Skip to main content

Ada Apa Dengan Ibu???

Persoalan di atas bila sekali baca seakan-akan agak keterlaluan, tapi bersabarlah kerana ia cuma persoalan bagi mereka yang tidak tahu erti seorang Ibu. Jika kita baca Ada Apa dengan Cinta?? persoalan ini mengundang tanda tanya yang pastinya berbeza. Ada yang akan mengatakan cinta itu ibarat kurap, rasa sedap bila digarukan, ada juga yang menjawab cinta ibarat kentut, sakit ditahan dan lega bila dilepaskan dan pelbagai lagi. Namun jika persoalannya Ada apa dengan Ibu?? pastinya jawapan yang hampir sama.

Mungkin ada yang menjawab:

-"Kalau awak suruh saya memilih antara awak dan ibu saya, sudah pasti saya memilih ibu kerana ibu hanya       satu tidak boleh dicari ganti manakala gadis lebih dari satu dan boleh dicari lagi jika mahu". :)
-Ibu adalah segala-galanya...
-Aku cintakan ibu...
-Ibu membuatku bahagia, Ibu yang membesarkanku dari Kecil
-Ibu adalah ratu dalam hidupku.
-Ibu adalah dahan bagi pokok yang merimbun.
-Ibu ada rasa penat menjaga kita walaupun dia menyembunyikannya
-Ibu ada rasa cinta dan sayang buat anak-anaknya
-Ibu ada rasa marah kerana terlalu sayangkan anak-anaknya
-Ibu ada duit poket untuk anak-anaknya yang masih belum bekerja..Oppps:) (gurau je..he3)
-Istilah Ibu juga banyak digunakan seperti ibu jari, ibu kota dan sebagainya.
-Ibu juga digunakan bila kita terlupa sesuatu iaitu "alaMAK" kan.

Jawapan bagi persoalan ini semuanya pasti sama dan positif sahaja. Namun sedar tidak sedar, ada juga anak yang menganggap ibunya umpama sampah, ada yang sanggup membiarkan ibunya terlantar di rumah orang tua, ada juga sanggup mengetepikan ibunya gara-gara seorang isteri yang tidak tahu naluri dan tidak punya hati seorang ibu. Inilah hakikatnya tatkala hati diletakkan dalam peti besi. Habis terkunci kerana tiada peri kemanusiaan yang sejati.

Dalam menyelusuri kehidupan kita, pelbagai hari telah diadakan seperti hari raya, hari guru, hari buruh, hari merdeka, hari jadi, hari bapa, hari anak-anak dan harimau (",) yang pastinya hari-hari ini adalah bagi mengingati sesuatu peristiwa termasuk juga hari ibu yang disambut di seluruh dunia. Jika di Malaysia pada tahun ini, hari Ibu disambut pada hari Ahad (8 Mei 2011), namun ia bukanlah syarat kita mengucapkan selamat hari ibu pada hari tersebut. Ia cuma sekadar tarikh untuk disamakan. bahkan kalau di negara-negara lain , hari ibu sudah pun disambut. Kita memandang sambutan hari ibu ini dari sudut yang positif, mungkin ada yang akan kata, ini budaya barat, tiada dalil, dan sebagainya. Tapi pandang ia sekadar sambutan peristiwa yang dilakukan atas dasar cintakan ibu kita. Benar, kita tidak perlu mengucapkannya pada hari yang tertentu kerana sudah pasti kita wajib hormat dan patuh kepada ibu yang melahirkan kita. Moga dengan apa yang kita lakukan diterima dan diberkati oleh yang maha mengetahui setiap hati hamba-hambanya.


Saya juga mahu mengucapkan Selamat Hari Ibu, Mak, Mummy, Mom, Mok, kepada semua yang mendapat gelaran-gelaran ini. terutamanya kepada mak saya, Mastura Binti Mior Adlan yang sudah melahirkan saya pada 11 Mei 1990. Maaf mak, saya tak ingat peristiwa saya dilahirkan walaupun saya cuba mengingatinya , pasti saya menangis kegembiraan saat itu kan kerana dapat lahir beriibukan mak dan beragama islam:)..Sekarang saya sudah meningkat dewasa dan tibalah masanya membalas jasamu semula cikgu. Moga hidup mak terus diberkati dan dilempahkan rezeki yang baik dalam keluarga kita. IMPIAN MASDIRA Amiin..

Disedekahkan juga Al-Fatihah kepada arwah-arwah Ibu yang sudah pergi meninggalkan kita. Setiap yang hidup pasti akan mati. Itulah hakikat kehidupan di dunia ini yang tidak kekal abadi.

