Skip to main content

Cinta Munafik part 3

Kelas lima Ibnu Sina dihingari dengan suara para pelajar.Masing-masing sibuk dengan cerita sendiri.Ada yang sempat melelapkan mata untuk menggantikan tidur yang tidak mencukupi.Itulah rutin kebiasaan pelajar asrama.Lelaki terutamanya,pantang ada masa kosong,pasti diisikan dengan slot merehatkan mata.

Kelibat Dawwin Najah muncul bersama sahabat karibnya Nur Kinanah.Kedatangan mereka bagai dinanti-nantikan oleh pelajar lelaki.Najah dan kinanah melabuhkan punggung di kerusi yang terletak di barisan paling hadapan.Mata Najah tertumpu pada beberapa keping surat yang terselit di bawah mejanya.Sudah biasa dengan situasi ini.Kesemua yang tertulis pada helaian kertas tersebut adalah berkaitan perihal mahu berkenalan.Salah satu darinya diterima sejak tingkatan tiga.Sampul berwarna biru beserta sebiji gula-gula Cadbury.Pakej lengkap.Masih tidak jemu mengharap.Namun,tidak pernah Najah mahu membalas surat itu apatah lagi mahu mengenali pemberinya.

”kenapa mereka ni masih tidak faham tujuan datang ke sini”hati Najah membentak.Kurang senang dengan sikap pelajar lelaki yang tidak faham dengan objektif dan misi hadir di tapak perjuangan pena ini.Mereka lebih suka membazir waktu dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah.

“dapat surat layang lagi ke Najah.”kinanah menyedari perubahan riak wajah sahabatnya.Dia juga sedia maklum betapa ramai pelajar lelaki yang tertarik dengan peribadi sahabatnya.Ada yang meminta padanya untuk menjadi orang tengah.Tetapi ditolak.

“hmm..bilalah mereka ni nak sedar?

“sabar ye Najah.Nanti lama-lama mereka bosanla tu.”

“harap-harap begitulah.hmm.”.

Dari jauh Saiful Muslim memerhatikan Dawwin Najah.Mengharap nota kecilnya dibalas.Saiful merupakan pelajar yang pendiam.Tidak mudah bergaul dengan orang.Namun hati kecilnya tetap mahu mengenali lebih mendalam perihal gadis yang telah mencuri hatinya.Dia juga mahu menjadi salah seorang pelajar lelaki yang menaruh harapan pada si dia.

Derapan kasut guru matematik yang dikenali dengan kegarangannya memasuki kelas.Kelas yang tadi bagaikan pasar sudah berubah menjadi seakan-akan kawasan perkuburan.Senyap sepi.Cikgu Sulaiman memulakan pengajarannya.Tajuk pengamiran.Dia sebenarnya mahu para pelajar serius dalam menuntut ilmu.Bukan sekadar belajar untuk peperiksaan dan menganggap ilmu matematik tidak berguna dalam kehidupan.

.........................................................................................................

“Assalamualaikum Najah.”.Suhaila menghampiri Najah yang sedang berehat di pondok rehat yang terletak di bahagian kanan banggunan Kelas.kebiasaannya pelajar muslimat akan berkumpul di pondok ini untuk berkongsi cerita.

“Waalaikumussalam.O..Suhaila.marilah duduk sini’’.Najah mesra menjawab salam Suhaila.Badannya dianjak sedikit untuk menyediakan ruang duduk yang lebih selesa untuk Suhaila.Suhaila merupakan timbalan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar sekolah.Sangat petah berkata-kata.Buku teks sejarah di tangan Najah ditutup lembut.

‘’ana menganggu Najah ke ni?”

“eh tak la.Suhaila tak menganggu ana sikit pun,ada info terkini ke?”

‘’eh.macam tahu-tahu je ana ada info terkini.’’

“mestilah.Ana kan dah lama kenal Su.Dah boleh agak dari riak wajah Su je”

“amboi.Ada ilmu menilik orang Najah ni.Petang ni ada perjumpaan”

“perjumpaan apa?”

