Skip to main content

Dalam Mihrab Cinta Membangun Jiwa





"BECIK KETITIK OLO KETORO " adalah salah satu petikan ayat daripada filem Dalam Mihrab Cinta yang membawa erti, Setiap kebaikan atau keburukan yang dilakukan oleh seseorang pasti akan kembali pada diri sendiri. 

Melihat kepada mesej ringkas ini, kita dapat memahami bahawa apa-apa pun kejahatan yang kita lakukan pasti akan kembali kepada diri kita walaupun di dunia balasannya belum kita terima kerana di akhirat menanti kita.


Sedikit perkongsian, sekarang isu yang hangat dibincangkan malah diperkedai kopikan di negara kita adalah soal video sex yang dikaitkan dengan seorang Insan yang juga manusia biasa tetapi cuma diberikan jawatan yang dipandang oleh seluruh rakyat malaysia. Saya juga tidak mahu ulas isu ini dengan terperinci dan hanya perlu berbalik kepada mesej yang saya sebutkan di atas. Sama juga dengan isu angkat sumpah laknat, saya juga khawatir dan hairan, adakah ini jalan penyelesaian yang sepatutnya digunakan atau diamalkan di negara kita. Saya juga tidak mahu ulas isu angkat sumpah ini dengan lebih jelas, yang pastinya, apa sahaja yang dilakukan pasti diadili dengan teliti tanpa salah sisi oleh Yang Maha Mengetahui.

Selepas menonton DMC, Saya ingin kaitkan isu yang berlaku di atas dengan Filem yang baru sahaja saya dapat tonton kerana filem ini sudah ditayangkan di Indonesia tahun lepas, kalau nak tunggu ditayangkan di Malaysia filem-filem begini entah bilalah waktunya. Terlebih dahulu, Filem Dalam Mihrab Cinta ini diadaptasi daripada novel Dalam Mihrab Cinta tulisan penulis yang terkenal kang Abik @ Ustaz Habiburrahman El Syirazy. Bukan kali pertama novel karyanya difilemkan kerana Novel Ayat-ayat Cinta, Ketika Cinta Bertasbih 1/2 sudah pun difilemkan dan memberi impak yang besar kepada para penonton. 

Keunikan dan tarikan  filem-filem ini adalah dari segi isi dan jalan ceritanya yang berbentuk islami, sebelum ini kita hanya dihidangkan dengan filem hantu sembilu bara syaitan khurafat dan sebagainya, walaupun ada mesej yang ingin disampaikan, namun impak untuk Islam boleh dikatakan tiada. Alhamdulillah, negara kita ada mengeluarkan filem Syurga Cinta dan tidak lama lagi Filem Nur Kasih The Movie yang dikaitkan dengan unsur Islami pada jalan ceritanya. Jauh dilubuk hati, teringin novel-novel Ukhti Fatimah Syarha seperti 
Tautan Hati/Syabab Musafir Kasih diangkat ke persada perfileman di Malaysia.
SUHAN/KRU dan lain. Pandanglah dengan mata hati cetus revolusi.

Apa yang ingin saya kaitkan dengan isu yang saya sebut sebelum ini salah satunya adalah isu angkat sumpah yang dilakukan oleh Dato' Trio (D.Eskay) berkaitan Video Sex yang didakwa sipelakunya adalah bekas sahabat karibnya sendiri
 (Ds Anwar Ibrahim). Beliau sangat berani bermain dengan sumpah laknat seolah-olah memberitahu kepada semua yang anwar adalah si pelaku yang benar. Sama dalam Filem DMC ini, dipertontonkan satu Scene di mana sahabat karib Syamsul Hadi iaitu Borhan menuduh Syamsul sebagai seorang pencuri .Dia juga tidak mengaku bahawa dia sendiri yang menyuruh syamsul mengambil dompetnya di almari. Mudah-mudah sahaja Borhan terlepas hukuman akibat daripada keberanian beliau mengangkat sumpah laknat walaupun Syamsul turut bersumpah yang dia tidak melakukan.Dengan keputusan yang terburu-buru dan sambil lewa, pihak pentadbiran memutuskan syamsul dikenakan hukuman dibotakkan kepala dan dibuang daripada pesantren (pondok), ini sumpah yang dilakukan oleh mereka yang berpelajaran agama..Setelah Syamsul dibuang, dia benar-benar kecewa dan hampir semua orang tidak mempercayainya, akhirnya dia benar-benar menjadi pencuri, ditangkap dan dilepaskan semula dan sampailah satu saat dia menyamar menjadi guru mengaji untuk menyiasat mengenai seorang gadis yang menjadi tunang Borhan(penuduhnya mencuri). Di situ dia mula sedar dan berubah menjadi seorang Daie yang hebat manakala Borhan mendapat hukuman yang setimpal atas perbuatannya. Kita tunggu dan lihat apa pula kesudahan yang akan berlaku dengan isu yang tidak pernah putus di negara kita yang tercinta.

