Skip to main content

Detik Gempa bumi Telah Termaktub Dalam Al Quran??




Salam Sahabat Sekalian..Aku telah mendapat mesej yang tertera:

Salam.G/Bumi di Padang Terjadi pada pukul 17.16 dan 17.18,dan di Jambi pd 08.52 hari berikutnya.Cuba perhatikan trjemahan Quran ayat surah 17:16 & 17:58 & 8:52.ALLAHUAKBAR!
shbat2 tlglah RUJUK SURAH2 DIATAS,Lihatlah shbt2 segalanya telah diaturkn.

menggeletar dan perasaan seram sejuk menyelinap masuk ke dalam diriku saat membaca mesej ini,teringat aku saat detik peristiwa sebelas september yang terjadi pada WTC juga telah termaktub dalam Surah Attaubah bersamaan dengan surah ke 9 dan juzu' ke 11 serta ayat ke 109 dan 110 yang menunjukkan tingkat banggunanan WTC yang dirempuh pesawat.Setelah usai ku membaca mesej itu,aku terus melihat terjemahan al quran,alangkah terkejutnya aku pabila membaca ayat tersebut yang benar-benar berkaitan dengan kejadian yang berlaku,kemudian aku terus search mengenai waktu berlakunya gempa bumi di Padang dan jambi,memang benar saat berlakunya gempa bumi di padang adalah pada jam 5.16 pm dan 5.18,jika kita tukar pada waktu antarabangsa menjadi 17.16 dan 17.18,manakala di Jambi terjadi pada jam 08.52.Subhanallah.

Tafsir Surah ATTAUBAH.(surah ke 9 dan juzu' ke 11
peristiwa 11.9 WTC New York)

9:109. Maka apakah orang-orang yang mendirikan mesjidnya di atas dasar takwa kepada Allah dan keridaan (Nya) itu yang baik, ataukah orang-orang yang mendirikan bangunannya di tepi jurang yang runtuh, lalu bangunannya itu jatuh bersama-sama dengan dia ke dalam neraka Jahanam? Dan Allah tidak memberikan petunjuk kepada orang-orang yang lalim.

9:110. Bangunan-bangunan yang mereka dirikan itu senantiasa menjadi pangkal keraguan dalam hati mereka, kecuali bila hati mereka itu telah hancur. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.


Tafsir Surah Al Isra'(Gempa bumi di Padang jam 17.16 dan 17.18)

17:16. Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya menaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.

17:18. Barang siapa menghendaki kehidupan sekarang (duniawi), maka Kami segerakan baginya di dunia itu apa yang Kami kehendaki bagi orang yang Kami kehendaki dan Kami tentukan baginya neraka Jahanam; ia akan memasukinya dalam keadaan tercela dan terusir.

Surah Al Anfaal(gempa bumi di Jambi jam 8.52)

8:52. (keadaan mereka) serupa dengan keadaan Firaun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang yang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.

Sahabat-sahabat cuba kita fikirkan bilakah al quran ini diturunkan dan mengapa ada yang tidak percaya akan kemukjizatan Al quran ini??.Fikir-fikirkanlah.Sekian

Info:kejadian gempa di Padang berlaku pada 30/9/2009.
Sila rujuk surah yang ke 30 dan ayat ke 9

30:9 (surah ar-rum)
"dan tidakkah mereka berpergian di bumi lalu melihat bagaimana kesudahan orang-orang sebelum mereka (yang mendustakan Rasul)? Orang-orang yang lebih kuat dari mereka (sendiri) dan mereka telah mengolah bumi(tanah) dan memakmurkannya melebihi apa yang telah mereka makmurkan. Dan telah datang kepada mereka Rasul-rasul mereka dengan membawa bukti yang jelas. Maka Allah sama sekali tidak berlaku zalim kepada mereka, tetapi merekalah yang berlaku zalim kepada diri mereka sendiri.)
*aku baca mesej yang diberikan oleh Riri(bukan nama sebenar)pada jam 2 pagi.Thanks coz bagi info memusabahkan ini.nahu Sorof x belek lagi ni..Pekse pagi ni.harini paper last.:( ok..
*Allah boleh melakukan apa sahaja."kun Fayakun"jgn sangka negara kita selamat dari bencana alam atau sebagainya.Kita fikirkan Kuasa Allah tiada sempadan.
*Lusa,adikku Meor muhd Faizwan(iwan)yang menuntut di Sekolah Menengah Sains Teluk Intan(SEMESTI) akan menduduki PMR dari 7 oktober hingg 13 oktober.All D Best n Gud Luck To him.(",)

