Skip to main content

Posts

selamat hari lahir mak

28-30 mei: aku bersama dgn adik2 SMK Yaakob Latif Kuala Lumpur yang bagi aku merupakan satu pengalaman yang baru kerana berhadapan dengan para pelajar yang bersatus bukan sekolah agama. Tambahan pula mereka masih boleh dikatakan "budak budak hingusan yang tidak mengerti apa-apa". Perasaan marah turut timbul tatkala melihat budaya mereka yang suka buat bising meskipun sedang mahu menghadap Allah(Solat). Syukur aku mampu redakannya dengan kesabaran yang sebenarnya sangat nipis. "budak-budak, aku dulu macam ni juga".Ku cuba manjakan nafsu amarahku.  Alhamdulillah,melalui bebrapa komen yang sempat ku baca  menunjukkan mereka punya kesedaran mengenai agama dan perasaan ingin berubah. Kita hanya menyampaikan dan cuba berkongsi ilmu pengetahuan. Kesudahan cerita kita serahkan kepada Allah yang maha Kuasa.  29 mei 2010:Dalam kesibukan aku bersama dengan adik-adik tingkatan 1 dan 2,aku tidak lupa mengenai kelahiran seorang wanita tanggal 29.5.1961 yang selama ini telah ...

mengopak hari, mencari erti.

sudah 2 minggu aku berada dalam perancangan Illahi, berurusan dengan karenah duniawi mungkin juga ukhrawi. Berada dalam sebuah program tarbiyah/motivasi pelajar sekolah(SMKA KEDAH) benar-benar membuatku leka diulit cinta kepadaNYA. Ia terjadi kerana pergantungan kepada Illahi. Benar, tatkala kita serahkan segala-galanya pada Illahi, kita akan merasakan sense yang sukar digali namun mudah dicari. Sedikit sebanyak coretan mengenai pelajar SMKA Kedah. Kalian mempunyai potensi jelas untuk menjadi pelajar yang cemerlang bukan sahaja dari sudut pelajaran, bahkan perjuangan. Perjuangan menegakkan kebenaran dan menghapus kebatilan. Semangat yang ada dalam diri kita ini seharusnya dijadikan medium untuk kebaikan, bukannya kehancuran. Cuba kita teliti dua situasi yang berbeza ini: 1- bersemangat untuk ke medan jihad samaada Jihad dalam menuntut Ilmu atau memerangi musuh. 2- bersemangat untuk melakukan perkara yang sia-sia seperti lumba haram atau tengok bola tengah malam. pilihan mana...

Cerpen 1:Lost In My Life

LOST IN MY LIFE Sesat Dalam Kehidupanku By:Dr Asy ‘’Penyesalan kebiasaannya akan hadir setelah sesuatu bencana menimpa kita. Persoalannya, perlukah penyesalan itu hadir pada detik itu? Jawapan total di tangan kita’’ Kitab itu aku pandang Sayu. Telah lama aku tinggalkan ia tersusun di situ. Hampir empat tahun. Tidak pernah aku terasa ingin menyentuhnya, apatah lagi membacanya. Hina sangatkah kitab itu padaku? tiada manfaatkah aku membacanya? Persoalan demi persoalan yang tidak ada jawapan negatifnya mengetuk pintu hatiku. Perlahan kakiku bergerak ke rak buatan kayu  jati yang menempatkan kitab itu. Tanganku dihulurkan seraya memegang erat kitab itu. Kubelek depan belakang. Berhabuk. Lantas tanganku bertindak menyapu habuk yang setelah lama bermaharajalela di kulit kitab itu. Kukucupnya. Jantungku berdegup kencang, sambil air mataku mula bergenang. Kitab itu kubuka perlahan. Kulihat baris-baris perkataan yang tidak kufahami walaupun mampu membacanya. Tulisan yang suatu ketika dah...

Selamat hari Ulang tahun Pernikahan (14-4-1985/14-4-2010)

Selamat ulang tahun pernikahan buat kedua orang tuaku iaitu Hjh Mastura dan Haji Meor Zahidi yang ke 25..moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki di samping anak2 tercinta.Amin:)