Saya tidak mahu bercerita panjang mengenai Filem ini, kerana mahu si pembaca sendiri menilai jalan cerita tersebut kerana kemungkinan penilaian kita berbeza. Apa yang saya lihat dari filem ini adalah sangat hebat dan boleh memberikan impak positif kepada mereka yang melakukan dosa dan punya sejarah hitam tidak diduga. Saya juga mengenali peribadi 2 pelakon watak utama dalam filem tersebut iaitu Syamsul(Dude herlino) dan Zizi( Meyda Sefira) juga sutradanya sendiri iaitu Kang Abik saat bertemu mereka di Jakarta. Sebentar tadi juga secara tidak diduga bertemu lagi dengan Kang Abik di hari terakhir pesta buku antarabangsa PWTC. Alhamdulillah, beliau masih kenal tepat dengan saya. Sempat juga berikan ucapan tahniah mengenai filemnya sendiri.

Akhir kata, dalam kita melakukan kesalahan atau dosa mahupun kebaikan dan pahala. Sedarlah, Allah pasti menilai baik buruknya dan kita pasti akan mendapat ganjaran yang setimpal dengan perbuatan kita. Moga diberkati Semua..

Daripada Insan yang penuh dosa.



















*demostrasi "harga barang naik, naik gaji bila lagi" berlangsung dengan "meriah" dan amannya sempena dengan hari buruh sedunia (1 Mei) . Moga ia adalah tindakan yang bijak memberi impak:)

* pilihanraya singapuran berlangsung minggu hadapan.

* masih berbaki 5 paper untuk musim peperiksaan. Moga dipermudahkan:)

Comments

Popular posts from this blog

10 BUKU TRAVELOG Yang Menarik Untuk Dibaca

Ramai yang bertanya, buku Travelog apa yang boleh dibaca. Semua buku Travelog boleh baca, tapi yang ada pada saya ini ada 10 tajuk dan saya akan kongsikan secara ringkas sinopsis berkaitan buku buku tersebut. Biasanya ada harga promo untuk pembelian 5 buku iaitu hanya RM 100 dan Free Postage. Ok boleh baca dulu sinopsis ringkas buku buku ini. 1- Travelog MR.Traveller by Meor Farid Asyradi (Buku ini adalah kisah kembara seorang mahasiswa mengelilingi Eropah dengan menaiki kereta api seorang diri. Memang kalau baca buku ni macam kita pula yang mengembara sekali. Buku ni juga terpilih sebagai salah sebuah buku Best Of 2015 MPH) 2-TRAVELOG MR TRAVELLER (UNTOLD STORIES) by Meor Farid Asyradi (ini merupakan buku kedua Meor Farid Asyradi setelah buku pertamanya terjual lebih 20 ribu naskah. Buku ini ada 50 kisah benar dan ada juga kisah yang tidak pernah diceritakan kepada sesiapapun. Misteri ) 3. TRAVELOG HJ MR.TRAVELLER. by Meor Farid Asyradi . (Buku ini adalah buku siri MR Travel...

Hampir Ber"Iftar"kan Khinzir Masak Kicap di Korea

Baru-baru ini ketika memberi pengisian #TravelogTalk di Sekolah Menengah Sains Kuching, Sarawak, ada pelajar bertanya. Abang pernah berpuasa di luar negara tak ? Lantas saya menjawab, Pernah dik, antaranya di Korea. Teringat saya akan kisah yang sukar dilupakan ketika "iftar" (berbuka puasa) di sana. Ayuh saya kongsikan.. Ketika mengikuti program summer School di Inha University Korea pada cuti semesterku yang keempat, aku dan beberapa sahabat dari Universiti Malaya ditempatkan di asrama yang terletak berhadapan dengan Universiti tersebut. Daripada Isnin hingga Jumaat aku berulang alik untuk pergi ke kuliah yang ditetapkan untuk program itu seperti kelas bahasa korea, budaya korea dan Politik asia. Ketika itu musim panas, dan bahang kepanasannya dirasai hingga ke malam. Selain panas, waktu itu juga adalah bulan Ramadhan. Puasa hingga 16 jam. Suasana Ramadhan di situ jujur tak dapat dirasai seperti mana di Malaysia dan negara Islam yang lain. Nak dijadikan k...

Kisah di Iran. Wanita ini Hampir sujud atas batu "carom".

Kisah ini adalah merupakan kisah benar yang saya lalui ketika mengembara ke Bumi Parsi Iran. Kisah penuh telah saya nukil dan bukukan dalam buku Travelog kelima saya bertajuk Usrah Travelog MR Traveller. Kisah ini adalah sekadar perkongsian dan gambaran buat pembaca ketika kembara saya dan keluarga ke sana. Ayuh, saya kongsikan kisahnya. ................................... Lama juga kami berehat di luar kawasan masjid Imam zadeh Saleh sementara menanti masuknya waktu solat fardhu zohor bagi wilayah Tehran dan yang sewaktu dengannya. Sebenarnya aku memang berniat untuk tunaikan solat berjemaah di masjid ini. Pengalaman mahu merasai sendiri perbezaan yang dipelajari sebelum ini. Pertamanya, perbezaan yang berlaku adalah sewaktu berkumandang azan. Ada tambahan Lafaz Ali WaliyuAllah dalam laungan azan tersebut. Ia mereka yang berfahaman Syiah, sangat taksub dengan Saidina Ali. Kerana itu, ramai orang Iran bernama Ali, Husin dan Hasan. Ahli Bai...