Skip to main content

Aduhai,,hebatnye SMS ni..Bahaye2!!



AlFatihah untuk Ustaz Ismail kamus yg baru menemui Allah sbntar tadi..satu kehilangan bsr buat agama dan negara.Alfatihah.smg Allah mencucuri rahmat kpdnya.tlg Fwd SMS..begini bunyi msj yg berleluasa di negara ini termasuk APIUM Nilam Puri,handphone ana juga telah menelan banyak msj sama yang memberitahu mengenai kematian beliau,Sehinggakan diumumkan di dalam Dewan Johor selepas Sesi ceramah drp Al Fadhil Ustaz Ubaidillah yg bertajuk Keajaiban Puasa..Ana pada mulanya terkejut dgn msj yg diterima,almaklumlah,Dr Ismail Kamus merupakan seorang Ulama yg tersohor di negara ini,terutamanya Ilmu beliau mengenai Alam Jin.Tetapi sekelumit perasaan hati ana mengatakan mesej itu bertaraf Dhoif,,ana terus mencari dalam Internet mengenai kematian beliau,tetapi tidak ditemui,sehinggalah diberitahu oleh sahabat ana Fahmi mengenai laporan Adik Ustaz Ismail Kamus yang mengatakan Abangnya(Ismail Kamus)masih sihat dan sedang mengerjakan Umrah.
(UTUSAN ONLINE)..Sebenarnya Insan Yang meninggal dunia ialah:
Dr. Ismail Md. Salleh iaitu The fisrt Blind senator(O.K.U) bukannya
Dr Ismai Kamus..


KAJANG 27 Ogos — Jenazah Allahyarham Prof. Datuk Dr. Ismail Md. Salleh selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Kantan di sini kira-kira 10.30 malam ini.Sebelum itu, jenazah beliau disembahyangkan di rumah keluarganya di Jalan Melati 2, Sungai Kantan, Fasa 2.

Beliau merupakan Senator dari kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) dan cacat penglihatan pertama yang dilantik.Arwah yang merupakan bapa kepada enam orang anak, pernah menyandang tugas selaku Ketua Pegawai Eksekutif Twintech Holdings dan Naib Canselor Universiti Kolej Antarabangsa Teknologi Twintech.Beliau dilahirkan di Pasir Mas Kelantan pada 1947 dan pernah mendapat pelbagai anugerah atas kecemerlangannya di bidang pengajian antaranya anugerah Guiness Book of Record sebagai orang cacat penglihatan pertama di dunia mendapat Doktor Falsafah.Beliau pernah melanjutkan pelajaran di University Illinois pada 1973 dan memulakan tugasnya sebagai pensyarah Jabatan Ekonomi Analisa Universiti Kebangsaan Malaysia sekembalinya ke tanahair.

Allahyarham meninggal akibat serangan jantung semasa dalam penerbangan dari China ke Singapura dan disahkan meninggal dunia di Hospital Besar Singapura kira-kira 8 pagi ini.

Beliau berada di Beijing untuk lawatan kerja selama dua hari.Jenazah Allahyarham tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia Subang dari Lapangan Terbang Senai, Johor kira-kira 7.30 malam.

Beliau meninggalkan isteri, Datin Hasnah Wahab dan enam orang anak berumur antara 12 dan 26 tahun.

AL-FATIHAH-

pesanan penulis:jangan terlalu percaya isi kandungan MESEJ BERANTAI,siasat dulu kesohihannya sebelum menyebarkannya kepada org lain.Moga ALLAH mengampuni dan merahmati kita AMINN.('',)

Comments

Popular posts from this blog

10 BUKU TRAVELOG Yang Menarik Untuk Dibaca

Ramai yang bertanya, buku Travelog apa yang boleh dibaca. Semua buku Travelog boleh baca, tapi yang ada pada saya ini ada 10 tajuk dan saya akan kongsikan secara ringkas sinopsis berkaitan buku buku tersebut. Biasanya ada harga promo untuk pembelian 5 buku iaitu hanya RM 100 dan Free Postage. Ok boleh baca dulu sinopsis ringkas buku buku ini. 1- Travelog MR.Traveller by Meor Farid Asyradi (Buku ini adalah kisah kembara seorang mahasiswa mengelilingi Eropah dengan menaiki kereta api seorang diri. Memang kalau baca buku ni macam kita pula yang mengembara sekali. Buku ni juga terpilih sebagai salah sebuah buku Best Of 2015 MPH) 2-TRAVELOG MR TRAVELLER (UNTOLD STORIES) by Meor Farid Asyradi (ini merupakan buku kedua Meor Farid Asyradi setelah buku pertamanya terjual lebih 20 ribu naskah. Buku ini ada 50 kisah benar dan ada juga kisah yang tidak pernah diceritakan kepada sesiapapun. Misteri ) 3. TRAVELOG HJ MR.TRAVELLER. by Meor Farid Asyradi . (Buku ini adalah buku siri MR Travel...

Hampir Ber"Iftar"kan Khinzir Masak Kicap di Korea

Baru-baru ini ketika memberi pengisian #TravelogTalk di Sekolah Menengah Sains Kuching, Sarawak, ada pelajar bertanya. Abang pernah berpuasa di luar negara tak ? Lantas saya menjawab, Pernah dik, antaranya di Korea. Teringat saya akan kisah yang sukar dilupakan ketika "iftar" (berbuka puasa) di sana. Ayuh saya kongsikan.. Ketika mengikuti program summer School di Inha University Korea pada cuti semesterku yang keempat, aku dan beberapa sahabat dari Universiti Malaya ditempatkan di asrama yang terletak berhadapan dengan Universiti tersebut. Daripada Isnin hingga Jumaat aku berulang alik untuk pergi ke kuliah yang ditetapkan untuk program itu seperti kelas bahasa korea, budaya korea dan Politik asia. Ketika itu musim panas, dan bahang kepanasannya dirasai hingga ke malam. Selain panas, waktu itu juga adalah bulan Ramadhan. Puasa hingga 16 jam. Suasana Ramadhan di situ jujur tak dapat dirasai seperti mana di Malaysia dan negara Islam yang lain. Nak dijadikan k...

Kisah di Iran. Wanita ini Hampir sujud atas batu "carom".

Kisah ini adalah merupakan kisah benar yang saya lalui ketika mengembara ke Bumi Parsi Iran. Kisah penuh telah saya nukil dan bukukan dalam buku Travelog kelima saya bertajuk Usrah Travelog MR Traveller. Kisah ini adalah sekadar perkongsian dan gambaran buat pembaca ketika kembara saya dan keluarga ke sana. Ayuh, saya kongsikan kisahnya. ................................... Lama juga kami berehat di luar kawasan masjid Imam zadeh Saleh sementara menanti masuknya waktu solat fardhu zohor bagi wilayah Tehran dan yang sewaktu dengannya. Sebenarnya aku memang berniat untuk tunaikan solat berjemaah di masjid ini. Pengalaman mahu merasai sendiri perbezaan yang dipelajari sebelum ini. Pertamanya, perbezaan yang berlaku adalah sewaktu berkumandang azan. Ada tambahan Lafaz Ali WaliyuAllah dalam laungan azan tersebut. Ia mereka yang berfahaman Syiah, sangat taksub dengan Saidina Ali. Kerana itu, ramai orang Iran bernama Ali, Husin dan Hasan. Ahli Bai...