Skip to main content

Imtihan berlalu,Rehlah Tarbawi menyusul('',)










Syukur Alhamdulillah sudah selesai Imtihan bagi semester 3,saatnya untuk bertawakkal kepada Allah setelah kita berusaha bersungguh-sungguh walaupun last minute('',).Apa yang boleh di post mortemkan mengenai imtihan kali ini ialah 50-50.Moga Allah memberi kejayaan kepadaku dan semua sahabat-sahabatku AMINN.

Selamat Pergi dan Kembali kepada ISRAK..

Laporan Perjalanan Progaram Rehlah Israk(Ikatan Islamiah Siswa Siswi Perak)

8.30am-bertolak ke pantai Irama bersama 5 buah kereta sewa Car wash
9.10am-Tiba di pantai Irama Bachok.(banyak gak sampah kat sana('',))
9.30am-taklimat ringkas program dariku.
9.01am-muslimin bertungkus-lumus menyalakan api,pelbagai kaedah yang digunakan.
10.15am-api berjaya dinyalakan dengan selamat.Fuh...
10.06am-muslimat mengambil pot bara api untuk membakar ayam yang telah diperam.
-muslimin berlari-lari anak menuju ke lautan yang luas lalu merempuh ombak yang meluncur manja
-main bola pantai dalam keadaan masin dek terkena air lautan
1.00pm-kelihatan ayam hampir selesai dimasak,muslimin menggantikan tempat muslimat dan menghanguskan jagung yang berharga Rm1 stone cold.
1.25pm-solat zohor di tepi pantai.macam kisah pedagang arab datang ke Melaka lalu solat di Pantai pula.
1.45pm-Penceramah datang lalu dijemput untuk makan bersama kami berlaukkan ayam BBQ,kuah sup/Asam dan nasi putih.
2.15pm-Sesi ceramah/tazkirah oleh Prof Rosdi Bin Baharom mengenai Tarbiyah Islamiah.Kami kelihatan sangat bersemangat mendegar kata-katanya yang penuh unsur tarbiyah.
3.15-bersiap-siap untuk pulang.
3-45pm-Pulang ke APIUM.Perjalanan kami diuji dengan ribut yang tiba-tiba muncul.Alhamdulillah tiada apa-apa yang berlaku.
4.30pm-tiba di APIUM.SYUKUR ALHAMDULILLAH..('',)

Thousand of Thanks to my junior that conducted this program.You all Are The Best.
(Syamil and his gang)


Info-*ini merupakan rehlah ke-2 untuk Israk,sebelum ini muslimin Israk telah berehlah ke Jeram Linang
(seperti dalam gambar yang bersama daun pisang tu..)
*penulis sangat kagum dengan kemampuan penceramah dalam menyampaikan mesej dakwahnya,sangat kreatif dan mampu menarik golongan muda untuk cintakan dakwah dan meninggikan cara hidup islam sebenar.Menggelarkan dirinya PAK CIK dan menegah kami memanggilnya ustaz kerana dia seorang Saintis kelulusan Master dan PHD dari UK.Minatnya yang mendalam dalam bidang dakwah dan tarbiyah membuatkan dirinya mendalami ilmu agama dan bersahabat dengan tok gurunya.
"manusia lahir semuanya dengan hati,tidak ada yang lahir tanpa hati,kalau tanpa mata,buah pinggang atau lain-lain memang ada,
hati juga merupakan satelit perantaraan manusia dengan ALLAH.Hati yang mati umpama mayat yang berada di dalam kubur,jagalah hati kita dan jadikan rehlah ini sebagai Rehlah Tarbawi"kata Pak Cik Rosdi kepada kami.
*sudah 3 tahun lebih penulis tak dapat merasa mandi laut,masin rupanya air laut ni.Teringat pula kisah dongeng mengenai bekas ajaib yang mengeluarkan apa sahaja yang kita minta,tersebutlah Al kisah seorang nelayan yang terminta garam kepada bekas ajaib tersebut dan permintaan itu adalah permintaan yang terakhir,garam pun tak berhenti-henti keluar dari bekas itu lalu memenuhi ruang rumahnya.Akhirnya dia membuang bekas itu ke dalam laut yang tidak masin airnya,sehingga saat ini garam itu masih mengeluarkan garam yang diminta oleh nelayan tersebut.Sebab itulah laut menjadi masin.Aduhai,dongeng benor cekhitenye yob.('',)
*PMR bermula pada hari Ini.8A inSyAALAH dalam genggaman adikku.
*Esok aku akan bertolak ke Jeli bagi Program BAKSIS09.Moga selamat Semuanya.AMINN

