17.4.10

Cerpen 1:Lost In My Life

LOST IN MY LIFE
Sesat Dalam Kehidupanku
By:Dr Asy
‘’Penyesalan kebiasaannya akan hadir setelah sesuatu bencana menimpa kita. Persoalannya, perlukah penyesalan itu hadir pada detik itu?
Jawapan total di tangan kita’’

Kitab itu aku pandang Sayu. Telah lama aku tinggalkan ia tersusun di situ. Hampir empat tahun. Tidak pernah aku terasa ingin menyentuhnya, apatah lagi membacanya.

Hina sangatkah kitab itu padaku? tiada manfaatkah aku membacanya? Persoalan demi persoalan yang tidak ada jawapan negatifnya mengetuk pintu hatiku. Perlahan kakiku bergerak ke rak buatan kayu  jati yang menempatkan kitab itu.

Tanganku dihulurkan seraya memegang erat kitab itu. Kubelek depan belakang. Berhabuk. Lantas tanganku bertindak menyapu habuk yang setelah lama bermaharajalela di kulit kitab itu.
Kukucupnya.

Jantungku berdegup kencang, sambil air mataku mula bergenang. Kitab itu kubuka perlahan. Kulihat baris-baris perkataan yang tidak kufahami walaupun mampu membacanya. Tulisan yang suatu ketika dahulu pernah aku mempelajarinya kini sudah kutatap kembali.

Mataku yang sedari tadi menakung air kini melepaskannya jatuh persis air embun di hujung rumput gugur ke bumi.

Air mataku tepat jatuh ke permukaan helaian AL Quran yang menjadi bacaan dan rujukan seluruh umat Islam. Bahkan, Kitab ini diturunkan dengan penuh sejarah dan sistematik kepada Insan terpilih yang diberi nama Muhammad Bin Abdullah. Kekasih Allah.

Ingatanku berputar ligat mengenangkan kembali saat-saat pahit manis yang kulalui sebelum ini.

*********************

yes! lepasni aku dah tak perlu belajar bahasa yang buat aku gila ni.” Aku megah menyatakan sesuatu yang membuatku gembira kepada Syazwan.

rilexla bro, yang ko sampai jadi gila tu apasal? Aku rilexje walaupun setiap kali ujian atau exam, subjek wajib ni fail.” Syazwan membalas mewujudkan soalan.

“hei kawan, aku orang melayu ok. Setakat nak belajar English no problemla, but not this useless language .Result aku down because of it.  I hate It” agak ego jawapan yang kuberikan.

“oh my god, poyo siott ko cakap English. Aku tahu la English ko mantap beb,”

“well. You know me. Aku akan pastikan, I will fly to europe to continue my study.”

“ko boleh la, keluarga berada. Setakat nak fly europe, kenyit mata jela. Aku setakat fly sekolah bolehla ha..ha..ha.” Syazwan memujiku. Ketawanya mendatar.

Siapa tak kenal aku. Anak seorang dato’ ternama merangkap pengerusi PIBG Sekolah Menengah Kebangsaa Agama Slim River. Nama Dato’ Mustafa sudah tidak asing lagi sebagai penyumbang terbesar sekolahku ini.

Namun, kemewahan ini tidak digunakan oleh aku untuk membantu sahabat yang bermasalah, tetapi digunakan sebagai alatan untuk menunjuk-nunjuk. Sikap negatif ini muncul sewaktu aku berada di tingkatan lima iaitu Setelah aku mula digelar sebagai pelajar senior tertua di sekolah. Aku sudah mula pandai mengarah dan memulaukan program yang berunsur tarbiyah.

Sudah empat tahun aku terpaksa berada di bawah kongkongan abang-abang senior yang tak serik-serik mengarahku dan kawan-kawan yang lain melakukan itu ini. Aku benci, tak ikhlas. Walhal suruhan itu adalah untuk kebaikanku sendiri.

Masuk awal ke surau.

Solat sunat rawatib.

Dengar kuliah.

Berselawat dan wirid.

