sudah 2 minggu aku berada dalam perancangan Illahi, berurusan dengan karenah duniawi mungkin juga ukhrawi.
Berada dalam sebuah program tarbiyah/motivasi pelajar sekolah(SMKA KEDAH) benar-benar membuatku leka diulit cinta kepadaNYA. Ia terjadi kerana pergantungan kepada Illahi. Benar, tatkala kita serahkan segala-galanya pada Illahi, kita akan merasakan
sense yang sukar digali namun mudah dicari.

Sedikit sebanyak coretan mengenai pelajar SMKA Kedah. Kalian mempunyai potensi jelas untuk menjadi pelajar yang cemerlang bukan sahaja dari sudut pelajaran, bahkan perjuangan.
Perjuangan menegakkan kebenaran dan menghapus kebatilan. Semangat yang ada dalam diri kita ini seharusnya dijadikan medium untuk kebaikan, bukannya kehancuran. Cuba kita teliti dua situasi yang berbeza ini:
1- bersemangat untuk ke medan jihad samaada Jihad dalam menuntut Ilmu atau memerangi musuh.
2- bersemangat untuk melakukan perkara yang sia-sia seperti lumba haram atau tengok bola tengah malam.
pilihan mana yang kita akan pilih??

sudah pasti sesuatu yang membawa kepada kebaikan diri dan seluruhnya.
Kepada adik-adik SMKA Kedah, jadikan pengalaman dan ilmu yang dikongsikan sebagai pedoman dan praktikkan sepanjang hayat. Jangan abaikan pengalaman atau lebih tepat hanya bersemangat ketika program berlangsung sahaja, tetapi biarlah diri kita bersemangat untuk selama-lamanya. Istiqomah dalam kebaikan.
Bersemangat dalam menuntut ilmu dan menjalankan kerja-kerja islam samaada dari segi Ibadah khusus atau umum.


Berbicara soal SMKA, Penulis terbayangkan sekiranya kejayaan Shahir dalam rancangan akademi Fantasia bisa membawa satu fenomena baru dalam industri Dakwah negara kita. Cuba kita jeling dari sudut kemampuan beliau untuk membawa imej Islam melalui saluran kejayaan yang diperolehinya. Beliau juga pernah menuntut di SMKA Slim River Perak dan mendalami ilmu-ilmu agama. Sekiranya beliau menggunakan ilmu yang dipelajari untuk berdakwah dalam industi yang diceburi alangkah baiknya. Saya doakan beliau mengotakan kata katanya suatu ketika dahulu. Berdakwah secara universal. Amin.
.......
Comments
semakin hari semakin ramai yang berminat untuk menjadi artis... sedangkan perkara ini hanya menambah keburukan imej Islam itu sendiri..
ARTIS... sebut sahaja artis, pasti orang akan membuat pelbagai andaian buruk mengenai mereka... yang kadang2 hanyut dengan dunia mereka... (nauzubillah)
Musuh2 Islam sedang rancak memerhatikan kita. Rancangan mereka untuk menggunakan 'SONGS' sbg 'medan dakwah' mereka berjaya akhirnya...
Bersama-samalah kita berusaha & berdoa agar mereka menggunakan medan dunia hiburan ini untuk menegakkan & menyebarkan ISLAM...
(ameeennn)