Comments

Anonymous said…
err...
x ke g pantai irama...
bkn melawi kan???
MR Traveller said…
ye..betulla pantai irama,ana lupa betulkan haritu,,maaf('',)
Anonymous said…
haha...
xper2 dimaafkan!!!
nnty sem akn dtg g tmpt len lak ek??
MR Traveller said…
INSYAALLAH,,SAPE NI YE
Anonymous said…
1 of ur ank buah...
MR Traveller said…
anak buah ramai...ur name:P

Popular posts from this blog

10 BUKU TRAVELOG Yang Menarik Untuk Dibaca

Ramai yang bertanya, buku Travelog apa yang boleh dibaca. Semua buku Travelog boleh baca, tapi yang ada pada saya ini ada 10 tajuk dan saya akan kongsikan secara ringkas sinopsis berkaitan buku buku tersebut. Biasanya ada harga promo untuk pembelian 5 buku iaitu hanya RM 100 dan Free Postage. Ok boleh baca dulu sinopsis ringkas buku buku ini. 1- Travelog MR.Traveller by Meor Farid Asyradi (Buku ini adalah kisah kembara seorang mahasiswa mengelilingi Eropah dengan menaiki kereta api seorang diri. Memang kalau baca buku ni macam kita pula yang mengembara sekali. Buku ni juga terpilih sebagai salah sebuah buku Best Of 2015 MPH) 2-TRAVELOG MR TRAVELLER (UNTOLD STORIES) by Meor Farid Asyradi (ini merupakan buku kedua Meor Farid Asyradi setelah buku pertamanya terjual lebih 20 ribu naskah. Buku ini ada 50 kisah benar dan ada juga kisah yang tidak pernah diceritakan kepada sesiapapun. Misteri ) 3. TRAVELOG HJ MR.TRAVELLER. by Meor Farid Asyradi . (Buku ini adalah buku siri MR Travel

3 kali KENA SCAM di Luar Negara ?!!

Ketika Travel, kita pasti mahu mengelakkan kejadian seperti ditipu kerana ditipu hidup hidup ini adalah perkara yang amat menyakitkan hati. "Parut" kisah ditipu tidak akan dapat dilupakan selama-lamanya. Untuk itu, post kali ini ingin saya kongsikan kisah di mana saya ditipu di tiga negara berbeza iaitu di Vietnam, India dan Mesir. Selamat membaca dan jangan tertipu dengan kejadian yang saya alami ini ya ;) Kisah 1 – Kena Scam : Di Vietnam ( Julai 2014)  Aku bersama tiga orang teman, Zack, Zakirin dan Nukman bergerak menuju ke kota Ho Chi Minh Vietnam melalui jalan darat dari Phnom Penh, Kemboja. Kami menaiki bas dengan tiket berharga RM30 sehala. Hampir lapan jam masa diambil untuk tiba di Ho Chi Minh termasuk menaiki Feri menyeberangi sempadan Phnom Penh- Saigon dan urusan imigresen.   Perjalanan yang agak memenatkan dengan keadaan bas yang dibawa laju terhuyung hayang. Suatu kisah yang tidak dapat kami lupakan di Ho Chi Minh ini adalah ketika menaiki

Bersama Dj Dj IKIM

I.K.I.M salah satu siaran radio yang sangat ana minati,jika Sebelum ini hanya bisa mengenali Dj2 radio lewat corong radio tetapi pada hari ini sy dapat bersama dengan Dj Erwan(rancangan Nasyid),Dj Mona Jazman(rancangan Mari Belajar bahasa Arab)dan Dj maslina(rancangan bersama Tenku Asmadi MEPS).Perasaan gembira menyusup ke dalam hati kerana dapat mengenali sebahagian DJ2 IKIM dengan lebih dekat,hampir setengah jam ana dapat berbual dengan mereka,sikap peramah benar2 sesuai dengan kerjaya mereka sebagai DJ radio Kefahaman Islam Malaysia.Pihak IKIM hadir di APIUM Nilam Puri bertujuan memberi peluang kepada pelajar2 membuat rakaman ucapan hari raya kepada orang yang dikehendaki bertempat di bilik mesyuarat APIUM.Insyaallah,rakaman akan di ON AIRkan pada hari raya ke2 sekitar jam 2 hingga 4.Ana juga sempat membuat rakaman,kene cakap bahasa Arab pulak,aduhai banyaknya salah tatabahasa hu3..Xpe,yang penting kita cuba ok.. Info: Rupa-rupanya kak Mona yang baca berita bahasa Arab dalam IKIM tu