“perjumpaan dengan pihak pentadbiran jam 3.Tadi Tariq bagitahu.”

“o..InsYaAllah.di tempat biasa kan?’’

naam.Dekat bilik gerakan Jamaatur Ruasa’.Tolong beritahu sahabat-sahabat lain tau.”

“InsYaAllah Suhaila.Jangan risau,ana pasti jalankan tugas sebagai setiausaha bos”

“ada-ada je Najah ni.Pandai ambil hati ana ye.Syukran”

“he..he..Afwan”

Loceng berdering nyaring.Menandakan waktu rehat telah tamat.Najah dan Suhaila memasuki kelas masing-masing setelah bersalaman dan berpakat mahu berbuka Puasa sunat bersama-sama di dewan makan maghrib nanti.Berita mengenai perjumpaan pada petang ini meniti pengetahuan setiap kepimpinan pelajar.

…………………………………………………………………………………………………….

Bilik perjumpaan sederhana besar berhawa dingin itu dipenuhi dengan wajah-wajah pimpinan pelajar yang bertanggungjawab dalam membantu pihak pentadbiran.Mudir sekolah masih belum tiba.Jarum jam hampir menjunam ke angka tiga.Berbaki tiga minit.Hati Tariq berdegup kencang tatkala terpandang wajah si dia.Gadis itu juga tertentang mata dengan Tariq lalu tertunduk malu menjaga pandangan.Indah.

“Astaghfirullah,kenapa wajahnya menganggu perasaanku’”hati kecil Tariq cuba menahan nafsunya yang merayu mencuri pandang wajah gadis kesukaannya.Sukar dileraikan balutan cinta yang membaluti perasaannya.

” takkan begitu mudah aku jatuh cinta.oh tidak!!” Pintu bilik dikuak.Tariq terkesima lantas berdiri menghormati pihak atasan.Semua kepimpinan turut berdiri.Barisan pentadbiran sekolah memasuki bilik gerakan.Mudir madrasah,Ustaz kamaruddin memulakan perbincangan berkisar permasalahan pelajar dan cara-cara mengatasinya.Perbincangan hampir dua jam itu benar-benar membuat hati Tariq terseksa dalam bahagia.Terseksa dek tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya sewaktu perbincangan.Bahagia kerana melayani nafsunya.

”lemahnya imanku”dengus hati kecilnya.

..................................................................................................

“Tariq,kenapa enta tak banyak cakap time perbincangan tadi”Quwais memulakan perbualan sambil kaki melangkah ke padang bola yang terletak tiga kilometer jauhnya daripada sekolah.Setiap petang mereka berdua pasti beriadhah mengeluarkan peluh.Akal yang kuat berasal dari badan yang sihat.Tariq mula berkongsi rahsia bersama sahabat karibnya.

“entahla Quwais.Ana tak dapat tumpu perhatianla tadi”

“la,kenapa pula.Apa yang dok bermain kat fikiran enta ni?”

“hmm.cuba kalau orang yang enta minat ada depan mata.enta boleh tenang tak?”

“ni mesti kes cinta ni kan?’’

“hmm..lebih kurang begitula”

“Tariq,enta kan tahu yang cinta ni sangat bahaya.Kita masih belajar Tariq.Muda lagi.”

‘ana tak tahula kenapa.Ana dah cuba halang.Tapi makin halang makin datang”

“sejauh mana seriusnya enta halang nafsu tu,kalau setakat menghalang dengan hati mudah sahaja dipatahkan dengan nafsu.Tariq,cuba enta fikir dengan akal fikiran yang sihat.Ingat balik tujuan kita datang ke sini”

“ana sedar ana silap Quwais.Tapi tak tahula kenapa..”

“itu bukan persoalan sukar Tariq.Jawapannya sebab enta biarkan nafsu enta menjajah fikiran.Memang betul setiap lelaki ada kemahuan pada perempuan.Normalla kalau macamtu.Tapi kita kena pandai mengawalnya.Jangan biar ia lalaikan kita.Enta pemimpin Tariq.Kita mahu mentarbiyah adik-adik.Tapi kita sendiri bermasalah.”