Baca Al Mathurat dan Al Quran.

Hafal surah-surah wajib seperti surah As Sajadah, Al Insan, Yasin dan Al Mulk.

Memberi salam kepada semua orang.

Aktiviti-aktiviti inilah yang menjadi rutin kehidupan harianku di sini. Bukan harus atau punya pilihan. Tetapi telah dicopkan sebagai perkara WAJIB. Aku yang tidak mahu didenda atau dipandang rendah oleh kawan-kawan yang lain, melakukan perkara-perkara ini tanpa ketulusan hati. Ancaman denda menjadi penyebab utama kulakukannya. Bukan aku tidak boleh memberitahu kepada ayah mengenai hukuman-hukuman yang diberikan, tetapi aku tidak mahu digelar sebagai anak manja dan sebagainya.

Program-program tarbiyah yang dijalankan oleh pelajar sebelum ini sedikit pun tidak memberi kesan kepadaku walau aku mengikutinya. Mungkin disebabkan aku masuk ke kawasan yang digelar sebagai bumi tarbiyah ini atas permintaan Ibu dan ayahku. Aku pada awalnya membentak dan berkeras untuk masuk ke sekolah biasa, namun dipujuk oleh kedua orang tuaku untuk masuk ke sekolah berstatus agama  dengan alasan supaya aku dapat mempelajari ilmu agama yang lebih mendalam.

Kedua orang tuaku beriya-iya menyuruh aku mempelajari agama kerana mereka tidak mampu mengajarku mengenai agama dengan lebih luas. Mereka hanya tahu agama itu berdasarkan lima perkara. Mengucap, solat, puasa, bayar zakat dan tunaikan haji bagi yang mampu. Aku pula, hanya tahu bersuka ria, melepak, tonton tv, main game dan sebagainya.Bukannya ibu dan ayahku tidak menegur dan menyuruhku solat, tetapi sudah penat melayan perangaiku yang tidak suka dipaksa. Sebab itulah mereka memujukku untuk berada di sekolah itu.

“sekarang aku bebas, tidak ada yang mengongkong aku untuk lakukan itu, ini. Sudah penat aku menurut perintah selama ini.’’ aku bermonolog sendirian. Puas rasanya sudah dapat keluar daripada kepompong peraturan. Peperiksaan SPM juga sudah selesai dikuburkan hanya tunggu keputusan.

Aku mula leka dengan dunia tanpa sempadan.Lap top Compaq v3000 menjadi teman setiaku.Lap top ini kuterima sebagai  syarat persetujuanku untuk bersekolah di SMKA Slim River. Melalui lap top ini,  aku sudah pandai melayari pelbagai laman web.Positif atau negatif sama sahaja bagiku.Tiada bezanya.Semuanya indah dinikmati seorang diri.

Jari-jemariku pantas menari-nari menekan sesuatu perkataan yang baru kuketahui.

FACEBOOK

Ya FACEBOOK.Kawanku iaitu Asyraf yang menyuruh aku mendaftar di FACEBOOK. Katanya boleh dapat ramai kawan dan mudah berkomunikasi. Aku mula mendaftar dan bergiat aktif dalam FB iaitu nama singkatan bagi FACEBOOK. Aku mula menaip di dinding FB ku dan memasukkan gambarku bersama kereta Mercedes Benz milik ayah.

-SIAPA YANG SUDI BERKENALAN DENGAN MUNZIR BIN DATO’MUSTAFA-begitulah ayat yang aku tulis.Berbaur riak.

Benar, baru beberapa hari sahaja aku mendaftar, telah ramai permintaan menjadi teman kuterima. Aku menerima kesemua permintaan itu. Komen yang kuterima mengenai perkataan yang kutulis kesemuanya dari gadis. Semuanya ingin berkenalan atas sebab kekayaan dan wajah pan asiaku. Hari demi hari, aku sudah pandai berkenalan dengan gadis-gadis di FB ini.Cantik-cantik dan seksi-seksi semuanya. Teringatku di SMKA,gadisnya semua bertudung labuh, Ustazah katakan. Itu bukan citarasa aku.