Comments

jai@jezz said…
Ya Allah Ya Tuhanku...
takutnya Ya Allah...~
MR Traveller said…
ketakutan terhadap Allah serta kuasanya akan membuatkan diri kita lebih dekat padanya jai@jezz..Insyaallah

Popular posts from this blog

10 BUKU TRAVELOG Yang Menarik Untuk Dibaca

Ramai yang bertanya, buku Travelog apa yang boleh dibaca. Semua buku Travelog boleh baca, tapi yang ada pada saya ini ada 10 tajuk dan saya akan kongsikan secara ringkas sinopsis berkaitan buku buku tersebut. Biasanya ada harga promo untuk pembelian 5 buku iaitu hanya RM 100 dan Free Postage. Ok boleh baca dulu sinopsis ringkas buku buku ini. 1- Travelog MR.Traveller by Meor Farid Asyradi (Buku ini adalah kisah kembara seorang mahasiswa mengelilingi Eropah dengan menaiki kereta api seorang diri. Memang kalau baca buku ni macam kita pula yang mengembara sekali. Buku ni juga terpilih sebagai salah sebuah buku Best Of 2015 MPH) 2-TRAVELOG MR TRAVELLER (UNTOLD STORIES) by Meor Farid Asyradi (ini merupakan buku kedua Meor Farid Asyradi setelah buku pertamanya terjual lebih 20 ribu naskah. Buku ini ada 50 kisah benar dan ada juga kisah yang tidak pernah diceritakan kepada sesiapapun. Misteri ) 3. TRAVELOG HJ MR.TRAVELLER. by Meor Farid Asyradi . (Buku ini adalah buku siri MR Travel

3 kali KENA SCAM di Luar Negara ?!!

Ketika Travel, kita pasti mahu mengelakkan kejadian seperti ditipu kerana ditipu hidup hidup ini adalah perkara yang amat menyakitkan hati. "Parut" kisah ditipu tidak akan dapat dilupakan selama-lamanya. Untuk itu, post kali ini ingin saya kongsikan kisah di mana saya ditipu di tiga negara berbeza iaitu di Vietnam, India dan Mesir. Selamat membaca dan jangan tertipu dengan kejadian yang saya alami ini ya ;) Kisah 1 – Kena Scam : Di Vietnam ( Julai 2014)  Aku bersama tiga orang teman, Zack, Zakirin dan Nukman bergerak menuju ke kota Ho Chi Minh Vietnam melalui jalan darat dari Phnom Penh, Kemboja. Kami menaiki bas dengan tiket berharga RM30 sehala. Hampir lapan jam masa diambil untuk tiba di Ho Chi Minh termasuk menaiki Feri menyeberangi sempadan Phnom Penh- Saigon dan urusan imigresen.   Perjalanan yang agak memenatkan dengan keadaan bas yang dibawa laju terhuyung hayang. Suatu kisah yang tidak dapat kami lupakan di Ho Chi Minh ini adalah ketika menaiki

Bersama Dj Dj IKIM

I.K.I.M salah satu siaran radio yang sangat ana minati,jika Sebelum ini hanya bisa mengenali Dj2 radio lewat corong radio tetapi pada hari ini sy dapat bersama dengan Dj Erwan(rancangan Nasyid),Dj Mona Jazman(rancangan Mari Belajar bahasa Arab)dan Dj maslina(rancangan bersama Tenku Asmadi MEPS).Perasaan gembira menyusup ke dalam hati kerana dapat mengenali sebahagian DJ2 IKIM dengan lebih dekat,hampir setengah jam ana dapat berbual dengan mereka,sikap peramah benar2 sesuai dengan kerjaya mereka sebagai DJ radio Kefahaman Islam Malaysia.Pihak IKIM hadir di APIUM Nilam Puri bertujuan memberi peluang kepada pelajar2 membuat rakaman ucapan hari raya kepada orang yang dikehendaki bertempat di bilik mesyuarat APIUM.Insyaallah,rakaman akan di ON AIRkan pada hari raya ke2 sekitar jam 2 hingga 4.Ana juga sempat membuat rakaman,kene cakap bahasa Arab pulak,aduhai banyaknya salah tatabahasa hu3..Xpe,yang penting kita cuba ok.. Info: Rupa-rupanya kak Mona yang baca berita bahasa Arab dalam IKIM tu