“Ya Allah.Dugaan apa ini.Berdosanya aku.Syukran Quwais atas nasihatnya.Ana akan cuba buang perasaan ini.Doakan ana”

“Afwan Tariq.Ana yakin enta boleh.Ingat balik baiah kita.Hidup dalam tarbiyah islamiyah.Siapa perempuan yang enta minat tu?”

“Dawwin Najah”


...................................................................................................

Kehidupan di Madrasah Idrisiah berjalan seperti biasa.Tariq dan kepimpinan yang lain sibuk menjalankan program berunsur tarbiyah.Badan penggerak Musolla(BPM) banyak membantu bagi melestrasikan matlamat pihak kepimpinan bagi mewujudkan suasana biah solehah di bumi khazanah ilmu ini.Seperti biasa,dalam setiap gerak kerja dakwah pasti ada halangan.Seperti penentangan daripada para pelajar.Begitulah sunnah dalam dunia dakwah.Sekiranya tiada mehnah dan tribulasi,pasti ada cacat cela dalam dakwah yang dilakukan.

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia merangkak tiba.Kesemua pelajar tingkatan lima sibuk mengulangkaji pelajaran.Mengadakan kelas tambahan bersama guru mereka.Tidak kurang juga pelajar yang bersengkang mata sehingga jam empat pagi bagi memastikan setiap tajuk yang dipelajari disentuh.Inilah Dunia peperiksaan.

..........

Najah kelihatan memikirkan sesuatu.Nota kecil dalam sampul surat berwarna biru yang diterima pagi tadi benar-benar mengejutkan dirinya.

"kenapa sampai begini jadinya.Siapa sebenarnya dia?"nota kecil itu ditatap semula.

Salam,Dawwin Najah.Ana benar-benar mahu mengenali enti.Ana tak dapat menahan kehendak ana.Ana tahu ana pelajar biasa.Tiada rupa.Tiada harta.kenapa enti tak pernah balas surat yang ana bagi.Ana Cuma mahu berkenalan.ye.ana sudah jatuh cinta.Cinta yang benar-benar buat ana gila.Ana tak dapat tumpukan perhatian sepenuhnya pada pelajaran.Mungkin enti tak kenal ana sebab enti tak pernah mahu mengenali ana.Esok enti akan kenal siapa ana.Sekiranya tengahari ni,enti x balas surat ana di celah almari belakang kelas.Berita mengenai ana akan jadi bahan yang mengejutkan semua pihak.

Daripada:

Bakal Arwah sekelasmu.

“Apa semua ni???”hati Dawwin Najah seakan menjerit sakit.Matanya berkaca-kaca.

Comments

hebat akhi..nampak plot dirancang dengan kemas..nice story..aku pun dengki gak ar camni..
masyitah A.R said…
em.. xsbo tgu citer yg akn dtg. huhu.
MyDeen said…
alhamdulillah prmulaan yg bek..teruskn penulisn enta..ada mcm tautan hati je..tpi xpelah crita yg dpt mmbri pgajarn yg yg brgna kpda remaja kni...i'allah
MyDeen said…
alhamdullah permulaan yg bek..terskan penulisan enta..mabruk!ada mcm tautan hati je..xpelah addlist dpt mberi pgajarn kpada remaja kni...
MR Traveller said…
Thanks All..Eh mydeen..jgn bilabg gitu donk.Masa sieh karya gue persis kak Fatimah Syarha.gak pantas buat gue,coma penulis anak kecil gitu.Tautan Hati itu bisa box office tau gak.He3.Mungkin coma sama dari keislamikannya kot..InYaAllah
eh eleh cakap macam mat endon la plak..cubalah kita berbangga dengan bahasa melayu kita ni..rasanya pelbagai madah indah yang dapat dihasilkan daripada bhs melayu ni taw..hehe~~
MR Traveller said…
ala...enta bejarar arab tak cakap arab pon he3...cakap melayu cakap pasar juga..he3..saja je nak kepelbagaian bahasa..Misi ke indonesia la3