“hye Zati,” aku menghantar mesej melalui FB.

“hye Hensem,” Zati menggoda.Aku terpesona. Bukan kali pertama mendapat jolokan itu. Tetapi ini agak berbeza kerana perkataan ini muncul daripada gadis yang paling cantik daripada 323 kawan wanita yang ku ada. Aku terleka dengan kecantikannya. Rambutnya yang lurus,mata yang ayu,dan mempunyai pakej lengkap sebagai seorang pramugari.

“Thanks.Awak pon cantik sangat,”

“yeke.Nak mengayatla tu,”

“tak la awak,serius awak cantik sangat.I suka,”

“yela.Thanks:P,”

“awak,saya nak kenal awak boleh,”

“buat apa kenal saya. Cukupla kenal dekat FB saya je,”

“tak nakla dekat FB je. Saya nak kenal awak lebih dekat.Please,”

“hmm.Boleh dengan syarat,”

“apa syaratnya awak,”

“awak tak boleh minta nombor saya ok,”

“ala, kenapa pula. Susahla saya nak hubungi awak,”

“I gurau jela awak.You nak no I tak,”

“mestila nak. Berapa no nye awak?,”

“awak bagi no awak dulu,”

“0139453769.awak pula?”

“surprise he..he..he,”

“awak ni. Tak adilla”

“ala awakni. Janganla merajuk. Hilang macho tu. Nanti saya bagila awak mesej ok”

“ok,janji,”

“ye I janji sayang”

Sayang. Perkataan yang membuatku hilang arah. Perkataan yang benar-benar memanah hatiku.
Hubunganku dengan Zati bertambah intim, hampir setiap hari aku menghubunginya,kadang-kadang aku menambahkan prepaidnya sebagai tanda kasihku.Banyak duitku dilaburkan dalam menjalani proses percintaanku ini.

Minggu depan. Aku sudah tetapkan waktu umtuk keluar bersama dengan Zati. Gadis itu memang pandai menggodaku. Suaranya yang manja menambahkan dos cinta yang kian mekar di jiwaku. Zati aku hanya kenal sekadar rupa parasnya yang sangat menawan. Itu sahaja. Latar belakang keluarga tidak ku hiraukan.
Hari demi hari berlalu. Kehidupanku makin parah. Parah dalam meriah. Meriah dek keseronokan yang menujah kearahku. Bagai dalam syurga rasanya. Syurga yang dibina oleh syaitan musuh nyata.

Kali pertama tanganku disentuh wanita yang bukan mahramku. Sejuk rasanya. Zati bagai tidak mahu lepaskan genggaman tangannya dari tanganku. Aku juga begitu,suka diperlakukan begitu. Taman bunga Bukit Kiara menjadi pilihan pertemuan kami. Zati yang mencadangkannya. Katanya,di situlah tempat terbaik untuk kami. Orang tidak ramai. Kalau ada pun,semua buat ‘kerja’masing-masing.

‘’Munzir sayangkan Zati?’’ tiba-tiba soalan yang tidak dijangka keluar dari bibir Zati.

“mestilah sayang, kalau tak, takkanlan I Sanggup datang jauh-jauh untuk bertemu dengan you,” aku menjawab penuh manja.

‘’I lagi sayangkan you tau,seluruh jiwa dah tubuhku,” Zati mencubit hidungku.Aku bagai terpaku.Seronok.Bahagia.Imanku yang semakin kecil seakan membentak.

Syaitan mula melaksanakan tugas hariannya. Bukan susah sangat kerja syaitan kali ini. Sudah berduaan dan bersentuhan. Hanya tunggu saat sahaja syaitan-syaitan berpangkat rendah ni ketawa berdekah-dekah dan berpesta meraikan kejaan.Setiap perbuatan aku berjaya aku tutupkan daripada pandangan keluarga.Bagi mereka aku adalah anak yang baik.

