage. Ok boleh baca dulu sinopsis ringkas buku buku ini. 1- Travelog MR.Traveller by Meor Farid Asyradi (Buku ini adalah kisah kembara seorang mahasiswa mengelilingi Eropah dengan menaiki kereta api seorang diri. Memang kalau baca buku ni macam kita pula yang mengembara sekali. Buku ni juga terpilih sebagai salah sebuah buku Best Of 2015 MPH) 2-TRAVELOG MR TRAVELLER (UNTOLD STORIES) by Meor Farid Asyradi (ini merupakan buku kedua Meor Farid Asyradi setelah buku pertamanya terjual lebih 20 ribu naskah. Buku ini ada 50 kisah benar dan ada juga kisah yang tidak pernah diceritakan kepada sesiapapun. Misteri ) 3. TRAVELOG HJ MR.TRAVELLER. by Meor Farid Asyradi . (Buku ini adalah buku siri MR Travel

3 kali KENA SCAM di Luar Negara ?!!

Ketika Travel, kita pasti mahu mengelakkan kejadian seperti ditipu kerana ditipu hidup hidup ini adalah perkara yang amat menyakitkan hati. "Parut" kisah ditipu tidak akan dapat dilupakan selama-lamanya. Untuk itu, post kali ini ingin saya kongsikan kisah di mana saya ditipu di tiga negara berbeza iaitu di Vietnam, India dan Mesir. Selamat membaca dan jangan tertipu dengan kejadian yang saya alami ini ya ;) Kisah 1 – Kena Scam : Di Vietnam ( Julai 2014)  Aku bersama tiga orang teman, Zack, Zakirin dan Nukman bergerak menuju ke kota Ho Chi Minh Vietnam melalui jalan darat dari Phnom Penh, Kemboja. Kami menaiki bas dengan tiket berharga RM30 sehala. Hampir lapan jam masa diambil untuk tiba di Ho Chi Minh termasuk menaiki Feri menyeberangi sempadan Phnom Penh- Saigon dan urusan imigresen.   Perjalanan yang agak memenatkan dengan keadaan bas yang dibawa laju terhuyung hayang. Suatu kisah yang tidak dapat kami lupakan di Ho Chi Minh ini adalah ketika menaiki

Bersama Dj Dj IKIM

I.K.I.M salah satu siaran radio yang sangat ana minati,jika Sebelum ini hanya bisa mengenali Dj2 radio lewat corong radio tetapi pada hari ini sy dapat bersama dengan Dj Erwan(rancangan Nasyid),Dj Mona Jazman(rancangan Mari Belajar bahasa Arab)dan Dj maslina(rancangan bersama Tenku Asmadi MEPS).Perasaan gembira menyusup ke dalam hati kerana dapat mengenali sebahagian DJ2 IKIM dengan lebih dekat,hampir setengah jam ana dapat berbual dengan mereka,sikap peramah benar2 sesuai dengan kerjaya mereka sebagai DJ radio Kefahaman Islam Malaysia.Pihak IKIM hadir di APIUM Nilam Puri bertujuan memberi peluang kepada pelajar2 membuat rakaman ucapan hari raya kepada orang yang dikehendaki bertempat di bilik mesyuarat APIUM.Insyaallah,rakaman akan di ON AIRkan pada hari raya ke2 sekitar jam 2 hingga 4.Ana juga sempat membuat rakaman,kene cakap bahasa Arab pulak,aduhai banyaknya salah tatabahasa hu3..Xpe,yang penting kita cuba ok.. Info: Rupa-rupanya kak Mona yang baca berita bahasa Arab dalam IKIM tu