To:Bakal Azhariyyun
huh,,saat jari jemariku menari-nari menulis entry ini,nun jauh di sudut balai berlepas KLIA,sahabat-sahabat seperjuanganku ketika mengambil STAM di Sarjana(Sekolah menengah Agama Dr Raja Nazrin Shah) suatu ketika dahulu sedang menunggu detik-detik waktu yang akan memisahkan mereka dengan cuaca negara,budaya negara dan mungkin konflik negara.Melalui sijil STAM yang baik keputusannya,Sijil itu boleh dikatakan sebagai tiket untuk mereka menyambung pelajaran di timur tengah.Walaupun aku tidak dapat bersama-sama mereka memasuki perut kapal terbang pada jam 4pagi yang akan membawa mereka menuju ke bumi kinanah itu ,aku berasa sangat gembira dengan semangat juang mereka yang tinggi untuk berada di jalan Allah.Secalit kekecewaan tercalit di hatiku kerana tidak dapat bertemu mereka di saat akhir mereka berada di negara Malaysia ini,hanya suara dan tulisan melalui telefon bimbit sahaja yang menjadi penghubung antara aku dengan Syazwan,Munzir,Arif,Rumal,Zaki,Yamin,Syahmi,Anoy,Alif,Syamil dan lain2.Hanya doaku sahaja mampu mengiringi mereka,,semoga antum selamat sampai dan gembira mencedok lautan ilmu Allah yang luas di sana,amin..(ana keluar daripada STAM kerana mahu menyambung pelajaran dalam bidang perguruan di Institut Perguruan Tun Hussein Onn Batu Pahat Johor IPTHO sebelum berpindah ke APIUM Nilam Puri)
penulis teringat Novel Ayat-Ayat cinta dan Ketika Cinta Bertasbih yang berlokasikan bumi Mesir.('',)
Comments