Bulan mac muncul lagi. Keputusan peperiksaan SPM juga sudah diumumkan. Terpaksa aku datang semula ke sekolah yang amat kubenci untuk menuai hasil usahaku dalam peperiksaan tempoh hari. Bagai tempat sampah sahaja sekolah itu dalam pemikiranku.

Tenang. Sedikit perkataan gementar pun tidak wujud dalam hatiku.

‘’Baik  atau tidak keputusannya. Aku tetap akan ke luar Negara,’’ monologku sendirian.

Seperti dijangka olehku. Keputusanku hanya Cukup-cukup makan sahaja.3 A dan subjek lain semuanya kredit kecuali bahasa Arab. Keputusan itu kuberitakan kepada ibu ayahku.

“hmm.Cukup-cukup makan sahaja. Tapi kelayakan untuk belajar di University Of  Stirling,Scotland sudah cukup.English pon A1.” Dato’Mustafa sudah bertanyakan perihal Universiti tersebut kepada rakannya yang menetap di sana. Walaupun yuran perbelanjaan agak tinggi dan kos sara hidup sangat lumayan, demi kebaikan dan janji ayah kepadaku,membuatnya rela dan akur dengan kehendakku.

“betul ni ayah?” aku meminta kepastian.

yes. Tapi Munzir kene jaga tingkah laku.Agama jangan lupa,” ayah mengiyakan.

ok.I’m promise,I love you pa,” aku bagai rasa ingin melompat ke arah ayahku kerana terlampau gembira. 

Hajatku untuk belajar di luar Negara akan tercapai. Tambahan Scotland adalah salah satu destinasi yang belum kulawati.Australia,Belanda,China,Canada dan Jepun adalah antara Negara-negara  yang pernah kulawati.Tidak lupa kota makkah,mengerjakan Haji dan umrah ketika habis darjah enam.


Kini aku akan ke Scotland yang merupakan sebahagian daripada United Kingdom dan meliputi bahagian utara Pulau Great Britain serta berkongsi sempadan darat di bahagian selatan dengan England. Selain itu, Scotland juga mengandungi lebih daripada 790 buah pulau yang termsuk Pulau ArranPulau OrkneyPulau Skye dan lain-lain.

Janji hanya tinggal kata-kata manis yang mudah sewaktu menuturkannya. Aku bagai hilang arah, kalau sebelum ini aku masih tunaikan sembahyang walaupun ada yang perlu diganti, puasa tidak pernah tinggal dan boleh dikategorikan sebagai insan yang masih bermoral.

Tapi kini sudah hilang semuanya. Semuanya bebas bagiku, jauh dari pandangan dan pertanyaan keluarga. Budaya barat sudah menjadi ikutanku. Pergaulan bebas,pengambilan arak dan segala perbuatan yang dilarang oleh agama bagai menjadi gula-gula getah yang bisa kukunyah sesuka hati.

Perpisahanku dengan Zati telah diganti oleh seorang gadis berambut perang bernama Jennifer. Bermata biru. Wajahnya sangat cantik.keturunannya rakyat Canada atau canadian. Dia merupakan rakan sekelasku. Bagai pasangan suami isteri sahaja lagak aku dan dia. Tiada yang ambil peduli.

honey,don’t forget to come to my house this night. I have a something special for you,” Jennifer mengingatkan aku supaya tidak lupa datang ke rumahnya malam itu dan dia mengatakan ada sesuatu yang istimewa buatku.

really,what that Jen?” aku penasaran.Ingin tahu mengenai kejutan itu.

no .I can’t tell you until this night ok,” Jennifer bertegas tidak ingin beritahu sehingga malam itu.

“ok Fine.I will be there,” aku mengalah.