Popular posts from this blog

10 BUKU TRAVELOG Yang Menarik Untuk Dibaca

Ramai yang bertanya, buku Travelog apa yang boleh dibaca. Semua buku Travelog boleh baca, tapi yang ada pada saya ini ada 10 tajuk dan saya akan kongsikan secara ringkas sinopsis berkaitan buku buku tersebut. Biasanya ada harga promo untuk pembelian 5 buku iaitu hanya RM 100 dan Free Postage. Ok boleh baca dulu sinopsis ringkas buku buku ini. 1- Travelog MR.Traveller by Meor Farid Asyradi (Buku ini adalah kisah kembara seorang mahasiswa mengelilingi Eropah dengan menaiki kereta api seorang diri. Memang kalau baca buku ni macam kita pula yang mengembara sekali. Buku ni juga terpilih sebagai salah sebuah buku Best Of 2015 MPH) 2-TRAVELOG MR TRAVELLER (UNTOLD STORIES) by Meor Farid Asyradi (ini merupakan buku kedua Meor Farid Asyradi setelah buku pertamanya terjual lebih 20 ribu naskah. Buku ini ada 50 kisah benar dan ada juga kisah yang tidak pernah diceritakan kepada sesiapapun. Misteri ) 3. TRAVELOG HJ MR.TRAVELLER. by Meor Farid Asyradi . (Buku ini adalah buku siri MR Travel

3 kali KENA SCAM di Luar Negara ?!!

Ketika Travel, kita pasti mahu mengelakkan kejadian seperti ditipu kerana ditipu hidup hidup ini adalah perkara yang amat menyakitkan hati. "Parut" kisah ditipu tidak akan dapat dilupakan selama-lamanya. Untuk itu, post kali ini ingin saya kongsikan kisah di mana saya ditipu di tiga negara berbeza iaitu di Vietnam, India dan Mesir. Selamat membaca dan jangan tertipu dengan kejadian yang saya alami ini ya ;) Kisah 1 – Kena Scam : Di Vietnam ( Julai 2014)  Aku bersama tiga orang teman, Zack, Zakirin dan Nukman bergerak menuju ke kota Ho Chi Minh Vietnam melalui jalan darat dari Phnom Penh, Kemboja. Kami menaiki bas dengan tiket berharga RM30 sehala. Hampir lapan jam masa diambil untuk tiba di Ho Chi Minh termasuk menaiki Feri menyeberangi sempadan Phnom Penh- Saigon dan urusan imigresen.   Perjalanan yang agak memenatkan dengan keadaan bas yang dibawa laju terhuyung hayang. Suatu kisah yang tidak dapat kami lupakan di Ho Chi Minh ini adalah ketika menaiki

Bersama Dj Dj IKIM

I.K.I.M salah satu siaran radio yang sangat ana minati,jika Sebelum ini hanya bisa mengenali Dj2 radio lewat corong radio tetapi pada hari ini sy dapat bersama dengan Dj Erwan(rancangan Nasyid),Dj Mona Jazman(rancangan Mari Belajar bahasa Arab)dan Dj maslina(rancangan bersama Tenku Asmadi MEPS).Perasaan gembira menyusup ke dalam hati kerana dapat mengenali sebahagian DJ2 IKIM dengan lebih dekat,hampir setengah jam ana dapat berbual dengan mereka,sikap peramah benar2 sesuai dengan kerjaya mereka sebagai DJ radio Kefahaman Islam Malaysia.Pihak IKIM hadir di APIUM Nilam Puri bertujuan memberi peluang kepada pelajar2 membuat rakaman ucapan hari raya kepada orang yang dikehendaki bertempat di bilik mesyuarat APIUM.Insyaallah,rakaman akan di ON AIRkan pada hari raya ke2 sekitar jam 2 hingga 4.Ana juga sempat membuat rakaman,kene cakap bahasa Arab pulak,aduhai banyaknya salah tatabahasa hu3..Xpe,yang penting kita cuba ok.. Info: Rupa-rupanya kak Mona yang baca berita bahasa Arab dalam IKIM tu