Skip to main content

Gi Shopping ke Rantau Panjang













































aku terjaga dari lenaku,aku melihat ke jarum jam yang menuding ke angka 12,Astaghfirullahhalazim,lamanya aku terlelap,terlepas Dhuha aku..takpe,esok masih ada,itupown kalau umur panjang..So,pas aku terjaga dari tidur,aku diajak oleh sahabat aku untuk pergi ke Rantau panjang,,sambil terpinga-pinga,aku mempersetujui ajakan tersebut,,So aku terus Mandi dan bersiap..kami berlapan dengan menaiki 2 buah kereta(Kerata Saga hitam:Din,Hafiz,Amirul dan Idris/Kereta kancil Kak bi:Zikri,Mior,Nuar dan aku) bertolak dari Apium Nilam Puri lebih kurang jam 1p.m dan tiba di Masjid bersebelahan dengan Sungai Golok yang memisahkan sempadan Thailand Dan Sempadan Malaysia untuk menunaikan Solat Jumaat..Setelah itu,kami terus melepasi kawasan Kastam untuk membeli belah di kawasan yang terkenal dengan jualan yang murah.Aku telah menghabiskan Rm 1oo lebih untuk membeli barang yang dihajati termasuk jersey yang dipesan oleh adikku(Awas)dan seluar jean seniorku(ae Syafiq)..seterusnya kami menuju ke Suran S.U.K untuk menunaikan solat asar sebelum menuju ke Pantai Cahaya Bulan(PCB) untuk berbuka Puasa di restoran Cinta Selera.Setelah selesai mengisi perut dengan Secukupnya,kami singgah di masjid Ismail Petra untuk Settlekan solat maghrib dan seterusnya bertolak ke Masjid Al Muhammadi for Isyak n Terawikh Prayer(besla solat kat c ni,rase cam kat mekah plak hu3).,sempat juga aku beli ketayap kat gerai pakaian depan Masjid Muhammadi tu..Setelah itu kami ronda-ronda kawasan KB dan kawasan Stadium coz kami menyewa kereta Kak BI selama setengah hari yakni dari Jam 12am hingga 12 pm(RM 40),so rugilah kalau hantar awal(",)..tapi kami menyerah kalah juga coz dah xtau nak jalan ke mana dah,sume kedai dah hampir tutup..so kami pulang ke APIUM pada jam 11 lebih .Penat sungguh,,tapi bisa memberi komitmen untuk latihan Nasyid sempena Merdeka nanti..
k..rasenya abah dah Bank In duit ke akaun rini he3 coz tadi kol mak,mak kate abah nak
bank in kan,.tapi x kisahla bila2 pown..('',)
THANKs ALL..

Comments

Popular posts from this blog

10 BUKU TRAVELOG Yang Menarik Untuk Dibaca

Ramai yang bertanya, buku Travelog apa yang boleh dibaca. Semua buku Travelog boleh baca, tapi yang ada pada saya ini ada 10 tajuk dan saya akan kongsikan secara ringkas sinopsis berkaitan buku buku tersebut. Biasanya ada harga promo untuk pembelian 5 buku iaitu hanya RM 100 dan Free Postage. Ok boleh baca dulu sinopsis ringkas buku buku ini. 1- Travelog MR.Traveller by Meor Farid Asyradi (Buku ini adalah kisah kembara seorang mahasiswa mengelilingi Eropah dengan menaiki kereta api seorang diri. Memang kalau baca buku ni macam kita pula yang mengembara sekali. Buku ni juga terpilih sebagai salah sebuah buku Best Of 2015 MPH) 2-TRAVELOG MR TRAVELLER (UNTOLD STORIES) by Meor Farid Asyradi (ini merupakan buku kedua Meor Farid Asyradi setelah buku pertamanya terjual lebih 20 ribu naskah. Buku ini ada 50 kisah benar dan ada juga kisah yang tidak pernah diceritakan kepada sesiapapun. Misteri ) 3. TRAVELOG HJ MR.TRAVELLER. by Meor Farid Asyradi . (Buku ini adalah buku siri MR Travel...

Hampir Ber"Iftar"kan Khinzir Masak Kicap di Korea

Baru-baru ini ketika memberi pengisian #TravelogTalk di Sekolah Menengah Sains Kuching, Sarawak, ada pelajar bertanya. Abang pernah berpuasa di luar negara tak ? Lantas saya menjawab, Pernah dik, antaranya di Korea. Teringat saya akan kisah yang sukar dilupakan ketika "iftar" (berbuka puasa) di sana. Ayuh saya kongsikan.. Ketika mengikuti program summer School di Inha University Korea pada cuti semesterku yang keempat, aku dan beberapa sahabat dari Universiti Malaya ditempatkan di asrama yang terletak berhadapan dengan Universiti tersebut. Daripada Isnin hingga Jumaat aku berulang alik untuk pergi ke kuliah yang ditetapkan untuk program itu seperti kelas bahasa korea, budaya korea dan Politik asia. Ketika itu musim panas, dan bahang kepanasannya dirasai hingga ke malam. Selain panas, waktu itu juga adalah bulan Ramadhan. Puasa hingga 16 jam. Suasana Ramadhan di situ jujur tak dapat dirasai seperti mana di Malaysia dan negara Islam yang lain. Nak dijadikan k...

Kisah di Iran. Wanita ini Hampir sujud atas batu "carom".

Kisah ini adalah merupakan kisah benar yang saya lalui ketika mengembara ke Bumi Parsi Iran. Kisah penuh telah saya nukil dan bukukan dalam buku Travelog kelima saya bertajuk Usrah Travelog MR Traveller. Kisah ini adalah sekadar perkongsian dan gambaran buat pembaca ketika kembara saya dan keluarga ke sana. Ayuh, saya kongsikan kisahnya. ................................... Lama juga kami berehat di luar kawasan masjid Imam zadeh Saleh sementara menanti masuknya waktu solat fardhu zohor bagi wilayah Tehran dan yang sewaktu dengannya. Sebenarnya aku memang berniat untuk tunaikan solat berjemaah di masjid ini. Pengalaman mahu merasai sendiri perbezaan yang dipelajari sebelum ini. Pertamanya, perbezaan yang berlaku adalah sewaktu berkumandang azan. Ada tambahan Lafaz Ali WaliyuAllah dalam laungan azan tersebut. Ia mereka yang berfahaman Syiah, sangat taksub dengan Saidina Ali. Kerana itu, ramai orang Iran bernama Ali, Husin dan Hasan. Ahli Bai...