Bukan kejutan yang aku terima malam itu,tetapi perbuatan yang boleh membuatkan aku menerima sebatan hudud menurut islam. Sebatan. Aku bagai tidak menjangka perkara sedemikian akan berlaku. Sebelum ini aku agak menjaga diri daripada melakukan perkara terkutuk itu. Aku hanya berpegangan tangan dan berkucupan sahaja. Tetapi malam itu, aku telah diberikan arak dan membuatku mabuk dan berada dalam separuh sedar dan………………………………

Hari demi hari berlalu. Jennifer telah ku tinggalkan. Dia seakan gembira dengan kehendak aku itu.Keputusan pelajaranku pula sangat teruk tetapi di pengetahuan kedua orang tuaku sangat baik. Aku terpaksa berbohong bagi menjaga hati mereka.

                                                                      *****

Suatu hari sewaktu aku berjalan untuk makan tengahari dengan Fahmi sahabat serumahku. Pandanganku samar.  keadaan sekeliling seakan berputar.Laju.

Mun.Are you ok bro?”Fahmi bertanya. Aku masih mendengar pertanyaannya dengan jelas.

yes..I’m o……,” aku menjawab perlahan dan pandanganku gelap.
                               
Badanku sangat lemah. Panas. Aku disuntik. Doktor mengambil sampel darah aku untuk pemeriksaan. Bimbang. Penyakit yang telah membunuh ribuan manusia iaitu H1N1 yang bermula di negara Mexico telah menggemparkan dunia. Langkah berhati-hati telah diambil oleh semua negara seperti sekatan dan pemeriksaan bagi pelancong yang baru tiba dari negara yang disyaki.

Aku juga mungkin disyaki. Suhu badanku melepasai paras 37 darjah.

Tetapi keputusan yang aku terima dari doktor lebih teruk daripada H1N1 atau segala penyakit di dunia ini. Fikiranku berputar ligat memikirkan dosa-dosa yang aku telah lakukan.

“Adakah ini balasannya?” aku bertanya pada diriku.

Aku menyuruh doktor merahsiakan apa yang berlaku ke atas diriku. Aku bagai mahu membunuh diri. Tidak ada gunanya aku terus hidup di dunia ini.Semuanya menjadi pahit.

“bunuh diri adalah dosa yang sangat besar. Kompem masuk neraka,” kata-kata ustaz Ramli sewaktu kuliah maghrib berkaitan dengan dosa-dosa besar seakan segar di pendengaran bagai megopak gegendang telingaku.

“selain itu, berzina!, minum arak yang sama taraf dengan air kencing!, berjudi..,” pendegaranku bagai ditusuk sembilu. Kata-kata ustaz Ramli makin kuat kedengaran.

Aku menutup telingaku sekuat-kuatnya. Badanku disengetkan ke kanan dan ke kiri. Bagai kurang siuman lagakku. Jururawat bergegas ke arahku.

what happening mr munzir?” Soalan jururawat itu tidak kujawab. Aku masih dalam keadaan yang sama.
Tanganku dipegang kuat dan aku menerima satu suntikan. Beberapa saat sahaja, pandanganku menjadi gelap.

Fahmi dan seorang lagi rakan serumahku,Anang pelajar Indonesia datang melawatku. Wajah mereka kulihat agak  resah.

are you ok guys?look so sad,” aku bertanyakan kepada Fahmi dan Anang mengapa mereka kelihatan sedih. Sepatutnya aku yang paling layak rasa sedih saat itu.Zalimnya aku.

no,we are fine actually but..”kata-kata Fahmi terputus.

but what M, .just tell me. What's up?”Munzir tidak berpuas hati.Dalam fikirannya pasti ada sesuatu yang berlaku.

ok.I really hope you can be patient deeply Mun.Actually…Its about your parent.”

hey,what happened with my parent ha?, korang jangan main-main,”Munzir kelihatan tidak tenang. Badannya yang lemah seakan dikuatkan.

