Skip to main content

MAS - SG

Negara Ke-4:

Mata Farid kelihatan dikecilkan gara-gara sinaran cahaya matahari yang benderang. Dia terus merenung ke luar tingkap sambil memikirkan sesuatu. Bas First Coach bergerak pantas menuju ke negara yang terkenal dengan gelaran Kota Singa atau Lion City. Haulid sudah lena diulit mimpi diikuti hampir keseluruhan penumpang termasuk dua orang gadis Singapura yang mesra dipanggil Has dan Uney. Pemandu bas yang segak berpakaian baju korporat warna putih berbelang hijau kelihatan fokus pada pemanduannya. Berbaki 2 jam untuk melepasi imigresen yang memisahkan antara dua negara yang pernah bersama suatu ketika dahulu. Malaysia dan Singapura.


Dan saat ini, negara kecil Singapura ini meliputi 63 buah pulau dan sebahagian tanah besar dengan keluasan hanya 704 kilometer per segi. Seiring dengan Hong Kong, Korea  Selatan dan Taiwan, Singapura juga telah diangkat sebagai ‘4 Asian Tigers’.
Difahamkan, Singapura mempunyai pelabuhan yang tersibuk di dunia dan merupakan pusat tukaran mata wang asing ke-4 terbesar di dunia. Singapura juga dianggap sebagai tempat paling mudah dan mesra untuk menjalankan urusan perniagaan.

Passport bewarna merah dipegang rapi, dibelek-belek dan dicop sebagai tanda masuk ke negara Singapura pada 19 Mei 2011. Petugas di Imigresen Singapura tersebut memberikan senyuman sebagai tanda selamat datang. Perjalanan diteruskan lagi. Cuaca agak panas, dari jauh kelihatan sebuah jambatan teguh memisahkan antara Johor dan Singapura. Bahasa yang digunakan pada papan tanda juga sudah sepenuhnya berubah. Bahasa Inggeris keseluruhannya. Perbezaan negara sudah mula dirasai. Banggunan-banggunan dibina tinggi, tidak kelihatan sedikit kekotoran pada banggunan-banggunan yang dibina termasuk rumah-rumah flat. Kenderaan-kenderaan di situ juga kelihatan mewah, Mazda, Toyota, Honda, Mercedes Benz, Jaguar, dan beberapa lagi jenis kederaan mewah  tidak putus-putus kelihatan di kawasan jalan.

Farid mula memikirkan sesuatu, adakah ini yang disebut oleh orang ramai,

"singapura ni sangat bersih, tapi banyak orang asing"
"Singapura best, tapi mahal lah"
"Singapura ni orang-orang kaya banyak di sana"


Sekali dilihat ada benar kata-kata tersebut, tapi takkan sekadar melihat sahaja tanpa meneliti. Negara Singapura merupakan negara yang keempat pernah dilawatinya setelah negara China, Mesir, dan Indonesia. Negara China yang dikatakan bakal menguasai ekonomi dunia juga pada dasarnya masih berlaku banyak penindasan kepada rakyat, sama juga seperti di Mesir, negara itu sudah lama bertapak di peta dunia tetapi masih berada jauh di belakang negara-negara kecil seperti Brunei dan Malaysia. Kadar kemiskinan yang tinggi sangat berleluasa. Pimpinan negara tersebut yang menjadi punca sehingga menyebabkan kebangkitan anak muda melakukan revolusi menukar pimpinan negara. Di Indonesia, jika dilihat melalui sinetron Indonesia samaada, Bawang Merah Bawang Putih, Anakku Bukan Anakku, Cinta Marshanda, Mutiara Hati dan sebagainya seakan-akan digambarkan kehidupan di sana mewah-mewah sahaja. Tidak hairanlah ada rakyat indonesia yang mengatakan "usah percaya cerita-cerita itu, semuanya menipu". Benar, dalam kemewahan kota jakarta, kepadatan rakyat Indonesia dan keluasan negara . Masih ramai lagi yang ditindas dan tidak diberi perhatian. Bagaimana pula dengan negara Singapura ini. Fikiran Farid terus berfikir.