''Maka rasa sakit akan melahirkan anak memaksa ia (bersandar) pada pangkal pohon kurma, ia berkata: “Aduhai, alangkah baiknya aku mati sebelum ini, dan aku menjadi sesuatu yang tidak berarti, lagi dilupakan...''                                                   ( Maryam,  23)

''Seorang pemuda berjumpa dengan Rasulullah S.A.W dan berkata:  Wahai Rasulullah s.a.w, siapakah orang yang lebih berhak mendapat layanan dan kasih sayangku?  Nabi s.a.w berkata:  Ibumu.  Kemudian siapa pula?  Nabi s.a.w berkata:  Ibumu.  Dia bertanya lagi:  Kemudian siapa pula?  Nabi menjawab:  Ibumu.  Bertanya lagi beliau:  Kemudian siapa?  Nabi s.a.w berkata: Bapamu...''                                                  
(Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)
                                                                                                      
''Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha" dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)...''                                                                                                                                                                                                    
                                                                                                                             (Al-Israa', 23)


Lagu Sempena Hari Ibu dari AL-Hararr http://alhararr.webs.com/ :







Info: Pilihanraya Singapura Ke-11 :People's Action Party PAP (81) , Worker's party WP (6)       http://www.ge.sg/                               

                                                     


Rakyat Singapura fikir-fikirkanlah apakah kesan keputusan Pilihan Raya ini. Kuasa semuanya ditangan pengundi..PRU-13 Malaysia bakal menyusul pula....?????   

Comments

Popular posts from this blog

10 BUKU TRAVELOG Yang Menarik Untuk Dibaca

Ramai yang bertanya, buku Travelog apa yang boleh dibaca. Semua buku Travelog boleh baca, tapi yang ada pada saya ini ada 10 tajuk dan saya akan kongsikan secara ringkas sinopsis berkaitan buku buku tersebut. Biasanya ada harga promo untuk pembelian 5 buku iaitu hanya RM 100 dan Free Postage. Ok boleh baca dulu sinopsis ringkas buku buku ini. 1- Travelog MR.Traveller by Meor Farid Asyradi (Buku ini adalah kisah kembara seorang mahasiswa mengelilingi Eropah dengan menaiki kereta api seorang diri. Memang kalau baca buku ni macam kita pula yang mengembara sekali. Buku ni juga terpilih sebagai salah sebuah buku Best Of 2015 MPH) 2-TRAVELOG MR TRAVELLER (UNTOLD STORIES) by Meor Farid Asyradi (ini merupakan buku kedua Meor Farid Asyradi setelah buku pertamanya terjual lebih 20 ribu naskah. Buku ini ada 50 kisah benar dan ada juga kisah yang tidak pernah diceritakan kepada sesiapapun. Misteri ) 3. TRAVELOG HJ MR.TRAVELLER. by Meor Farid Asyradi . (Buku ini adalah buku siri MR Travel...

Hampir Ber"Iftar"kan Khinzir Masak Kicap di Korea

Baru-baru ini ketika memberi pengisian #TravelogTalk di Sekolah Menengah Sains Kuching, Sarawak, ada pelajar bertanya. Abang pernah berpuasa di luar negara tak ? Lantas saya menjawab, Pernah dik, antaranya di Korea. Teringat saya akan kisah yang sukar dilupakan ketika "iftar" (berbuka puasa) di sana. Ayuh saya kongsikan.. Ketika mengikuti program summer School di Inha University Korea pada cuti semesterku yang keempat, aku dan beberapa sahabat dari Universiti Malaya ditempatkan di asrama yang terletak berhadapan dengan Universiti tersebut. Daripada Isnin hingga Jumaat aku berulang alik untuk pergi ke kuliah yang ditetapkan untuk program itu seperti kelas bahasa korea, budaya korea dan Politik asia. Ketika itu musim panas, dan bahang kepanasannya dirasai hingga ke malam. Selain panas, waktu itu juga adalah bulan Ramadhan. Puasa hingga 16 jam. Suasana Ramadhan di situ jujur tak dapat dirasai seperti mana di Malaysia dan negara Islam yang lain. Nak dijadikan k...

Kisah di Iran. Wanita ini Hampir sujud atas batu "carom".

Kisah ini adalah merupakan kisah benar yang saya lalui ketika mengembara ke Bumi Parsi Iran. Kisah penuh telah saya nukil dan bukukan dalam buku Travelog kelima saya bertajuk Usrah Travelog MR Traveller. Kisah ini adalah sekadar perkongsian dan gambaran buat pembaca ketika kembara saya dan keluarga ke sana. Ayuh, saya kongsikan kisahnya. ................................... Lama juga kami berehat di luar kawasan masjid Imam zadeh Saleh sementara menanti masuknya waktu solat fardhu zohor bagi wilayah Tehran dan yang sewaktu dengannya. Sebenarnya aku memang berniat untuk tunaikan solat berjemaah di masjid ini. Pengalaman mahu merasai sendiri perbezaan yang dipelajari sebelum ini. Pertamanya, perbezaan yang berlaku adalah sewaktu berkumandang azan. Ada tambahan Lafaz Ali WaliyuAllah dalam laungan azan tersebut. Ia mereka yang berfahaman Syiah, sangat taksub dengan Saidina Ali. Kerana itu, ramai orang Iran bernama Ali, Husin dan Hasan. Ahli Bai...