“err..your parent had died In an accident.We just got a call from your friend Syazwan. I’m so sorry.” Fahmi gagahkan dirinya memberitahu berita yang berhak bagiku untuk mengetahui.Suaranya kelihatan amat berat untuk menuturkat bait perkataan itu.

what!.Ya Allah.Ujian apakah ini?” aku bagai tidak dapat menerima kenyataan. Aku cuba bangun dari katil pesakit dan hajatku ingin berlari keluar dari hospital dan terus ke airport untuk balik. Namun badanku yang lemah terlebih dahulu menjatuhkan aku. Kakiku tidak mampu menampung diriku. Aku dapat merasa badanku dinaikkan semula oleh sahabat-sahabatku.Mereka berdua cuba menenangkanku.Aku masih tidak percaya apa yang berlaku. Mataku mengalir.Gelap.

                                                         ***********************

Sudah seminggu peristiwa ini berlaku. Aku tidak sempat melihat wajah kedua orang tuaku buat kali terakhir kerana aku tiba di Malaysia dua hari lewat selepas hari pengebumian.Semuanya akibat masalah pembelian tiket.

Hanya gambar yang tidak bernyawa sahaja menjadi tempatku melepas rindu.Pelajaranku di Scotland turut tergendala.Kawan-kawanku sewaktu di SMKA Slim River tidak putus-putus menjengukku dan memberi kata-kata semangat buatku.

Saudara-maraku makin lama makin banyak meninggalkan aku. Mereka juga punya banyak urusan lain. Aku bagai keseorangan di dunia ini walaupun seluruh harta peninggalan kedua orang tuaku diserahkan kepada aku yang merupakan anak tunggal.Statusku kini adalah anak yatim piatu. Tidak aku sangka seawal ini.

“sabar Munzir. Ana tahu enta mampu hadapi ujian ini. Enta kuat orangnya. Kuatkan semangat. Ingat Allah sentiasa bersama kita. Allah maha penyayang.” Fadhlan yang merupakan bekas ketua umum  SMKA Slim River memberi kata-kata semangat kepada sahabatnya yang dahulu pernah menjadi penentang utamanya.

“terima kasih Fadh. Ana minta maaf sangat-sangat pada enta, ana banyak buat salah.” aku malu dengan peribadinya.

“sudahla. Yang berlalu biar berlalu. Kehidupan kita masih panjang Mun,” Fadhlan terus memberi motivasi.Menyuktik suntikan penguat semangat kepada aku.

“terima kasih Fadh. Ana beruntung pernah bersekolah bersama dengan sahabat-sahabat yang sangat baik.”

“Alhamdulillah,”

Masa berlalu begitu pantas. Nenek sahajalah tempat aku mendapat kasih sayang. Nenekku sudah tua, umurnya sekitar 70 an. Mukanya juga telah menunjukkan kedutan yang penuh dengan nostalgia silamnya sebagai seorang anak, isteri, ibu dan seorang nenek. Namun aku bersyukur, nenek masih mampu menjaga dan menemaniku di rumah yang besar ini.

Kenangan aku bersama kedua orang tuaku bagai bermain-main di setiap sudut rumah.Halusinasi semata-mata.Hatiku bertambah perit setelah mengetahui ibu bapaku mengalami kemalangan sewaktu ingin membeli hadiah di atas kecemerlangan keputusanku di universiti.

“bodoh,zalim dan bangangnya aku,” aku bagai menyumpah diriku. Apa yang ada pada fikiran kedua orang tuaku adalah palsu. Ya Allah. Ampunilah dosa hambamu yang bodoh ini. Zalim. Munafik. Inilah perkataan-perkataan yang kurasa layak untuk diriku.

Aku turut menulis ucapan-ucapan maaf dan perkataan-perkataan yang mencela perbuatanku di dinding FB profilku. Baru sehari aku tulis, pelbagai komen yang aku terima.

Selain daripada ucapan sabar dah takziah, aku sangat tertarik dengan ucapan..

“janganlah anta mendoakan sesuatu yang buruk kepada diri sendiri. Tetapi muhasabahlah kembali apa yang telah kita lakukan. Bersangka baiklah dengan yang maha mengetahui. Moga anta sihat selalu dengan rahmat dari-NYA. Takziah dari sahabatmu yang jauh”

Mesej dari profil Syazwan. Alhamdulillah. Sungguh tidak aku sangka Syazwan yang sekarang menuntut di Unversiti Al Bayt Jordon sudah menunjukkan perubahan yang sangat ketara. Sudah petah berbahasa arab yang dikatakan amat mudah sebenarnya. Bahasa arab,aku pernah menfitnah bahasa itu suatu ketika dahulu. Kejam dan zalimnya aku.