Langkah diatur, Stesen MRT dituju, Sistem Pengangkutan Gerak Cepat atau bahasa inggerisnya Mass Rapid Transit, MRT ialah sebuah sistem alihan laju yang membentuk tulang belakang sistem kereta api di Singapura, menjangkau keseluruhan negara kota itu. Bahagian permulaan MRT, di antara Stesen Yio Chu Kang dan Stesen Toa Payoh, dibuka pada 1987, menjadikannya sebagai sistem metro kedua tertua di Asia Tenggara, selepas Sistem LRT Manila. Ia seakan sama dengan LRT di Malaysia mungkin dari sudut kelajuannya sedikit berbeza.  Kawasan Paya Lebar dan Geylang dituju. Tertulis di sebuah banggunan bewarna Hijau putih " Madrasah Wak Tanjung" tempat beberapa orang sahabatnya pernah belajar menimba ilmu duniawi dan ukhrawi. Madrasah tersebut terletak berdekatan dengan Masjid Wak Tanjung yang seakan-akan dihimpit oleh banggunan-banggunan yang tinggi. Kelihatan sebuah bas dari Yayasan Islam Kelantan (YIK) baru usai melawat Madrasah Tersebut, salah seorangnya adalah Mudir Pulai Chondong yang merupakan bekas Mudir Haulid.


(Farid terus berfikir apa yang ingin dia tulis di blognya dan inilah hasilnya:)


......................


"Perjalanan diteruskan lagi, langkah diatur rapi melepasi banggunan-banggunan yang tinggi. Dimulai dengan singgah di restoran Melayu Geylang, kemudian rumah kakak Unaizah yang terletak di Pasir Ris dan kemudian pada malamya melawat NUS atau National University Singapore  yang merupakan universiti  tertua di Singapura dan universiti yang terbesar di negara itu dari segi bilangan pendaftaran pelajar serta kurikulum yang ditawarkan. Sejak 1 April 2006, universiti ini telah menjadi sebuah syarikat universiti bukan untung yang berhad dengan jaminan.
setelah itu , menuju ke Jurong East menziarahi rumah Siti Khadijah atau nama famousnya Jaja Diranie untuk makan malam, terima kasih diucapkan atas makanan dan duit rayanya:)..


Setelah itu pulang ke rumah kakak Unaizah untuk ambil beg pakaian dan pergi rumah seorang lagi kakak Unaizah sebagai tempat penginapan. Sangat mewah. Alhamdulillah. Sangat terkesan dengan kebaikan keluarga Uney dalam menerima tetamu, persis Nabi kita yang sangat memuliakan tetamu. 


Kelihatan Farid dan sahabatnya Haulid diulit mimpi di bilik yang sangat indah berseri. 




-USS- You Will Never Find The Book-

Langkah dituju ke MRT, Bas yang sangat bersih dan bercirikan sistem tiket yang unik dinaiki. Hari itu merupakan hari untuk merasai kehebatan Universal Studios yang telah dibuka pada bulan Januari 2010, merupakan taman perrmainan Universal Studios yang pertama kali dibuka di wilayah Asia Tenggara, dan merupakan yang kedua di wilayah Asia setelah Universal Studios Japan. Taman permainan yang bertemakan filem-filem terkenal Hollywood produksi Universal Studios ini terletak di Pulau Sentosa, Singapura. Harga tiket bernilai 58 dollar Sg bersamaan sekitar RM140.. 



"Are you ready, let's go",seorang petugas wanita di kawasan Battlestar Galactica bersuara. Sejurus itu roller coaster yang dinaiki memecut laju dan berpusing meluncur laju di atas landasannya. Jeritan dari penumpang  mula didengari tidak putus-putus.


Suasana berubah seram, bunyi lagu arab mula kedengaran, pintu utama dimasuki, suasa gelap gelita, cahaya kemerahan mula kelihatan, seakan-akan api. Kelihatan sebuah patung tegak bediri dan ada yang seakan-akan dirantai tapi mahu melepaskan diri. Kawasan The Mummy itu berlatarkan muzik yang agak menyeramkan. Roller coaster khas untuk merasai perjalan kisah tersebut disediakan. Farid dan sahabat-sahabatnya sudah memasuki perut kenderaan tersebut.
Beberapa saat sahaja kenderaan itu sudah ditelan kegelapan, suara dari watak-watak filem The Revenge Of The Mummy mula kedengaran. You Will Never Find The Book!!!. Sangat menakjubkan. Untuk merasainya dengan lebih mengerti klik di sini

 http://www.youtube.com/watch?v=VzRPBLPmzJQ&feature=related...


