Skip to main content

selamat hari lahir mak

28-30 mei:aku bersama dgn adik2 SMK Yaakob Latif Kuala Lumpur yang bagi aku merupakan satu pengalaman yang baru kerana berhadapan dengan para pelajar yang bersatus bukan sekolah agama. Tambahan pula mereka masih boleh dikatakan "budak budak hingusan yang tidak mengerti apa-apa". Perasaan marah turut timbul tatkala melihat budaya mereka yang suka buat bising meskipun sedang mahu menghadap Allah(Solat). Syukur aku mampu redakannya dengan kesabaran yang sebenarnya sangat nipis.
"budak-budak, aku dulu macam ni juga".Ku cuba manjakan nafsu amarahku.

 Alhamdulillah,melalui bebrapa komen yang sempat ku baca  menunjukkan mereka punya kesedaran mengenai agama dan perasaan ingin berubah. Kita hanya menyampaikan dan cuba berkongsi ilmu pengetahuan. Kesudahan cerita kita serahkan kepada Allah yang maha Kuasa.

 29 mei 2010:Dalam kesibukan aku bersama dengan adik-adik tingkatan 1 dan 2,aku tidak lupa mengenai kelahiran seorang wanita tanggal 29.5.1961 yang selama ini telah bersusah payah membesarkan aku dan adik beradikku yang lain. Benar, aku teringat satu pepatah rekaan sang melayu."Isteri boleh diganti, tetapi ibu kandung tiada peganti", walaupun pepatah ini agak sensitif bagi yang bergelar si Isteri tetapi itulah hakikatnya.Fakta. Cuba kita renung sejenak para suami sekarang ini yang terlalu cintakan sang isteri sehingga sanggup melupakan atau mengabaikan si ibunya. Mengapa ini terjadi. Buta hatikah? Buta jiwakah? Buta perasaankah? Buta sega-galanyakah? jawapannya total di tangan sang suami. Persoalan yang lain kenapa aku membicarakan isu ini. Isu ini sebenarnya sudah lama diperbahaskan cuma aku mahu menimbulkannya sahaja.  Aku mahu mengatakan IBUlah wanita pertama dan satu-satunya dalam hidup kita.

Berbalik kepada wanita yg aku khabarkan di atas. Mastura Bt Mior Adlan nama diberi. Itulah ibu, mak , mama, bonda guru bagi aku. Tidak mampu aku membalas jasa beliau walaupun ke hari tuaku. Kerana terlalu banyak pengorbanan dan kesusahan yang dihadapi saat menjadikan aku seorang manusia yang berguna. Terima kasih mak. Suatu ucapan yang aku mahu katakan."I LOVE YOU MOM":) sempena hari jadi beliau yang ke 49 sudah hampir mencecah angka 50 atau separuh abad.Alhamdulillah semoga dimurahkan rezeki ya:)  . Anak semasa sudah lima..mungkinkah ada lagi??:) Amin.


Info:* aku hadiahkan ibu cara pendataran akaun Facebook dan membuatkan beliau dapat berhubung dengan sahabat lamanya he3..hebat juga kedua orang tuaku ya,,sudah maju:) nama f.book beliau
" hjh mastura masmior" manakala abah pula hadiahkan(sila rujuk imej di atas:)
*berada di rumah sahabatku bukhairi namanya. Silaturrahim ke rumahnya
* Perhimpunan Gerakan Anti Samy(Gas) diadakan.


Comments

Anonymous said…
slmt hr lhr mak.. cik.. hehe.

Popular posts from this blog

10 BUKU TRAVELOG Yang Menarik Untuk Dibaca

Ramai yang bertanya, buku Travelog apa yang boleh dibaca. Semua buku Travelog boleh baca, tapi yang ada pada saya ini ada 10 tajuk dan saya akan kongsikan secara ringkas sinopsis berkaitan buku buku tersebut. Biasanya ada harga promo untuk pembelian 5 buku iaitu hanya RM 100 dan Free Postage. Ok boleh baca dulu sinopsis ringkas buku buku ini. 1- Travelog MR.Traveller by Meor Farid Asyradi (Buku ini adalah kisah kembara seorang mahasiswa mengelilingi Eropah dengan menaiki kereta api seorang diri. Memang kalau baca buku ni macam kita pula yang mengembara sekali. Buku ni juga terpilih sebagai salah sebuah buku Best Of 2015 MPH) 2-TRAVELOG MR TRAVELLER (UNTOLD STORIES) by Meor Farid Asyradi (ini merupakan buku kedua Meor Farid Asyradi setelah buku pertamanya terjual lebih 20 ribu naskah. Buku ini ada 50 kisah benar dan ada juga kisah yang tidak pernah diceritakan kepada sesiapapun. Misteri ) 3. TRAVELOG HJ MR.TRAVELLER. by Meor Farid Asyradi . (Buku ini adalah buku siri MR Travel...

Hampir Ber"Iftar"kan Khinzir Masak Kicap di Korea

Baru-baru ini ketika memberi pengisian #TravelogTalk di Sekolah Menengah Sains Kuching, Sarawak, ada pelajar bertanya. Abang pernah berpuasa di luar negara tak ? Lantas saya menjawab, Pernah dik, antaranya di Korea. Teringat saya akan kisah yang sukar dilupakan ketika "iftar" (berbuka puasa) di sana. Ayuh saya kongsikan.. Ketika mengikuti program summer School di Inha University Korea pada cuti semesterku yang keempat, aku dan beberapa sahabat dari Universiti Malaya ditempatkan di asrama yang terletak berhadapan dengan Universiti tersebut. Daripada Isnin hingga Jumaat aku berulang alik untuk pergi ke kuliah yang ditetapkan untuk program itu seperti kelas bahasa korea, budaya korea dan Politik asia. Ketika itu musim panas, dan bahang kepanasannya dirasai hingga ke malam. Selain panas, waktu itu juga adalah bulan Ramadhan. Puasa hingga 16 jam. Suasana Ramadhan di situ jujur tak dapat dirasai seperti mana di Malaysia dan negara Islam yang lain. Nak dijadikan k...

Kisah di Iran. Wanita ini Hampir sujud atas batu "carom".

Kisah ini adalah merupakan kisah benar yang saya lalui ketika mengembara ke Bumi Parsi Iran. Kisah penuh telah saya nukil dan bukukan dalam buku Travelog kelima saya bertajuk Usrah Travelog MR Traveller. Kisah ini adalah sekadar perkongsian dan gambaran buat pembaca ketika kembara saya dan keluarga ke sana. Ayuh, saya kongsikan kisahnya. ................................... Lama juga kami berehat di luar kawasan masjid Imam zadeh Saleh sementara menanti masuknya waktu solat fardhu zohor bagi wilayah Tehran dan yang sewaktu dengannya. Sebenarnya aku memang berniat untuk tunaikan solat berjemaah di masjid ini. Pengalaman mahu merasai sendiri perbezaan yang dipelajari sebelum ini. Pertamanya, perbezaan yang berlaku adalah sewaktu berkumandang azan. Ada tambahan Lafaz Ali WaliyuAllah dalam laungan azan tersebut. Ia mereka yang berfahaman Syiah, sangat taksub dengan Saidina Ali. Kerana itu, ramai orang Iran bernama Ali, Husin dan Hasan. Ahli Bai...