Aku bersyukur, Syazwan jugalah yang mengkhabarkan berita mengenai pemergian kedua orang tuaku.


                                                              *******************

Aku masih mencari identiti ku yang sebenar, biarlah aku habiskan sisa-sisa hidupku untuk menebus segala dosa-dosaku. Aku ingin bertaubat dan aku harapkan Allah menerima taubatku. Aku benar-benar berdosa. Rasa tidak layak menyentuh kitab suci ini. Rasa diri ini begitu jijik. Perlahan-lahan aku membaca ayat-ayat suci yang terpahat di helaian Al Quran. Aku menyelak sehelai demi sehelai. Agak tersekat-sekat bacaanku  barbanding suatu ketika dahulu.

Setelah usai menghabiskan satu juzu’, aku letakkan semula Kitab suci penenang hati di tempat yang asal semula. Aku terus susunkan langkah untuk menunaikan solat sunat taubat dan beberapa solat sunat yang lain. 
Dan berdoa dengan esakan yang menyesakkan dada.

Penuh dosa diri ini. Noda hitam yang bertatu di hati.

Hatiku kian tenang.Segar.

Aku mula sedar betapa beruntungnya aku pernah menimba ilmu agama dan medapat tarbiyah secara langsung dari sekolah lama. Walaupun aku tidak ikhlas menerimanya, namun Allah tetap  memberi kenikmatan pengetahuan mengenai agamanya.

“Ya Allah, hambamu ini bersujud kembali mengharapkan redhamu. Sudah jauh ku meninggalkanmu. Hidup bersama godaan syaitan iblis laknatullah. Baru kini kusedar, engkaulah tempat aku meminta pertolongon dan pengampunan. Dan kepada engkaulah aku akan kembali. Ya Allah, tuhan yang membolak balikkan hati manusia. Aku berlindung dengan zatmu yang maha agung dari segala bencana. Aku zalim padamu Ya Allah, Ya Allah, aku telah merosakkan diriku ya Allah. Imanku sangat lemah Ya Allah. Berikanlah hidayah kepadaku jauhkanlah azab nerakamu Ya Allah. Sesungguhya engkaulah yang mampu memberi hidayah kepada hamba-hambamu.

Ya Allah ya tuhanku, engkau tempatkanlah kedua orang tuaku di tempat kalangan orang-orang yang beruntung. Aku merindui mereka ya Allah dan aku menyesal di atas kelakuanku terhadap mereka. Ampuni dosaku ya ALLAH ya Ghoffar.

Ya Allah. Hanya engkau, aku dan pihak hospital sahaja yang mengetahui mengenai diriku ini. Jika kehidupanku selepas ini mampu membawaku ke arah kebaikan. Maka engkau panjangkanlah umurku dengan keagunganmu dan sekiranya kehidupanku selepas ini mampu membuat diriku lebih teruk maka engkau ambil dan terimalah aku sebagai orang-orang yang telah diterima taubatnya.

Hanya engkau yang maha mengetahui dan mengampuni hambamu yang menghidap penyakit H.I.V ini.” air mataku terus mengalir deras. Pandanganku samar. Air mataku terus mengalir meskipun kelopak mataku perlahan-lahan tertutup.

“YA Allah. Aku mendambakan maghfirah darimu”.Amin.

                  3.33 am/17-4-2010 Sat

5 comments:

Awang Abdul Muizz bin Awang Marusin said...

Cerita yang memberi penuh erti...

Dr Asy said...

Moga Allah memberkati hidup kita.

MiSs iStAr said...

sgt mendalam maksudnye disetiap bait2 ayt..

Fatimah Syarha said...

mantap!

Anonymous said...

nice post!
barakallahu fika!!