Skip to main content

Sekapur Sireh Majalah Majmuah


Sedikit Sudah Memadai

Pertama-tamanya mari kita sama-sama mengucapkan syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurnianya,kita masih lagi berada di atas muka bumi yakni masih diberi peluang untuk berusaha membeli tiket Syurga.

Assalamualaikum kepada semua terutamanya pelanggan setia majalah keluaran majmuah lapan,apa khabar Iman anda harini?Alhamdulillah,segala puji bagi yang maha melihat lagi maha mendengar,MABRUK dan SYABAS saya ucapkan kepada sidang Redaksi Majalah yang telah berjaya meneruskan kesinambungan Ilmu dan cerita menerusi majalah ini dan ratusan terima kasih saya ucapkan kepada kalian yang memberi peluang dan ruang kepada saya untuk mencoret rasa hati dan melontar intipati pemikirin diri yang hina ini.

Alangkah bahagianya kehidupan ini sekiranya dibajai dan disirami dengan ajaran islam,alangkah beruntungnya kita sekiranya berjaya mendaftarkan diri sebagai penghuni Syurga yang merupakan impian setiap manusia,Alangkah ruginya kita jika kita hanya mengatakan “alangkah demi alangkah”tanpa sebarang langkah untuk menuju kepada matlamat kita.Justeru,saya menyeru diri saya yang penuh dengan noda ini supaya kita sama-sama berfikir dan bertindak untuk memperbaiki diri kita dari masa ke semasa supaya kita mendapat janji Yang Maha Esa iaitu Syurganya bukan direndam dalam Neraka.”Fastabiqul Khoiraat”berlumba-lumba kamu dalam kebaikan.Tidak perlu saya memberitahu langkah-langkahnya di sini kerana kita semua sedia maklum dan saya percaya kita semua mampu melakukannya.

Ya Allah,,aku adalah hambamu yg sangat hina,diberi tanggungjawab dan memikul amanah yang kelihatan enteng tetapi sukar bagiku,aku sangat lemah dalam memimpin,,kadang2 aku rasakan aku adalah penyebab musnah dan lembabnya sesebuah organisasi,,ampunkan aku wahai insan yang dipimpin,,kadang2 aku terfikir,,kenapa ini terjadi,,arghh,,sudah tentunya salah diriku sendiri,,dosa pada yang Maha Esa,sesama manusia dan mungkin daripada method dan uslub memimpin yang lemah,aku terlalu lemah sehingga aku terfikir mahu lepaskan semua tanggungjawab yg diberikan kepadaku,tetapi aku tidak mahu hampakan sahabat-sahabat yang memilih aku untuk memegang tampuk pimpinan ini,mereka pasti percaya yg aku mampu memimpin mereka,tetapi bagaimana,pimpinan aku sudah nampak cacatnya,dan aku rasakan sahabat-sahabat aku menyedari mereka berada di bawah pimpinan yg sangat lemah dan lembab,kasihannya mereka kerana mendapat pemimpin seperti aku,Maafkan aku ahli Majmuah 8 dan ISRAk,aku akan cuba yang terbaik untuk majmuah ini...

La Yukallifullahhu Nafsan Illa Wus aha..-Allah tidak akan membebankan manusia diluar kemampuannya(manusia)-


Akhir kata,saya sekali lagi ingin memohon juataan kemaafan sepanjang pemerintahan saya dalam kerajaan majmuah lapan Akademi Pengajian Islam Nilam Puri ini,saya juga berharap kepimpinan majmuah akan datang supaya terus menampal koyakan-koyakan kepimpinan yang telah dilakukan oleh tangan saya sendiri.Sekian..Majukanlah diri semata-mata kerana Allah

Comments

Popular posts from this blog

10 BUKU TRAVELOG Yang Menarik Untuk Dibaca

Ramai yang bertanya, buku Travelog apa yang boleh dibaca. Semua buku Travelog boleh baca, tapi yang ada pada saya ini ada 10 tajuk dan saya akan kongsikan secara ringkas sinopsis berkaitan buku buku tersebut. Biasanya ada harga promo untuk pembelian 5 buku iaitu hanya RM 100 dan Free Postage. Ok boleh baca dulu sinopsis ringkas buku buku ini. 1- Travelog MR.Traveller by Meor Farid Asyradi (Buku ini adalah kisah kembara seorang mahasiswa mengelilingi Eropah dengan menaiki kereta api seorang diri. Memang kalau baca buku ni macam kita pula yang mengembara sekali. Buku ni juga terpilih sebagai salah sebuah buku Best Of 2015 MPH) 2-TRAVELOG MR TRAVELLER (UNTOLD STORIES) by Meor Farid Asyradi (ini merupakan buku kedua Meor Farid Asyradi setelah buku pertamanya terjual lebih 20 ribu naskah. Buku ini ada 50 kisah benar dan ada juga kisah yang tidak pernah diceritakan kepada sesiapapun. Misteri ) 3. TRAVELOG HJ MR.TRAVELLER. by Meor Farid Asyradi . (Buku ini adalah buku siri MR Travel...

Hampir Ber"Iftar"kan Khinzir Masak Kicap di Korea

Baru-baru ini ketika memberi pengisian #TravelogTalk di Sekolah Menengah Sains Kuching, Sarawak, ada pelajar bertanya. Abang pernah berpuasa di luar negara tak ? Lantas saya menjawab, Pernah dik, antaranya di Korea. Teringat saya akan kisah yang sukar dilupakan ketika "iftar" (berbuka puasa) di sana. Ayuh saya kongsikan.. Ketika mengikuti program summer School di Inha University Korea pada cuti semesterku yang keempat, aku dan beberapa sahabat dari Universiti Malaya ditempatkan di asrama yang terletak berhadapan dengan Universiti tersebut. Daripada Isnin hingga Jumaat aku berulang alik untuk pergi ke kuliah yang ditetapkan untuk program itu seperti kelas bahasa korea, budaya korea dan Politik asia. Ketika itu musim panas, dan bahang kepanasannya dirasai hingga ke malam. Selain panas, waktu itu juga adalah bulan Ramadhan. Puasa hingga 16 jam. Suasana Ramadhan di situ jujur tak dapat dirasai seperti mana di Malaysia dan negara Islam yang lain. Nak dijadikan k...

Kisah di Iran. Wanita ini Hampir sujud atas batu "carom".

Kisah ini adalah merupakan kisah benar yang saya lalui ketika mengembara ke Bumi Parsi Iran. Kisah penuh telah saya nukil dan bukukan dalam buku Travelog kelima saya bertajuk Usrah Travelog MR Traveller. Kisah ini adalah sekadar perkongsian dan gambaran buat pembaca ketika kembara saya dan keluarga ke sana. Ayuh, saya kongsikan kisahnya. ................................... Lama juga kami berehat di luar kawasan masjid Imam zadeh Saleh sementara menanti masuknya waktu solat fardhu zohor bagi wilayah Tehran dan yang sewaktu dengannya. Sebenarnya aku memang berniat untuk tunaikan solat berjemaah di masjid ini. Pengalaman mahu merasai sendiri perbezaan yang dipelajari sebelum ini. Pertamanya, perbezaan yang berlaku adalah sewaktu berkumandang azan. Ada tambahan Lafaz Ali WaliyuAllah dalam laungan azan tersebut. Ia mereka yang berfahaman Syiah, sangat taksub dengan Saidina Ali. Kerana itu, ramai orang Iran bernama Ali, Husin dan Hasan. Ahli Bai...