..........


Kemudian ke kawasan, Madagascar, The Lost World, kawasan Hollywood, New york City, dan antara yang menarik adalah di Far Away, penayangan Filem 4D Shrek yang sangat meakjubkan seakan-akan kita merasai berada dalam filem tersebut..Setelah itu, keluar dari Pulau Sentosa dan menunaikan Solat. Setelah itu makan malam dan pulang ke rumah awal. Kerana terasa amat penat. :)




Kejapnye, Datanglah lagi :)



Pagi itu sementara menunggu kedatangan tourist guide yang sangat awal:), sempat berdiskusi bersama kakak Uney, banyak pengetahuan yang dapat perihal hak orang melayu di sana terutamanya, nak cari kerja juga susah, dan ada yang terpaksa tanggal tudung untuk mendapat pekerjaan, tapi setelah dapat, pakai semula, cuba bayangkan nilai sebuar rumah flat adalah sebanyak 360 ribu dollar SIngapura bersamaan kira-kira RM750 RIBU , samapi bila pon takkan dapat bayr dan rumah itu menjadi hak milik sendiri hanya 99 tahun sebelum jatuh ke tangan kerajaan semula, tidak hairanlan kerana dikatakan Singapore is a Fine City. Mencekau duit rakyat sahaja.

Setelah berdiskusi ilmiah bersama kakaknya, perjalanan diteruskan ke kawasan Bugis, Unaizah Has belanja makan, katanya mak suruh belanja:) terima kasih, kemudian Solat di Masjid sultan dan kemudiannya ke Kawasan Bugis Street untuk membeli belah, habis juga 50 dollar SG di situ, seterusnya ke kawasan kota utama yang pasti dikunjungi oleh pelancong Seperti Esplanade ,Flyers dan Di situlah terletaknya Merlion Singapura atau mudah dikenali sebagai kepala singa yang pancut air dari mulutnya:)..Tapi saat itu, Merlion tersebut sedang dibaiki akibat kena panah kilat. Sebab apa tu agaknya ya. Farid berfikir, dalam fikirannya mungkin sebagai amaran dari Allah.


Setelah itu bergerak ke Tampines untuk menziarahi rumah Hasanah, Sup tulang dihidangkan, tapi agak berlainan dari malaysia kerana ia seakaan-akan kari. Menghirup sum-sum diajarkan oleh "pencinta kucing" tapi Farid tidak melakukan. Setelah usai solat maghrib, perjalanan diteruskan ke rumah Abang Faizal ( Suami kak Long Uney), bersiap-siap untuk dihantar ke Tanjung Pagar. Stesen Kereta Api yang bakal ditutup dan dipindahkan ke Woodland. Sebelum pulang dapat lagi duit raya:) dan 
Farid juga sempat memberi sedikit cenderahati kepada mereka. Alhamdulillah. Teringat pesan kakak Uney dan Abang Faizal. Kejapnye, Datanglah lagi, tidur je di sini.. InsyAAllah..:)

Penutup:




Terima kasih dan jka ada istilah lebih tinggi dari terima kasih itulah selayaknya buat semua yang terlibat menjayakan perjalanan ini. Singapura pada keseluruhannya sangat menarik untuk dikunjungi tapi duit kene cukuplah. Ini pon selamat banyak yang ditanggung. Penginapan, makanan, Ezlink(kad pengangkutan di sana, naik bas, mrt semua pakai tu..itu pon ditanggung:) siap dapat "duit raya" lagi..Syukran sangat-sangat...Kepada  Unaizah dan keluarga, Hasanah Jamaludin dan keluarga, Jaja diranie dan keluarga .kepada amirah, Abang Faizal dan semua yang terlibat..Jasa kalian sangat bermakna dalam hidup ini,,Moga diberkati Illahi..Amiiin...Alhamdulillah..
Jumlah keseluruhan sendiri Hanya RM200..:) Speechless..



