Skip to main content

Apa berlaku??






Alhamdulillah,hari ini saya dapat melawat mak di hospital.Kelihatan beliau semakin pulih dan doktor mengatakan mak negatif TB,hanya suspek TB je sebab tanda2 seakan-akan TB.Saya Asyraf dan Hisyamuddin(jiran) telah menjemput Opah dan Tok di rumah Silibin untuk sama-sama melawat mak.Opah ada mengatakan,bagila sakit tu kat opah,opah dah tua.Saya ketawa kecil,apelah opah ni.suka makan kerepek.Jalan pada masa itu agak sesak,kelihatan beberapa jalan utama ditutup rapi oleh pihak polis.Kelihatan Helikopter TV3 berlegar-legar di udara.Sidang Dun Perak sedang dijalankan.sempat juga saya mengusik opah saya."opah,sape menteri besar perak?tanya saya."sape tu,Nazri ke namenye"opah mengagak."Zambry la opah"aku membetulkanya."aha,Zambry menteri besar"opah menjawab yakin."bukan Nizar ke"aku mempertikai jawapannya."ish,Zambryla.Sultan pilih dia."opah menegakkan keadilan"opah,Nizar la he3"aku menyakatnya.Aku tahu opah sangat sayang akan kerajaan."yela,kamu Nizar tu,Pas"kata opah padaku.Aku hanya mampu tersenyum,bile pula la aku ni Pas,memandai je opah ni.Adikku Asyraf memandu tenang di sebelah opah.Saya mendapat tahu bahawa berlaku dua sidang dun.Sidang Dun BN dan sidang dun Pakatan Rakyat.Pada awalnya,kerusi pembangkang dalam dewan tidak dipenuhi kerana mereka yakni adun pembangkang mengatakan mereka dilarang masuk.Semasa dewan persidangan,terjadi kekecohon diantara adun Bn dan PR.Sivakumar memulakan Sidang Dun PR.Datuk Zambry keluar dewan diikuti adun-adun BN yang lain.Kita lupakan sebentar soal politik ini.Saya juga sempat bersama-sama adik(Asyraf)dan Hisyamuddin bermain bowling dan menonton Bioskop Filem Tsunami(Amazing Story).Setelah seharian berada di Ipoh.Kami pulang ke rumah.Abah menemani Mak di hospital.InsyaAllah,nanti giliran saya menemaninya.

Info*Sidang Dun.Bilakah senario dua puak ini akan terus berlaku di Perak.Penyokong PR solat hajat di depan wisma DAP.yang bukan Islam menunjukkan salariditi mereka.Hormat akan solat.
*Kejadian di Kuala Dipang.Jambatan runtuh ketika program 1Malaysia Sekolah rendah mendapat perhatian orang ramai.Tan Sri Mahyuddin melawat tapak kejadian.Di dalam salah salah satu usul daripada DS Nizar,hentikan semua program PLKN dan 1 Malaysia.
*Speaker PR,Sivakumar dikasari Polis,Jubahnya disentap,Songkoknya dirampas????

Comments

Anonymous said…
kami dari skola waataniah...kumpulan 5 kem smarties..dan kump olalo..nak tanye abg radhi..nape tak msuk lagi gmbr mse kem tu???kteowg nak tgk gmbr kite..

Popular posts from this blog

10 BUKU TRAVELOG Yang Menarik Untuk Dibaca

Ramai yang bertanya, buku Travelog apa yang boleh dibaca. Semua buku Travelog boleh baca, tapi yang ada pada saya ini ada 10 tajuk dan saya akan kongsikan secara ringkas sinopsis berkaitan buku buku tersebut. Biasanya ada harga promo untuk pembelian 5 buku iaitu hanya RM 100 dan Free Postage. Ok boleh baca dulu sinopsis ringkas buku buku ini. 1- Travelog MR.Traveller by Meor Farid Asyradi (Buku ini adalah kisah kembara seorang mahasiswa mengelilingi Eropah dengan menaiki kereta api seorang diri. Memang kalau baca buku ni macam kita pula yang mengembara sekali. Buku ni juga terpilih sebagai salah sebuah buku Best Of 2015 MPH) 2-TRAVELOG MR TRAVELLER (UNTOLD STORIES) by Meor Farid Asyradi (ini merupakan buku kedua Meor Farid Asyradi setelah buku pertamanya terjual lebih 20 ribu naskah. Buku ini ada 50 kisah benar dan ada juga kisah yang tidak pernah diceritakan kepada sesiapapun. Misteri ) 3. TRAVELOG HJ MR.TRAVELLER. by Meor Farid Asyradi . (Buku ini adalah buku siri MR Travel

3 kali KENA SCAM di Luar Negara ?!!

Ketika Travel, kita pasti mahu mengelakkan kejadian seperti ditipu kerana ditipu hidup hidup ini adalah perkara yang amat menyakitkan hati. "Parut" kisah ditipu tidak akan dapat dilupakan selama-lamanya. Untuk itu, post kali ini ingin saya kongsikan kisah di mana saya ditipu di tiga negara berbeza iaitu di Vietnam, India dan Mesir. Selamat membaca dan jangan tertipu dengan kejadian yang saya alami ini ya ;) Kisah 1 – Kena Scam : Di Vietnam ( Julai 2014)  Aku bersama tiga orang teman, Zack, Zakirin dan Nukman bergerak menuju ke kota Ho Chi Minh Vietnam melalui jalan darat dari Phnom Penh, Kemboja. Kami menaiki bas dengan tiket berharga RM30 sehala. Hampir lapan jam masa diambil untuk tiba di Ho Chi Minh termasuk menaiki Feri menyeberangi sempadan Phnom Penh- Saigon dan urusan imigresen.   Perjalanan yang agak memenatkan dengan keadaan bas yang dibawa laju terhuyung hayang. Suatu kisah yang tidak dapat kami lupakan di Ho Chi Minh ini adalah ketika menaiki

Bersama Dj Dj IKIM

I.K.I.M salah satu siaran radio yang sangat ana minati,jika Sebelum ini hanya bisa mengenali Dj2 radio lewat corong radio tetapi pada hari ini sy dapat bersama dengan Dj Erwan(rancangan Nasyid),Dj Mona Jazman(rancangan Mari Belajar bahasa Arab)dan Dj maslina(rancangan bersama Tenku Asmadi MEPS).Perasaan gembira menyusup ke dalam hati kerana dapat mengenali sebahagian DJ2 IKIM dengan lebih dekat,hampir setengah jam ana dapat berbual dengan mereka,sikap peramah benar2 sesuai dengan kerjaya mereka sebagai DJ radio Kefahaman Islam Malaysia.Pihak IKIM hadir di APIUM Nilam Puri bertujuan memberi peluang kepada pelajar2 membuat rakaman ucapan hari raya kepada orang yang dikehendaki bertempat di bilik mesyuarat APIUM.Insyaallah,rakaman akan di ON AIRkan pada hari raya ke2 sekitar jam 2 hingga 4.Ana juga sempat membuat rakaman,kene cakap bahasa Arab pulak,aduhai banyaknya salah tatabahasa hu3..Xpe,yang penting kita cuba ok.. Info: Rupa-rupanya kak Mona yang baca berita bahasa Arab dalam IKIM tu