Skip to main content

JOM BACA(",)




salam..lame juga tidak update blog ni,,Alhamdulillah diberi peluang dan ruang untuk terus memperbaiki diri yang lemah dan disaluti dgn dosa ini..Pelbagai pengalaman baru yg positif dan negatif sepanjang Yaumul Utlah ini dan sy tidak berminat untuk menceritakannya di sini.Pelbagai cara dakwah yang kita dapat lihat di dunia ini,ada yang berdakwah melalui radio,video,nasyid,puisi,usrah,talaqqi,penulisan dan sebagainya.Kali ini sy ingin mempromosikan dua buah novel yang dikarang oleh Ukhti Fatimah Syarha yg berjudul Syabab Musafir Kasih dan Tautan Hati.Sesuatu yang agak ganjil berlaku ketika pulang ke rumah setelah saya membeli novel Syabab Musafir Kasih yang berharga agak mahal ini tetapi berbaloi.Saat sy online YM,tiba2 ukhti fatimah Syarha pon online,sy memberi salam dan kami berbalas mesej,saya dah lama add beliau di YM ini setelah mendapat tahu emailnya melalui radio IKIM,dan inilah kali pertama beliau online setelah setahun lebih membiarkan ia menyepi dan beliau mengatakan Allah gerakkan hati nak online pada saat itu.kami berborak tak terlalu lama kerana beliau ingin melawat sahabatnya di HKL.InsyAALLah,beliau akan dikurniakan seorg anak yang bakal menjadi ulama' muktabar dan dijangka akan lahir pada 31hb 10 ini.Baiklah sedikit mengenai Syabab Musafir Kasih.

Novel ini mengisahkan seorang kanak2 yatim berumur tujuh tahun bernama Syabab.Syabab merupakan kanak2 yang agak nakal tetapi cekap dalam pelbagai perkara seperti berburu,panjat pokok kelapa,menyelam,berenang,menjaga lembu dan pelbagai kerja kampung lagi.Orang kampung PACAT LINTAH sangat membencinya kecuali seorg iaitu kak Mumtazah yg merupakan jiran Syabab,beliau menuntut di sebuah Universiti Tempatan dan akhirnya melanjutkan pelajaran di Universiti Yarmouk Jordan,beliau juga berkahwin dengan Ustaz Mursyid yang merupakan seorang yang alim dalam ilmu agama.Nak tau x,diakhir kisah ini,Si Syabab yang nakal ini menjadi seorang yang sangat hebat dalam pelbagai bidang sehinggakan ketika dia di Damsyik,ada syeikh arab nak kahwinkan dia dengan cucunya yang sangat cantik,selain itu adik kak mumtazah yang sangat cantik (berbeza dengan kakaknya dari paras rupa)bernama Najihah juga jatuh hati pada si Syabab yang kacak ni walaupun pada mulanya Najihah sangat membenci Syabab.Tetapi nak tau Syabab kahwin dengan siapa,??kak Mumtazah menjadi pilihannya,bagaimana boleh kahwin dengan isteri orang yang beranak 4 ni.?wow,,mantap syeikh cerita ni,,sungguh dramatik..tapi apa yang saya nak tekankan di sini,ia sebuah novel yang sesuai dibaca oleh kaum adam yakni muslimin,,terutamanya yang bergiat aktif dengan usrah.Dalam novel ini ada diselitkan bagaimana Syabab memimpin sahabat2 kampungnya yang terlibat dengan mat rempit,dadah,black metal dan sebagainya,dan bagaimana pula Syabab berdakwah kepada ahli keluarganya sendiri yang sangat mencabar.So,tunggu apa lagi,mari membaca.Kepada sesiapa yang nak pinjam dialu-alukan.

Ok,kalau bagi muslimat saya syorkan kalian membaca karyanya yang berjudul TAUTAN HATI,,really amazing story madam,,,betul2 menceritakan mengenai bagaimana menjadi seorang wanita yang solehah,nak tau tak,betapa ramai gadis yang berubah setelah membaca novel ini sehingga ada yang putus kekasih wow!!penangan novel ni mantop sekali Sheikhh,,novel ini saya berani mengatakan mampu menjadi perantara yang mendekatkan manusia dengan Allah.Seriyus gue bilang..nak tau lebih lanjut,dipersilakan membaca ok..nak pinjam bagitau ya..Thats All..moga Allah merahmati setiap usaha kita.Aminn

Info*pembentangan bajet 2010 haritu bertemakan satu malaysia makmur bersama.Antara yang menarik ialah PTPTN boleh menjadi biasiswa sekiranya result kita cemerlang.Pengetahuan lebih lanjut cari sendiri k('',)
*M.United kalah 2-0 di kaki liverpool.Frust gler tgk ha3.Tapi xpelah,Mu boleh teruskan usaha,,Glory2 United ok...
*Tok guru cadangkan (EGM),kemudian mencadangkan muktamar khas untuk mengatasi pimpinan yang bermasalah.Semoga molek2 belako deh.Saya pon tak tau sgt pasal ni,kalian kaji sendirilah ok..