Comments

Popular posts from this blog

10 BUKU TRAVELOG Yang Menarik Untuk Dibaca

Ramai yang bertanya, buku Travelog apa yang boleh dibaca. Semua buku Travelog boleh baca, tapi yang ada pada saya ini ada 10 tajuk dan saya akan kongsikan secara ringkas sinopsis berkaitan buku buku tersebut. Biasanya ada harga promo untuk pembelian 5 buku iaitu hanya RM 100 dan Free Postage. Ok boleh baca dulu sinopsis ringkas buku buku ini. 1- Travelog MR.Traveller by Meor Farid Asyradi (Buku ini adalah kisah kembara seorang mahasiswa mengelilingi Eropah dengan menaiki kereta api seorang diri. Memang kalau baca buku ni macam kita pula yang mengembara sekali. Buku ni juga terpilih sebagai salah sebuah buku Best Of 2015 MPH) 2-TRAVELOG MR TRAVELLER (UNTOLD STORIES) by Meor Farid Asyradi (ini merupakan buku kedua Meor Farid Asyradi setelah buku pertamanya terjual lebih 20 ribu naskah. Buku ini ada 50 kisah benar dan ada juga kisah yang tidak pernah diceritakan kepada sesiapapun. Misteri ) 3. TRAVELOG HJ MR.TRAVELLER. by Meor Farid Asyradi . (Buku ini adalah buku siri MR Travel

3 kali KENA SCAM di Luar Negara ?!!

Ketika Travel, kita pasti mahu mengelakkan kejadian seperti ditipu kerana ditipu hidup hidup ini adalah perkara yang amat menyakitkan hati. "Parut" kisah ditipu tidak akan dapat dilupakan selama-lamanya. Untuk itu, post kali ini ingin saya kongsikan kisah di mana saya ditipu di tiga negara berbeza iaitu di Vietnam, India dan Mesir. Selamat membaca dan jangan tertipu dengan kejadian yang saya alami ini ya ;) Kisah 1 – Kena Scam : Di Vietnam ( Julai 2014)  Aku bersama tiga orang teman, Zack, Zakirin dan Nukman bergerak menuju ke kota Ho Chi Minh Vietnam melalui jalan darat dari Phnom Penh, Kemboja. Kami menaiki bas dengan tiket berharga RM30 sehala. Hampir lapan jam masa diambil untuk tiba di Ho Chi Minh termasuk menaiki Feri menyeberangi sempadan Phnom Penh- Saigon dan urusan imigresen.   Perjalanan yang agak memenatkan dengan keadaan bas yang dibawa laju terhuyung hayang. Suatu kisah yang tidak dapat kami lupakan di Ho Chi Minh ini adalah ketika menaiki

Bersama Dj Dj IKIM

I.K.I.M salah satu siaran radio yang sangat ana minati,jika Sebelum ini hanya bisa mengenali Dj2 radio lewat corong radio tetapi pada hari ini sy dapat bersama dengan Dj Erwan(rancangan Nasyid),Dj Mona Jazman(rancangan Mari Belajar bahasa Arab)dan Dj maslina(rancangan bersama Tenku Asmadi MEPS).Perasaan gembira menyusup ke dalam hati kerana dapat mengenali sebahagian DJ2 IKIM dengan lebih dekat,hampir setengah jam ana dapat berbual dengan mereka,sikap peramah benar2 sesuai dengan kerjaya mereka sebagai DJ radio Kefahaman Islam Malaysia.Pihak IKIM hadir di APIUM Nilam Puri bertujuan memberi peluang kepada pelajar2 membuat rakaman ucapan hari raya kepada orang yang dikehendaki bertempat di bilik mesyuarat APIUM.Insyaallah,rakaman akan di ON AIRkan pada hari raya ke2 sekitar jam 2 hingga 4.Ana juga sempat membuat rakaman,kene cakap bahasa Arab pulak,aduhai banyaknya salah tatabahasa hu3..Xpe,yang penting kita cuba ok.. Info: Rupa-rupanya kak Mona yang baca berita bahasa Arab dalam IKIM tu