Comments

Izzah Solehah said…
Assalamualaikum..nice blog akhi..keep it on..karya kak fatimah mmg best..

Popular posts from this blog

10 BUKU TRAVELOG Yang Menarik Untuk Dibaca

Ramai yang bertanya, buku Travelog apa yang boleh dibaca. Semua buku Travelog boleh baca, tapi yang ada pada saya ini ada 10 tajuk dan saya akan kongsikan secara ringkas sinopsis berkaitan buku buku tersebut. Biasanya ada harga promo untuk pembelian 5 buku iaitu hanya RM 100 dan Free Postage. Ok boleh baca dulu sinopsis ringkas buku buku ini. 1- Travelog MR.Traveller by Meor Farid Asyradi (Buku ini adalah kisah kembara seorang mahasiswa mengelilingi Eropah dengan menaiki kereta api seorang diri. Memang kalau baca buku ni macam kita pula yang mengembara sekali. Buku ni juga terpilih sebagai salah sebuah buku Best Of 2015 MPH) 2-TRAVELOG MR TRAVELLER (UNTOLD STORIES) by Meor Farid Asyradi (ini merupakan buku kedua Meor Farid Asyradi setelah buku pertamanya terjual lebih 20 ribu naskah. Buku ini ada 50 kisah benar dan ada juga kisah yang tidak pernah diceritakan kepada sesiapapun. Misteri ) 3. TRAVELOG HJ MR.TRAVELLER. by Meor Farid Asyradi . (Buku ini adalah buku siri MR Travel

3 kali KENA SCAM di Luar Negara ?!!

Ketika Travel, kita pasti mahu mengelakkan kejadian seperti ditipu kerana ditipu hidup hidup ini adalah perkara yang amat menyakitkan hati. "Parut" kisah ditipu tidak akan dapat dilupakan selama-lamanya. Untuk itu, post kali ini ingin saya kongsikan kisah di mana saya ditipu di tiga negara berbeza iaitu di Vietnam, India dan Mesir. Selamat membaca dan jangan tertipu dengan kejadian yang saya alami ini ya ;) Kisah 1 – Kena Scam : Di Vietnam ( Julai 2014)  Aku bersama tiga orang teman, Zack, Zakirin dan Nukman bergerak menuju ke kota Ho Chi Minh Vietnam melalui jalan darat dari Phnom Penh, Kemboja. Kami menaiki bas dengan tiket berharga RM30 sehala. Hampir lapan jam masa diambil untuk tiba di Ho Chi Minh termasuk menaiki Feri menyeberangi sempadan Phnom Penh- Saigon dan urusan imigresen.   Perjalanan yang agak memenatkan dengan keadaan bas yang dibawa laju terhuyung hayang. Suatu kisah yang tidak dapat kami lupakan di Ho Chi Minh ini adalah ketika menaiki

Bersama Dj Dj IKIM

I.K.I.M salah satu siaran radio yang sangat ana minati,jika Sebelum ini hanya bisa mengenali Dj2 radio lewat corong radio tetapi pada hari ini sy dapat bersama dengan Dj Erwan(rancangan Nasyid),Dj Mona Jazman(rancangan Mari Belajar bahasa Arab)dan Dj maslina(rancangan bersama Tenku Asmadi MEPS).Perasaan gembira menyusup ke dalam hati kerana dapat mengenali sebahagian DJ2 IKIM dengan lebih dekat,hampir setengah jam ana dapat berbual dengan mereka,sikap peramah benar2 sesuai dengan kerjaya mereka sebagai DJ radio Kefahaman Islam Malaysia.Pihak IKIM hadir di APIUM Nilam Puri bertujuan memberi peluang kepada pelajar2 membuat rakaman ucapan hari raya kepada orang yang dikehendaki bertempat di bilik mesyuarat APIUM.Insyaallah,rakaman akan di ON AIRkan pada hari raya ke2 sekitar jam 2 hingga 4.Ana juga sempat membuat rakaman,kene cakap bahasa Arab pulak,aduhai banyaknya salah tatabahasa hu3..Xpe,yang penting kita cuba ok.. Info: Rupa-rupanya kak Mona yang baca berita bahasa Arab dalam IKIM tu